We're in the mood for recipes!Enjoy these 12 delectable creations specially curated into a handy Recipe ebook just for you. Infused with Shaklee's power powders and packed with all the health benefits, they are sure to delight!
Friday, 31 March 2023
12 Resepi Menu Sihat Dengan Set Puasa Shaklee
Thursday, 30 March 2023
5 Idea Menu Sahur Sihat Selain Nasi
Wednesday, 29 March 2023
Comel dan Fifie
Comel dan Fifie ni nama kucing 2branak ni...
![]() |
Depan ni Comel, yang atas meja tu Fifie |
Bekerja Itu Ibadah, Nikmatilah!
Tuesday, 28 March 2023
Mindset Orang Berjaya
Bisnes ni kadang-kadang yang menyebabkan susah bukan orang lain, tapi DIRI SENDIRI,
Payah ✔Tak ada masa ✔Jauh sangat master tu ✔Barang mahal ✔Dah ramai yang menjual ✔
Senang ✅Boleh ni, peruntukkan masa, buat jadual, to do list ✅Master cuma 15 supervisor macam aku juga ✅Ramai dah capa kejayaan, possible aku pun boleh insya Allah ✅Barang berkualiti, mudah jual ✅
Sunday, 26 March 2023
Testimoni Protein Shake Set Puasa Shaklee
Sahur dengan ESP + CINCH
Ada peminat coklatAda peminat LatteAda peminat MatchaAda peminat ESP Vanilla
Friday, 24 March 2023
Bisnes Shaklee | Sehari Bersama Shaklee Fun Day
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pembaca setia blog AFIZART. Kami doakan semoga sahabat dirahmati dan diberkati Allah swt dan bahagia disamping keluarga tersayang. Terima kasih sahabat menjadi pembaca setia blog kami.
Insya Allah entry kali ni nampaknya lebih meriah dengan gambar-gambar ye sahabat. Semoga sahabat membacanya sampai habis. Namun insya Allah lebih santai-santai bukan fakta.
Pada Sabtu lepas, 18 Mac 2023 Shaklee ada anjurkan satu event secara terbuka iaitu SHAKLEE FUN DAY di branch-branch terpilih iaitu di HO, Kuala Lumpur, Kota Bharu dan Johor Bharu. Masya Allah banyak aktiviti menarik sepanjang event sehari bersama Shaklee Fun Day iaitu :
Thursday, 23 March 2023
Selamat Berpuasa Tahun 2023 | Salam Ramadan 1444h
Assalamualaikum sahabat AFIZART blog semua,
Salam ukhwah dan salam mesra. Kami doakan sahabat pembaca semua dirahmati dan diberkati Allah swt selalu. Sahabat, alhamdulillah hari ni 23/03/23 kita semua, umat Islam seluruh dunia telah menerima kedatangan tetamu yang sangat dirindui dan istimewa iaitu Ramadan Al Mubarak.
Alhamdulillah, Barakallahu fik,
Bulan yang dirindui, Ramadan kini telah tiba. Bulan suci umat Islam yang penuh dengan keberkatan ada didalamnya. Pasti ramai yang tidak sabar-sabar untuk mengejar ganjaran dan segala tawaran yang dijanjikan oleh Allah SWT yang ada dalam bulan Ramadan.
Dalam keterujaan menyambut kedatangan bulan Ramadan 2023 kali ini, pelbagai perkara yang boleh dilakukan bagi menunjukkan kegembiraan atas kehadirannya adalah satunya adalah saling bertukar ucapan Ramadan yang boleh dikongsikan menerusi media sosial.
Wednesday, 22 March 2023
Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Tidak Tahu
Hi, sahabat AFIZART blog. Semoga sentiasa dalam kasih sayang Allah SWT dan dirahmati selalu.
Bismillah, ‘Wahai tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku, urusanku. Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku supaya mereka faham perkataanku.” Aamiin Ya Mujib.Baiklah sahabat,
Umumnya, Idah yakin sahabat sudah banyak membaca tentang intermittent fasting (IF) dan menjadi salah seorang pengamal tegar IF. Begitu juga Idah, terjebak bermula tahun 2021 secara serius. Itupun sebab tertarik dengan method yang digunakan. Dari pembacaan, perkongsiaan sahabat-sahabat rapat dan coach yang pernah bimbing Idah dalam diet Eatclean, Idah tekad join group IF Kurus Sihat dengan ilmu yang dibimbing oleh beliau. Alhamdulillah. sampai sekarang Idah masih teruskan. Bila dah belajar dan ada ilmu, proses tu jadi lebih mudah, santai dan tak stress. Coach Idah kata paling penting adalah result.
Monday, 20 March 2023
Bila Rindu Pada Yang Tiada
"mak abah, Tam datang ziarah ni... 😢😭"
"Bila rasa rindu tu datang pada yang tiada, selangkah kita berjalan, satu-satu memori yang datang. "
Bismillah,Ya Allah ampuni dosa2 kedua orang tuaku, terangi kubur mereka dgn cahaya dari Mu, rahmati mereka, satukan kami lagi di syurgaMu, masukkan mereka ke dlm syurgaMu tanpa hisab, tanpa azab. Aamiin Ya Rob.
First Day School Anak-Anak
Sunday, 19 March 2023
Selamat Kembali ke Sekolah Anak-anak Sesi 2023/2024

Thursday, 16 March 2023
Santan Kelapa Baik Untuk Kesihatan
Tadi lepas balik berbasikal buat smoothie. Saya tak pakai susu. Pakai santan.
Maryam tanya kenapa tak pakai susu. Biasanya smoothie ni kan pakai susu.
"Santan power lagi" kata saya. Bila campur dengan minuman santan kekal power. Tak berubah sangat molekulnya. Mujur Maryam faham bab molekul ni. Kalau tidak jenuh juga cari poin lain.
Banyak mitos pasal santan ni. Antaramitos utama ialah ambil santan naikkan kolesterol.
Dalam santan ada banyak bahan power. Antara bahan superpowernya ialah Medium Chain Triglycerides atau MCT. MCT ni dapatkan naikkan metabolisme tubuh. Boosting fungsi Thyroid. Bab thyroid ni kena ambil tahu. Kena jaga betul betul.
Bila Thyroid terjaga, fungsi fat burning pun mula berlaku. Bukan itu saja, lemak dari santan juga stabilikan gula dalam darah. Secara tak langsung kawal insulin sensitivity.
Paling dahsyat kemampuan santan hilangkan craving dan naikkan energi. Bagi saya saya kelapa ni khanzanah alam yang luarbisa. Patut dianggap sebagai Superfood. Patut masuk dalam diet harian.
Artikel di atas adalah penulisan daripada Doktor Rizal. Alhamdulillah bila baca tentang kebaikan santan kepada kesihatan, betapa khilafnya dahulu pemahaman tentangnya.
Wednesday, 15 March 2023
Pelanggan Pertama Order Set Kurus Shaklee Melalui Blog
7 Sebab Kenapa Shaklee Supplements Terbaik Di Malaysia
Tuesday, 14 March 2023
Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee
Assalamualaikum dan Salam Manis buat sahabat AFIZART blog,
Idah Berjaya turunkan berat dari 73.4 kg hingga dapat berat 55 kg dalam tempoh 3 bulan. Idah ada kongsikan gambar dan perjalanan Idah kurus di posting, “Pengalaman Sendiri Kurus Tanpa Supplements”.
Saturday, 11 March 2023
Bersangka Baik Eratkan Silaturrahim
Berdakwah biar berhemah dan ramah bukan marah-marah. Gunakan cara menerang bukan menyerang, membimbing bukan menunding, mendidik bukan mengherdik.
Walaubagaimanapun, dakwah dan nasihat bukanlah merupakan kesempatan untuk kita menilai kesalahan orang lain. Namun ianya adalah ajakan dan kesedaran untuk memperbaiki diri kita terlebih dahulu.
Sebenarnya perbuatan yang tidak baik adalah suka menilai tentang orang lain namun gagal menilai diri sendiri. Suka membuat andaian yang bukan-bukan terhadap orang lain sedangkan andaian itu belum tentu menepati kriteria yang sewajarnya.
Oleh yang demikian, jauhilah daripada bersangka-sangka terhadap orang lain kerana ia akan mendorong kita terjebak untuk melakukan dosa.
-Ustazah Rosnah Yahya-
Dakwah itu cinta, kasih sayang dan silaturrahim. Semoga kita semua berada dalam kasih sayang Allah swt selalu insya Allah. Ya Allah, berkatilah masa yang Engkau kurniakan untuk kami supaya setiap kesibukan yang ada tidak melalaikan kami daripada mengingati dan beribadah kepada-Mu. Aamiin.
Sihat itu Jihad. Hidup untuk memberi. Perlu ada mindset beri manfaat kepada orang lain.