Berdakwah biar berhemah dan ramah bukan marah-marah. Gunakan cara menerang bukan menyerang, membimbing bukan menunding, mendidik bukan mengherdik.
Walaubagaimanapun, dakwah dan nasihat bukanlah merupakan kesempatan untuk kita menilai kesalahan orang lain. Namun ianya adalah ajakan dan kesedaran untuk memperbaiki diri kita terlebih dahulu.
Sebenarnya perbuatan yang tidak baik adalah suka menilai tentang orang lain namun gagal menilai diri sendiri. Suka membuat andaian yang bukan-bukan terhadap orang lain sedangkan andaian itu belum tentu menepati kriteria yang sewajarnya.
Oleh yang demikian, jauhilah daripada bersangka-sangka terhadap orang lain kerana ia akan mendorong kita terjebak untuk melakukan dosa.
-Ustazah Rosnah Yahya-
Dakwah itu cinta, kasih sayang dan silaturrahim. Semoga kita semua berada dalam kasih sayang Allah swt selalu insya Allah. Ya Allah, berkatilah masa yang Engkau kurniakan untuk kami supaya setiap kesibukan yang ada tidak melalaikan kami daripada mengingati dan beribadah kepada-Mu. Aamiin.
Sihat itu Jihad. Hidup untuk memberi. Perlu ada mindset beri manfaat kepada orang lain.
No comments:
Post a Comment