Monday 20 March 2023

Bila Rindu Pada Yang Tiada

 "mak abah, Tam datang ziarah ni... 😢😭"

Alhamdulillah semalam berpeluang ziarah pusara ayah bonda. Rasa hiba jauh disudut hati namun terpaksa menahan airmata daripada keluar demi menjaga airmuka. Adik Hanani dah bergenang airmata katanya ummi jangan menangis, dia tak boleh tahan. Haha.
Jadi ummi steady je. Tenang-tenang. Alhamdulillah tercapai juga hasrat dan hajat. Balik rumah arwah, terkenang 1001 kenangan bersama.

Arwah abah pergi pada 6 Ramadan 1426h. Ramadan ni genap 18 tahun arwah pergi.
Abah pergi ketika usianya 52 tahun.

Arwah mak pergi 22 Jamadilawal 1442h, 30/12/2020 masa zaman PKP Covid 19 melanda negara.
Alhamdulillah arwah mak pergi bukan disebabkan covid19 tetapi asbab dialisi buah pinggang 😭

Bak
kata adik bongsu Idah,
"Bila rasa rindu tu datang pada yang tiada, selangkah kita berjalan, satu-satu memori yang datang. "
Al fatihah buat Mak & Abah, Tam rindu namun tiada kata-kata dapat diluahkan. Hanya doa Tam hadiahkan buat mak abah. Insya ALLAH semoga dimakbulkan.
Bismillah,
Ya Allah ampuni dosa2 kedua orang tuaku, terangi kubur mereka dgn cahaya dari Mu, rahmati mereka, satukan kami lagi di syurgaMu, masukkan mereka ke dlm syurgaMu tanpa hisab, tanpa azab. Aamiin Ya Rob.
Bila kedua-duanya sudah tiada di alam ni, terasa kehidupan ini sedikit suram dan sunyi. Semoga Allah menerima setiap doa-doa yang disedekahkan buat mereka. Aamiin.
Ok Idah!
Switch! No sedih2. Tenang tenang aje. Ok jom fokus pada family dan insan² yang masih hidup.



Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dalam keadaan beriman dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (pada setiap zaman) dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan.”

Tafsir Ibnu Kathir mengatakan, digalakkan untuk membaca doa ini kerana mengikut jejak Nabi Nuh AS

No comments:

Post a Comment