Showing posts with label Hello New You. Show all posts
Showing posts with label Hello New You. Show all posts

Friday, 12 May 2023

Set Hello New You | Set Kurus Shaklee

Salam 21 Syawal 1444 H buat semua sahabat pembaca setia blog AFIZART.
Apa khabar? Semoga sahabat dalam keadaan sihat walafiat insya Allah. 
Bagaimana dengan checklist Syawal?  Dah setel semua? 
Open house masih ada jemputan lagi? 
Puasa sunat 6?  
Dan yang paling penting, bagaimana MISI KURUS SEBELUM RAYA? 
Sudah capai target idaman? 
Syukur alhamdulillah, Idah masih on track dan baru sahaja selesai puasa sunat 6 sekali dengan puasa qada Ramadan. Maybe cara makan dah terbiasa dengan cara intermittent fasting, walaupun raya ianya tak jadi masalah besar. Still memilih makanan apa yang nak dimakan dan nafsu pun boleh dikawal. Tekak tak rasa sangat nak makan rendang, lemang, ketupat, kuah kacang mahupun kuih muih dan biskut raya. Alhamdulillah. Cuma ada satu rasa nak sangat makan, Nasi Dagang. Setakat 21 Syawal ni, belum pernah makan lagi yang versi hari raya. Kebiasaannya beraya di Terengganu ada sokmo-sokmo, tahun ni memang berbeza. Juadah lebih banyak versi kenduri kendara. 


Okay sahabat, 
Bagaimana Misi Kurus Sebelum Raya?

Tuesday, 14 March 2023

Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee

Assalamualaikum dan Salam Manis buat sahabat AFIZART blog,

Semoga dalam keadaan sihat walafiat semuanya. Alhamdulillah untuk entry kali ni insya Allah Idah nak bantu sahabat kurus sebelum raya. Kurus ni selalu menjadi topik hangat bila kita berjumpa dengan kawan-kawan kan?  Idaman dan impian semua.

Setiap kali tahun baru, antara wishlist kita mesti ada salah satunya kita tulis, “aku nak kurus tahun ni”, “aku nak dapat berat idaman aku tahun ni”. Percayalah, bukan sahabat sahaja termasuk Idah sendiri. Kita ada impian, insya Allah jom sama-sama kita realisasikan impian kita.

Insya Allah Idah akan bantu sahabat sebab Idah sendiri sudah melalui proses dan perjalanan menurunkan berat badan Idah bermula pada Syawal 2019. Idah akan kongsikan juga tip untuk sahabat jadi lebih kuat semangat untuk meneruskan usaha dapatkan berat idaman dan juga mempunya mindset yang kuat. Alhamdulillah memang berkesan.

Idah Berjaya turunkan berat dari 73.4 kg hingga dapat berat 55  kg dalam tempoh 3 bulan. Idah ada kongsikan gambar dan perjalanan Idah kurus di posting, “Pengalaman Sendiri Kurus Tanpa Supplements”

Kenapa Perlu Kurus?