Friday, 10 February 2023

Pengalaman Menurunkan Berat Badan Tanpa Supplements | Diet Eat Clean 100%

Bismillah, 
Hi sahabat AFIZART blog,

Semoga sahabat dalam keadaan walafiat insyaALLAH. Hari ni Idah nak share pengalaman Idah sendiri menurunkan berat badan. Bukan satu perjalanan yang mudah sahabat. Perlukan kekuatan mindset dan support dari insan di sekeliling terutamanya keluarga. Supporter paling besar adalah suami & anak-anak.

Idah bermula dengan diet secara Eat Clean pada tahun 2019, dalam bulan Syawal (rasanya  pada 16/6/2019, ingat-ingat lupa). Idah ingat lagi masa tu Idah buka FB dan ternampak newsfeed seorang sahabat ni, Liena Bunkerz. Dia tunjuk gambar dan progress sebelum dan selepas amalkan Eat Clean. Idah terus whatsapp beliau, nak join kelas. 

Alhamdulillah Idah ditemukan dengan coach Wan Haslinda atau panggil mesranya Kak Nda. Idah tertarik nak join kerana yurannya rendah iaitu RM25 dapat Meal Plan untuk 30 hari, coaching, guide daripada coach sampai bila2, ada group support yang sangat aktif dan berada dalam circle yang mempunyai misi yang sama.

Masa tu memang Idah tekad sangat nak kuruskan badan. Idah cabar diri sendiri.  Namun begitu Idah buat secara senyap-senyap sebab Idah malu sangat.  Idah takut tak dapat result. Jadi Idah tak pernah post kat mana2 media social termasuk lah whtasapp story.  Tahun 2019 tu adalah tahun yang sangat mencabar minda Idah sebagai seorang ibu dan isteri. Anak sulung nak UPSR, suami tengah sambung belajar. Banyak urusan anak-anak memang Idah yang handle. Agak penat mental dan fizikal. Dan tanpa Idah sendiri sedar, Alhamdulillah Idah berjaya turunkan berat badan. 

Jadi Idah nak kongsikan dengan sahabat perjalanan Idah sepanjang buat diet secara Eat Clean ni.

Nak Tengok  Resultnya? 


Inilah resultnya. Selepas 4 bulan Idah buat diet Eat Clean sungguh-sungguh. Memang berbaloi. Alhamdulillah. Time ni setiap kata-kata dan feedback daripada insan di sekeliling sangat-sangat positif. Percayalah pada diri kita sahabat sebenarnya kita ni cantik. Berat dalam gambar ni : 57-58kg

Nak Tengok Gambar sebelum Eat Clean?

Ini gambar ketika Idah masih gemuk, berisi, kulit gelap, kusam. Antara push factor kenapa Idah nak kurus waktu ni, sebab Idah tak tahan dengar kata-kata orang terutama bila enck suami sendiri pun dah start bersuara. Itulah turning point Idah. 

"eh, mengandung berapa bulan ye?”
“ermmm berisi sangat dah Idah ni. (sambal pegang2 lengan dan bahu)
“Idah cubalah pakai tudung macam ni. Ni pakai tudung labuh nampak macam orang tua.”
“sayang kena kuruslah. “ (actually Idah memang akan ambil peduli bila suami yang berbunyi berbanding orang luar)
“Ommi sorang je gemuk…” (ayat ni memang menusuk jiwaku..hahaha. at least jadi push factor kuat Idah untuk berubah)
“Berisi sungguh Idah sekarang”

Masa kita gemuk kan sahabat, orang tak nampak pun kecantikan kita tu. Tertutup semuanya, jadi sahabat kena ingat tau pesanan Idah bawah ni ye,

“Kita bukan tak cantik, cuma kita perlukan effort untuk kita transform dari keadaan kita sekarang kepada yang lebih baik. Gemuk is NOT AWESOM!!'
Tengoklah gambar Idah dulu-dulu. Memang malu nak bergambar. Cuma dulu rasa konfiden level tinggi jugaklah. Bila dah kurus ucap Subhanallah tengok gambar lama. Rasa diri sebenarnya, “aku ni cantik rupanya". Hahaha puji dri sendiri

Itulah testimoni Idah sendiri. Pada Idah diet Eat Clean ni memang serasi dengan diri Idah. Coachnya sangat best. Setiap hari dalam group kami share gambar dan coach akan check samada lulus atau perlu upgrade lagi. Banyak ilmu yang dikongsikan oleh coach. Dan paling seronok semua dalam group tu ada misi yang sama. Duduk dalam circle yang positif dan saling support sangat2 membantu mindset kita sentiasa kuat. 

Jadi sahabat sekiranya awak nak menurunkan berat badan, tips dari Idah pastikan awak berada dalam circle yang betul, ada guru/mentor/coach dan sahabat-sahabat yang sama misi, Insya ALLAH perjalanan lebih berjaya. Idah nak juga kongsikan sedikit progress Idah masa buat diet Eat Clean tu. 

17/6/2019
Join Kelas Team Sihat Kurus
Berat asal : 73.4kg
Amalkan Eatclean dalam 2 minggu turun 4.2kg. 
Bulan Julai 2019 memang ketara inchiloss dan time ni berat Idah dah turun 62.4kg dari saiz XXL kepada M. Gambar 1st pakai jubah hijau tu adalah sebulan selepas buat diet. Memang berbeza sampaikan kawan2 online pun nampak perubahan Idah. 

Oktober 2019

Genap 4 bulan, berat Idah turun sehingga 55kg. Dan waktu ni Idah dah berjaya sarung baju saiz S. Idah dah kelihatan sama baya dengan anak-anak dara Idah. Malah ada yang tersilap ingatkan Idah ni baru habis SPM, muka budak sekolah, ada juga makcik2 yang jumpa cakap Idah ni ibu muda yang baru anak seorang. Waktu ni Idah anak 4 orang dah. Kulit lebih sihat, cerah, awet muda. Cuma sayang gambar dah banyak hilang asbab whatsapp problem. Hilang banyak data2. Simpan juga kenangan gambar berat ni. 

Cuma Idah nak highlight ketika Idah buat diet secara Eat Clean ni, Idah memang tak pernah ambil apa2 supplement termasuklah Shaklee. Memang total ubah gaya pemakanan, cara masak, cut gula, tepung putih, cut MSG semua dan amalkan ambil protein lebih, kurangkan karbo.

Alhamdulillah. 

Insya ALLAH nanti Idah sambung lagi perjalanan Idah teruskan misi diet Eat Clean sebagai lifestyle Idah selamanya serta percubaan Idah amalkan diet Intermittent Fasting (IF) + Diet Suku Suku Separuh + ambil supplement Set Kurus Shaklee.

Sahabat nak tahu pasal Apa Maksud Eat Clean Dan Manfaat Mengamalkannya? Boleh baca di sini juga ye : Kaedah Memulakan Eat Clean

Sihat itu Jihad!

Idafizart
Sahabat nak order Shaklee? Boleh klik : SAYA NAK SHAKLEE

#Idahsharing
#pengedarShakleePaka
#projekmegablog
#shakleethrive23
#shakleetriumph23


No comments:

Post a Comment