Thursday, 30 March 2023

5 Idea Menu Sahur Sihat Selain Nasi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera sahabat pembaca blog AFIZART. Semoga sahabat diberkati Allah swt selalu. Terima kasih sahabat masih setia berkunjung dan menjadi pembaca blog kami.

8 Ramadan 1444h | Khamis 30 Mac 2023

Alhamdulillah sudah 8 hari kita menjalani ibadah puasa. Bagaimana perjalanan puasa sahabat pada tahun ini? Semuanya on progress ye, anak-anak, semuanya okay? Alhamdulillah. Saban tahun setiap kali Ramadan masalah utama yang selalu terjadi antaranya keletihan, lesu, kurang bertenaga, masalah gastrik yang teruk, rasa cepat lapar, ibu menyusu terpaksa berbuka puasa, tekak terlalu kering, kurang bermaya dan lain-lain. Mengapakah ini biasa terjadi?

Pada Idah adalah kerana pemakanan yang kita ambil ketika sahur tu tidak berapa sihat, tinggi gula, tinggi karbohidrat dan kurang nutrisi. Kita perlu sedar bahawa setiap apa yang masuk ke dalam tubuh badan perlu dijaga dan dikawal kerana pemakanan merupakan sumber utama kepada kesihatan. Ketika berpuasa, autophagy berlaku, iaitu sel sel yang rosak akan diperbaharui. Namun sel sel baru tak dapat tumbuh dengan baik disebabkan pengambilan gula berlebihan, karbohidrat serta bahan lain seperti perwarna , pengawet dan perasa yang ada dalam diet kita setiap hari.

Jadi penting untuk kita mencari hidangan yang seimbang dengan campuran karbohidrat kompleks, protein dan lemak sihat ketika bersahur. Bila ada semua ni, baru lah kita akan rasa lebih bertenaga dan kurang lapar!

Kami tahun ni alhamdulillah dah set target dan azam untuk lebih bersederhana dalam makanan. Samada sahur atau berbuka, pilihan menu hanya satu lauk, satu sayur, ada buah-buahan. Minuman pilihan pun lebih kepada air masak atau sesekali Idah terjebak dengan resepi alunan suara yang viral satu Malaysia setiap kali Ramadan,

‘Hai , wasap gais!’ 😂😂

Ok sahabat, jom Idah nak kongsikan 5 jenis menu sahur alternative kepada yang kurang suka ambil nasi namun nak dapatkan kesan rasa kenyang dan bertenaga sepanjang hari. Resepi ini Idah pilih daripada blog MyResepi.com yang mempunyai ribuan resepi. Idah hanya pilih resepi yang pada Idah ianya sesuai dengan misi kita nak kurus sebelum raya dan insya Allah boleh dijadikan menu sarapan sihat untuk hari-hari yang mendatang. Insya Allah!

Berikut adalah 5 resipi menu sahur yang simple dan sihat yang sahabat boleh cuba

1. KURMA

Kebaikan makanan sunnah ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Dengan rasa manis semulajadi, buah kurma bukan sahaja sunnah untuk dimakan sewaktu berbuka, namun digalakkan juga untuk dimakan ketika bersahur.   Khasiat seratnya yang tinggi membantu untuk anda kekal rasa kenyang lebih lama serta baik untuk penghadaman. 

 📌Idea Menu Sahur Sihat | Air Nabeez
Cara buat air Nabeez

1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carikkan isi kurma. Anggaran air dalam 1 gelas.
2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa pada waktu malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk. Tutup bekas air, jangan biarkan terbuka.
3. Kalau yang berpuasa sahur esok, air tu dah boleh diminum.
4. Air ini juga boleh diamalkan sebelum sarapan pagi. Minum semasa perut kosong.
Khasiat Air Nabeez:

1. Pemberi dan pemulih tenaga.
2. Tinggi kandungan fiber – menghilangkan kolestrol jahat yang terkumpul di dalam tubuh. Sangat bagus dalam menghilangkan sembelit (atau meredakan dan memulihkan diri dari sembelit).
3. Pemberi zat besi yang sangat bagus.
4. Kaya akan pottassium – penting dalam menjaga jantung dan menstabilkan tekanan darah.
Air nabeez adalah minuman berakali, yang mampu menolong membuang lebihan asam pada perut dan memulihkan sistem pencernaan tubuh. Minuman ini juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan-bahan toksin yang berbahaya di dalam tubuh. Dalam kata lain berguna sebagai sebagai detox.

Air nabeez juga tinggi dengan kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik dan meningkatkan serta menajamkan fikiran agar kita tidak mudah lupa. Air nabeez ini juga merupakan minuman kegemaran Rasulullah SAW. Kita buat ikut Sunnah, insya Allah dapat pahala dan keberkatan hidup.

2. TELUR

Telur ialah antara makanan yang paling mudah disediakan. Tapi, ia juga merupakan antara makanan yang paling berkhasiat.  Apa yang membuatkan telur sebagai makanan wajib untuk sahur ialah kerana kandungan protein yang tinggi dan kaya dengan lemak sihat, vitamin, mineral serta rendah kalori.

Kandungan nutrisi yang tinggi inilah membuatkan kita kenyang dengan lebih lama dan mengurangkan rasa lapar pada siang hari. Telur adalah menu yang paling Idah suka ambil ketika on diet. Mudah disediakan dan kaya dengan protein.

📌Idea Menu Sahur Sihat | FRITATA PUTIH TELUR
Bagaimana cara nak masak Fritata Putih Telur?

BAHAN-BAHAN :
6 biji putih telur 
1 sudu teh serbuk lada hitam 
1 labu bawang besar (Dipotong dadu) 
6 kacang pis (Dipotong kecil) 
½ batang lobak merah (Diparut) 
3 biji cili merah (Dihiris) 
100 g kubis (Diracik) 
2 sudu makan minyak masak 
Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
1. Masukkan semua bahan kecuali minyak masak ke dalam mangkuk 
adunan. Kemudian kacau rata. 
2. Panaskan minyak di dalam kuali non-stick dan masukkan adunan yang sudah digaul rata. Tutupkan kuali dengan penutupnya. 
3. Masakkan dengan api yang kecil sehingga masak dan terbalikkan perlahan-lahan. 
4. Sedia dihidangkan dengan salad.

3. SAYUR- SAYURAN

Puasa juga memberi peluang kepada kita untuk mengawal pemakanan. Apa kata sediakan sup sayur ketika sahur. Mungkin ada yang takut lapar disebabkan bersahur hanya makan sayur. Jangan risau kerana nutrisi daripada sayur dapat mengurangkan keinginan kita untuk makan.

Beberapa jenis sayur seperti kubis bunga, brokoli dan lobak merah sangat sesuai untuk dimakan ketika sahur kerana rendah kalori dan tinggi kandungan air. Ok Idah up sikit idea menu sahur dengan sayur-sayuran yang sedap dan ringkas namun yang pasti sedap! 

📌Idea Menu Sahur Sihat | SALAD TAUHU
Bagaimana cara nak masak Salad Tauhu?

BAHAN-BAHAN :
4 keping tauhu 
1 batang timun (Dihiris)
1 biji tomato muda (Dihiris)
1 labu bawang besar (Dihiris)
4 biji limau kesturi  (Diambil jusnya) 
2 biji cili merah (Dicencang)  
1 ulas bawang putih (Dicencang)
1 sudu makan serbuk lada hitam 
1 sudu teh gula 
Garam secukup rasa 
Minyak masak (untuk menggoreng)

CARA PENYEDIAAN :
1. Lumurkan tauhu dengan garam dan goreng sehingga masak. 
2. Angkat dan sejukkan. Kemudian hiriskan. 
3. Masukkan tauhu, timun, tomato, dan bawang besar ke dalam mangkuk adunan. Kemudian gaul rata. 
4. Masukkan jus limau kesturi, cili merah, serbuk lada hitam, bawang putih, gula, dan garam ke dalam mangkuk yang berasingan. Kemudian gaul rata
5. Masukkan bancuhan yang sudah siap ke dalam mangkuk berisi tauhu dan gaul perlahan.

4. BARLI / MUESLI 

Hari-hari makan nasi pun boring juga kan? Sahabat mahukan kelainan, boleh cuba barli atau muesli untuk dimakan ketika sahur. Padat dengan khasiat serat dan protein, kedua-dua ini ialah makanan yang menggabungkan kebaikan daripada bijirin berserat tinggi. Barli boleh diolah menjadi bubur manis atau savory 

Manakala muesli padat dengan kebaikan daripada kekacang, buah-buahan kering dan bijian. Sangat enak dimakan dengan susu segar atau susu lain pilihan sahabat. Selain dimakan sebagai bijirin, muesli juga datang dalam bentuk bar yang lebih mudah untuk dimakan dan dibawa ke mana-mana.

📌Idea Menu Sahur Sihat | BUBUR BARLI

Bagaimana cara nak masak Bubur Barli?

BAHAN-BAHAN :
1 cawan barli (Direndam 1 jam dan tuskan)
2½ cawan air 
½ cawan gula pasir
2 sudu makan gula merah 
1 cawan santan pekat 
2 helai daun pandan (Disimpul) 
Sedikit garam

CARA PENYEDIAAN :
1. Rebuskan barli dengan 2 cawan air sehingga kembang selama kira-kira 30 minit. 
2. Di dalam periuk lain, masakkan gula pasir, gula merah dan ½ cawan air sehingga mendidih. 
3. Tapiskan ke dalam periuk berisi barli tadi. 
4. Masukkan santan dan sedikit garam. Kacau sehingga mendidih lagi. 
5. Masukkan ke dalam mangkuk dan sedia hidangkan.

Ok nanti boleh plan buat Bubur Barli makan time sahur atau berbuka Time menulis ni lah terbayang keenakan bubur barli..hahaha. Terus cakap dengan encik suami, jom kita try buat ye bang, lalu dijawab oleh encik suami dengan nada penuh kelembutan, 

"okay...bahan-bahan semua dah ada kan.. silakan buat, dah lama Abg beli barli tu."

Itu maknanya apa sahabat? Silalah buat sebab sendiri yang bagi cadangan. Insya Allah pasti cuba! 

5. PROTEIN SHAKE

Menu sahur yang lebih ringkas, lebih cepat, lebih mudah, lebih bertenaga, lebih kenyang lama, kekal hidrasi dan cukup lengkap dengan nutrisi. Pengambilan smoothies, overnight oat semakin mendapat perhatian untuk dijadikan sebagai meal replacement dalam menu harian kita mukhtahir ini. Ok hari ni Idah nak kongsikan resepi sedap daripada protein shake.

📌Idea Menu Sahur Sihat | PEANUT BUTTER MILKSHAKE
Bagaimana cara nak buat?
BAHAN-BAHAN
2 scoop ESP (Energizing Soy Protien Shaklee)
1 sudu Madu
350 ml air masak
1 sudu peanut butter

CARA PENYEDIAAN 
kisarkan semua dalam blender dengan penuh kasih sayang dan sebati
Sedia untuk di hidangkan dalam gelas 
Boleh tabur serbuk ESP, kacang badam yang dihancurkan sebagai hiasan 

📌Idea Menu Sahur Sihat | BERRY NANA CHEESE SMOOTHIE
Bagaimana cara nak membuatnya?

BAHAN-BAHAN 
1 scoop Cinch Chocolate
1 scoop Cinch Vanilla
1 biji pisang
2 biji strawberry
1 cawan ais
1 cawan santan kelapa
1 sudu besar cream cheese

CARA PENYEDIAAN 
Masukkan semua ke dalam pengisar, kisar sehingga sebati
sedia untuk dihidangkan dalam gelas dan untuk topping boleh hiris pisang kecil-kecil, tabur kacang badam yang dikisar
* resepi di atas untuk 1 orang minum ye.

Sunnah Makan Bersahur
Berdasarkan hadis, kita digalakkan bersahur dengan tamar (kurma). Nabi s.a.w bersabda dan ertinya : 
“Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar”. 
(Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih).

Maka dengan ini, kita bukan sahaja digalakkan berbuka puasa dengan tamar (kurma), kita juga digalakkan untuk bersahur dengan tamar. Maka, ambillah sekurang-kurangnya sebiji tamar semasa bersahur semoga mendapat pahala tambahan. Pada tamar ada kelebihan yang memberikan kekuatan untuk seseorang berpuasa.

Paling penting, malas bagaimana sekalipun pastikan sahabat bangun untuk bersahur ye dan boleh tambah kurma sekurang-kurangnya sebiji ketika bersahur dengan menu di atas. Sahur itu adalah sunnah. Sekalipun ia tidak diwajibkan, namun amat-amat digalakkan. 

Bahkan ia dijadikan pembeza antara sahur muslim dan sahur Yahudi. Sabda Nabi s.a.w bermaksud : 
“Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim).

Kita berpuasa kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah dan kita berlumba-lumba melakukan perkara yang disukai Allah pada bulan Ramadan ini, maka ikutilah sunnah Nabi s.a.w termasuk dalam bersahur. Besarnya rahmat Allah, sehingga seseorang yang bangun bersahur agar dia bertenaga esok harinya ketika berpuasa, dihitung sebagai ibadah yang diberi ganjaran. 

Bersahur Cepat, 5 Minit Dah Siap!

Video Tutorial Cara Bancuh ESP dengan Air Nabeez
Alhamdulillah tahun ni, Idah bersyukur sebab berjaya ubah menu sahur yang lebih ringkas, mudah disediakan, lebih kenyang, lebih bertenaga iaitu dengan Set Puasa Shaklee untuk seisi keluarga. Tahun-tahun sebelumnya hanya Idah sahaja. Kali ni Ummi nak kita sekeluarga berhijrah dan berubah.

Berpuasa dengan Set Puasa Shaklee ni kan sahabat, macam Idah selalu sebutlah, mudah disediakan, jimat banyak masa, 5 minit sebelum azan pun sempat lagi dan paling penting cukup keperluan zat nutrisi yang kita perlukan sepanjang hari berpuasa.  

Nak menu-menu best? 
Sahabat klik sahaja link di bawah ye. 

Idea Menu Sihat Protein Shake | IDEA RESEPI SIHAT (VIDEO) 
Idea Menu Sahur Sihat | Minuman Performance Drink & Vivix

Apa Feedback Mereka Yang Mengambil Set Puasa Shaklee 


Testimoni Ibu Hamil dan Ibu Menyusu

 
Alhamdulillah, sejak kenal perotein shake dari Shaklee ni, puasa Idah lebih bermakna sebab badan rasa bertenaga, cergas, perut rasa selesa, rasa kenyang lebih lama dan paling penting dapat menurunkan kilogram pada jarum penimbang. Hahaha. Best kan?

Idafizart 
Sihat itu Jihad.
Sahabat nak order Shaklee boleh terus whatsapp Idah ye di talian 013-9097825.


6 comments:

  1. Wahh sedapnye menu sihat sahur kak.... Terliur kita. Hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekasih Nila, boleh try nanti ye. jadikan menu breakfast pun sedap tu
      tqvm nila blogwalking dan tinggalkan jejak

      Delete
  2. tq bagi idea fritata tu, nak cuba lah, sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, sama-sama coach. jadi menu breakfast pun best kan. tqvm coach sudi ziarah dan tinggalkan jejak.

      Delete
  3. Dapnyaaaaa! Ade nak kna try ni. 😍😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. must try okay..insyaAllah tak mengecewakan..hihi..yq sahabat Afiela tinggalkan jejak..

      Delete