Saturday, 25 February 2023

9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Best

Bismillah,
Assalamualaikum & Hi sahabat AFIZART blog,
Semoga sentiasa dalam keadaan sihat walafiat. Terima kasih sahabat sudi ziarah dan membaca blog kami. Alhamdulillah hari ni nak siapkan entry kedua untuk Preliminary Activity Projek Blog Mega 2.0

“Indahnya bisnes Shaklee.”

Yes betul Idah setuju dengan sahabat yang berkongsi di ruangan komen di group Projek Blog Mega Euphoria.  Idah seorang surirumah sejak dari awal perkahwinan lagi. So far sebelum join bisnes Shaklee, Idah dah buat bermacam-macam jenis bisnes, termasuk bisnes MLM dari Malaysia. Dek kerana dah pernah ada pengalaman, rasa serik nak join bisnes MLM tu memang ada namun tetap juga register sebagai ahli. 

Idah daftar sebagai ahli sah Shaklee pada 31/3/2014. Idah start berbisnes Shaklee setelah seminggu amalkan Ostematrix dan ada Shaklee Effect yang sangat best dan terus berkongsi. Idah setia bersama Shaklee dah 9 tahun.

 Alhamdulillah, 9 tahun berada dalam komuniti Shaklee, pastinya ada "special" kan sahabat? Walaupun pernah "rest sebentar" selama 6 tahun buat bisnes Shaklee ni, namun Idah tetap jadi pengguna setia kerana Idah “fall in love”  dengan produk-produk Shaklee. Idah buat comeback dan belajar semula tentang marketing Shaklee, upgrade ilmu, improve skills, berjumpa dengan master upline, bersahabat dengan sideline, dan join group-group leader dan network besar dalam susur galur Idah.

Jom Idah kongsikan 9 Sebab Kenapa Komuniti Shaklee Best sekarang ni berbanding dahulu ketika Idah mula-mula join Shaklee.

1.Circle yang lebih positif  & Ukhuwah harmoni

Masya Allah part ni memang Idah sangat akui, circle bisnes Shaklee sekarang jauh lebih positf berbanding dahulu. Penuh dengan kasih sayang, saling membantu & rasa hubungan persaudaraan tu sangat kuat. Tak kira siapa kita, baru atau orang lama, ukhwah tidak mengenal siapa kita. Ini yang Idah suka. Ada “touch” kasih sayang dari upline, sideline dan downline sendiri. Tiada lagi circle toksid yang hanya pandang ahli yang efektif semata-mata. Nak join group pun tiada lagi syarat yang membuatkan kita stress, semuanya penuh dengan gelombang positif. Kita boleh “rasa” semua tu sebab “The More You Give, The More You Get Back”. Hubungan dengan upline-upline sekarang rasa lebih dekat, lebih mesra, doa-mendoakan, The Power of love.

Idah sangat-sangat bersyukur Allah pandu Idah untuk fokus buat bisnes Shaklee dan alhamdulillah berada dalam team yang tepat iaitu (Mastermind by Master Haji Roslan, Euphoria by Master Norita, s2ufamilies by Master Iffah Anuar, Surijunior by Master Farihah, Bijaksihat by Master Nini dan Akademi Sihat Ceria by Coordinator Fazlina). Ikatan ukhuwwah sesama team sangat-sangat erat, kuat dan kukuh. Mereka adalah mentor-mentor yang komited dan berdedikasi untuk membantu anak-anak team dalam organisasi Shaklee, berjaya ,merasai bonus besar dan realisasikan impian seperti mereka.

Bersama team Shaklee Kuantan under Bijaksihat

Bersama team Bijaksihat di BLNC 2022

Bersama Master Upline Nini & suaminya

2. Budaya Ilmu

Alhamdulillah circle Shaklee sekarang, Idah sendiri rasa dan lihat perubahan itu. Ramai para Leader-leader yang berjaya sedia untuk berkongsi ilmu. Banyak kelas dibuat secara open sharing. Orang baru, leader yang kembali aktif dan juga ahli sendiri boleh belajar dan menuntut ilmu dari banyak orang yang berjaya dalam bisnes Shaklee ni. Tidak lagi hanya fokus “ini cara aku, untuk team aku sahaja.” Tiada lagi sifat “keakuan” dalam diri leader-leader yang dah berjaya. 

Budaya ilmu dan sharing sekarang sangat banyak diterapkan dalam komuniti Shaklee baik secara online ataupun offline. Mewah dengan dengan ilmu marketing, sale bahkan ada juga kelas-kelas untuk akhirat, bukan sekadar Shaklee, sale dan efektif efektif. Sekarang Alhamdulillah rasa seronok dan lebih harmoni.


  

3. Dapat Sokongan Terbaik daripada Team HQ Shaklee 

Salah satu paling menarik bila buat bisnes Shaklee ni, adalah komuniti Shaklee di kalangan staf Shaklee yang sangat supportive. Baik di cawangan mahupun staf di HQ Shaklee. Apabila ahli ada masalah, atau memerlukan bantuan, mereka akan memberi respon secepat mungkin untuk memudahkan urusan kita. Pernah parcel delay seminggu lebih, bila whatsapp, respon cepat dan barang sampai cepat dihantar. Memang puas hati dengan service pelanggan Shaklee. Masalah tersalah alamat pun mudah untuk diuruskan. Selain itu, sistem website yang Shaklee sediakan sangat sistematik, fleksibel, banyak info-info produk, kelas-kelas nutrisi, lengkap dengan sistem dashboard untuk ahli melihat bonus, sejarah pengeposan, sistem ahli, sistem bonus, ada kiraan untuk cukai dan lengkaplah. Memang terbaik. Alhamdulillah. 

Shaklee ada 7 cawangan di Malaysia. Jadinya pengedar-pengedar mudah nak dapatkan stok dan Shaklee menyediakan perkhidmatan menggunakan pos untuk ke seluruh Malaysia. Alhamdulillah. 

   

 

4. Upgrade Ilmu, Improve skill dalam Ilmu Kesihatan 

Alhamdulillah, dalam bisnes Shaklee sekarang masya Allah Idah berpeluang upgrade ilmu yang bukan hanya fokus pada ilmu kesihatan, marketing, jualan, video trending malah ilmu-ilmu akhirat. Ada banyak kelas-kelas, aktiviti/program, projek-projek yang para master buat untuk membantu , membimbing ahli-ahli baru dan lama. Kelas bacaan Yassin pun ada dibuat secara online beramai-ramai. Selain tu, ada juga projek-projek bersama untuk meningkatkan kemahiran leadership, bimbingan dan menjadi seorang leader yang berjaya dan mengembangkan organisasi supaya lebih kukuh, kuat dan berdaya tahan. 

Disamping kita berpeluang belajar ilmu kesihatan daripada doktor-doktor yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing yang bukannya terlibat secara langsung dengan Shaklee. Ini adalah usahasama para master yang ingin membantu semua pengedar Shaklee yang berbisnes boleh membantu guide pengguna dengan sebaiknya tanpa over claim.

   

 

5. Didik Mindset untuk jadi lebih kuat, kental & komited

Bila berada dalam komuniti bisnes Shaklee ini, Idah dapat kenal erti memberi yang sebenarnya. Para upline banyak menunjukkan contoh yang baik dan inspirasi untuk kita menjadi orang kaya yang berjiwa untuk akhirat. Tak semestinya hanya memberi atau bersedekah dari segi duit tapi macam-macam boleh berkongsi dan memberi seperti berkongsi ilmu, berkongsi poster, gambar dan video, belanja orang makan, bagi hadiah, bagi support antara satu sama lain atau apa sahaja yang boleh mendatangkan kebaikan. Kepimpinan melalui teladan.

Alhamdulillah, melalui komuniti Shaklee mendidik diri Idah untuk lebih berdislpin, lebih kuat, lebih berjiwa besar, lebih bersabar dan lebih kental. Bagaimana caranya nak berhadapan dengan dunia bisnes yang bermacam ujian, cabaran, kerenah, ragam dan masalah. Bila dah lama buat bisnes Shaklee alhamdulillah makin hari makin matang, tenang, kuat dan tabah apabila ujian hadir. Idah akan jadi lebih rasional, tak mengalah dan tidak cepat melatah. Masya Allah terima kasih sahabat-sahabat Shaklee semua. 

6. Sama Vibes dan tidak bersaing

Alhamdulillah ini memang Idah nampak sangat jelas sekarang. Komuniti Shaklee walaupun menjual produk Shaklee yang sama, namun tiada persaingan yang negatif. Semua saling support, berkawan saling berkongsi idea dan ilmu. Ada berkongsi poster, ayat-ayat copywriting, video, reels insya ALLAH boleh sahaja share di medium social kita sendiri. Siap ada group Telegram khas untuk bank poster-poster, video dan juga kelas-kelas open sharing tentang dunia marketing bisnes.

Dan sekarang ada menjalankan projek bersama bersatu hati dalam Projek Blog Mega 2.0 Tiada pilih kasih antara team namun berganding bahu seluruh organisasi Shaklee Malaysia untuk menjayakan projek ini. Aura gelombang yang sangat besar sudah dirasai. Semoga Shaklee akan menjadi No.1 di enjin carian semua medium sosial dan memberi kesan yang baik kepada seluruh pengedarnya. Insya Allah.

  


7. Dapat touch dari Upline-upline 

Alhamdulillah part ni Idah rasa syukur Alhamdulillah sebab dari awal Idah join Shaklee sehingga sekarang, upline memang bertanggungjawab, komited dalam membimbing, baik dan banyak membantu. Syukur alhamdulillah. Namun sekarang Idah lagi bersyukur, sebab boleh dapat direct coaching, touch dengan upline-upline di atas. Mereka sekarang lebih open menerima downline yang sedia untuk berjuang kembali. Tidak lagi mengira KASTA. Rasa aura eratnya kasih sayang yang diberikan sebab tanpa syarat. Gelombang positif bertebaran di sana sini. 



8. Berkenalan dengan ramai sahabat-sahabat baru

Masya Allah alhamdulillah, ini juga menjadi sebab kenapa Idah suka dan seronok dengan komuniti dalam bisnes Shaklee ini. Dapat kenal ramai rakan-rakan baru dari seluruh organisasi di Malaysia. Ramah mesra dan terasa macam keluarga, saudara mara sendiri bila bertemu dalam apa-apa majlis. Kemesraan yang sangat unik, tanpa mengira asal usul, latar belakang, tahap pendidikan, bidang kerjaya dan kemahiran. Humble, willing to help, tak lokek berkongsi ilmu dunia akhirat. Strangers yang boleh jadi macam saudara. Masya Allah.


9. Dihargai Setiap Pencapaian yang dibuat oleh Shaklee & Upline

Siapa yang tak suka hadiah kan? Idah suka sangat terutama hadiah dalam bentuk produk Shaklee. Sekarang Alhamdulillah bila ada tugasan, projek, kelas-kelas, pihak syarikat, upline akan sediakan hadiah yang best. Apa yang penting komitmen kita dan kerajinan kita untuk join, siapkan tugasan/aktiviti atau apa-apa sahaja. Sambil buat bisnes dapat hadiah. Bestnya.


 
Inilah antara sebab kenapa sekarang Idah suka komuniti Shaklee. Ini belum lagi berpeluang join trip percutian mewah bersama-sama komuniti Shaklee, mesti bertambah seronok. Insya Allah Idah pasti fight bersungguh-sungguh untk grab peluang yang Shaklee tawarkan ini.

Best kan sahabat? InsyaAllah semestinya best sahabat. 

Sebenarnya kan sahabat banyak lagi yang best dalam komuniti Shaklee ni. Tak cukup hanya 9 untuk Idah menulis betapa bestnya berada dalam circle bisnes Shaklee ni. Jujurnya, banyak perkara positif yang Idah belajar, di mana upline dan mentor selalu berpesan menyampaikan ilmu2 tentang akhirat, membina ladang pahala dengan bisnes dan mejadi kaya yang dipilih oleh Allah serta kekayaan itu lebih berkat dan bermanfaat kepada seluruh ummah.

Jadi sahabat, jomlah join team kami insya Allah kita belajar dan berjaya bersama-sama. 


Idafizart 
Sihat itu Jihad. Hidup untuk memberi. Perlu ada mindset beri manfaat kepada orang lain.
Sahabat nak order SHAKLEE, boleh klik ni ye : SAYA NAK SHAKLEE


No comments:

Post a Comment