Lama rasanya tak bercerita pasal Hanani. Selalu coretan ummi nya aje. Tajuk entry AA Hanani..hihi sebab dua2 puteri namanya bermula dengan huruf A..so nak diringkaskan Umminya guna AA. Afifah Hanani dan Aisyah Hanani. Alhamdulillah dua-dua dah semakin menginjak usia. Selaras dengan umurnya bermacam-macam ragam dan kerenah. Dua-dua ada perkembangan nya yang tersendiri.
Besar tanggungjawab dan amanah yang dipikul oleh kedua ibubapa. Dalam mendidik dan memberikan yang terbaik untuk setiap anak-anaknya. Alhamdulillah syukur Idah panjatkan kerana sejak mereka berdua lahir mmg sepenuhnya di bawah penjagaan idah dan suami. Tiada pembantu. Selalu juga mengeluh kerana keletihan dan saban hari melakukan rutin harian. Hingga pernah menangis semahu-mahunya..namun itu semua tekanan yang normal..hihi..Bila dalam keadaan letih seharian menguruskan rumahtangga, duduk sebentar terkenang apa yang mak bagi tahu masa anak dara dulu-dulu. Kata mak :-
"...nnt dah kawin, penat ke, letih ke, menangis ke...semua keje tu kamu kena sudahkan juga..nak harapkan siapa kalau bukan sendiri...buat pulak kalau anak-anak masih kecil setahun sorang pulak..perlukan perhatian..mak dulu time masak dukung kamu, membasuh kamu duduk atas riba...tak de pulak mak mengeluh...menangislah sorang-sorang"
huhuhu huwaaaaaaaaaaaaa....mak sekarang ni orang dah rasa macam yang rasa..baru faham akan tanggungjawab yang digalas..dan juga sudah merasai nikmat bersalin itu...
Indahnya sebenarnya alam perkahwinan ni.Ooooppss dah terlari tajuk pulak..nnt cerita pasal tu pulak. Sekarang berbalik kepada hanani Idah ni. Jom ikuti perkembangan dua beradik ni:-
Afifah Hanani bt Afizullah - Puteri Sulung 3thn 9bulan
- Alhamdulillah sudah boleh mengaji ALIF BAA TAA dengan lancar walaupun kekdng susunan sebutan tak berapa betu, mengeja pun sudah boleh.
- Mengenal bentuk-bentuk. contoh bentuk segitiga,segi empat,bulat,empat segi sama.
- Mengenal warna-warna.
- Membaca ABC walaupun kedkng tak berapa tersusun
- suka melukis, menulis, menconteng, mengoyakkan buku
- suka memberontak terutama kalau kehendaknya tidak dipenuhi
- suka menangis,manja, lemah lembut dan suka menjerit
- sangat suka akan buku
- Buku Grolier Fun Thinker sudah mula menguasainya di bawah pengawasan ummi dan abah
- Sangat suka menonton kartun (yang ni akan dipantau..Dora The Explore dan Go Diego Go selalunya akan mereka tonton)
Aisyah Hanani bt Afizullah - 2thn 4bulan (merisaukan Idah perkembangannya dr segi IQ agak slow berbanding kakaknya. Perlukan masa untuk belajar sesuatu.
- Perkembangannya lebih kurang dengan kakaknya samada dari segi mengenal huruf,bentuk,mengaji
- Agak slow dalam penerimaan untuk belajar(lebih suka mendengar dan belajar sendiri)
- Cakapnya pelat (kalau siapa2 tahu macamana nak atasi masalah ni boleh kongsikan dengan idah ye) . Aisyah sebutannya mmg pelat. Terutama kalau cakap laju.
- Berdikari,
- Sangat suka kartun
Salam Sayang,
UmmiHanani
Teratak 23
20 Rabbiul Awal 1432H
No comments:
Post a Comment