Wednesday, 22 March 2023

Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Tidak Tahu


Assalamualaikum sahabat dan Salam Mesra
Hi, sahabat AFIZART blog. Semoga sentiasa dalam kasih sayang Allah SWT dan dirahmati selalu. 

Termenung nak siapkan task 1 week 3 dalam Projek Blog Mega 2.0. Agak mencabar kerana memerlukan kita memahami ilmu itu dan bagaimana kita perlu terjemahkan dalam bentuk penulisan supaya mudah difahami oleh diri sendiri dan audiens yang membacanya.
 
Takkan mundur sebelum berjuang, ayuh kita teruskan!
Bismillah, ‘Wahai tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku, urusanku. Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku supaya mereka faham perkataanku.” Aamiin Ya Mujib.
Baiklah sahabat,

Umumnya, Idah yakin sahabat sudah banyak membaca tentang intermittent fasting (IF) dan menjadi salah seorang pengamal tegar IF. Begitu juga Idah, terjebak bermula tahun 2021 secara serius. Itupun sebab tertarik dengan method yang digunakan. Dari pembacaan, perkongsiaan sahabat-sahabat rapat dan coach yang pernah bimbing Idah dalam diet Eatclean, Idah tekad join group IF Kurus Sihat dengan ilmu yang dibimbing oleh beliau. Alhamdulillah. sampai sekarang Idah masih teruskan. Bila dah belajar dan ada ilmu, proses tu jadi lebih mudah, santai dan tak stress. Coach Idah kata paling penting adalah result.  
Namun apa yang membuatkan Idah terkejut, selepas join kelas Prof Dr Redza Rahman pada Sabtu lepas, seorang pakar Genomics Saintis membuka mata Idah. Subahnallah. Betul lah sahabat pentingnya ILMU dalam kehidupan kita. Semakin kita belajar, semakin banyak yang kita tak tahu. 
Firman Allah swt dalam surah At Taubah, ayat 122 bermaksud ;
“Dan tidak sepatutnya orang-orang mukmin itu semuanya pergi (ke medan perang). Mengapa sebagian dari setiap golongan di antara mereka tidak pergi untuk memperdalam pengetahuan agama mereka dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali, agar mereka dapat menjaga dirinya." 
Ibrah daripada ayat di atas,

Sebaik-baik orang yang berilmu adalah orang yang menyebarkan ilmunya dan mengajarkan orang lain. Untuk itu, setiap muslim dalam bidang ilmu pengetahuan memiliki tiga kewajiban yakni, menuntut ilmu, mengamalkannya, dan mengajarkannya kepada orang lain.
 
Itu juga input yang Idah dapat daripada kelas Prof Dr Redza, ilmu yang tiada dalam carian google. Ilmu yang hanya boleh kita perolehi apabila kita mencari dan menuntut ilmu dari guru yang benar. MasyaAllah Tabarakallah, Haza Rahmatun Min Robbi.

Point Utama
Rupanya cara IF yang biasa kita amalkan itu bukanlah sunnah yang sebenar. Namun adakah salah bila kita mengamalkannya? Tidak sahabat, cuma sama-sama kita 'Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa.' Faham ke faham? 
 
Intermittent Fasting yang biasa kita buat adalah jenis wet fasting iaitu dalam time frame berpuasa kita masih boleh mengambil air, hanya tidak boleh makan sahaja. Cara begini tiada Islam, namun ianya tidak salah untuk kita amalkan. 

Sahabat, Idah yakin ramai pengamal IF pasti tidak tahu bahawa intermittent fasting yang kita biasa amalkan ini ada ada keburukannya. Bunyi macam menakutkan je kan? 

Ini terjadi kerana ramai antara kita buat tanpa belajar dengan guru dan tanpa ilmu. Apa yang akan terjadi bila kita buat tanpa ilmu dan tanpa guru? Hasilnya mungkin akan mengecewakan antaranya rasa putus asa sebab berat turun kemudian plataeu, letih ,lapar melampau, selera makan membuak-buak dan sepatutnya IF membantu menurunkan darah tinggi, paras kolestrol, menurunkan paras gula dalam darah dan memberi kesan yang lebih kepada kesihatan namun hampa, tidak mencapai matlamat yang diingini.

Apakah pernah terjadi kepada sahabat?

Intermittent Fasting kalau tak faham caranya boleh mendatangkan kesan buruk. Di sini Idah kongsikan 4 keburukan IF yang pada Idah paling penting untuk dikongsikan dengan sahabat.

1. Melupakan Sunnah Puasa Sebenar

Secara peribadi, Idah sendiri hanyut dengan keasyikan IF cara barat. Seolah-olah auto setting terlupa dengan dry-fasting yang dianjurkan oleh Islam, dipandu oleh Nabi Muhammad S.A.W. Walaupun Idah ada join group sihat gaya IF, Idah tak pernah didedahkan maksud sebenar IF dalam Islam sehinggalah Idah join kelas Prof Dr Redza. MasyaAllah Tabarakallah ianya membuka hati, mata dan minda Idah. Biasakan yang betul, Betulkan yang biasa!
 
Sentap bila Prof Dr Redza kata, Rasulullah SAW tak pernah buat IF dengan cara begini. Cara IF yang Rasulullah saw buat adalah seperti mana yang Al Quran dan Hadis dah nyatakan. Bermulanya terbit fajar sehinggalah terbenamnya matahari, tempohnya mengikut waktu sesuatu negara tersebut, kita duduk di Malaysia tempohnya selama 13-14 jam tanpa makan dan minum. 

Manfaat Puasa untuk kesihatan 

Masya Allah Alhamdulillah banyak sebenarnya hikmah berpuasa kepada kesihatan. Dalam sains ada kajian menunjukkan, autophagy secara dry fasting lebih cepat diperoleh iaitu dalam puasa tempoh 14 jam. Signal perut, otak dan pankreas akan lebih stabil di waktu kita puasa secara penuh seharian tanpa air dan makanan dan kita akan mencapai tahap autophagy dengan lebih pantas tanpa menyiksa badan tidak ada makanan melebihi 21 jam.
 
Alhamdulillah dengan 14 jam ini, kita akan kurang kehilangan nutrisi kerana jarak ini masih sesuai untuk manusia bukan alien. Hahaha. Jadi jom kita hijrah dan ubah ye sahabat, ikut sunnah dapat keberkatan hidup dan insya Allah pahala ganjarannya.

APA ITU AUTOPHAGY?


Autophagy adalah satu proses penting dimana ia dirangsang apabila tubuh badan berada dalam keadaan LAPAR. Contohnya apabila tubuh sedang berpuasa untuk tempoh 8-10 jam. Apabila sedang berpuasa, proses autophagy akan memecahkan protein dan komponen yang telah rosak dan menggunakannya semula untuk menghasilkan tenaga. 

Bukan itu sahaja,sel sel lapar ini akan memusnahkan virus dan bakteria dalam tubuh dan menggunakannya untuk kitar semula. Ianya merupakan proses housekeeping atau detox dimana komponen-komponen sel, protein yang rosak dan patogen dibersihkan serta dikitar semula untuk memulakan pemulihan sel.
 
Tanpa autophagy, sel-sel menjadi 'sesak' dengan komponen-komponen lama, maka timbullah pelbagai masalah serta penyakit seperti keradangan, kelemahan sistem imun, penuaan (aging) malah kanser!
 
Bagaimana Cara Nak Capai Autophagy?
Tubuh badan manusia mempunyai fungsi yang cukup unik untuk memperbaiki kerosakan. Manfaatkan fungsi ini dengan mengamalkan puasa iaitu tubuh makan sendiri ketika tidak dibekalkan dengan makanan yang memberikannya tenaga.

 
Kalau tengok kepada time line intermittent fasting di atas, autophagy bermula dalam tempoh IF selama 18 jam ke 20 jam dan akan mencapai tahap kemuncak 300% adalah pada 36 jam hingga 72 jam (iaitu IF selama 3 hari, tanpa makanan, hanya minum).

Mampukah kita sahabat? Bayangkan 3 hari buat wet-intermittent fasting! 

Berbanding puasa kering (dry fasting) seperti puasa di bulan Ramadan atau puasa sunat, lebih cepat dapat capai autophagy. Masya Allah sungguh hebat perancangan Allah aturkan untuk kita hamba--Nya. Bayangkan manfaat autophagy tu kita dapat setiap hari untuk tempoh 30 hari berpuasa, pembersihan sel ke peringkat selular berlaku selama tempoh itu! Masya Allah. 

Bagaimana cara ntuk mendapatkan autophagy ini? Alhamdulillah, ada kaedahnya iaitu ;
📌 Puasa atau intermittent fasting mengikut cara sunnah lebih baik!
         1. Puasa Ramadan (wajib ke atas umat islam seluruhnya)
         2. Puasa Isnin dan Khamis
         3. Puasa pada hari putih iaitu 13,14,15 setiap bulan hijrah
📌 Memakan lemak sihat umpamanya asid lemak omega 3 dan minyak zaitun
📌 Tidur yang berkualiti
📌 Bersenam
Dan tambahan penting juga untuk mengaktifkan autophagy ke tahap yang lebih baik kita perlu menambah beberapa suplemen penting  iaitu :
1. Resveratrol (iaitu sejenis polifenol)
2. Astaxantin (juga sejenis polifenol)
3. Berberine
4. Citrus Bergamot
5. Turmeric

Tapi AWAS

kalau kita puasa tapi kita ambik pula makanan yang mengundang toksik, maknanya tiadalah manfaat autophagy tu. Hanya sia-sia. 

Di mana nak dapatkan suplemen seperti yang dinyatakan di atas? 

Alhamdulillah dengan hati yang penuh gembiranya, Shaklee yesssza Shaklee sahabat, ada memiliki 2 daripadanya iaitu Resveratrol dan Astaxantin.  Shaklee telah mengeluarkan SUPPLEMENTS TERBAIK diMalaysia iaitu Vivix dan Res-V.

Kedua-duanya mengandungi resveratrol dan polifenol. Vivix mengandungi resveratrol yang boleh menginduksi autophagy dan  perlu juga mengambil bersama Supplement CoQ - Trol yang mengandungi  Coenzyme Q10 di mana boleh meningkatkan  Autophagy. ResV  dietry polifenol membantu menigkatkan kualiti tidur. 


Astaxantin juga terdapat dalam satu lagi produk Shaklee iaitu Carotomix.

Alhamdulillah selepas dengar sharing beliau, lagi lah jatuh cinta dengan Vivix dan tekad nak mengamalkannya sampai bila-bila. Insya Allah kena lebih usaha dan buat sungguh-sungguh bisnes Shaklee ni, nak capai extra bonus yang banyak. Nak bagi diri sendiri, suami, anak-anak dan bantu lebih ramai orang mampu mengambil Vivix juga. Nak sama-sama sihat walafiat walaupun sudah berusia warga emas. 

2. Tahap Kolagen Berkurangan Sebanyak 90%

Menurut Dr Berg, intermittent fasting akan menyebabkan kesan kepada kulit kita dari segi menyebabkan penuaan kulit di mana kulit menjadi kering dan hilang keanjalan disebabkan oleh kekurangan kolagen sebanyak 90%.
 
Kalau perasan, ada orang yang intermittent fasting membantu mereka kuruskan badan, tapi pada masa yang sama kulit mereka pun ikut kendur. Ini tak best lah, sebab bila kita kurus, dah seronok dah, tapi kenapa nampak tua? 
Idah setuju. Sebab Idah mengalaminya. Bila kurus tanpa mengambil support nutrisi yang mencukupi, kelihatan seperti orang sakit, kulit menggeleber, banyak part body yang lembik dan kendur. Nampak kurus tapi tak fix. Tak bestnya 😢 
Apabila kolagen berkurangan dalam badan, kulit akan semakin kurang elastik. Apabila berat badan kita berubah, ia dapat mengubah berapa banyak kolagen yang dihasilkan oleh badan kita yang kemudiannya boleh menyebabkan kulit kendur dan  mengalami kedutan.

Keburukan Intermittent Fasting antaranya menyebabkan kulit kendur dan berkedut.

TAHU TAK AUTOPHAGY JUGA ADA KELEMAHANYA.

Autophagy boleh merosakkan collegen type 1 sebanyak 90% yang ada dalam badan kita. Fakta tentang kolagen :
1. 30% dari protein badan adalah kolagen
2. Kolagen meliputi kebaikan untuk kulit, tulang, otot, tendons
3. Ada 28 jenis kolagen semuanya tapi yang paling penting adalah type 1, 2, 3 dan 4, namun yang terjejas akibat intermittent fasting ialah kolagen type 1 (boleh rujuk gambar di bawah ye.
4. 50% kolagen hilang ketika berumur 60 tahun ke atas.  

Makanya fokus utama kita apabila melakukan intermittent fasting adalah untuk memelihara dan menjaga sekali kolagen kita di tahap 1 seperti dalam gambar di atas. Kesan daripada kehilangan kolagen usah buat main-main tau sahabat, ibaratnya IF berjaya menurunkan berat badan namun kita terpaksa menanggung risiko kulit berkedut, kusam, otot-otot lembik, menggeleber dan wajah kelihatan tua. Tak best kan? Murung boleh terjadi!

Namun begitu, sahabat usah bimbang alhamdulillah dalam Shaklee, ada produk berasaskan kolagen dari sumber ikan. Jadi apa yang kita kena buat ialah, apabila buat intermittent fasting atau kita berpuasa, selain amalkan vitamin-vitamin yang ada dalam Set Kurus Shaklee, Set Puasa Shaklee, amalkan bersamanya pengambilan Collagen Powder Shaklee untuk kelihatan cantik luaran dan dalaman.

Jadinya sahabat andai punya target nak cantik, kulit flawless, cerah berseri, pinkish pada musim raya, amalkanlah produk Collagen Powder Plus ketika di bulan puasa ni ye. Ini kerana ketika berpuasa Ramadan lah paling tinggi kebarangkalian untuk kita mendapat autophagy serta top up dengan suplemen. Kesan lebih baik.

Masya Allah Alhamdulillah.  


Berdasarkan 4 cara mencapai autophagy tu, ada beberapa perkara kita boleh lakukan untuk menyokong autophagy ke tahap yang lebih baik iaitu ;
1. Mengambil perkara-perkara yang membantu kita berpuasa seperti Set Puasa Shaklee
2. Elakkan pengambilan bahan-bahan toksid seperti gula berlebihan. Makan secara berlebihan hanya akan mengundang bahaya kepada tubuh badan kita keseluruhannya. Ingat sahabat, tubuh badan ni amanah dari Allah swt. 
3. Tidur yang berkualiti. Andai ada masalah isomnia, sahabat cari supplement yang ada magnesium untuk support, seperti OsteNutrix.
4. Bersenam sekurang-kurangnya 3x seminggu, lakukan 10k langkah seiap hari dan makan lemak sihat seperti asid lemak omega 3 dan minyak zaitun untuk support kesihatan kita jadi lebih baik.
3. Kekurangan Nutrisi dan Garam Mineral

Matlamat IF ini adalah untuk mencapai tahap autophagy iaitu fat burning tanpa senaman. Cara ini rasanya sangat mudah kerana kita masih boleh minum air ketika terasa lapar. Ia dipanggil wet fasting yang diasaskan oleh Dr Berg.
 
Dengan panjangnya masa tanpa makanan, memang badan akan cepat kurus. Akan tetapi, ia berkurangan sama dengan nutrisi badan. Sebab itulah, apabila ada yang buat IF, ada masalah kulit kering, rambut gugur dan mengalami kebas-kebas.
 
Manusia perlukan nutrien dari makanan. Jadi jika kita buat IF , sepatutnya kita top up juga dengan suplemen untuk menyokong dan melengkapkan nutrien dalam badan. Nak kurus namun bila kurus dikatakan kita sakit, nak ke begitu?
 
Kekurangan garam mineral juga boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang serius termasuklah Hypothermia, kejang otot, tekanan darah rendah, masalah pencernaan dan masalah kesihatan mental.

Alternatif nak elakkan masalah kekurangan garam mineral dan nutrisi, sahabat ambil Set Kurus Shaklee, amalkan defisit kalori dan makan secara suku-suku separuh dalam menu diet harian. Ia lengkap dengan semua nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh, insya Allah. Sihat itu jihad, nikmat dan amanah, jadi peliharalah sebaiknya kerana kita akan disoal tentangnya oleh Allah swt. Ampuni kami Ya Allah. 

  
4. Beri Kesan Kepada Psikologi

Stress, terlampau obses dengan makanan diet sehingga menidakkan nikmat rezeki yang sebenar, taksub, berlaku kecelaruan hormon, moody dan rasa give up. Ada laporan mengatakan mereka yang mengamalkan Alternate-day fasting berhadapan kesan sampingan hipoglikemik atau keadaan di mana kadar gula dalam darah sangat rendah. Perkara ini juga akan menyebabkan seseorang mengalami sakit kepala, denyutan jantung meningkat, berasa pening dan mual.


Jadi pilihlah untuk tidak berpuasa secara ekstrem. Jangan berlebihan jika ingin berpuasa. Sebagai manusia, kita perlu makan untuk kekal bertenaga. Sihat itu jihad, nikmat, rezeki dan amanah. 
Dari Abu Barzah Al Aslami berkata: Rasulullah SAW bersabda:
"Dua kaki seorang hamba tidak akan bergerak (pada hari kiamat) sehingga dia ditanya tentang umurnya, kemana dihabiskan, tentang ilmunya apakah yang telah dilakukan dengan ilmunya, tentang hartanya dari mana diperolehi dan kemana dibelanjakan dan tentang tubuh badannya untuk apa digunakannya”
HR Tirmizi No: 2341 
Pengajaran:
1. Setiap kita pada hari kiamat nanti akan dibangkitkan di Padang Mahsyar dan akan melalui pemeriksaan dan timbangan di atas amal kita semasa hidup
2. Setiap kita akan ditanya tentang umur kemana dihabiskan dan dimanfatkan
3. Ilmu yang dimiliki adakah ilmu yang bermanfaat ..adakah diamalkan….adakah disebarkan sama ada melalui lisan atau tulisan?
4. Setiap harta yang diperoleh, adakah dengan cara yang halal atau sebaliknya? Setiap sen yang di belanjakan juga akan ditanya kemana dan bagaimana diurus?
5. Pada tubuh badan kita juga akan ditanya seluruh anggota dan pancaindera yang dimiliki kemana telah digunakan semasa di dunia.

Nak buat IF seperti sekarang? 

Dr Redza kata takde masalah, cuma jangan taksub. Nak buat IF better ikut cara yang Rasulullah saw buat. Insya Allah itu yang terbaik. Syukurlah kita berpeluang untuk capai manfaat autophagy, paling mudah dengan berpuasa. Maknanya kalau kita dapat capai autophagy ni memang terbaiklah, insyaAllah mampu perbaiki kesihatan kita dan kita dapatinya melalui kaedah yang Allah pun sebut, iaitu berpuasa. 



Review Kelas Zoom Prof Dr Redza 18 Mac 2023

Alhamdulillah, walaupun kami (Idah dan suami) join kelas zoom online sambil travel, Masya Allah Tabarakallah banyak sangat ilmu baru, input yang best kami belajar, seolah-olah masuk kelas agama dan kelas sains dalam satu masa. Ada tazkirah, ada ingatan dan pesanan. Ini feedback kami dan andai ada peluang lagi, insya Allah nak join kelas bersemuka. 
1. 1st sekali beliau tekankan bab adab dengan guru dan ilmu. Memang terbaiklah
2. Mulakan kelas dengan mengingatkan kita kepada Allah swt & Nabi Muhammad SAW
3. Cara beliau mengajar dan menyampaikan alhamdulillah mudah faham, terang lagi jelas. 
4. Ilmunya eksklusif sebab tiada dalam google, ilmu yang memerlukan kita hadir secara bersemuka, berlaga lutut dan belajar dengan guru. Adab tadi kan...
5. Ilmunya selari antara Sains, Al Quran dan Hadis. Nampak beliau memang seorang genius dan berpengetahuan dalam aspek duniawi dan ukhrawi.
6. Cara dia explain tu masya Allah membuatkan Idah rasa nak daftar balik SPM sebagai calon persendirian subjek Biologi. hahaha. Memang taklah..at least ada ilmu begini boleh kongsikan dengan anak-anak.
Idah yakin 200% sahabat yang join kelas bersemuka, lagi besar impak yang mereka dapat dan raasai. No wonder penaja utama Projek Blog Mega ni bagi tahu, yang datang offline pastinya lebih rasa amazing dan aura tu luar biasa.

Alhamdulillah, 
Dah belajar nutrisi dengan pihak luar, orang yang tak buat bisnes Shaklee pun, membuatkan Idah semakin sayang dengan Shaklee kerana produk Shaklee alhamdulillah memang terbukti, selamat, berkesan, bebas dari bahan berbahaya, beyond organic dan hanya saintis-saintis terbaik bersamanya. 

Selari dengan komitmen Pengasas Shaklee Corporation iaitu Dr Forrest C. Shaklee,
“Kami membuat produk yang lembut kepada alam sekitar dan tidak pernah membuat ujian ke atas haiwan. Saya tidak akan mencipta produk yang akan merosakkan satu sel tisu di dalam badan.” 
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar.
Allahumma Solli ‘Ala Muhammad.
 
Idah menulis dengan ilmu, menyampaikan juga dengan ilmu, semoga bermanfaat untuk kita bersama ye sahabat. Sihat, Sunnah & Sains bila bergabung insya Allah mulut kita akan sentiasa mengucapkan puji pujian hanya untuk Allah swt.

Idafizart 
Sihat itu Jihad. Hidup untuk memberi. Perlu ada mindset beri manfaat kepada orang lain.
Sahabat nak order Shaklee boleh terus hubungi Idah di talian 013-9097825.


2 comments:

  1. Lengkap penerangan sis Idah. Terima kasih share.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah mekasih sahabat. Barokallahu fik. Semoga bermanfaat insya Allah.

      Delete