Thursday 23 March 2023

Selamat Berpuasa Tahun 2023 | Salam Ramadan 1444h

Assalamualaikum sahabat AFIZART blog semua, 

Salam ukhwah dan salam mesra. Kami doakan sahabat pembaca semua dirahmati dan diberkati Allah swt selalu. Sahabat, alhamdulillah hari ni 23/03/23 kita semua, umat Islam seluruh dunia telah menerima kedatangan tetamu yang sangat dirindui dan istimewa iaitu Ramadan Al Mubarak. 

Alhamdulillah, Barakallahu fik,

Bulan yang dirindui, Ramadan kini telah tiba. Bulan suci umat Islam yang penuh dengan keberkatan ada didalamnya. Pasti ramai yang tidak sabar-sabar untuk mengejar ganjaran dan segala tawaran yang dijanjikan oleh Allah SWT yang ada dalam bulan Ramadan.

Dalam keterujaan menyambut kedatangan bulan Ramadan 2023 kali ini, pelbagai perkara yang boleh dilakukan bagi menunjukkan kegembiraan atas kehadirannya adalah satunya adalah saling bertukar ucapan Ramadan yang boleh dikongsikan menerusi media sosial.

Sebenarnya dengan ucapan ini juga boleh menjadi doa. Mintalah dan berdoalah kepada Allah swt terutamanya dalam Ramadan supaya diberikan kemudahan untuk ikhlas beribadah dan pastinya mencari pahala yang berlipat ganda dari Allah SWT.


Baiklah sahabat, 
Dikesempatan ini kami berdua mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak dan Selamat Berpuasa kepada sahabat-sahabat pembaca blog kami. Doa kami semoga Ramadan kita untuk tahun ini menjadikan diri kita insan yang lebih baik dan sentiasa mengharapkan keredhaan Allah Swt, insya Allah. Allahumma Aamiin.

𝐉𝐎𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐃𝐎𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐀! 
Bismillah,
1. Ya Allah, terimalah puasaku, solatku, bacaan Al-Quranku, zikirku, sedekah/zakatku di bulan mulia ini.
2. Ya Allah, ampunkanlah aku jika ada kekurangan dalam puasaku dan ketaatanku dan kurniakanlah aku niat yang ikhlas hanya keranaMu.
3. Ya Allah, maafkanlah semua dosaku sebelum bulan Ramadan berakhir dan tuntunlah aku untuk tak mengulangi dosa yang sama.
4. Ya Allah, bantulah aku untuk meneruskan semua amalan baik yang telah aku lakukan dalam bulan Ramadan ini.
5. Ya Allah, tempatkanlah aku dalam kalangan hambaMU yang Kau cintai & orang yang taat kepadaMu
6. Ya Allah kurniakanlah aku sumber rezeki yang halal dan kurniakanlah aku apa sahaja yang berkat untukku.
7. Ya Allah, rahmatilah aku dengan kesihatan yang baik dan jauhkanlah aku dengan penyakit
8. Ya Allah, ampunkanlah dosa ahli keluargaku dan orang yang aku sayang dan rahmatilah mereka dengan perlindunganMu. Aamiin Ya Mujib

Semoga ramadan tahun ini adalah ramadan terbaik untuk kita. 

Salam Ramadan sahabat semua!

Ulangkaji NIAT PUASA RAMADAN

Dan istimewanya kami nak kongsikan dengan sahabat resepi-resepi sedap, lazat, dan penuh berkhasiat sepanjang bulan puasa ini. Cubalah resipi-resipi yang enak ini untuk memberi kejutan kepada keluarga dan tetamu anda sebagai sajian sahur yang sihat atau sebagai minuman yang menyegarkan ketika berbuka puasa.

Set Puasa Shaklee & Extra Bertenaga


Resepi resepi istimewa 

Idafizart 

Sihat itu Jihad. Hidup untuk memberi. Perlu ada mindset beri manfaat kepada orang lain.
Sahabat nak order SHAKLEE, boleh klik ni ye : SAYA NAK SHAKLEE 



No comments:

Post a Comment