Thursday, 16 March 2023

Santan Kelapa Baik Untuk Kesihatan

 

Tadi lepas balik berbasikal buat smoothie. Saya tak pakai susu. Pakai santan.
Maryam tanya kenapa tak pakai susu. Biasanya smoothie ni kan pakai susu.

"Santan power lagi" kata saya. Bila campur dengan minuman santan kekal power. Tak berubah sangat molekulnya. Mujur Maryam faham bab molekul ni. Kalau tidak jenuh juga cari poin lain.

Banyak mitos pasal santan ni. Antaramitos utama ialah ambil santan naikkan kolesterol.
Dalam santan ada banyak bahan power. Antara bahan superpowernya ialah Medium Chain Triglycerides atau MCT. MCT ni dapatkan naikkan metabolisme tubuh. Boosting fungsi Thyroid. Bab thyroid ni kena ambil tahu. Kena jaga betul betul.

Bila Thyroid terjaga, fungsi fat burning pun mula berlaku. Bukan itu saja, lemak dari santan juga stabilikan gula dalam darah. Secara tak langsung kawal insulin sensitivity.

Paling dahsyat kemampuan santan hilangkan craving dan naikkan energi. Bagi saya saya kelapa ni khanzanah alam yang luarbisa. Patut dianggap sebagai Superfood. Patut masuk dalam diet harian.

Artikel di atas adalah penulisan daripada Doktor Rizal. Alhamdulillah bila baca tentang kebaikan santan kepada kesihatan, betapa khilafnya dahulu pemahaman tentangnya.

"Jangan makan santan, tingkatkan kolestrol." 

"Jangan makan santan, boleh gemuk."

"Jangan guna santan segar dalam masakan kerana ia mengandungi kolesterol yang boleh menyebabkan masalah kesihatan". 

Macam-macam lagi dimomokkan dengan pemikiran sebegitu. Jika kurang ilmu, kurang membaca kita lebih mudah terpedaya dengan info-info yang kurang sahih tentangnya. Pentingnya kita amalkan budaya suka membaca. 

 Usah 'fitnah' Santan!

Idah baca artikel di sini tentang santan. Pegawai Perubatan Columbia Asia Hospital, Dr S Malar Santhi berkata, sebenarnya santan segar tidak mempunyai kolesterol kerana ia daripada tumbuh-tumbuhan yang hanya mempunyai kandungan lemak.

"Walaupun santan tidak mempunyai kolesterol, kandungan kalorinya adalah tinggi. Sebab itu, orang dahulu seperti nelayan dan petani mengambil santan bagi mendapatkan lebihan kalori untuk melakukan kerja berat," katanya.

Jangan ambiil berlebihan! 

MAKANAN mengandungi lemak tidak tepu lebih selamat pengambilannya berbanding lemak tepu

Dr S Malar Santhi berkata lagi, apabila memasuki usia 40 tahun, seseorang itu perlu berubah ke arah  makanan sihat iaitu mengira kalori makanan, kategori lemak dan kurangkan penggunaan garam dalam masakan.

Paling penting ialah bersenam.

Sahabat juga boleh membaca tentang santan di link2 berikut ye ;


Baiklah sahabat, 

Idah nak kongsikan dengan sahabat resepi protein shake Shaklee yang boleh dibancuh bersama santan kelapa. Dapat yang ori lagi bagus santannya. Resepi ni guna santan kotak brand KARA. Lebih pekat dan sedap. 


1 scoop ESP
1 Scoop Cich Choc
Cream Cheese
strawberry
Pisang (boleh pakai half sebab manissss)
Susu Santan
ais

blend bersama

Chocoberry Coconut Protein with sea salt cheese

  • 200 ml UHT Whipping Cream
  • 200 g Cream Cheese (any brands would do, best is Philadelphia)
  • 100 ml Santan Kelapa Ori atau Santan Kotak 
  • 1 tsp Salt (sea salt)
  • 100 g erytritol (gula lulus keto)



Semoga bermanfaat sahabat. Nak try protein shake Shaklee? Alhamdulillah bulan ni ada promo sahabat untu Cinch Shake. Belian Twin Pack Mix Any Flavor hanya RM250 sahaja untuk bukan ahli, jika dah ahli lagi murah. Nak order boleh klik pada gambar ini ye. 


Idafizart 
Sihat itu Jihad. Hidup untuk memberi. Perlu ada mindset beri manfaat kepada orang lain.
Sahabat nak order SHAKLEE, boleh klik ni ye : SAYA NAK SHAKLEE

 

No comments:

Post a Comment