Showing posts with label Info Sihat. Show all posts
Showing posts with label Info Sihat. Show all posts

Thursday, 3 August 2023

Tip Sihat dan Cara Mudah Mencegah Serangan Gout

Gout, sejenis penyakit yang boleh dikatakan sering menyerang mereka yang sudah berusia. Dan gout juga penyakit yang telah lama wujud dalam bidang perubatan dan hingga kini penyakit ini menjadi satu mimpi ngeri kepada pengidapnya.

Kenapa mimpi ngeri? Ini kerana sakitnya gout ini apabila ia menyerang, sakitnya yang teramat sakit dan hanya mereka yang mengalaminya sahaja yang tahu tahap kesakitannya.


Boleh baca artikel tentang sakit gout sepenuhnya di sini >>Penyakit Gout- Bagaimana Gout Berlaku, Punca, Tanda-Tanda Dan Rawatan Untuk Gout 

Baca lagi 👇

Sunday, 18 June 2023

5 Petua Hilangkan Jeragat Dengan Lebih Berkesan. Cubalah

Jika sahabat salah seorang daripada mereka yang bermasalah jeragat, pasti sahabat tahu betapa sukarnya untuk berdepan dengan masalah tersebut. Kewujudannya boleh menyebabkan timbulnya rasa malu untuk berjumpa dengan orang, mempunyai tahap keyakinan yang rendah dan lebih parah boleh mengundang masalah kemurungan lebih-lebih lagi jika bersekali dengan bintik hitam di muka. Mencegah lebih baik daripada merawat. 

Jadinya dalam entri kali insya Allah Idah nak kongsikan dengan sahabat 5 petua hilangkan jeragat melalui cara tradisional, semulajadi dan insya Allah lebih selamat, lebih berkesan.


APA ITU JERAGAT?

Friday, 16 June 2023

5 Langkah Amalan Gaya Hidup Sihat

Kita sering terbaca atau mendengar kepentingan gaya hidup sihat di kaca televisyen, majalah atau di radio. Ada yang berkata amalan gaya hidup sihat bermula dengan pemakanan sihat. Ada juga menyentuh soal senaman dan aktiviti fizikal. Tidak kurang juga menyarankan kita mengelakkan diri daripada tabiat dan pemakanan yang kurang sihat.

Untuk memulakan gaya hidup sihat, kita perlu melihat kepada pelbagai aspek seperti penjagaan makanan, kesihatan mental dan aktiviti fizikal. Ramai yang cakna mengenai ini tetapi malas untuk mulakannya. 

Ayuh, mulakan amalan gaya hidup sihat ini dengan 5 langkah ini!

Thursday, 16 March 2023

Santan Kelapa Baik Untuk Kesihatan

 

Tadi lepas balik berbasikal buat smoothie. Saya tak pakai susu. Pakai santan.
Maryam tanya kenapa tak pakai susu. Biasanya smoothie ni kan pakai susu.

"Santan power lagi" kata saya. Bila campur dengan minuman santan kekal power. Tak berubah sangat molekulnya. Mujur Maryam faham bab molekul ni. Kalau tidak jenuh juga cari poin lain.

Banyak mitos pasal santan ni. Antaramitos utama ialah ambil santan naikkan kolesterol.
Dalam santan ada banyak bahan power. Antara bahan superpowernya ialah Medium Chain Triglycerides atau MCT. MCT ni dapatkan naikkan metabolisme tubuh. Boosting fungsi Thyroid. Bab thyroid ni kena ambil tahu. Kena jaga betul betul.

Bila Thyroid terjaga, fungsi fat burning pun mula berlaku. Bukan itu saja, lemak dari santan juga stabilikan gula dalam darah. Secara tak langsung kawal insulin sensitivity.

Paling dahsyat kemampuan santan hilangkan craving dan naikkan energi. Bagi saya saya kelapa ni khanzanah alam yang luarbisa. Patut dianggap sebagai Superfood. Patut masuk dalam diet harian.

Artikel di atas adalah penulisan daripada Doktor Rizal. Alhamdulillah bila baca tentang kebaikan santan kepada kesihatan, betapa khilafnya dahulu pemahaman tentangnya.

Monday, 14 February 2011

Apa itu Alahan Ubat?

Assalamualaikum

Selamat petang buat semua kawan-kawan blogger, alhamdulillah hari ini ada sedikit keceriaan berbanding semalam. Semangat waja untuk fokus pd kerja pun sudah kembali. Alhamdulillah syukur padaMu Ilahi. Terima kasih juga pada en.kanda. Pagi td en.Kanda dah bawa gi klinik,alhamdulillah urusan cepat. Kalau tidak mahunya pening+sakit perut kembali lagi. 

Tak boleh nak duduk lama-lama kat klinik,loya bau mcm-mcm ubat. Pesakit No 3005. So dah check semua. MA tu kata idah maybe alahan pada ubat.

ALAHAN? 

Ingatkan alahan hamil..hahahahah bukanlah. Alahan ubat atau somethinglah. Seingat idahlah(mmg catat dalam buku) tak de pulak amik apa2 ubatan hospital. Idah just amik herba,madu dan habbatussauda. 

Ayoyoyoyo bakpe pulak dah alahan...Rasanya bukan alahan tapi panas dalam agknya, hihi Idah pulak jadi MA kan...ermmm apa2 pun hadapi ujian tak sihat dengan sabar. Boleh juga rehat(rehat ke? macam tak aje). Idah pun cari info pasal alahan ubat ni. Apakah penyebabnya. Carian di google paling pantas dapatlah infonya seperti di bawah:-

Alahan Ubat

Tindakbalas alahan adalah kesan sampingan ubat ubatan yang tidak diingini dan jarang berlaku. Pelbagai jenis tindakbalas alahan boleh berlaku. Tindakbalas ini boleh berlaku dalam pelbagai jenis daripada ruam ringan hinggalah kesan teruk kepada sistem utama badan. Tindakbalas badan boleh memberi kesan kepada banyak sistem organ, tetapi selalunya kulit adalah organ yang selalu mengalami alahan. Mengenalpasti tanda dan gejala alahan ubatan adalah satu perkara penting kerana ia boleh mengancam nyawa. Walau bagaimanapun kematian disebabkan oleh alahan ubat amat jarang berlaku.

Alahan ini jarang berlaku ketika kali pertama mengambil ubat. Biasanya alahan akan berlaku apabila selepas pengambilan kali kedua. Sekiranya anda bertindak balas pada kali pertama, berkemungkinan anda telah terdedah dengan ubatan jenis tersebut tanpa mengetahuinya. Tidak semua tidak balas sampingan terhadap ubatan adalah alahan. Malah sebenarnya kurang daripada 10 peratus kesan sampingan ubat merupakan alahan. Penyebab lain kesan sampingan merupakan interaksi antara 2 atau lebih jenis ubat, ketidakcernaan ubat sepenuhnya di dalam badan (hati dan buah pinggang), terlebih dos dan kesan sampingan seperti loya, muntah atau cirit birit.

Tanda dan Gejala Alahan ubatan boleh menyebabkan pelbagai jenis gejala berlaku bergantung kepada ubat dan kekerapan anda mengambilnya. Berikut adalah merupakan tindakbalas yang selalu berlaku:

Kulit

  • Campak – seperti ruam
  • Gatal –tompokan merah di atas kulit dengan rupa bentuk yang berbeza menyebabkan terasa gatal ( ini idah alaminya...kalau gatal dan garu mmg timbul tompokan merah)
  • Photoallergy – Sensitif terhadap cahaya matahari, kulit menjadi gatal dan kemerahan apabila terdedah kepada cahaya matahari
  • Erythema multiforme – Merah, bengkak dan gatal di tempat tempat tertentu adakala dikaitkan dengan pembengkakan permukaan lidah
  • Demam (ada aura aje..belum demam cuma lemah2 badan)
  • Sakit sendi dan otot(iye betul sakit2 sendi rasa mcm nak demam)
  • Bengkak nodus limfa
  • Jangkitan pada buah pinggang
  • Tidak seperti kebanyakan tindakbalas alahan , yang berlaku secara pantas selepas terdedah kepada bahan penyebab alahan, tindakbalas alahan terhadap ubatan akan berlaku sehari atau seminggu selepas pengambilan dos pertama.
  • Anaphylaxis atau tindak balas anaphylactic - Merupakan tindak balas yang serius dan boleh membawa kematian. Pesakit yang mengalami tindak balas ini perlu dirawat dengan segera di bahagian kecemasan Hospital.
  • Tindak balas kulit- Gatal-gatal , tanda kemerahan , terasa panas dan gatal
  • Kesukaran bernafas -Dada tersumbat, teras ketat, mengeluarkan bunyi “wheezing”, tekak tersekat.(ini juga ada alami)
  • Pitam – Sakit kepala dan hilang daya imbangan badan secara tetiba akibat peningkatan tekanan darah
  • Degupan jantung tidak sekata
  • Bengkak pada muka, lidah, bibir, tekak, sendi, tangan atau kaki(ada juga)

Hampir semua tindak balas Anaphylactic berlaku dalam masa 4 jam selepas dos pertama. Kebanyakannya berlaku selepas 1 jam mengambil ubat, namun ada juga yang berlaku dalam masa seminit malah sesaat. Sebab-Sebab Tindak balas alahan ini berlaku disebabkan oleh sistem daya tahan bertindak balas secara berlebihan terhadap ubatan, juga dikenali sebagai penyerang kimia atau antigen. Tindakbalas berlebihan ini selalu dirujuk sebagai tindak balas hipersensitiviti.

Badan menghasilkan antibodi terhadap antigen dan menyimpannya di dalam sel khas.

  • Antibodi dalam tindak balas alahan disebut immunoglobulin E, or IgE.
  • Apabila badan terdedah kepada ubat yang sama sekali lagi. antibodi akan memberi signal kepada sel untuk melepaskan bahan kimia “mediator”." Histamine adalah contoh sejenis mediator
  • Kesan mediator ini akan menunjukkan gejala-gejala tindakbalas.

Penyebab utama alahan ubatan adalah seperti berikut:

Painkillers ( analgesics) scodeine, morphine, nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs, seperti ibuprofen atau indomethacin), dan aspirin.

  • Antibiotics seperti penisilin, sulfa drugs, dan tetracycline
  • Ubatan Antiseizure seperti phenytoin (Dilantin) atau carbamazepine (Tegretol)

Faktor Risiko

Faktor risiko bagi alahan ubat:

  • Selalu terdedah kepada ubatan
  • Dos ubatan yang terlalu banyak
  • Ubatan diberi melalui suntikan berbanding pil
  • Kebiasaan untuk merangsang alahan dan asma

Rawatan

Rawatan untuk alahan ubat termasuklah memahami perkara yang perlu dilakukan jika anda mempunyai tindakbalas alahan ini. Elakkan ubatan yang menyebabkan alahan dan menggunakan ubatan seperti antihistamines untuk gejala yang sederhana.

Sekiranya anda mendapat gejala alahan sebaik sahaja selepas mengambil ubat, berjumpalah dengan doktor. Anda boleh mengambil antihistamine seperti diphenhydramine(Benadryl dan sebagainya) untuk menghilangkan kegatalan dan mengurangkan ruam. Sekiranya tindakbalas menjadi lebih teruk anda memerlukan rawatan seperti suntikan ataupun pengambilan secara oral bagi corticosteroids. Tindakbalas anaphylaxis memerlukan tindakan segera dengan suntikan epinephrine dan rawatan di hospital untuk mengekalkan tekanan darah dan membantu pernafasan. Pencegahan

Tiada cara yang diketahui untuk mengelakkan alahan ubat. Anda boleh mengurangkan risiko dengan meminimumkan pengambilan ubat selagi boleh. Semakin banyak badan terdedah dengan ubatan, semakin mudah untuk mendapat alahan ubatan.

Sentiasa memberitahu anggota kesihatan yang anda temui untuk rawatan mengenai alahan anda dan jenis tindakbalas yang anda hidapi. Jangan mengambil ubat yang ada tindak balas kepada anda sebelumnya. Sekiranya anda sudah terdedah dengan tindak balas kali pertama, risiko untuk mendapat tindakbalas yang lebih teruk akan lebih meningkat.

Sekiranya perlu, pakailah gelang atau rantai pengenalan kesihatan. Peralatan ini dipakai pada pergelangan tangan atau leher untuk memberitahu anggota kesihatan mengenai tindak balas alahan dan risikonya.

Anda boleh membawa kad yang berkaitan informasi kesihatan di dalam dompet. Beritahu anggota kesihatan yang merawat anda mengenai sebarang kesan sampingan yang pernah dialami sebelum mereka mendispensi ubat kepada anda.

Beritahu anggota kesihatan yang merawat anda tentang sebarang ubat, preskripsi atau tanpa preskripsi yang anda telah ambil.

Semakan Akhir : 22 April 2008

Sumber :- http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/AlahanUbat.php

Sihat itu Jihad!
~Idah Afizart~
Nak order Shaklee : https://linktr.ee/idafizart