Alhamdulillah hari ni 1st day persekolahan bagi kumpulan B namun anak-anak Idah, ada dua orang ni mulakan sesi 1st day ikut kumpulan B. Setiap tahun begitu. Asbabnya kakaknya yang belajar diluar negeri jadi tak sama kumpulan. Kami kumpulan A awal sehari daripada mereka.
Diorang selalu argue kenapa kakanya sorang ni sekolah jauh sangat dan sekolah hari yang tak sama. Dah diorang kena cuti. Punyalah semangat nak join 1st day sekolah tapi tak boleh. Bertabahlah ye adik². lama lagi situasi begini akan terjadi. Tahun depan Abang Fateh tahun 6, ntah2 tahun ni dah masuk asrama. Maka adik lagi la perlu bertabah tinggal sorang-sorang kat rumah. Hihihi.
Cuma ummi macam susah sikit nak lepaskan Abang Fateh di awal usia 12 tahun. Doa ummi semoga Allah tempatkan Abg Fateh di sekolah yang baik, persekitaran yang baik, guru-guru yang soleh, 'alim, kawan-kawan yang berakhlak dan beradab baik. Aamiin.
Risau juga baca di wall Akhi Fairuz Al-Jengkawi tentang masalah sosial anak-anak remaja lelaki ni. Along dah siap pesan pada ummi, nanti nak pilih sekolah berasrama untuk Abg Fateh pastikan sekolah lelaki perempuan. Asbabnya Along kata ustaz ustazahnya kata masalah sosial yang paling besar sekali adalah kes liwat, kes LGBT ni. Nauzubillah min zalik.
Sebab tu Idah selalu amalkan amalan ini pada anak-anak. Semoga Allah pelihara mereka walau di mana mereka berada. Allahumma Ya Hafiz Ya Muhaimin. Sahabat boleh klik link di bawah ye;
Sahabat macamana hari pertama persekolahan?
Idah, Alhamdulillah macam biasa 1st day sesi persekolahan kalutnya memang tak boleh bincang. Pada hal ikutkan jadual rutin tu sama sahaja, cuma ntah la kenapa still kalut juga. Esok lusa InsyaAllah jadi normal. Tahun ni Abg Fateh & Adik Hanani dengan rasminya jadi Pengawas Sekolah. Masing-masing berkobar-kobar semangatnya, dan semoga berterusan hingga habis sesi 2023/2024 nanti. Aamiin.
Untuk kenangan tepek gambar diorg berdua kat sini. Tahun depan boleh throwback lagi. Kekgi ada yang tanya kenapa warna baju tak sama, ini sebab dua-dua ni sekolah berbeza.
Minggu ni minggu orientasi, jadi tak belajar lagi. Takde aduan masalah beg berat, penat. Semua happy sahaja. Alhamdulillah. Tenang tenang jer. 😍
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ،
كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ
وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ ،
إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ،
كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ
وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ،
إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
Idafizart
Sihat itu Jihad. Hidup untuk memberi. Perlu ada mindset beri manfaat kepada orang lain.
Sahabat nak order SHAKLEE, boleh klik ni ye : SAYA NAK SHAKLEE
No comments:
Post a Comment