Wednesday, 29 March 2023

Bekerja Itu Ibadah, Nikmatilah!

Bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya. Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji. Tetapi mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.
Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa?".
Allahuakhbar. Ampuni dosa-dosa kami!

Malam tadi ada satu doa lagi Master upline kami kongsikan untuk diamalkan. Alhamdulillah. Insya Allah doa ni masuk dalam list jurnal doa kami. Sahabat pun boleh sama-sama amalkan ye. Ustazah Norhafizah Musa ada sharekan doa ni. Insya Allah nnt Idah jumpa videonya, Idah share ye.

Maybe akan ada yang tanya, perlu baca berapa banyak? Idah jawab seberapa banyak permintaan, doa kita yang nak dimakbulkan. Doa ni kita jangan letak had limit, buat sahaja dan bersungguh-sungguh. Cuma untuk lebih memudahkan, sahabat boleh bermula dengan 7 kali setiap lepas solat, kemudian tambah lagi bilangannya.


Bismillah,
Ya Allah, aku serahkan seluruh urusan hidupku, urusan matiku, urusan ibadahku, urusan keluargaku dan seluruh urusan kehidupanku padaMu.

Ya Allah yang menjadi penyebab kepada segala sebab, yang membuka pintu-pintu, yang mendengar segala suara, yang menunaikan segala hajat, yang memperkenankan segala doa, jadikan kami dari kalangan orang-orang yang berjaya di dunia dan di akhirat. Aamiin Ya Mujib

No comments:

Post a Comment