Assalamualaikum dan Salam Manis buat sahabat AFIZART
blog,
Semoga dalam keadaan sihat walafiat semuanya.
Alhamdulillah untuk entry kali ni insya Allah Idah nak bantu sahabat kurus
sebelum raya. Kurus ni selalu menjadi topik hangat bila kita berjumpa dengan
kawan-kawan kan? Idaman dan impian semua.
Setiap kali tahun baru, antara wishlist kita
mesti ada salah satunya kita tulis, “aku nak kurus tahun ni”, “aku nak dapat
berat idaman aku tahun ni”. Percayalah, bukan sahabat sahaja termasuk Idah
sendiri. Kita ada impian, insya Allah jom sama-sama kita realisasikan impian kita.
Insya Allah Idah akan bantu sahabat sebab Idah sendiri
sudah melalui proses dan perjalanan menurunkan berat badan Idah bermula pada
Syawal 2019. Idah akan kongsikan juga tip untuk sahabat jadi lebih kuat semangat
untuk meneruskan usaha dapatkan berat idaman dan juga mempunya mindset yang
kuat. Alhamdulillah memang berkesan.
Idah Berjaya turunkan berat dari 73.4 kg hingga dapat
berat 55 kg dalam tempoh 3 bulan. Idah ada kongsikan gambar dan perjalanan Idah
kurus di posting, “Pengalaman Sendiri Kurus Tanpa Supplements”.
Ada banyak sebab kan sahabat? Dan yang pasti kita tak mahu menjadi salah seorang penyumbang kepada data yang tertera dalam gambar ni kan? Kita tanya diri sendiri, pasti ada jawapannya. Bagi diri Idah apa yang menjadi titik tolak untuk Idah kurus adalah;
1. Kurang yakin dengan penampilan
2. Malu dengan suami dan anak-anak sebab kita selalu
ditegur oleh mereka. Sentap juga.
3. Nampak lebih tua, kulit kusam, gelap
4. Malu dan terasa hati bila jumpa orang selalu dapat
kata-kata begini,
“eh mengandung ke, dah berapa bulan?”
“cuba pakai tudung macam ni, tak sesuai pakai macam ni”
“ Nampak Idah lagi tua…”
“Berisi betul Idah sekarang (sambal pegang2, picit2 lengan,bahu).. sedikit annoying!
5. Tak suka bergambar sebab nampak tak cantik, besar dan tak sedap mata memandang.
6. Paling rasa nak kurus sebab kesihatan semakin merundum. Bangun
pagi tapak kaki rasa sakit, lenguh tulang belakang, nak solat selalu mengah,
tak boleh duduk antara sujud dengan selesa dan lutut dah start sakit,susah nak
bergerak. Jadi ini juga menjadi sebab kenapa Idah mengambil tindakan untuk kurus.
Sahabat nak tahu, sebab paling kuat Idah nak kuruskan adalah kerana teguran suami dan ayat sentap daripada murobbi Idah, ayatnya betul-betul menginsafkan diri, sentap dan memberi kesan yang mendalam dalam diri Idah.
“kita bakal jenazah, bila orang angkat jenazah kita, berat,
kita menyusahkan orang. Dah mati pun kita nak susahkan orang. Kita dibangkitkan
pun dalam keadaan fizikal yang sama. Kalau gemuk, kat padang Mashyar nanti
gemuklah. Astaghfirullah, jadi jaga kesihatan dan pastikan berat kita memudahkan orang nak angkat jenazah kita nanti. Niat nak kurus tu pastikan lurus, jitu iaitu memudahkan kita beribadah dengan lebih baik, bukan nak tunjuk kat makhluk.”
Sahabat dapat sesuatu?
Jika ya, jom sahabat kita hijrah. Hijrah perbaiki diri
dan usahakan untuk menjaga amanah yang Allah dah berikan kepada kita.
Dari Ibnu
Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Rebutlah lima perkara sebelumdatangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya
masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum
datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan
al-Baihaqi).
Surah Al-A’raf,
ayat 31 bermaksud ;
“ Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah
berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang)
dan makanlah serta minumlah, dan janganlah pula kamu melampau. Sesuangguhnya
Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.”
Diet itu Ibadah. Kesihatan yang baik banyak kebaikan untuk diri kita kan sahabat, beribadah jadi lebih seronok, dapat jauhkan diri daripada terkena penyakit kronik, dapat menjaga keluarga dengan baik, meniti usia emas dengan lebih bermakna, penampilan lebih berkeyakinan. badan sihat bertenaga, aktif, dan tentunya awet muda. Syukur Alhamdulillah.
Alamak! Badan Naik Macam Kena Pam
Jom Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee
10 sebab kenapa berat badan susah nak turun :
1. Takde niat dan kesungguhan nak buat
2.Toksin banyak dalam badan
3. Makan refined karbo berlebihan
4. Banyak makan dan minum gula tersembunyi
5. Makanan dijadikan rawatan stress
6. Tidak membuang setiap hari (sembelit)
7. Makan berat diwaktu malam
8. Kurang aktif, kurang bersenam dan banyak duduk
9. Tak cukup tidur dan rehat
10. Kurang makan fiber
Jadi dah tau apa sebab susah sangat nak turunkan berat badan? Dalam list di atas, sahabat ada berapa sebab? Jom audit dan kita berubah! Sihat itu jihad, nikmat dan ibadah. Alhamdulillah hanya berbaki 8 hari sahaja lagi kita akan
menyambut Ramadan. Biasanya dalam tempoh berpuasa ni, ramai yang ambil
peluang untuk menurunkan berat badan.
Jadi nasihat Idah, jom kita kurus dengan
ilmu insya Allah akan kekal berterusan sampai bila-bila. Kita elakkan daripada
diet Yo-Yo. Say NO. Itu pentingnya kita belajar dan ada ilmu tentang kurus.
Perjalanan Transformasi Anda bermula di Sini
Baiklah.
Idah akan perincikan bagaimana Program Hello New
You yang Shaklee perkenalkan ini dapat membantu sahabat turunkan berat badan dan
apa yang perlu sahabat buat sepanjang Ramdan nanti. Insya Allah.
π Intermittent Fasting
Program “Hello New You” Shaklee menggabungkan konsep
puasa berkala (Internittent Fasting atau IF) selama 12 jam dan membekalkan
badan kita dengan nutrien penting. Apabila kita berpuasa selama 12 jam, tubuh
badan kita akan menukar simpanan lemak kepada tenaga, menggalakkan penurunan
berat badan dan membina jisim otot kita.
π Matlamat Pelan Pemakanan 12:12
• 12 jam berpuasa dan 12 jam tempoh makan.
• Pengenalan yang sesuai untuk mereka yang baru bermula
atau baru belajar berpuasa.
• Memerlukan usaha yang minimum dan boleh bertahan dengan
tempoh berpuasa yang agak singkat.
• Permulaan yang baik untuk mencapai tempoh berpuasa yang
lebih lama pada masa hadapan
Alhamdulillah, jadinya sahabat jom kita mulakan IF dari
sekarang untuk persiapan berpuasa Ramadan nanti. Nak kurus mindset kita perlu
kuat. At least kita dapat turunkan 1-2kg dalam seminggu ni insyaAllah menjadi
satu booster semangat kita teruskan kemudian hari.
klik gambar untuk paparan lebih jelas
π Kenapa Idah syorkan sahabat join Program Hello New You
ni?
Ini adalah kerana program yang mudah untuk diikuti yang
menggabungkan produk-produk dengan nutrisi yang seimbang, pelan berpuasa yang
fleksibel, pemakanan seimbang dan senaman untuk membantu sahabat menguruskan
berat badan dengan berkesan.
Banyak sangat testimony-testimoni yang Berjaya melalui
program ni. Terbukti berkesan, selamat dan insya Allah dapat mengekalkan berat
badan yang ideal secara lebih sihat. Best ke best sahabat? Dan ini testimoni Idah sendiri ketika mengamalkan IF + amalkan Set Kurus Shaklee. Inchiloss memang best π
Set Kurus Shaklee membantu kita mencapai matlamat kurus
sebelum raya,
dengan 4 cara yang sangat mudah.
1. LEUSINA - Membakar Lemak dan Membina Otot Dengan Cekap
Ditambah dengan Leusina untuk menyokong metabolisme sihat
dengan mengekalkan otot. Manfaat dari satu hidangan penuh yang dibawakan dalam
bentuk minuman yang lazat dan berkhasiat. Mengandungi 20 jenis vitamin dan
mineral penting.
Tugas ini dijalankan oleh supplement Cinch®Mixed Soy
Protein yang mengandungi 16 gram protein, 16 jenis vitamin dan mineral dan
6 gram serat.
2. ASID LEMAK OMEGA-3 Meningkatkan Kadar Metabolik
Meningkatkan kadar metabolik dan mempercepatkan proses
pembakaran lemak. Meningkatkan sensitiviti insulin tubuh untuk mengawal
simpanan lemak.
Tugas ini dilakukan oleh Omega Guard dikenali sebagai
"fats that burn fats" kerana ia kaya dengan asid lemak omega-3 yang
membantu tubuh bakar lemak sedia ada.
3. LECITHIN - Memecahkan Lemak Degil
Mempercepatkan proses pemecahan lemak. Mencegah daripada
pengumpulan lemak di dalam hati, dan menyingkirkan toksin daripada hati.
Tugas ini dilakukan oleh Lecithin dimana ianya membantu
pecah-pecahkan lemak dari makanan, menjadi lebih kecil, mudah dihadam dan tidak
jadi timbunan lemak yang baru. Sebagai bonus, apabila kita makan lecithin,
tubuh akan menukarnya menjadi sejenis zat bernama "choline". Apa
gunanya choline ini? Aha inilah zat yang meningkatkan metabolisme tubuh kita!
4. DAUN SENNA - Membersih dan Menyelaras Semula
Laksatif semula jadi untuk meningkatkan kekerapan
pergerakan usus. Membantu menyingkirkan toksin daripada badan.
Tugas ini dijalankan oleh Herb-Lax yang mengandungi bahan
lain seperti akar licorice, jintan manis, daun Alfalfa dan lain-lain yang
sangat baik untuk usus yang sihat. Memang best Herb Lax ni sahabat. Perut rasa
kempis dan lega jer sebab dapat membuang setiap pagi. Alhamdulillah.
dan Set Hello
New You, Impian Kurus Pasti Jadi Kenyataan
Baiklah sahabat,
Alhamdulillah entry sebelum ini, Idah ada kongsikan tentang Pengalaman Berpuasa Ramadan Dengan Set Puasa Shaklee, kenapa perlu ambil set ini dan bagaimana dapat membantu sahabat
menurunkan berat badan. Apabila puasa jadi lebih sihat, bertenaga, cergas,
lebih mudah dan lebih seronok insya Allah kita akan lebih happy nak fokus untuk
kurus. Dalam proses nak kurus, ada beberapa tips Idah nak kongsikan berdasarkan
pengalaman Idah.
πTip Apa Perlu Kita Perlu Buat Ketika Proses Kurus
1. Mindset kena kuat. Perbaiki niat dan terus set dalam
otak
2. Mesti join group atau team yang ada misi sama
3. Mesti berada dalam circle yang positif, saling support
4. Buat target ,tulis dan tampal. Baca setiap hari
5. Telinga pekak. Pedulikan apa anggapan orang atau buat
secara senyap
6. Mesti ada guru/sifu/mentor/coach yang bantu kita
7. Cari ilmu
InsyaAllah di lain entry Idah akan menulis dengan lebih
detail lagi tip-tip yang Idah kongsi di atas ini ye sahabat. Tiada yang
mustahil sahabat bila kita ada kesungguhan dan keazaman yang tinggi. Diri kita
sahaja yang tahu kenapa Idah inginkan perubahan dalam hidup kita. Yakinlah
sahabat, kita bukan tak cantic namun hanya perlu effort untuk berubah!
Gemuk is not awesome sahabat! ❌
Bila kita berjaya kurus, lihatlah dan renunglah kembali
gambar-gambar lama. Ianya akan membentuk mindset yang lebih kuat untuk kita teruskan mengamalkan apa yang kita dah buat sekarang, memupuk semangat yang luar biasa dan lebih
yakin dengan diri sendiri untuk terus mengamalkan lifestyle yang lebih sihat
dan baik.
Okay sahabat,
Idah nak kongsikan juga pelan hidangan berpuasa pada
Bulan Ramadan dan pelan ni sesuai untuk yang buat intermittent fasting
(IF). Just ubah-ubah ikut waktu.
1. SAHUR
πMulakan hari sahabat dengan ESP, Cinch® Shake,
PerformanceTM Drink untuk tenaga berpanjangan dan rasa
kenyang yang lebih lama.
π 2 skup Cinch® Shake
+ 1 skup ESP + 1 skup PerformanceTM Drink
2. IFTAR
π Buka puasa dengan PerformanceTM untuk
menghilangkan dahaga dan kekal terhidrat.
π Amalkan pemakanan yang sederhana dan
seimbang mengikut konsep “Suku-Suku-Separuh”.
3.SELEPAS TARAWIH
π Buka puasa dengan PerformanceTM untuk
menghilangkan dahaga dan kekal terhidrat.
π Amalkan pemakanan yang sederhana dan
seimbang mengikut konsep “Suku-Suku-Separuh”.
Alhamdulillah, sahabat teruja dengan apa yang dah
kongsikan dalam entry
Set Kurus Shaklee ini? Idah mengalu-alukan sahabat
berkongsi pandangan dan apa pendapat sahabat. Sama-sama kita beri manfaat antara
satu sama lain.
===================================
Berita Baik!
Promosi Set Hello New You
Promosi ni akan berakhir pada 31/3/2023 ini sahabat dan
merupakan promosi terakhir. Lepas ni dah takde dah. Jadinya sahabat perlu grab sekarang sebab sangat berbaloi.
Paling best belian bulan ni, dapat PERCUMA satu tong Cinch Shake perisa
Chocolate. Jimat berganda-ganda dan paling penting dah boleh start projek kurus
sebelum raya. Fast action, fast result! π
Idafizart
Sihat itu Jihad. Hidup untuk memberi. Perlu ada mindset beri manfaat kepada orang lain.
No comments:
Post a Comment