Sahabat nak tahu cara kuruskan berat badan tanpa
apa-apa produk vitamin dan supplement?
Insya Allah entry kali ni Idah akan bawakan kepada
sahabat testimoni sebenar iaitu diri Idah sendiri. Idah akan kongsikan
pengalaman Idah menurunkan berat badan tanpa menggunakan sebarang produk
walaupun Idah sendiri merupakan pengedar produk vitamin dan supplements.
Sebenarnya tiada jalan pintas dan mudah sahabat. Proses
menurunkan berat badan ini satu proses yang panjang, mencabar dan penuh ujian. Kisah
Idah bermula pada bulan Jun 2019 dalam bulan Syawal. Dah banyak cara diet Idah cuba
namun usaha gagal dan tidak menampakkan hasil yang baik. Diet Yo-Yo. Dalam mencari solusinya, Allah temukan Idah dengan satu posting seorang sahabat FB. Postingnya tu menarik hati Idah kerana dia pun berpurdah dan apa yang diceritanya rasa macam cerita yang sama dengan Idah lalui.