Showing posts with label blogmegashaklee. Show all posts
Showing posts with label blogmegashaklee. Show all posts

Saturday 5 August 2023

Rahsia Kurus Sihat secara Alami

Ini rahsia langsingkan tubuh secara alami.

Cara-caranya adalah :

1. Guna 1 batang carrot dan 1 batang timun. Blend dan perah sebiji limau nipis atau kasturi.
2. Nak manis sikit, letak madu. 
3. Minum 3 hari seminggu. Dua kali sehari. Pagi dan petang. 

Manfaat kepada kesihatan tubuh badan :

1. Carrot tinggi carotenoid. Timun ada triterpenes. 
2. Elok untuk usus. Bantu cuci hati untuk elak penyakit. Kalau rasa susah nak telan, campur dengan epal.
3. Nanti seluar londeh. Baju longgar. Dagu tak berlapis. Perut kempis. 

Sahabat mesti cuba tau!

 

Artikel asal : Telegram Neurologi Dr Rizal

Baca lagi 👇

Monday 31 July 2023

Testimoni Terbaik Dalam Shaklee


Alhamdulillah tahniah kepada sahabat-sahabat.yang mana artikel mereka terpilih sebagai testimoni terbaik dalam Shaklee oleh penaja besar Projek BlogMega Shaklee, Master Norita dan suami beliau Master Naquib. 

Dan paling mengujakan Idah adalah kerana entri Idah antara yang terpilih. Syukur alhamdulillah terima kasih ya Allah pilih Idah dan melembutkan hati penaja untuk memilih artikel Idah. Hadiah paling premium setakat ini idah dapat, iaitu Vivix sebotol. 

baca disini👇

Saturday 24 June 2023

ResV Shaklee | Kebaikan dan Kelebihan

Polifenol adalah bahan semulajadi yang boleh ditemui dalam buah-buahan, beri dan sayur-sayuran. Kajian saintifik menunjukkan pengambilan diet yang kaya polifenol tumbuhan dalam jangka masa panjang menawarkan perlindungan terhadap perkembangan pelbagai masalah kesihatan. Ambil ResV setiap malam dan Vivix setiap hari yang kaya dengan campuran sempurna polifenol untuk keremajaan dan kecergasan yang berpanjangan. 

Kesihatan yang baik bermula setiap hari dengan ResV-vix 


#resvshaklee adalah produk antipenuaan kedua selepas Vivix. Kalau Vivix adalah 10x lebih berkesan berbanding resveratrol tunggal, ResV pula ada 13x ganda lebih berkesan berbanding Vivix.

Vivix Shaklee Bantu Kesan Luka Jahitan Czer Cepat Pulih

Imbas kembali kisah bagaimana Idah jatuh cinta dengan satu produk signature Shaklee iaitu Vivix. Semuanya bermula dengan bekas luka czer berasa sakit sangat bagaikan dihiris pisau, pedih, nyilu dan bengkak di bahagian parut paling tepi seperti ada lubang kecil.


Kisah ini berlaku ketika usia luka czer sudah pun mencecah 3 tahun. Idah czer ketika bersalinkan anak yang ketiga. Anak yang ke empat Idah terhamil ketika usia luka czer belum cukup 2 tahun, maksudnya anak yang ketiga tu baru berusia 2 tahun 1 bulan sudah dapat adik.

Wednesday 10 May 2023

Hari Raya Open House 2023

Alhamdulillah hari ni sudah 18 Syawal 1444 H. Sudah lebih dua minggu kan sahabat kita menyambut Hari Raya. Macamana raya sahabat tahun ni? Idah alhamdulillah tahun ni meriah sangat dan paling istimewa dihati diingatan Idah, tahun ni dapat berkumpul bersama-sama dengan adik beradik, seluruh keluarga setelah tiga tahun tidak meraikan Aidilfitri bersama. 

Kebiasaan beraya di Pahang, jarang sekali ada yang  buat rumah terbuka. Kebanyakkannya hanya ada amalan ziarah menziarahi jiran tetangga, sahabat handai dan saudara mara terdekat. Selebihnya banyak menghabiskan bersama ahli keluarga masing-masing. 

Tahun ni alhamdulillah dapat bersama-sama ziarahi kedua-dua kubur arwah mak dan abah. Rindu. Ketiadaan insan tersayang sangat terasa terutama ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri. 

Perkuburan Islam Felda Bukit Puchong Triang Pahang
Kubur arwah mak & abah

Thursday 27 April 2023

Hari Raya dengan Shaklee dan 5 Tip Kekal Kurus Semasa Raya


Assalamualaikum sahabat, terima kasih kerana melawat dan menjadi pembaca setia blog AFIZART,
Semoga Allah merahmatimu selalu dan dikurniakan kesihatan yang lebih baik Insya Allah. 
“Ummi betul ke, raya rumah Opah tahun ni?”

“Sungguh ke ummi?”

"Tak sabarnya nak raya kat rumah opah.”

“Nanti kat rumah opah Adik dan Bangchik nak pergi beraya tau ummi.”
Masya Allah teruja sungguh anak-anak tahun ni bila tahu nak beraya di Pahang. Ummi dah terbayangkan Biskut Tart Nanas, air tangan Kak Ngah, gulai Aserong dan Tempoyak air tangan Kakde dan juga terbayang dah kemeriahan sambutan raya bersama adik-beradik.

Gambar ehsan dari pakcik Google

Hari Raya dengan Shaklee… Kita bancuhlah air Performance Drink Lemon Lime, letak botol-botol vitamin dalam bakul cantik-cantik hias atas meja. 

Senyum jer ummi. 

Thursday 9 March 2023

Pengalaman Berpuasa Di Bulan Ramadan Dengan Set Puasa Shaklee

 

Bismillah,
Salam ukhuwah sahabat AFIZART blog semua,
Semoga sahabat dalam rahmat Allah swt selalu insya Allah. Bagaimana persiapan sahabat untuk menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba tak lama sahaja lagi?

Insya Allah semoga Allah swt sampaikan kita semua kepada Ramadan 1444h yang hanya berbaki lebih kurang 14 hari sahaja lagi. Debaran kian terasa alhamdulillah. Semoga Ramadan kali ini lebih baik insya Allah. Sahabat, entry kali ni Idah nak berkongsi dengan sahabat pengalaman Idah sendiri berpuasa dengan Set Puasa Shaklee. 


Tak Kenal Maka Tak Cinta

Throwback saat Idah mengenali Shaklee adalah pada awal tahu 2014. Semuanya bermula kerana Idah mencari solution bagaimana nak tambah kalsium kerana sepanjang Idah hamil anak ke 4 tu, banyak masalah kesihatan yang Idah alami antaranya ;

Friday 24 February 2023

Projek Mega Blog 1.0 | Review dan Feedback

Bismillah,

Hi sahabat AFIZART blog semua, 
Semoga sahabat dalam keadaan sihat walafiat. Entry kali ini Idah nak kongsikan Feedback & Review Blog Mega Shaklee 1.0


Buat pengetahuan sahabat, Projek Blog Mega 1.0 dicetuskan oleh mastermind dua insan Shaklee Malaysia  yang istimewa iaitu Master Norita Idris dan Master Salwa Zeyn. Projek ini adalah cetusan idea Master Norita untuk mengembalikan kegemilangan “wave” yang sangat besar dan memberi impak paling tinggi dalam enjin carian Google tentang bisnes dan komuniti Shaklee pada tahun 2014. 

Ramai yang mencari Shaklee kerana bila search tentang sesuatu produk naik nama Shaklee, Shaklee, Shaklee, seperti satu fenomena. Contoh keyword yang mendapat sambutan di enjin carian Google seperti Set Menyusu , Set Hamil, Set Berpantang, dan semuanya naik blog-blog SID Shaklee. 

Jadi sekarang, Master Norita ingin kembalikan semula fenomena tersebut. Usaha begini memerlukan sokongan semua SID Shaklee untuk merealisasikannya. MasyaALLAH, dengan izin Allah maka lahirlah Projek Blog Mega 1.0

Saturday 18 February 2023

Projek Blog Mega 1.0 Idah Menang Collagen Plus Powder

Bismillah, 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera sahabat AFIZART blog semua. Syukur alhamdulillah entry kali ni Idah nak kongsikan kegembiraan Idah. Tanpa disangka Idah menang dalam program Projek Mega Blog 1.0 hari tu. MasyaAllah. Best sangat rasa, sebab Collagen ni antara produk kesukaan Idah. Terima kasih Master Norita Idris dan Master Salwa Zeyn pilih Idah sebagai pemenang. 

Idah start menulis blog dari tahun 2007 lagi namun disebabkan medium sosial lain yang tumbuh bagai cendawan jadi Idah tinggalkan dunia blogging. Lama sangat tak menulis. Encik suami sudah berbuih-buih mulut push isterinya update blog. Lama juga encik suami bersabar. Kadang-kadang dia tolong copy paste apa yang Idah update kat FB masuk dalam blog. 

Rasa kurang bersemangat, tumpul idea, ilham dan hilang skill dalam menulis entry di blog. Selain tu rasa macam kurang sangat pengunjung blog nak membaca. Ini yang Idah fikir sedangkan hakikatnya blog ni adalah satu marketing yang evergreen dalam enjin carian Google. Syukur Alhamdulillah blog masih wujud walaupun dah lama stop menulis. Selepas join Projek Mega Blog Euphoria Shaklee, semangat, rajin, displin tu datang semula. Mungkin juga kerja berpasukan kan?