Tuesday, 14 February 2023

Intermittent Fasting dengan Set Kurus Shaklee

Hi sahabat AFIZART blog,

Semoga dalam keadaan sihat walafiat semuanya. Alhamdulillah hari ni Idah nak kongsikan pulak pengalaman Idah buat diet secara Intermittent Fasting  dan dalam masa yang sama memilih untuk mengambil Set Kurus Shaklee.

Perjalanan diet IF Idah bermula pada bulan Jun 2021 kerana Idah mencari solution untuk maintainkan berat dan nak bagi badan lebih fit. Idah ada kongsikan perjalanan Idah kurus di posting ini, 'Pengalaman Sendiri Kuruskan Badan 100% Tanpa Supplements'

Selepas dah kurus Idah jelas nampak sangat perbezaan, ada bahagian yang nampak kendur dan masih besar walaupun inchiloss memang banyak. Satu lagi sebab Idah ni sejenis manusia yang tak boleh amalkan makanan yang sama berbulan-bulan lamanya. Jadi Idah sangat memerlukan pilihan protein yang lain. 


Join Kelas Diet IF dan FBM

Masa Idah mencari ilmu tentang diet secara IF ni, coach yang pernah membimbing Idah dalam Team Kurus Sihat menawarkan peluang untuk join kelas IF dan dalam masa yang sama Idah join kelas 'Fat Burning Machine' atau 'FBM'. Coach dan mentor2 FBM memberikan cadangan untuk Idah ambil sekali Set Kurus Shaklee. Ini disebabkan waktu itu, Idah mengalami masalah tak boleh nak makan telur sebagai sumber protein. Jadi Idah memilih protein shake daripada Shaklee.

Dan dalam masa yang sama Shaklee lancarkan program 'Hello New You'. Masya Allah alhamdulillah pucuk dicita ulam mendatang sahabat. Setelah baca info dalam program ni, yesza produk-produk dalam Set Kurus Shaklee memang bagus untuk orang yang mengamalkan diet Intermittent Fasting. Terbaiklah Shaklee 👍

Kenapa Idah Kata Set Kurus Shaklee ini Bagus?

Di dalam set ini mengandungi nutrisi yang cukup lengkap bagi memenuhi keperluan badan kita. Bagi yang ingin kurus, pilihlah diet yang sesuai dan jangan menyeksakan diri sendiri. Pengambilan supplement sebenarnya sangat membantu prosesnya menjadi lebih lancar kerana ada produk yang dapat membakar lemak, meningkatkan metabolisme, booster tenaga, memelihara otot dan membantu memberikan efek rasa kenyang pada perut. Oleh itu pemilihan supplement haruslah yang selamat, berkesan dan ada klinikal test seperti vitamin Shaklee. 

Bagaimana Program “Hello New You” dijalankan?

Program “Hello New You” Shaklee menggabungkan konsep puasa berkala selama 12 jam dan membekalkan badan anda dengan nutrien penting. Apabila anda berpuasa selama 12 jam, tubuh badan anda akan menukar simpanan lemak kepada tenaga, menggalakkan penurunan berat badan dan membina jisim otot anda.

👉BERPUASA UNTUK RESET, MAKAN UNTUK SIHAT
👉Pelan 12:12

👉Melaraskan semula sistem badan kita

  • Fokus untuk mengembalikan gaya hidup yang seimbang dan sihat ke dalam kehidupan anda.
  • Belajar cara menguruskan tabiat makan anda
  • Meningkatkan kawalan diri dan disiplin diri.


Program Shaklee "Hello New You" ini akan membantu kita :
  • Menguruskan berat badan anda dengan cara yang lebih sihat.
  • Membentuk tubuh badan yang menawan.
  • Meningkatkan tenaga dan berasa hebat
  • Menambah baik sistem pencernaan anda.
  • Mengembalikan keyakinan anda.
  • Lebih fokus dan bersedia untuk menghadapi apa sahaja rasa hebat
Sahabat mesti nak tahu kan produk Shaklee yang mana paling best untuk kita menurunkan berat badan? Shaklee dah sediakan satu pelan mudah bersama dengan setnya iaitu Set Hello New You + Vivix. 

 


Kenapa ada tambahan Vivix?

Kerana Vivix merupakan booster yang membantu proses penurunan berat badan dengan lebih efisyen dan lebih baik. Ia membantu menurunkan tahap gula darah semasa berpuasa, meningkatkan toleransi glukosa dan meningkatkan kepekaan insulin. 


Bagaimana Vivix Membantu Menurunkan Berat Badan?

Vivix mengandungi Pati Resveratrol
 
📌Resveratrol inilah bahan yang dapat memulihkan fungsi pankreas agar badan dapat menggunakan tenaga dan gula yang diambil agar tidak disimpan menjadi lemak. 

📌Resveratrol juga ada fungsi mengatasi craving atau teringin makan manis. Mengawal selera makan dan menjadikan kita cepat kenyang.

📌Resveratrol ini juga punca kenapa wanita Perancis tidak gemuk walau mereka makan pasta, roti, daging setiap hari. Inilah yang dikenali sebagai The French Paradox. 

📌Resveratrol menyerupai kesan kesihatan daripada berpuasa atau pengurangan kalori. Ia merangsang hormon yang meningkat apabila individu mengawal pengambilan kalori.

📌Resveratrol menghalang pengumpulan lemak dan memusnahkan deposit lemak dalam badan dan lemak-lemak ini semua akan digunakan sebagai tenaga. Cara ini sangat berkesan dan selamat dalam penurunan berat badan kerana lemak-lemak tulen yang akan dibuang manakala jisim otot serta tisu-tisu penting yang lain masih dikekalkan. 

📌Resveratrol menghalang kenaikan paras hormon estrogen supaya lemak-lemak tidak disimpan. Hormon estrogen ini sebenarnya yang menyebabkan lebih banyak lemak disimpan di dalam badan. Apabila hormon estrogen ini dikurangkan, tubuh akan berhenti menyimpan lemak dan lebih banyak otot akan dibina.


Adakah sahabat seperti di dalam gambar di atas? Jika ye, Idah cadangkan inilah pilihan terbaik untuk sahabat bermula dengan mengambil sekali Set Kurus Shaklee dan join program Hello New You.

👉 Gerak Kerja Set Kurus Shaklee 
  • Konsep 3B dalam ini menjadikan ia sangat berkesan dalam membantu menurunkan berat badan walaupun untuk obesity 200kg.

👉 Apakah konsep 3B itu?
  • Bakar lemak dan simpanan lemak berlebihan yang ada
  • Buang Toksin yang terkumpul bersama lemak yang menyebabkan hati berlemak dan proses kurus menjadi sukar
  • Bina otot yang mantap maka badan yang telah kurus tidak lembik dan menggeleber

Untuk menjayakan konsep 3B ini, Shaklee menyediakan produk-produk yang sangat sesuai dan mempunyai fungsi masing-masing.

 

1. Cinch Shake (bina otot)
  • Cinch shake adalah suplement berbentuk serbuk yang mengandungi bahan utama dipanggil leucine.
  • leucine ini membantu pertumbuhan otot,  sintesi protein, pembaharuan dan memperbaiki sel serta mengatuir metabolisme.
  • PROTEIN digunakan untuk membina otot dan ototlah yang menaikkan kadar metabolisme dan juga membakar kalori.
  • leucine mudah dipecah dan diolah menjadi glukosa. Maka ianya membantu badan kita mengatur kadar gula dalam darah. 
  • leucine membantu membakar lemak visceral. Lemak visceral berlebihan yang ada dalam tubuh kita membuatkan kita berisiko terkena pengakit jantung.
  • leucine membantu metabolisme tubuh badan kita supaya berfungsi dengan lebih efiesien dan seterusnya dapt meningkatkan level tenaga kita.
  • ia membantu menggalakkan pertumbuhan otot baru di dalam tubuh badan.
  • kandungan sumber protein yang berkualiti tinggi
  • berfungsi sebagai "meal replacement" kepada makan berat. 
  • mengurangkan nafsu makan dan memberi rasa KENYANG lebih lama


2. Lecithin (mencairkan lemak)
  • memecahkan lemak dan kolestrol
  • melindungi hati. ia menghalang enapan lemak dihati, sirosis hati dan hati berlemak. ia juga memulihkan kesihatan hati
  • menghalang obesiti. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelansingan yang seimbang.
  • mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stres. 
  • memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalan arteriosklerosis, menggalakkan peredaran darah
  • melembutkan najis, seterusnya mengelakkan berlakunya sembelit  dan meleraikan toksin dedalam usus.

3. Omega Guard (bakar lemak)
  • merupakan minyak ikan terbaik di dunia kerana ia diekstrak dari ikan laut air sejuk. Ia bukan dari hati minyak ikan.
  • 1 sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan HDA.
  • merendahkan kolesterol, menghindarkan pembekuan darah di dalam badan dan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • DHA dan EPA membantu melancarkan perjalanan darah, sekaligus mencegah penyakit saluran darah dan strok.
  • omega guard membantu membakar lemak berlebihan dan kurangkan nafsu makan so sesuai untuk yang nak turunkan berat badan.

4. Herb Lax (detoks)
  • ramuan herblax ini terdiri daripada kombinasi sains, perubatan tradisi dan teknologi barat.
  • sifatnya adalah menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut. Ia terbukti secara klinikal untuk digunkan oleh tubuh kita untuk jangka masa pangjang.
  • membantu membersihkan najis yang tersekat
  • meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau yang telah lama tersimpan didalam tubuh kita.
  • membantu masalah sembelit
  • mengempiskan perut
KELEBIHAN SET HELLO NEW YOU ‼️

1. Membantu membina dan mengekalkan otot tanpa lemak untuk berat badan yang lebih sihat dan badan yang langsing
2. Mengawal selera makan, mengurangkan nafsu makan dan rasa lapar yang tidak teratur.
3. Menggalakkan tahap glukosa darah yang stabil untuk mengekalkan tenaga sepanjang hari.
4. Mempercepatkan proses pemecahan lemak
5. Membantu menyingkirkan toksin daripada badan.
6. Meningkatkan kadar metabolik dan mempercepatkan proses pembakaran lemak

 

klik pada gambar utk paparan lebih jelas

Sambil buat IF, sambil tu badan sihat cergas dan cukup nutrisi. Kita tak naklah buat IF tapi badan jadi lemah dan lemau dan kekurangan nutrisi. Ok itulah cadangan supplements Shaklee untuk IF dan Idah sendiri memang mengambilnya. Jadikan IF sebagai lifestyle kita yang lebih sihat insyaAllah.

👉Sahabat berminat dengan Hello New You Set  + Vivix ini? 
Sahabat boleh terus whatsapp ke 0139097825  insya Allah Idah pasti reply sepantas mungkin.


==================================

TESTIMONI HELLO NEW YOU 
KESAN SEBENAR, ORANG SEBENAR

 




Sihat itu Jihad!

Idafizart
Sahabat nak order Shaklee? Boleh klik : SAYA NAK SHAKLEE

#Idahsharing
#pengedarShakleePaka
#projekmegablog
#shakleethrive23
#shakleetriumph23

No comments:

Post a Comment