Thursday, 27 April 2023

Hari Raya dengan Shaklee dan 5 Tip Kekal Kurus Semasa Raya


Assalamualaikum sahabat, terima kasih kerana melawat dan menjadi pembaca setia blog AFIZART,
Semoga Allah merahmatimu selalu dan dikurniakan kesihatan yang lebih baik Insya Allah. 
“Ummi betul ke, raya rumah Opah tahun ni?”

“Sungguh ke ummi?”

"Tak sabarnya nak raya kat rumah opah.”

“Nanti kat rumah opah Adik dan Bangchik nak pergi beraya tau ummi.”
Masya Allah teruja sungguh anak-anak tahun ni bila tahu nak beraya di Pahang. Ummi dah terbayangkan Biskut Tart Nanas, air tangan Kak Ngah, gulai Aserong dan Tempoyak air tangan Kakde dan juga terbayang dah kemeriahan sambutan raya bersama adik-beradik.

Gambar ehsan dari pakcik Google

Hari Raya dengan Shaklee… Kita bancuhlah air Performance Drink Lemon Lime, letak botol-botol vitamin dalam bakul cantik-cantik hias atas meja. 

Senyum jer ummi. 

Adik Hanani dan Bangchik dah ingatkan ummi supaya masukkan sekali Performance Drink dalam list barang, nanti boleh hidang kat tetamu di sana. Anak pengedar Shaklee memang begini kan? Ke mana je pergi, mesti salah satu yang diingatkan bawa vitamin Shaklee.

Adik Idah yang nombor 5, bila tengok bekas vitamin Shaklee yang Idah bawa balik terus dia cakap..

“Tam kalau hok ni (sambil tunjuk bekas vitamin), rela dia pusing balik ambik, tak tinggal”.

Hahaha betul sangat tu. Penting bawa sekali bekal vitamin. Cuaca panas, terdedah dengan suasana orang ramai, asap bunga api, mercun, bebas bergerak ke sana ke mari anak-anak, mahunya ummi tak risau. Cegah lebih baik. Vitamin C memang hari-hari paksa diorang makan.

Anak-anak bila balik Pahang je, memang diorang rasa bebas nak beraya. Mungkin itu juga salah satu sebab kenapa nampak teruja sangat. Cumanya kulit anak-anak Idah setiap kali balik rumah arwah opahnya mesti akan alami masalah kulit, demam dan lain-lain penyakit. Arwah kata kulit manja sangat, jarang-jarang dapat main dengan tanah, itu yang sensitif sangat. Idah tadah je telinga bila arwah cakap macam tu sebab memang betul. 

Vitamin Shaklee kan ada. Hah ini lah sebabnya kenapa ummi dah siap packing sekali dalam beg travel. Mudah. Ada kecederaan atau gatal-gatal kulit boleh terus apply. Sediakan payung sebelum hujan, bak kata pepatah melayu kan!

Sudah 3 tahun tak balik raya sejak arwah mak dah tiada. Mak pergi pada hujung tahun 2020 ketika dunia dilanda wabak covid-19. Elok sahaja diisytihar boleh merentas negeri pada 25 December 2020, dapat perkhabaran mak dimasukkan hospital. Terus pecut balik Pahang. 30/12/2020 arwah pergi buat selama-lamanya. 

Kubur arwah mak

Dari saat itu, semua adik beradik sepakat untuk beraya dirumah mentua masing-masing. Itu yang sampai 3 tahun tak beraya bersama. Alhamdulillah tahun ni dengan izin Allah swt, dapat berkumpul 6 beradik bersama dengan keluarga masing-masing di rumah pusaka arwah mak dan abah. 

Menu-menu yang kakak-kakak masak pun memang sedap-sedap. Paling rare menu Nasi Arab Mandy Kambing air tangan Kak Ngah, masya Allah memang sedap! Taraf boleh buka restoran Nasi Arab sendiri dah ni.

Satu lagi menu kuah lodeh untuk menu raya,hasil air tangan adik ipar bongsu. First time ada juadah Lontong menu Hari Raya. Sedap-sedap belaka, rendang air tangan kakak ipar memang sedap, ini tiada kompromi. A+ punyalah sedap! Idah? sediakan air basuh tangan jer. 😂

Cuma Idah still berhati-hati dalam memilih makanan. Selalu congak-congak juga berapa kalori yang perlu dimakan. Kita nak kurus bukan untuk tempoh sekejap kan? Kurus, cantik dan sihat walafiat hingga ke usia emas, masya Allah memang idaman, jadi dari sekarang kenalah jaga sebaiknya. Idah akan pastikan ambil juga vitamin untuk detoks dan bakar lemak. Confirm tak tinggal!

Gambar keluarga Pahang : 6 adik beradik bersama keluarga masing-masing
 termasuk seorang anak buah yang dah berkahwin. Alhamdulillah

Sahabat nak kekal maintain kurus, sihat walaupun selepas raya? 

Program “Hello New You” yang Shaklee anjurkan memang bagus diamalkan sampai bila-bila. Produk yang disyorkan tersebut sudah terbukti dengan sains ianya bagus untuk kesihatan dan menurunkan berat badan. Lengkap dengan nutrisi, mineral dan vitamin yang diperlukan oleh badan. Tiada lagi istilah diet yo-yo.  Amacam, best ke best? Sahabat nak join meh wasap je Idah.

Hari Raya dengan Shaklee sememangnya best! Badan maintain, berat makin turun, lebih fit, banyak inchiloss dan efek pada kulit masya Allah sangat best, nampak lebih sihat, berseri, cerah dan anggun gitu!

Gambar dengan anak buah umur 20-an. 
Tiber jadi muda remaja macam diorang pulak. 😆😂



Idah nak kongsikan juga 5 tips berguna yang boleh membantu sahabat kekal sihat kurus semasa Hari Raya ini, 

1- Kebiasaannya, pelbagai jenis makanan akan dihidangkan semasa hari raya seperti rendang, ketupat dan 1001 jenis kuih raya. Sahabat dinasihatkan mengambil sedikit masa untuk melihat semua makanan yang terhidang sebelum membuat keputusan untuk memilih makanan yang sahabat inginkan.

Dengan cara ini, ia boleh membantu sahabat memilih jumlah makanan yang sahabat mahukan dengan terkawal dan tidak mengikut nafsu semata-mata.

2- Sahabat dinasihatkan supaya tidak lupa untuk meminum air kosong dengan kuantiti yang cukup dan mengambil makanan yang kaya dengan fiber. Ini untuk mengelakkan sahabat mengalami masalah sembelit semasa hari raya.

Orang lain bergembira di hari raya, kita pula terpaksa ‘berkampung’ di dalam tanda kerana sakit perut. Idah dah alami masalah sakit perut tau masa minggu nak raya tu. Angin satu badan. Alhamdulillah dah ambil Herba Lax dan Lecithin. Sedikit sebanyak membantu masalah memerut dan angin ni.

3- Hidangan hari raya kebanyakannya terdiri dari makanan yang manis, berlemak dan ada juga yang mengandungi kandungan garam yang tinggi. Oleh itu sahabat dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan makanan tersebut ye.

Air bikarbonat juga hendaklah dikurangkan kerana mengandungi gula yang sangat tinggi. Bukan langsung tidak boleh dinikmati, tetapi lebih baik jika dikurangkan kuantitinya.

4- Mengambil beberapa biji kurma sebelum sembahyang raya adalah sangat digalakkan. Tip ni agak rare kan? Namun insya Allah berkesan. Bukan time Ramadan sahaja kita makan kurma.

Sahabat juga dicadangkan untuk mengambil makanan seperti roti gandum penuh, susu rendah lemak dan buah-buahan sebagai sarapan ringan sebelum anda menjamah ketupat dan rendang. Ini bertujuan untuk mengalas perut kita supaya tidak akan memakan hidangan tersebut dengan kuantiti yang banyak.

Idah pilih protein shake Shaklee. Jimat kalori dan insya Allah memang membantu perut rasa lebih kenyang lama, jadi kurang rasa nak makan makanan-makanan yang ada.

 

5- Untuk makan tengahari dan makan malam, pasti kebanyakan dari kita yang mungkin sudah terlalu kenyang dengan ketupat dan lemang serta hidangan hari raya yang lain.

Namun, sekiranya sahabat berjaya mengawal pemakanan pada hari tersebut, sahabat bolehlah menambah pengambilan sayur-sayuran, dan buah-buahan segar. Sayur-sayuran dan buah-buahan ini sangat penting untuk membantu penghadaman makanan yang kita sudah ambil sepanjang hari tersebut.

Sekali lagi sahabat boleh ambil protein shake jika masih lapar. Alhamdulillah dengan Set Kurus Shaklee dan Set Puasa Shaklee sangat membantu kita mengawal apa yang kita makan dan insya Allah jarum penimbang akan beri kerjasama yang sangat baik. Samada berat statik atau makin menurun atau makin menarik, kita yang tentukan.

Cinch perisa Chocolate antara protein shake kesukaan Idah dan anak-anak. 

Alhamdulillah, Hari Raya dengan Shaklee menjadikan kami lebih bersyukur dan lebih menghargai kesihatan . Setahun sekali menjamu juadah raya bersama keluarga tersayang memang best, namun tetap perlu berhati-hati dalam memilih makanan ye. Sihat itu jihad!

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1444 H 2023 kepada semua sahabat pembaca setia blog kami.

Sahabat nak kurus, cantik, sihat dan say goodbye diet Yo-Yo, jom baca entry Set Kurus Shaklee, boleh terus je klik disini,

Dan sahabat boleh terus klik Insentif Shaklee untuk tahu apakah tawaran yang Shaklee dah sediakan  kepada ahli dan pengedar aktif serta peluang jana income unlimited dengan Shaklee.

Jika sahabat berminat nak dapatkan produk Shaklee dengan harga ahli, jom klik EXPRESS LINK untuk jadi ahli dan terus dapatkan harga ahli untuk semua produk Shaklee.

Sahabat juga boleh juga wasap Idah 013-9097825


 
Idafizart
Sihat itu Jihad. Jihad dalam membangunkan ekonomi keluarga, insya Allah semoga Allah pilih untuk kami menjadi salah seorang jutawan Shaklee. Aaamiin.

No comments:

Post a Comment