Wednesday, 10 May 2023

Hari Raya Open House 2023

Alhamdulillah hari ni sudah 18 Syawal 1444 H. Sudah lebih dua minggu kan sahabat kita menyambut Hari Raya. Macamana raya sahabat tahun ni? Idah alhamdulillah tahun ni meriah sangat dan paling istimewa dihati diingatan Idah, tahun ni dapat berkumpul bersama-sama dengan adik beradik, seluruh keluarga setelah tiga tahun tidak meraikan Aidilfitri bersama. 

Kebiasaan beraya di Pahang, jarang sekali ada yang  buat rumah terbuka. Kebanyakkannya hanya ada amalan ziarah menziarahi jiran tetangga, sahabat handai dan saudara mara terdekat. Selebihnya banyak menghabiskan bersama ahli keluarga masing-masing. 

Tahun ni alhamdulillah dapat bersama-sama ziarahi kedua-dua kubur arwah mak dan abah. Rindu. Ketiadaan insan tersayang sangat terasa terutama ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri. 

Perkuburan Islam Felda Bukit Puchong Triang Pahang
Kubur arwah mak & abah

Juadah Raya 2023 lain dari yang lain. Sebabnya ada menu paling rare bagi Idah, jarang sekali jumpa. 

1. Nasi Arab Kambing 
2. Ketupat Nasi
3. Rendang Daging
4. Kuah Kacang
5. Kuih Muih, Biskut Raya
6. Sambal Hitam Pahang
7. Lemang
8. Nasi Putih 

dan satu menu tambahan yang paling rare : Kuah Lodeh dan Lontong. Masya Allah. 

Biasanya Idah hanya jumpa menu begini sekiranya beraya dirumah sahabat yang berasal dari Johor dan famili sebelah Terengganu. Tahun ni boleh jumpa dirumah sendiri, sebab adik ipar orang Rompin. Maybe dekat dengan Mersing Johor, boleh jadi ada pengaruh selatan dalam menu raya diorang. 

Gambar sendiri takde, jadi Idah google je. hihi siap bagi resepi lagi. Boleh try nanti sahabat. Alhamdulillah dapat juga makan Lontong sedap bersama dengan sambal hitam Pahang. Padu rasanya!

Gambar ehsan google & resepinya : RESEPI KUAH LODEH

Raya kedua. kami dah gerak balik Terengganu. Biasa sambutan raya di Terengganu memang meriah. Keluarga sebelah suami sudah menjadi satu rutin mesti saling kunjung mengunjungi antara satu sama lain. 

Hari Raya Open House, memang sinonimlah apabila turn raya diTerengganu. Boleh kata setiap tahun ayah mertua Idah akan buat. cuma tahun ni tiada asbab kesihatan ayah kurang mengizinkan. Namun kemeriahan rumah terbuka  dan kenduri kawin tetap meriah. Alhamdulillah. 

Anak-anak paling riang dan ceria sebab boleh kumpul duit raya lebih banyak. Namun begitu kami suami isteri selalu nasihat dan berpesan kepada anak-anak, raya adalah untuk mengeratkan silaturrahim, jangan meminta duit raya dengan orang, jaga adab dan akhlak. Makanan mesti makan jika proses ziarah raya.

Anak-anak ni kena sentiasa kita ingatkan walaupun kekadang diluar kawalan. Banyakkan bersabar dan istighfar. Setuju kan?


Bawah ni gambar aktiviti raya pertama. Bersama adik beradik dan anak-anak buah. Bergambar bersama, makan bersama. Masya Allah rindunya. Semoga akan datang dapat berkumpul lagi insya Allah. 


Gambar bawah ni rumah pertama kami beraya. Jiran sebelah rumah dan merupakan sahabat baik arwah mak dan abah. Keluarga Makcik Fauziah dan Pakcik Non. Terima kasih atas ukhwah ini. Alhamdulillah.


Pengalaman Sendiri Buat "Open House" Sempena Hari Raya Aidilfitri

Haza Rahmatun Min Robbi,
Alhamdulillah Raya Aidilfitri 2017, inilah pertama kali kami suami isteri mengadakan sambutan 
Hari Raya Open House untuk menjemput sahabat-sahabat, saudara mara dan jiran tetangga. 

Idah dan suami sudah berniat dari awal  tahun lagi nak menjemput semua bertandang ke teratak kami di Hari Raya Aidilfitri nanti. Ini juga menjadi salah satu nazar Idah disebabkan bisnes online yang Idah usahakan semakin baik. 

Disamping ingin memberi peluang kepada adik beradik arwah mak mertua Idah dapat ziarah kembali rumah kakak adik mereka. Kembalikan nostalgia dan memori. Niat kami agar rumah kami boleh dapat keberkatan dengan kedatangan para tetamu. Alhamdulillah.

Walaupun hanya kecil-kecilan, tak sangka sambutannya luar biasa. Tanpa kami sangka, saudara mara, sahabat handai jauh dekat sudi bertandang. Masya Allah. Kami pernah sembang suami-isteri ketika menyediakan juadah, kebimbangan makanan tidak mencukupi. Namun Masya Allah, Alhamdulillah luar biasa sahabat. 

Pengalaman pertama kan, nervouse tu memang lain macam. Sambil mulut sentiasa selawat dan istighfar, mohon Allah permudahkan semuanya. 

Gigih filter posting FB dan naik memori di facebook. 
Jumpa yang ini sahaja. Alhamdulillah. 

Idah nak highlight juga beberapa perkara yang pada Idah sangat luar biasa,

1. Nasi Dagang, Idah tempah untuk 50 orang makan, namun tetamu yang hadir melebihi rasanya dalam 100 orang juga. Subhanallah, Alhamdulillah magiknya juadah tersebut lebih dari cukup. Masya Allah memang terasa keberkatannya. 

2. Saudara mara dan sahabat handai yang jauh sudi berkunjung. Betapa eratnya ukhuwah yang dibina dalam famili sebelah suami. Ini yang membuatkan Idah rasa seronok beraya di Terengganu. Makcik-makcik suami pun menerima Idah seperti anak saudara kandung bukan menantu. Alhamdulillah. Terima kasih makcik-makcik semua. (macam baca je kan, hahaha, tak mengapa khas untuk tatapan pembaca setia blog sahaja)

3. Rasa seronok sebenarnya kan bila sesekali rumah jadi tuan rumah ni. Sambut tetamu, tengok tetamu makan dengan banyak, sembang-sembang dan saling berkenal-kenalan antaran satu sama lain. Terasa aura tenang dan sejuk je rumah. Ada rezeki insya Allah boleh buat lagi. Biasa time raya, Ckidah pasti akan teruskan amalan berkongsi rezeki dengan jiran-jiran. Bertukar-tukar menu juadah raya. 

Alhamdulillah semua tetamu bagi feedback makanan-makanan sedap belaka. Best sebenarnya buat open house ni kan sahabat? Dapat mengeratkan kembali silaturrahim, menjemput rahmat dan keberkatan Allah swt. Alhamdulillah. 

Inilah pengalaman pertama Idah. Penat yang berbaloi dan seronok. 

Ini sahaja gambar yang ada dalam memori FB 

Tahun-tahun berikutnya semua open house ayah yang aturkan dan tempatnya pilihan dikampung. Ayah kata buat kat sana lebih ramai saudara mara boleh datang. Memang besar sahabat sudah macam kenduri walimah pun ada. 

Sahabat bagaimana? 
Jom kongsikan link blog sahabat. Teringin nak baca kisah sahabat juga. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri sahabat. Jaga makan minum juga ye. Jangan belasah semua, always berhati-hati. Namun jika sudah terlajak perahu, Idah cadangkan sahabat ambil Set Kurus Shaklee ni, kita detoks, bakar lemak dan kembalikan semula nutrisi-nutrisi yang lebih baik masuk dalam badan. Elakkan diet Yo-Yo tau sahabat. Pesanan kasih sayang dari Idah.


Idafizart
Sihat itu Jihad. Jihad dalam membangunkan ekonomi keluarga, insya Allah semoga Allah pilih untuk kami menjadi salah seorang jutawan Shaklee. Aaamiin.

2 comments:

  1. bestnya dapat kumpul beraya ramai ramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, memang best. Memori terindah ..Mekasih Elly sudi singgah

      Delete