Friday 24 February 2023

Projek Mega Blog 1.0 | Review dan Feedback

Bismillah,

Hi sahabat AFIZART blog semua, 
Semoga sahabat dalam keadaan sihat walafiat. Entry kali ini Idah nak kongsikan Feedback & Review Blog Mega Shaklee 1.0


Buat pengetahuan sahabat, Projek Blog Mega 1.0 dicetuskan oleh mastermind dua insan Shaklee Malaysia  yang istimewa iaitu Master Norita Idris dan Master Salwa Zeyn. Projek ini adalah cetusan idea Master Norita untuk mengembalikan kegemilangan “wave” yang sangat besar dan memberi impak paling tinggi dalam enjin carian Google tentang bisnes dan komuniti Shaklee pada tahun 2014. 

Ramai yang mencari Shaklee kerana bila search tentang sesuatu produk naik nama Shaklee, Shaklee, Shaklee, seperti satu fenomena. Contoh keyword yang mendapat sambutan di enjin carian Google seperti Set Menyusu , Set Hamil, Set Berpantang, dan semuanya naik blog-blog SID Shaklee. 

Jadi sekarang, Master Norita ingin kembalikan semula fenomena tersebut. Usaha begini memerlukan sokongan semua SID Shaklee untuk merealisasikannya. MasyaALLAH, dengan izin Allah maka lahirlah Projek Blog Mega 1.0

Subhanallah, gabungan dua master yang mempunyai niat murni, visi misi yang sangat luar biasa, sangat komited dan bersemangat bersama-sama untuk membimbing ramai pengedar Shaklee maju kehadapan. Mereka ingin melihat kejayaan yang besar kepada seluruh organisasi komuniti Shaklee dan bisnes Shaklee itu sendiri. Target dan impian mereka, ingin melihat setiap anak-anak team dalam setiap organisasi Shaklee memiliki kedai maya dan platform yang lebih kukuh untuk jangka panjang. Usaha mereka ini bakal meninggalkan satu contoh teladan yang sangat baik dalam organisasi besar Shaklee. Masya Allah.

Sahabat, kita yang berada dalam bisnes Shaklee berhak untuk berjaya dengan cemerlang dan bersama-sama membina legasi masing-masing. Upline-upline kita dah tunjukkan contoh yang terbaik. Ayuh follow!

Masya Allah. Semoga Allah swt merahmati dan berikan kesihatan yang lebih baik, rezeki yang lebih luas buat kedua-duanya. Ini juga menjadi salah satu sebab kenapa Idah bersungguh-sungguh join Projek Blog Mega 1.0 ni. Semangat, usaha, komitmen, istiqomah, ketabahan dan kesabaran mereka berdua untuk merealisasikan impian ini. Semoga menjadi amal jariah yang berpanjangan.  Jeles dengan misi dan visi mereka untuk akhirat. 


Apa itu Projek Blog Mega 1.0 ini?

Projek Blog Mega1.0 ini adalah satu program untuk membina rangkaian blog yang ditulis oleh Pengedar Shaklee untuk mewujudkan satu “WAVE” yang besar untuk membantu Shaklee kembali menjadi jenama nombor satu dalam enjin carian di Google.  Program ini juga untuk membantu Pengedar Shaklee membina dan memiliki SEO blog yang kukuh, seterusnya menjadi kedai di alam maya yang terus menjana pendapatan yang berterusan, besar dan berkembang sehingga memiliki banyak cawangan di seluruh dunia, Insya ALLAH. 

Kelebihan Projek Blog Mega 1.0

1. Program projek berlangsung selama 2 minggu ( 2 entry) namun kita digalakkan menulis blog setiap hari atau dua hari sekali.
2. Lagi banyak update blog, google akan mengenalpasti anda blog yang ‘hidup’.
3. Kongsikan link blog untuk galakkan orang membaca blog kita. Sebab itu digalakkan paste link di semua media social dan medium perhubungan seperti wasap dan telegram.
4. Lagi ramai orang datang membaca blog, trafik blog kita akan meningkat. Google akan mengenal pasti kita adalah orang yang popular dan dikenali.
5. Projek ini adalah membantu semua kita membina tapak yang stabil di social media dan search engine. Kita perlu synchronized keduanya. Semoga rezeki bisnes kita semua berkembang pada tahun 2023 sampai bila², Insya ALLAH. 

Allahumma Ya Mujib.


Apa yang Idah rasa, dapat, nampak, harapkan dan apa target Idah join Projek Blog Mega 1.0?  
Sepanjang 2 minggu join, Alhamdulillah inilah yang Idah rasa, dapat, nampak antaranya ; 

✅ Berjaya luangkan masa untuk berjaga malam, manfaatkan waktu sebaiknya.
✅ Alhamdulillah sel otak mula berhubung dengan baik. Bukan mudah nak menulis, mengarang macam zaman sekolah dulu kan. Punyalah komited nak siapkan entry, dalam tidur pun boleh termimpi. Idea & ilham Allah bagi MasyaAllah mencurah-curah.
✅ Lebih fokus. Start membaca dan study nota-nota dalam kelas nutrisi, dalam website, cari info di google dan menonton semula video-video kelas nutrisi yang ada banyak dalam group FB Upline, Group Besar Network dan Group Shaklee sendiri.
✅ Ada sparring partner. Cara begini melatih untuk bekerja dalam kumpulan, bersabar dengan orang, bertanggungjawab atas amanah yang diberikan dan saling bantu membantu seperti mereka adalah downline & upline kita.
✅ Dapat berukhwah, bersilaturrahim dengan sahabat-sahabat dari team lain. Time beginilah dapat kenal siapa mereka, daripada team mana dan level rank mereka.
✅Tiber jadi rajin nak menulis dan update blog
✅Nak menulis dan menyebarkan manfaat dan kebaikan prduk Shaklee kepada lebih ramai umat sejagat di seluruh dunia. Masya Allah.
✅Idah nampak hala tuju bisnes Shaklee ni di masa hadapan dan apa yang boleh diwariskan untuk anak-anak dan generasi seterusnya.

Semoga bermanfaat kepada semua. Sahabat klik pada gambar untuk paparan lebih jelas ye. 

  

  

  

  


👉 Kenapa Idah nak join #BlogMegaShaklee 2.0?

✅ Supaya Idah konsisten menulis dan update blog setiap hari Insya Allah
✅ Buat secara berkumpulan lebih bersemangat, happy-happy, santai-santai namun hasilnya padu, mantap dan berkesan.
✅ Nak blog tersenarai dalam page 1st dalam enjin carian di Google, SEO lebih kukuh dan kekal lama
✅  Nak juga blog Idah terkena tempias “ wave” yang bakal meletus nanti Insya ALLAH. 
✅ Nak berada dalam circle yang positif, saling support, saling mengingatkan tentang akhrat, saling mendoakan, saling bekerjasama, saling bersilaturrahim
✅ Nak terus menuntut ilmu dan berkongsi sekali dengan anak-anak team apa Idah belajar
✅ Dan sudah pastinya nak grab “hadiah best” daripada mastermind Master Norita, yang lebih eksklusif dan best.

"Usah direnung letihnya berusaha, namun renunglah manisnya sebuah KEJAYAAN itu."
"KEKUATAN tidak datang dari kemampuan fizikal tetapi ianya datang dari SEMANGAT  yang tidak pernah mengalah."  

Bismillah,
Wahai Allah yang menjadi penyebab kepada segala sebab, 
Wahai Allah yang membuka segala pintu-pintu, 
Wahai Allah yang mendengar segala suara, 
Wahai Allah yang menunaikan segala hajat, 
Wahai Allah yang memperkenankan segala doa, 
Jadikan kami dari kalangan orang-oarang berjaya di dunia dan di akhirat. 
Berkati usaha kami ini...
Aamiin Ya Mujib.

Idafizart
Sihat itu Jihad. Hidup untuk memberi. Perlu ada mindset beri manfaat kepada orang lain.
Sahabat nak order SHAKLEE, boleh klik ni ye : SAYA NAK SHAKLEE


No comments:

Post a Comment