Showing posts with label Set Hamil Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Set Hamil Shaklee. Show all posts

Thursday, 31 August 2023

Set Mengandung Shaklee Viral

Penjagaan pemakanan untuk ibu mengandung amat penting terutamanya ketika tempoh tiga bulan pertama hamil kerana pada ketika ini, janin baru sahaja terbentuk. Selain harus makan makanan yang seimbang, wanita mengandung juga perlu makan supplement yang sesuai untuk ibu mengandung.

Ada pelbagai jenis vitamin untuk wanita mengandung, suplemen tambahan untuk ibu mengandung dan vitamin kehamilan yang anda boleh cuba. Ini senarai makanan suplemen untuk ibu mengandung terbaik, vitamin bagus untuk ibu hamil atau suplemen ibu hamil yang bagus untuk bantu bayi membesar dengan baik.

Thursday, 9 March 2023

Pengalaman Berpuasa Di Bulan Ramadan Dengan Set Puasa Shaklee

 

Bismillah,
Salam ukhuwah sahabat AFIZART blog semua,
Semoga sahabat dalam rahmat Allah swt selalu insya Allah. Bagaimana persiapan sahabat untuk menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba tak lama sahaja lagi?

Insya Allah semoga Allah swt sampaikan kita semua kepada Ramadan 1444h yang hanya berbaki lebih kurang 14 hari sahaja lagi. Debaran kian terasa alhamdulillah. Semoga Ramadan kali ini lebih baik insya Allah. Sahabat, entry kali ni Idah nak berkongsi dengan sahabat pengalaman Idah sendiri berpuasa dengan Set Puasa Shaklee. 


Tak Kenal Maka Tak Cinta

Throwback saat Idah mengenali Shaklee adalah pada awal tahu 2014. Semuanya bermula kerana Idah mencari solution bagaimana nak tambah kalsium kerana sepanjang Idah hamil anak ke 4 tu, banyak masalah kesihatan yang Idah alami antaranya ;

Saturday, 4 February 2023

Pengalaman Hamil Anak ke-4 dengan Set Hamil Shaklee

Throwback balik ke tahun 2014, saat hamil anak yang ke 4. Hamil adik ketika luka operate Abgnya belum cukup dua tahun. Memang hadap lah kes ni kat klinik. Dari dua minggu sekali kepada seminggu sekali, kena check up. Sebab bersalinkan abangnya ada "kes". Ni mmg buat Idah trauma. 🤭

Apa yg Idah nak share, pengalaman Idah ambik #sethamilshaklee & #setberpantangshaklee . Cuma hari ni nak share pasal ESP dulu. Best sangat ESP ni minum time berpantang. Idah 1st time try ESP masa pregnant anak yg ke 4. Itupun jumpa dah trimester 3. 

Awal hamil hingga pertengahan trimester 3 tu badan rasa lembik, lemah, letih, lesu, kurang bermaya. Asbab alahan yg teruk. Dari 1st month hingga 7th month berat turun turun. Makanan selalu keluar balik. Banyak bed rest. 

Masa 7 bulan tu berjodoh dgn Shaklee. Upline suggest basic set. Ada ESP, Vitalea Iron, Bcomplex & add on OsteNutrix. Lepas ambik ESP Alhamdulillah, hari² yg dilalui sepanjang trimester 3 rasa lebih bertenaga, emosi stabil dan lebih tenang. 

Idah czer anak yang ke 3. Jadi bila pregnant yang ke 4 masa tu, mmg efek la luka czer tu. Perut rasa berat, sakit, tak boleh bergerak aktif sgt. Setiap hari ambik ESP, MasyaAllah tempat luka tak rasa sakit sangat. Boleh bergerak aktif walaupun jalan macam kekura.

Tak sangka efek minum ESP ni, best pada perut dan tenaga. Part best lagi dah kurang muntah². Tak telan mknn pun badan rasa bertenaga. Idah suka amik dgn kurma. Masa kat spital pun still bawa bekalan ESP. Sebab mudah kan, just SHAKE² jer. 

Mmg recommended pada shbt yg ada alahan. Resepi sedap pun banyak. Idah paling suka smoothie buah²& ESP. Yummy yummy happy tummy!

Gambar : Abang Fateh & Adik Hanani. Adik merupakan baby Shaklee dan asbab dari kesan bersalinkan abangnya secara czer, telah menemukan ummi dengan Shaklee. Alhamdulillah.

Sepanjang proses kehamilan anak yang ke empat tu, vitamin Shaklee yang Idah amalkan terdiri daripada ;

  • Ostematrix - Mengandungi kalsium serta mineral lain untuk tulang dan gigi. Apabila hamil Kalsium di dalam badan ibu akan dibekalkan kepada bayi. Jadi ibu perlu mendapatkan kalsium yang cukup dari pemakanan seharian. Kekurangan kalsium ketika hamil boleh menyebabkan sakit pinggang, cramp dan sembelit. 
  • B-Complex - Mengandungi 8 jenis vitamin B yang diperlukan tubuh. Menukarkan makanan kepada tenaga, mengelakkan stress, juga mengandungi asid folik untuk mencegah Spina Bifida kepada bayi.
  • Sustained Release Vitamin C - Meningkatkan imunisasi ibu yang biasa nya berkurangan apabila hamil. Bantu mencantikkan kulit ibu dan bayi. 
  • Vitalea Iron Formula - Multivitamin yang mengandungi nutrisi bersamaan 40 jenis lauk pauk. Mengandungi zat besi bagi mengelakkan darah rendah dan anemia.