Saturday 18 February 2023

Projek Blog Mega 1.0 Idah Menang Collagen Plus Powder

Bismillah, 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera sahabat AFIZART blog semua. Syukur alhamdulillah entry kali ni Idah nak kongsikan kegembiraan Idah. Tanpa disangka Idah menang dalam program Projek Mega Blog 1.0 hari tu. MasyaAllah. Best sangat rasa, sebab Collagen ni antara produk kesukaan Idah. Terima kasih Master Norita Idris dan Master Salwa Zeyn pilih Idah sebagai pemenang. 

Idah start menulis blog dari tahun 2007 lagi namun disebabkan medium sosial lain yang tumbuh bagai cendawan jadi Idah tinggalkan dunia blogging. Lama sangat tak menulis. Encik suami sudah berbuih-buih mulut push isterinya update blog. Lama juga encik suami bersabar. Kadang-kadang dia tolong copy paste apa yang Idah update kat FB masuk dalam blog. 

Rasa kurang bersemangat, tumpul idea, ilham dan hilang skill dalam menulis entry di blog. Selain tu rasa macam kurang sangat pengunjung blog nak membaca. Ini yang Idah fikir sedangkan hakikatnya blog ni adalah satu marketing yang evergreen dalam enjin carian Google. Syukur Alhamdulillah blog masih wujud walaupun dah lama stop menulis. Selepas join Projek Mega Blog Euphoria Shaklee, semangat, rajin, displin tu datang semula. Mungkin juga kerja berpasukan kan?

Macam Master Norita selalu cakap, nak berjaya dan kaya dalam bisnes perlu berjemaah, perlu ada team, perlu berkerjasama. Insya ALLAH kejayaan dala tangan. 


Hadiah dah redeem dan isi form serta kos pos pun dah bayar. Alhamdulillah. Idah teruja nak teruskan misi untuk Projek Blog Mega 2.0 yang bakal diumumkan tak berapa lama sahaja lagi. Sahabat yang berminat nak join jom2 daftar keahlian Shaklee dan boleh terus fokus bina content blog.

Masa hari pemenang diumumkan itu, Idah tak dapat join zoom meeting kerana ambil anak sekolah balik dari asrama di Pahang. Namun alhamdulillah ada rakaman video live zoom tu. Terus tengok dan rekod sesiap untuk letak dalam blog. jadi kenangan. 




Alhamdulillah terima kasih kepada mastermind Master Norita Idris dan Master Salwa Zeyn di atas pemberian hadiah yang sangat premium dan best. Pemenang Collagen ada seramai 25 orang. Tahniah juga kepada semua.

Misi diteruskan untuk Projek Mega Blog 2.0 Lebih ramai, lebih mencabar dan tentunya lebih eksklusif hadiah yang bakal dimenangi. Tak sabar. 


Alhamdulillah semoga impian dan harapan mastermind untuk Projek Blog Mega 2.0 bagi merealisasikan "WAVE" yang sangat besar tercapai. Idah doakan semoga Shaklee kembali gembilang dan mendapat memenangi Platinum untuk apa-apa reward. Aamiin 



Idafizart
Sihat itu Jihad. Hidup untuk memberi. Perlu ada mindset beri manfaat kepada orang lain.
Sahabat nak order SHAKLEE, boleh klik ni ye : SAYA NAK SHAKLEE

#Idahsharing
#pengedarShakleePaka
#projekmegablog
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023



No comments:

Post a Comment