Showing posts with label Penggedar Shaklee Paka. Show all posts
Showing posts with label Penggedar Shaklee Paka. Show all posts

Tuesday, 18 July 2023

Percutian Shaklee | Jadilah Pengembara Bersama Shaklee!

 Suatu hari Abang Fateh berkongsi cerita tentang impian dan cita-citanya. 

'ummi boleh ke Bang Chik nak jadi pengembara? Cita-cita Bang Chik kan ummi.. nak jadi pengembara, cuma sebelum tu Bang Chik jadi profesor dulu".

Begitulah antara dialognya sahabat. Idah memang suka bertanyakan dan bersembang dengan anak-anak tentang cita-cita mereka. Apa yang mereka inginkan dalam hidup ini? Sebab bagi Idah apabila kita mempunyai impian, cita-cita insya Allah apa yang kita nak capai dalam kehidupan ini lebih mudah dilalui dan diuruskan. Namun kita memang perlu sedar bahawa perancangan yang terbaik tentunya apa yang Allah dah rancangkan untuk kita. 

Namun kita tetap boleh terus berimpian dan bercita-cita besar, di samping perlulah dengan DOA yang istiqomah dan usaha yang sebaiknya. Insya Allah semoga Allah swt makbulkan. 

Apabila Idah renung secara mendalam tentang impian anak lelaki Idah ini, iye Idah rasa bersyukur dan sudah nampak hikmahnya Allah temukan Idah dengan bisnes Shaklee. Pasti ada sesuatu yang baik di sini. Alhamdulillah. 

Thursday, 27 April 2023

Hari Raya dengan Shaklee dan 5 Tip Kekal Kurus Semasa Raya


Assalamualaikum sahabat, terima kasih kerana melawat dan menjadi pembaca setia blog AFIZART,
Semoga Allah merahmatimu selalu dan dikurniakan kesihatan yang lebih baik Insya Allah. 
“Ummi betul ke, raya rumah Opah tahun ni?”

“Sungguh ke ummi?”

"Tak sabarnya nak raya kat rumah opah.”

“Nanti kat rumah opah Adik dan Bangchik nak pergi beraya tau ummi.”
Masya Allah teruja sungguh anak-anak tahun ni bila tahu nak beraya di Pahang. Ummi dah terbayangkan Biskut Tart Nanas, air tangan Kak Ngah, gulai Aserong dan Tempoyak air tangan Kakde dan juga terbayang dah kemeriahan sambutan raya bersama adik-beradik.

Gambar ehsan dari pakcik Google

Hari Raya dengan Shaklee… Kita bancuhlah air Performance Drink Lemon Lime, letak botol-botol vitamin dalam bakul cantik-cantik hias atas meja. 

Senyum jer ummi. 

Thursday, 9 February 2023

Pernah Dengar Apa Itu Intermittent Fasting (IF DIET)?

Hi sahabat AFIZART Blog, 
Semoga dalam keadaan sihat walafiat semuanya dan dipermudahkan urusan sahabat insya ALLAH.

Sahabat Pernah Dengar Apa itu Intermittent Fasting
Salah satu Cara Diet Puasa, Bagi Badan Kurus Sihat.

Mukhtahir ni sangat popular di Facebook, Instagram, TikTok. Ramai yang berkongsi mengenai diet secara Intermittent Fasting (IF) ni. Jadi Idah nak kongsikan juga di blog agar kita sama-sama dapat ilmu, info dan manfaatnya.


 Apa itu Intermittent Fasting?