Showing posts with label Testimoni Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Testimoni Shaklee. Show all posts

Sunday 8 October 2023

Testimoni | Rahsia Mengapa Kekal Setia Mengamalkan Vitamin Shaklee Hampir 10 Tahun

Setiap pertemuan itu sudah ditentukan oleh Allah swt. Pasti ada hikmahnya kan sahabat. Begitu juga ketika Idah mengenali Shaklee ni. Masih segar di ingatan idah, penghujung tahun 2013 banyak sekali naik posting sahabat Idah tentang Shaklee. Dalam masa yang sama ketika itu kesihatan Idah sudah menunjukkan tanda-tanda kurang memuaskan. Idah disahkan hamil ketika itu usia luka czer Idah belum pun cukup 2-3tahun. Masih baru. Di sinilah bermulanya sebuah kisah. 

Idah seorang yang sangat menjaga kesihatan dan kecantikan. Jadi memang suplemen ni Idah sudah amalkan sejak dari anak sulung lagi. Namun kesihatan setiap kali hamil mesti kurang memuaskan, terhadap hadap alahan yang panjang serta masalah-masalah kesihatan yang lain-lain.

Inilah dua orang anak yang membuatkan 
ummi bertemu dan jadi pengamal setia produk-produk Shaklee

Trauma yang paling menakutkkan adalah Idah terpaksa terima dan hadapi apabila luka czer yang semakin hari semakin menyakitkan, pedih rasa seperti dihiris pisau. Pergerakan terbatas. Semakin usia kandungan semakin membesar, semakin menyukarkan pergerakan idah. Klinik sudah jadi rumah kedua. Setiap minggu Idah perlu hadirkan diri untuk chechk up. Ketika usia kandungan 7 bulan, Idah tak mampu nak bergerak disebabkan sakit bekas luka czer. Setiap kali bayi mengeras, memang Idah rasa tersangat sakit . Namun ketika ini Idah belum lagi mengamalkan Vitamin Shaklee. Orang kata belum berjodoh. hahaha. 

Monday 31 July 2023

Testimoni Terbaik Dalam Shaklee


Alhamdulillah tahniah kepada sahabat-sahabat.yang mana artikel mereka terpilih sebagai testimoni terbaik dalam Shaklee oleh penaja besar Projek BlogMega Shaklee, Master Norita dan suami beliau Master Naquib. 

Dan paling mengujakan Idah adalah kerana entri Idah antara yang terpilih. Syukur alhamdulillah terima kasih ya Allah pilih Idah dan melembutkan hati penaja untuk memilih artikel Idah. Hadiah paling premium setakat ini idah dapat, iaitu Vivix sebotol. 

baca disini👇