Saturday, 24 June 2023

Vivix Shaklee Bantu Kesan Luka Jahitan Czer Cepat Pulih

Imbas kembali kisah bagaimana Idah jatuh cinta dengan satu produk signature Shaklee iaitu Vivix. Semuanya bermula dengan bekas luka czer berasa sakit sangat bagaikan dihiris pisau, pedih, nyilu dan bengkak di bahagian parut paling tepi seperti ada lubang kecil.


Kisah ini berlaku ketika usia luka czer sudah pun mencecah 3 tahun. Idah czer ketika bersalinkan anak yang ketiga. Anak yang ke empat Idah terhamil ketika usia luka czer belum cukup 2 tahun, maksudnya anak yang ketiga tu baru berusia 2 tahun 1 bulan sudah dapat adik.

Apa perasaan Idah ketika itu tahu Idah hamil? 

Takut, malu dan masa tu memang rasa stress. Macam-macam dah fikrkan. Idah menangis-nangis mengadu dengan arwah mak masa itu. Alhamdulillah mak banyak berikan kata-kata motivasi, semangat dan sentiasa sokong Idah. Sudah pasti dalam setiap doa mak pasti disebut selalu nama Idah.

Idah banyak bertanya orang yang berpengalaman berkongsi cerita luka czer belum pulih walaupun sudah bertahun. Ada yang bekas luka terbuka, perlu jahit semula. Ada yang lukannya bengkak, keluar air bias dan bernanah. Ada luka yang tiba-tiba ada ‘infection’ dan berdarah. Allahuakhbar. Semakin banyak dengar cerita, semakin takut nak melalui saat-saat kehamilan tersebut. 

BEKAS LUKA CZER RASA NYILU, MENCUCUK-CUCUK, PEDIH BAGAI DIHIRIS PISAU

Idah? Luka rasa macam dihiris pisau sahabat, bekas luka seperti ada lubang di hujungnya namun daging bercantum. Tempat itulah yang sakit dan bengkak. Idah jumpa doctor dan buat check up. Alhamdulillah doctor kata luka dalaman sahaja belum pulih. Luka luar okay. Dan doctor sarankan Idah berpantang daripada buat kerja berat. Namun sakitnya tak hilang sahabat. Mencucuk-cucuk, pedih dan memang berasa tempat luka tu keras macam bengkak.

Doktor kata ada kemungkinan disebabkan Idah hamil dan bersalin dalam tempoh dekat. Bagi yang pernah bersalin secara czer doctor kata disarankan jika nak hamil perlukan jarak 3 tahun ke atas. Idah pulak belum pun cukup 2 tahun sudah terhamil. Luka belum baik sepenuhnya.

Namun, Allah menguji hamba-Nya sesuai dengan kemampuan kita. Ustaz Adi Hidayat kata dalam ceramahnya, 


Alhamdulillah selepas melahirkan anak yang ke empat, memang kondisi kesihatan Idah sangat tidak memuaskan. Antara masalah kesihatan yang Idah alami ketika dan selepas berpantang;
1.Rahim lambat mengecut 
2. Luka jahit (epsiotomi) lambat baik, tersangat sakit dan lambat kering
3. Sembelit yang teruk
4. Badan tidak bertenaga langsung
5. Selalu demam urat dan alami simpul biawak
6. Sakit tulang belakang maybe kesan bius ketika bersalin czer
7. Sakit pinggang rasa macam nak putus
8. Senggugut teruk
9. Darah haid tak lancar
10. Migrain teruk
Dan macam-macam lagi. Idah kalau jumpa doktor memang banyaklah soalan yang Idah tanya. Senyum jer doktor pakar tu dengar luahan Idah. Namun ada satu nasihat doktor pada hemat Idah, ianya sangat lucu dan menciptakan kenangan terindah. Bayangkan sekarang sudah 9 tahun, Idah masih ingat lagi. Terkesan sungguh barangkali dihati. 
“Puan, lepas ni saya harap akan jumpa puan selepas 3 ke 4 tahun pulak ye. Pastikan tahun depan tiada nama puan dalam list pesakit saya.”
Subahanallah Idah tergelak dengar nasihat doktor dan terus cakap insya Allah. Alhamdulillah, sekarang sudah 9 tahun Idah tak jumpa doktor tersebut. Tak tahu masih ada bekerja di Klinik Desa ataupun tidak kerana selama tempoh tersebut Idah tak pernah jejak kaki lagi ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Stop terus production! hahaha. Punyalah trauma!

Vivix Shaklee Membantu Luka Cepat Pulih?

Januari 2015 bermula episode Idah minum #vivixshaklee. Dulu rasa harga Vivix sangat mahal dan tak mampu nak konsisten minum. Tapi apabila dah SAKIT , MAHAL dah tak nampak dah. Apa yang PENTING nak hilangkan rasa SAKIT dan nak sembuh cepat. Tak larat nak hadap tahap kesakitan sebegitu.

Idah minum Vivix  setiap pagi sekali dan malam sebelum tidur. 
Means, 2 kali sehari Idah ambil.

Bulan pertama kesannya memang menguji kesabaran. Senggugut teruk sehingga demam teruk, tak mampu bangun sebab terlampau sakit pada bahagian ari-ari. Darah haid keluar sangat banyak, warnanya merah kehitaman dan berbau tidak enak. Berketul-ketul darah keluar. Badan tak bertenaga langsung, kepala sakit dan hanya terlantar atas katil sahaja. Namun Idah dapat rasakan kelainan iaitu luka czer sudah hilang rasa sakit.

Bulan kedua amalkan Vivix, masih lagi alami senggugut teruk dan namun Alhamdulillah warna darahnya bertukar jadi merah pekat. Masih lagi alami demam namun badan lebih bertenaga dan mampu untuk bergerak, menjalankan urusan sendiri.

Alhamdulllah bulan ketiga sehingga bulan ke enam Idah konsisten minum Vivix, Allahumma ya Salam kesan yang Idah dapat sangat menakjubkan. Alhamdulllah sehingga sekarang tak pernah dah alami sakit macam dihiris pisau tu. Tempat luka czer tu Idah tengok bercantum cantik dan sentiasa Idah bersihkan. Kulit hujung yang pernah terkeluar isinya pun sudah tiada dan luka jahit tu nampak oaky. Benang dihujung yang mencucuk-cucuk tu pun dah tanggal. 

Terima kasih Ya Allah,
Dengan izin-Mu aku sembuh sepenuhnya.

Kesan terbaik Idah dapat sepanjang mengamalkan Vivix Shaklee ini ;
1.Bekas luka czer sembuh sepenuhnya
2. Luka czer bercantum dengan baik sekali
3. Senggugut hanya datang sesekali itupun hanya ringan-ringan sahaja. Dalam setahun boleh dikira beberapa kali sahaj yang teruk. Tidak lagi setiap bulan
4. Darah haid lancer dan warna darahnya hidup merah terang. Tiada lagi merah gelap kehitaman
5. Paling tak sangka part kulit. Masya Allah masa 6 bulan konsisten minum tu, kulit jadi pinkish, bekas jerawat pudar dan berseri-seri. Ini pun sebab adik yang tegur.
6. Badan lebih bertenaga
7. Alhamdulillah yeayyyyy part paling suka juga, berat badan maintain dan nampak lebih kurus.

No wonderlah ramai dalam kalangan sahabat pengedar Shaklee mereka memang cadangkan ibu-ibu berpantang amalkan Vivix. Kesannya memang luar biasa. 

Apa kata sahabat-sahabat Idah ni tentang Vivix?




BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU LUKA BERSALIN CEPAT SEMBUH?

Kandungan Vivix yang tinggi antioksida membantu proses penyembuhan luka (tisu) dengan menghalang luka dijangkiti kuman dan membantu menghasilkan sel-sel lebih kuat serta memberi tenaga kepada sel bagi percepatkan penyembuhan luka serta menghalang terjadinya parut.

Vivix juga membantu memberi tenaga hingga ke peringkat sel-sel untuk membolehkan ibu berpantang lebih cepat sihat dan bertenaga.

APAKAH KESAN BAIK PENGAMBILAN VIVIX SEMASA BERPANTANG?

Majoriti ibu ynag telah mengamalkan Vivix semasa berpantang mengakui bahawa ia banyak memberikan kesan positif terutamanya kepada si ibu. Antaranya adalah: 
1. Mempercepatkan proses penyembuhan luka sama ada luka bersalin normal mahupun cesarean.
2. Merangsang pengeluaran susu badan.
3. Menguatkan sistem imun ibu; jadi ibu tidak mudah jatuh sakit seperti demam.
4. Memudahkan proses ibu berpantang; terutamanya yg berpantang sendiri tanpa bantuan orang tua.
5. Memberi tenaga kepada ibu, badan kurang rasa lenguh atau sakit-sakit badan. Tempoh berpantang sangat mencabar bagi si ibu dalam menjaga diri dan bayi. 
6. Menyembuhkan organ peranakan si ibu.
7. Baik pulih kesihatan rahim si ibu yang baru selepas bersalin.
8. Bantu proses penyembuhan luka lepas bersalin. Luka cepat sembuh dan kering sekaligus bantu kurangkan risiko luka terbuka atau bernanah.
9. Mengelakkan stress atau gila meroyan.
10. Menguatkan sistem imun badan si ibu dari terkena demam, selsema, penyakit berjangkit dan sebagainya.
11. Meningkatkan metabolisme badan si ibu jadi boleh membantu mengelak berat naik mendadak kerana masa berpantang si ibu tak boleh banyak bergerak.
12. Mencantikkan & menyihatkan kulit si ibu kerana Vivix tinggi antioksidan yang bagus untuk melambatkan proses penuaan kulit. Secara tak langsung kulit baby juga bertambah cantik dan sihat.
13. Menggalakkan tekanan darah yang sihat buat ibu. 
Masya Allah, Alhamdulillah. Jadi Idah sangat syorkan kepada sahabat yang sedang hamil trimester 3 masukkan #vivixshaklee dalam senarai barang-barang keperluan untuk bersalin nanti. Bawa ke hospital sekali. Sejurus selepas bersalin terus sahaja consume Vivix sesudu. Recommended!

14 SOALAN LAZIM TENTANG VIVIX SHAKLEE
1. Apakah Vivix®?

Jawapan : Minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani Anggur Muscadine, Ekstrak Eldeberi Eropah, Ekstrak Knotweed Jepun dan Ekstrak Lobak Ungu. 

2. Apakah yang membuatkan Vivix® berbeza dengan yang lain?

Jawapan : Kemajuan sains kami dan campuran proprietari berasaskan anggur muscadine – salah satu daripada buah yang paling jarang didapati dan tahan lasak. Anggur muscadine mengandungi polifenol lengkap yang tidak terdapat dalam anggur lain. Tidak seperti anggur lain, muscadine mempunyai kepekatan asid elagik dan elagitanin yang lebih baik, apabila digabungkan dengan polifenol lain akan menghasilkan antioksidan yang berkuasa.

Di Shaklee, kami memanfaatkan kelebihan anggur muscadine dalam setiap botol Vivix® menggunakan proses pengekstrakan yang dipatenkan yang menumpukan dan mengekalkan kandungan bioaktif polifenol. 

3. Apa yang membuatkan anggur muscadine berbeza dari anggur lain?

Jawapan : Anggur Muscadine adalah salah satu anggur yang paling jarang ditemui, anggur yang tahan lasak, dengan profil polifenol unik yang menawarkan beberapa manfaat kesihatan. Tidak seperti anggur lain anggur muscadine mempunyai kepekatan asid ellagik dan elagitanin yang tinggi, apabila digabungkan dengan polifenol anggur muscadine yang lain, menghasilkan antioksidan yang berkuasa. 

Anggur Muscadine juga boleh membiak dalam persekitaran yang bahaya; profil fenolik mereka memberikan perlindungan tambahan terhadap bakteria, kulat, yis, kemarau, kelembapan yang berlebihan dan suhu yang melampau sementara anggur lain mudah rosak dalam persekitaran seperti ini. 

4. Apa itu polifenol?

Jawapan : Istilah polifenol digunakan untuk menggambarkan sekumpulan sebatian semula jadi yang ditemui sebahagian besarnya dalam buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran yang mempunyai manfaat antioksida dan potensi kesan perlindungan terhadap penuaan sel. Malah, penyelidikan baru menunjukkan bahawa polifenol boleh memberikan pelbagai kesan biologi terhadap kesihatan manusia. >> The Science Behind Polyphenols

** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit. 

5. Siapakah yang akan mendapat manfaat daripada Vivix®?

Jawapan: Vivix® direka untuk orang dewasa yang mementingkan kesihatan penuaan secara sihat dan kesejahteraan. Vivix® tidak disarankan bagi wanita hamil atau menyusui atau sesiapa yang berumur 18 tahun ke bawah. 

6. Berapa banyak Vivix® yang perlu saya ambil dalam sehari?

Jawapan : Satu sudu teh sehari. 

7. Bilakah saya harus mengambil Vivix®?

Jawapan : Ambil Vivix setiap hari, sebaik-baiknya dengan hidangan seperti sarapan pagi atau makan tengahari. Goncangkan sebelum mengambil hidangan yang disyorkan satu sudu teh setiap hari.

8. Bolehkah saya mengambil lebih daripada satu sudu teh sehari.

Jawapan : Menurut penyelidikan terkini, tidak terdapat manfaat tambahan daripada mengambil lebih daripada hidangan yang disyorkan satu sudu teh setiap hari. 

9. Bolehkah saya mengambil Vivix® dengan makanan tambahan Shaklee saya yang lain?

Jawapan : Vivix® boleh diambil bersama semua makanan tambahan Shaklee. Secara idealnya, Vivix® akan diambil dengan Shaklee Vita-Lea® Iron Plus, ESP Soy Protein Soy Powder, Sustained Release Vita-C Plus, B-Complex dan OmegaGuardTM untuk melengkapkan keperluan pemakanan harian anda. Penggunaan semua nutrien penting ini, bersama-sama dengan polifenol dalam Vivix®, memberikan spektrum nutrisi yang meluas ke seluruh tubuh anda dan menyediakan asas untuk kehidupan yang lebih lama dan sihat. 

** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit 

10. Adakah terdapat langkah berjaga-jaga?

Jawapan : Tidak ada interaksi yang diketahui antara Vivix® atau mana-mana ramuannya dan makanan tambahan yang lain. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami mengesyorkan agar seseorang yang berada di bawah jagaan doktor dalam keadaan perubatan atau penyakit atau yang mengambil preskripsi ubat, terutama ubat cair darah hendaklah membincangkan penggunaan Vivix® dengan penjaga kesihatan profesional mereka.

11. Adakah Vivix® mengandungi alkohol?

Vivix® tidak mengandungi alkohol. 

12. Adakah Vivix® disahkan sebagai Halal?

Jawapan : Ya. Vivix® diiktiraf Halal oleh Islamic Services of America (ISA), badan pensijilan halal asing yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Islam Malaysia (JAKIM). 

13. Adakah Vivix® didaftarkan di bawah NPRA (Badan Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan)?

Jawapan : Tidak. Produk ini diklasifikasikan sebagai makanan dan berada di bawah seliaan Jabatan Keselamatan dan Kualiti Makanan Malaysia (FSQD). 

14. Kenapa saya perlu simpan sejuk selepas dibuka?

Jawapan : Penyejukan selepas dibuka akan membantu mengekalkan kesegaran, warna dan bahan aktif yang optimum dalam produk. 

Kesimpulannya,
Vivix kan berkuasa 10x lebih berbanding resveratrol tunggal, memiliki 15 Polifenol untuk perlindungan dengan spektrum lebih luas dan alhamdulillah selama lebih 10 tahun ia bertapak di pasaran negara kita, sudah ramai yang mendapat manfaat daripadanya.



Bagus ke suplemen Shaklee ni?
Idah yakin semakin sahabat kenal dengan suplemen Shaklee, pastinya akan terus setia mengamalkannya. Ketahui 7 Sebab Kenapa Shaklee Supplements Terbaik Di Malaysia

Sahabat nak dapatkan produk Vivix atau vitamin-vitamin Shaklee boleh terus hubungi Idah melalui link di bawah ye. Insya Allah Idah bersedia membantu sahabat.


Jom hubungi Idah sekarang!

https://linktr.ee/idafizart
Daftar Ahli Shaklee hanya RM35 sahaja
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.


No comments:

Post a Comment