Friday, 12 May 2023

Set Hello New You | Set Kurus Shaklee

Salam 21 Syawal 1444 H buat semua sahabat pembaca setia blog AFIZART.
Apa khabar? Semoga sahabat dalam keadaan sihat walafiat insya Allah. 
Bagaimana dengan checklist Syawal?  Dah setel semua? 
Open house masih ada jemputan lagi? 
Puasa sunat 6?  
Dan yang paling penting, bagaimana MISI KURUS SEBELUM RAYA? 
Sudah capai target idaman? 
Syukur alhamdulillah, Idah masih on track dan baru sahaja selesai puasa sunat 6 sekali dengan puasa qada Ramadan. Maybe cara makan dah terbiasa dengan cara intermittent fasting, walaupun raya ianya tak jadi masalah besar. Still memilih makanan apa yang nak dimakan dan nafsu pun boleh dikawal. Tekak tak rasa sangat nak makan rendang, lemang, ketupat, kuah kacang mahupun kuih muih dan biskut raya. Alhamdulillah. Cuma ada satu rasa nak sangat makan, Nasi Dagang. Setakat 21 Syawal ni, belum pernah makan lagi yang versi hari raya. Kebiasaannya beraya di Terengganu ada sokmo-sokmo, tahun ni memang berbeza. Juadah lebih banyak versi kenduri kendara. 


Okay sahabat, 
Bagaimana Misi Kurus Sebelum Raya?

Idah alhamdulillah misi diteruskan. Walaupun sudah 21 Syawal berat Idah masih sama ketika ramadan yang lalu. Belum capai lagi berat ideal dan idaman. Tak sangka walaupun dah makan macam-macam juadah raya, berat maintain dan selepas puasa qada Ramadan dan sunat 6 Syawal, sudah bergerak angkanya. 

Terima kasih kepada Set Hello New You Shaklee! 

Berat maintain namun inchiloss memang banyak. Tiada lagi diet Yo-Yo sahabat. Feedback orang disekeliling pun alhamdulillah terutama anak-anak. Diorang selalu jadi juri. Abang Fateh selalu tersilap bezakan ummi dengan kakaknya. Kata beliau, ummi dah sama macam kakak walaupun ummi besar sikit dari kakak. Tqvm anak-anak support ummi. Apa yang Idah buat?
1. Puasa Qada Ramadan sekali dengan puasa sunat 6
2. Teruskan cara IF, ambil makanan sekali sehari. 
3. Amalkan suku-suku separuh ketika makan
4. Lebihkan protein dan pilih karbo kompleks
5. Minum air masak yang cukup, pilihan minum lain seperti Cinch Tea Mix Shaklee, Green Tea brand Ahmad Tea dan kopi O tiada gula langsung (yang ini idah suka brand Le Cafe Roast Master Coffee Colombia)
6. Cut gula putih dan untuk raya Idah makan juga biskut-biskut namun kuantitinya sedikit.
7. Ambil Set Hello New You secara konsisten dan ikut meal replacement yang Shaklee dah syorkan

Gambar Kiri : 2 Syawal 2023
Gambar Kanan : 11 Syawal 2023

Idah memang suka pakai baju-baju yang loose dan lebih besar dar saiz. Anak-anak selalu cakap ummi selalu sangat pakai baju lebih besar, memanglah nampak besar. KPI ummi, andai betul-betul dah kurus, pakai baju besar pun mesti nampak kurus. Sebab tu Idah teruskan misi sihat untuk dapatkan berat paling ideal dengan ketinggian 154cm iaitu 48 kg

Adakah misi ini akan berjaya?

Insya Allah, target baru adalah Oktober 2023, Idah pasti capai berat idaman. Andai sahabat ada misi yang sama, jom kita buat sama-sama. Niat untuk sihat tubuh badan, ibadah lebih rasa nikmat. Idah juga berimpian nak pergi umrah, jadi nak badan betul-betul fit. Selain ambil suplemen, Idah top up juga dengan senaman. Cara Idah memilih untuk berlari atas treadmil sekurang-kurangnya 3km - 6km dan melakukan tambahan senaman untuk kecilkan tangan, bahu, peha serta perut.

Disamping, hindari stress. Buat happy-happy, santai-santai, selalu tersenyum dan ucap yang baik-baik. Keep DOA supaya mindset kita kuat dan terus istiqomah. Perjalanan kurus ni memang banyak ujian dan halangan sahabat. Antara cara untuk Idah menjayakan misi ini ialah dengan meneruskan program 'Hello New You' yang Shaklee sudah sediakan. Bagaimana program ini dijalankan, 1st sahabat perlu baca infonya di sini, InsyaAllah sahabat akan lebih faham.

Bagaimana set ini membantu?
Dalam set ini Shaklee menggunakan 3 konsep untuk membantu proses penurunan berat badan iaitu, 
1. Agen detoks
2. Agen bakar lemak
3. Agen bina otot


1. Agen detoks untuk pencernaan dan pembersihan yang lebih baik. 

a. Alfalfa Complex - Menyuburkan dan detoksifikasi
Agen detox penting untuk yang nak membuang toksin dari badan. Bila badan banyak toksin ini yang akan menganggu proses penurunan berat badan. Tinggi kandungan enzim pencernaan semula jadi untuk menyokong proses pencernaan yang lancar. Tinggi kandungan serat untuk meningkatkan rasa kenyang. Boleh diambil setiap hari.

Cara makan ikut cara Idah : 10 biji sekaligus selepas makan tengahari
Efek yang Idah sendiri rasai, badan rasa lebih ringan, jerawat makin kurang, selera makan dapat dikawal dan darah haid lancar, tiada lagi rasa rengat senggugut.

b. Herblax - Membersih & Menyelaras semula
Daun Senna laksatif semula jadi untuk meningkatkan kekerapan pergerakan usus. Membantu menyingkirkan toksin daripada badan. Selain tu, ia juga bagus untuk membersihkan usus dan perut dengan lembut secara semulajadi. Jadi lebih mudah nak membuang sekaligus membantu mengatasi masalah sembelit
.

Cara makan ikut cara Idah : 3-4 biji sebelum tidur
Efek yangg Idah rasai, masya Allah best sangat. Membuang dengan lawas, perut kempis, bila makan banyak sekalipun insya Allah tiada masalah sebab kita akan tetap membuang dengan baiknya. 


2. Agen Bakar Lemak dengan Asid Lemak Omega-3 & Lecithin

Omega Guard - Meningkatkan Kadar Metabolik
Asid lemak Omega-3 ini yang bagus untuk yang nak kuruskan badan. Ianya bertindak meningkatkan kadar metabolik , mempercepatkan proses pembakaran lemak dan meningkatkan kesensitifan insulin tubuh untuk mengawal selia simpanan lemak. Amalkan setiap hari untuk melihat result yang terbaik. Usah culas-culas ye sahabat sebab banyak lagi khasiat Omega Guard ni. 

Cara makan : 3 biji selepas makan (Lunch/ Dinner)

Lecithin - Memecahkan Lemak Degil
Lesitin mempercepatkan proses pemecahan lemak, mencegah daripada pengumpulan lemak di dalam hati, dan menyingkirkan toksin daripada hati. Ianya juga meningkatkan metabolisma badan dan yang bagusnya lecithin membantu mencegah pengumpulan lemak pada dinding jantung, arteri (salur darah) dan otak. Bantu meningkatkan memori kita. Kurus dan cerdik kita dapat manfaatnya. Best ke best?

Cara makan ikut cara Idah : 6 biji selepas sarapan dan terus workout. Membantu proses peluh keluar dengan banyak yang memberikan efek pada tubuh, rasa lebih segar dan bertenaga. Dan kadang-kadang Idah amik juga 6 biji sebelum tidur bila rasa macam makan terlebih waktu siangnya. 


3. Agen Bina Otot dengan Leusina, & Protein 

Ini antara yang paling penting bagi Idah jika sahabat tanya yang mana satu produk untuk kita mulakan dalam proses menurunkan berat badan. Kenapa? Jom baca perkongsian Idah lagi. 

i. Leusina - Membakar Lemak dan Membina Otot Dengan Cekap
Leusina membantu membakar lemak tanpa kesan yo-yo. Leusina membantu membina dan mengekalkan otot tanpa lemak untuk berat badan yang lebih sihat dan badan yang langsing. Ianya juga dapat merapatkan jurang nutrisi dan mengurangkan rasa lapar (penting kan sahabat?) Takde lah mulut rasa nak mengunyah sokmo-sokmo. 

ii. Protein berasaskan tumbuh-tumbuhan - Meningkatkan Tenaga Anda Secara Berterusan
Menggalakkan tahap glukosa darah yang stabil untuk mengekalkan tenaga sepanjang hari. Membina kulit, rambut dan kuku yang sihat dan berseri. Mengekalkan dan memulihkan sel-sel tubuh badan untuk kesihatan jangka panjang.

Alhamdulillah bermula Syawal, Shaklee memang memahami kehendak pelanggan mereka. Ramai yang ingin meneruskan misi diet kurus, jadinya kali Shaklee sediakan set Hello New You versi baru dengan menambah CINCH SHAKE sebagai menu utama. Kali ni Shaklee berikan perisa Latte dan percuma perisa Vanila. Kombinasi yang memang SEDAP!

Sahabat yang fokus untuk kurus, Cinch Shake adalah the best choice. Kerana cinch tinggi dengan vitamin, mineral penting, mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah berbanding protein shake lain dan paling penting ada Leusina untuk pengurusan berat badan yang lebih sihat. Protein cinch mempunyai kandungan nutrisi yang lebih padat, ada serat, ada semua multivitamin sebab tu juga boleh jadi meal replacement. Jimat kalori hihi.

Cinch ni yang best ambik time sahur. Memang kenyang lebih lama dan bertenaga sepanjang hari. Rasa lapar tu ada cuma boleh tahan dan tidak mengganggu langsung rutin harian kita. Anak-anak Idah suka sangat terutama perisa coklat. Cinch Shake merupakan best seller dalam Set Puasa Shaklee. Idah mulai tahun ni insya Allah dah tekad akan jadikannya menu sahur setiap kali Ramadan akan datang. Eksperimen Ramadan tahun ni dengan menu sahur Cinch Shake memang berjaya! Alhamdulillah.  


Tambahan :  

1. Cinch Tea Mix
Satu lagi yang terbaik untuk membantu kuruskan badan iaitu tea mix Shaklee. Cinch Tea Mix ni membantu tingkatkan metabolisme badan, mengurangkan craving kepada makanan yang tinggi gula, booster tenaga dan insya Allah sesiapa yang amalkan Intermittent Fasting elok amalkan Cinch Tea Mix ni. 

Cara makan : 1 sachet sehari setiap pagi


2. Vivix 
Pasti ada yang nak dapatkan kesan lebih efisien kan? Idah akan sarankan tambah Vivix Shaklee. Ianya adalah minuman kesihatan yang kaya dengan polifenol dan resveratrol. Ia mengandungi bahan anti radang, antioksidan dan antidiabetic. Ia juga mengandungi efek anti angiogenesis yang memang diperlukan oleh mereka yang berisiko. Hakikatnya Vivix dapat membantu mempercepatkan kurus. Masya Allah best kan!


Bagaimana Vivix Membantu Menurunkan Berat Badan?
👉 Vivix mengandungi Pati Resveratrol ;
 
📌Resveratrol inilah bahan yang dapat memulihkan fungsi pankreas agar badan dapat menggunakan tenaga dan gula yang diambil agar tidak disimpan menjadi lemak. 
📌Resveratrol juga ada fungsi mengatasi craving atau teringin makan manis. Mengawal selera makan dan menjadikan kita cepat kenyang.
📌Resveratrol ini juga punca kenapa wanita Perancis tidak gemuk walau mereka makan pasta, roti, daging setiap hari. Inilah yang dikenali sebagai The French Paradox. 
📌Resveratrol menyerupai kesan kesihatan daripada berpuasa atau pengurangan kalori. Ia merangsang hormon yang meningkat apabila individu mengawal pengambilan kalori.
📌Resveratrol menghalang pengumpulan lemak dan memusnahkan deposit lemak dalam badan dan lemak-lemak ini semua akan digunakan sebagai tenaga. Cara ini sangat berkesan dan selamat dalam penurunan berat badan kerana lemak-lemak tulen yang akan dibuang manakala jisim otot serta tisu-tisu penting yang lain masih dikekalkan. 
📌Resveratrol menghalang kenaikan paras hormon estrogen supaya lemak-lemak tidak disimpan. Hormon estrogen ini sebenarnya yang menyebabkan lebih banyak lemak disimpan di dalam badan. Apabila hormon estrogen ini dikurangkan, tubuh akan berhenti menyimpan lemak dan lebih banyak otot akan dibina.

Promosi Set Kuruskan Badan

Sahabat alhamdulillah bulan ni, promosi Set Kurus Shaklee ni dapat percuma satu canister Cinch Shake perisa vanila. Insya Allah set kurus ni sudah lengkap dengan nutrisi dan diakui dengan sains. 

Nak turunkan berat badan? Ambillah Set Hello New You ni dan say goodbye kepada berat yo-yo.  Program Shaklee anjurkan dalam set ini membantu sahabat ;
1. Menguruskan berat badan dengan lebih sihat
2. Membentuk tubuh badan yang lebih menawan
3. Meningkatkan tenaga dan rasa lebih cergas, lebih cerdas
4. Menambah baik sistem pencernaan
5. Mengembalikan keyakinan diri 
6. Lebih fokus dan bersedia menghadapi apa jua cabaran dan ujian insyaAllah

Sahabat nak order Set Kurus Shaklee ni boleh terus berhubung dengan Idah melalui EXPRESS LINK untuk jadi ahli dan terus dapatkan harga ahli untuk semua produk Shaklee.

Sahabat juga boleh juga wasap Idah di talian 013-9097825




Jemput juga baca entry-entry Idah di bawah ye dan semuanya berkaitan dengan Set Kurus Shaklee, 

 

"Kurus, cantik dan sihat pakej idaman setiap wanita dan lelaki. Usahakan jalani kehidupan yang lebih baik dengan mengubah gaya hidup yang lebih sihat, lebih harmoni dan lebih bahagia. Bijak membuat pilihan!" - Zubaidah Arba'i-

#nextlevelblogging
#bisnesOnlineTerbaikMalaysia


-------------------------
CikIdah @ Idafizart
Daftar Ahli Shaklee hanya RM35 sahaja
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
Follow & Like FB : Pengedar Vitamin Malaysia

2 comments:

  1. terbaik set hello new you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah mmg terbaik. Konsisten makan insyaAllah mmg ada result

      Delete