Wednesday, 12 April 2023

7 Cara Kurus Dengan Cepat Dan Berkesan

Sahabat nak tahu cara kuruskan berat badan tanpa apa-apa produk vitamin dan supplement?

Insya Allah entry kali ni Idah akan bawakan kepada sahabat testimoni sebenar iaitu diri Idah sendiri. Idah akan kongsikan pengalaman Idah menurunkan berat badan tanpa menggunakan sebarang produk walaupun Idah sendiri merupakan pengedar produk vitamin dan supplements. 


Sebenarnya tiada jalan pintas dan mudah sahabat. Proses menurunkan berat badan ini satu proses yang panjang, mencabar dan penuh ujian. Kisah Idah bermula pada bulan Jun 2019 dalam bulan Syawal. Dah banyak cara diet Idah cuba namun usaha gagal dan tidak menampakkan hasil yang baik. Diet Yo-Yo. Dalam mencari solusinya, Allah temukan Idah dengan satu posting seorang sahabat FB. Postingnya tu menarik hati Idah kerana dia pun berpurdah  dan apa yang diceritanya rasa macam cerita yang sama dengan Idah lalui. 

Idah terus bertindak klik link whatsapp yang beliau kongsikan dan alamdulillah perbualan berjalan lancar.Apa yang membuatkan Idah tekad nak join tu, yurannya hanya serendah RM25 sahaja sekali seumur hidup dan dapat coaching berterusan (Wah dah macam yuran keahlian Shaklee, serendah RM35 sahaja sahabat, sempat promote..hihi).

Di situlah turning point permulaan perjalanan kurus Idah bersama dengan Team Kurus Sihat. Dan yang pasti, saat membuat keputusan tersebut sesungguhya Idah sudah tekad sepenuh hati.  Apa yang Idah buat, banyakkan doa minta Allah berikan kekuatan untuk Idah hadapi apa jua cabaran dan ujian disepanjang proses ini, kuatkan mindset dan Idah akan pastikan sentiasa follow apa yang coach ajar dalam kelas. Ilmu sangat penting kan sahabat? Dengan adanya ILMU, insya Allah kita akan jadi lebih luar biasa semangatnya. Support dari sahabat-sahabat dalam group sangat membantu.

Idah sudah ceritakan apakah sebab Idah nak kurus. Sahabat boleh baca di ;

1. Pengalaman menurunkan berat tanpa supplement | Diet Eatclean 100% 

Namun nasihat Idah, perkara penting yang perlu sahabat ada ketika tekad nak kuruskan berat badan adalah ;
1. Setting mindset
- Sahabat perlu setting pada minda sahabat kenapa nak kurus 
- Cari Big Why, tulis dan baca kuat2 depan cermin
- Tengok gambar ketika gemuk dan renungkan 
- Bulatkan tekad dan buat sehabis baik. 
- Doa minta kekuatan dari Allah swt.
2. Cari dan duduk dalam circle yang ada misi yang sama
- Mesti cari dan join team dan group support. Ini sangat penting sebagai booster semangat. - - Kerana apa? Sebab mereka akan support kita, beri kata-kata semangat kerana misi diorang sama dgn kita.
- Saling bertukar pandangan, resepi, menu, gambar dan kongsi result 
3. Cari mentor /coach/ sifu/ cikgu

Ini mesti sahabat. Bila ada guru, mentor yang mebimbing, beri tunjuk ajar insya Allah perjalanan kurus kita itu lebih smooth dan berjalan lancar. Paling penting ada yang akan tarik tangan, pulas telinga, tegur  kita untuk melihat usaha kita itu ada result yang baik. Dan juga untuk kita ada ilmu tentang kesihatan, cara terbaik kuruskan badan, makanan apa yang sesuai, macamana nak kira kalori

4. Sabar dan jangan stress! Enjoy the moment

Sepanjang tempoh kita menurunkan berat ni, jangan sesekali stress. Banykkan berdoa supaya Allah berikan kita kekuatan dan kita sabra bila org sekeliling pertikaikan apa yang kita buat.

5. Dapatkan support dari Insan yang paling dekat iaitu suami dan anak-anak. Minta mereka faham dan kita terangkan apa yang kita buat, apa yang kita makan dan penting untuk mereka berikan kata-kata semangat sekali. Alhamdulillah sepanjang Idah diet sebelum ni, suami siap hadiahkan kasut sukan baru dan anak-anak selalu ingatkan Idah, "Ummi hari ni cukup tak perotein? Buah dah makan? Eh ummi makan nasi, kata nak kurus kan, ummi makan ini." hahaha bila ingat balik lucu pulak. Apa pun itulah penguat semangat kita. Bila dah kurus, diorang lah antara yang paling gembira sebab tengok umminya dah berbeza. Jadi sokongan orang terdekat sangat penting, usah abaikan!

Result selepas buat diet Eatclean 2019 -2021

Apa yang Idah buat sehingga dapat result yang begini?

Idah ubah lifestyle. Cara masak, cara pilih makanan, cut gula putih, cut karbo ringkas, cut MSG. Alhamdulillah memang nampak result yang sangat cepat. Terutamanya bila kita CUT GULA PUTIH. 

Andai sahabat nak turunkan berat, langkah pertama, nasihat Idah adalah sahabat belajar cut gula. Buat dalam sebulan yang pertama. Insya Allah resultnya akan nampak pada inchiloss dan check sekali peratusan lemak. Amazing sangat sahabat! 

Gambar di atas tu, adalah result Idah dalam tempoh 4 bulan lebih Idah berjaya turunkan berat badan dalam 14 -15 kg. Syukur. Bila tengok gambar, Masya Allah keciknya aku. Cantik rupanya aku ni. Monolog dalam diri. 😆. 

Dari saiz XXL, Idah boleh pakai saiz S, sama saiz dengan anak dara Idah. Namun sekarang lebih pilih saiz M. Anak-anak selalu konplain baju ummi besar dari badan tuannya. Idah akan jawab, best angin masuk dalam badan, sejuk. Hahaha.

Ramai mahu kurus. Ada yang pilih jalan mudah. Ada yang bersusah. Pelbagai kaedah dicuba. Ada sahaja sebut pasal ubat kurus pasti terliur mendengarnya. Habis semua dicuba.

Dari satu produk ke satu produk. Jenis diet bertukar ganti. Semua dicuba. Harapan menggunung tinggi. Moga moga berjaya. Kejayaan pelbagai. Ada berjaya sekejap. Ada berjaya terus.

Untuk dapatkan result yang terbaik, perlu ada sistem, perlu ada cara dan paling penting perlu ada ilmu. 

Jom Idah kongsikan 7 cara kurus dengan cepat dan berkesan dalam masa sebulan Insya Allah.
1. Kurangkan karbohidrat, lebihkan protein

Salah satu cara yang paling berkesan sebagai tip kuruskan badan adalah dengan cara mengurangkan pengambilan karbohidrat ringkas, pilih karbohidrat kompleks. Kajian juga telah membuktikan bahawa pelan diet yang mengurangkan pengambilan karbohidrat adalah pelan terbaik untuk menurunkan berat badan. Pastikan sahabat mengambil lebih banyak protein tanpa lemak seperti telur dalam diet harian. 

Idah paling suka makan telur rebus biasa pagi 2 biji, tengahari 3 biji. Tabur lada hitam. Alhamdulillah memang kenyang sahabat.

2. Makan makanan sebenar, bukan makanan yang diproses

Pilih makanan yang tidak proses. Real food in macam ikan, ayam, telur, daging , sayur-sayur yang bermacam warna. Ubah cara masak. Sayur boleh makan macam ulam-ulaman. Haiwan-haiwan tadi boleh guna kaedah rebus, kukus, bakar dan panggang.

Idah sepanjang diet eatclean tu, Idah hanya ambik telur dan ikan sahaja untuk protein. Selain ada juga sesekali ambil tempe, tauhu. Idah tukar barang asas dapur kepada yang lebih sihat. Macam garam Idah guna garam pink. Cuma sepanjang tempoh diet eatclean tu, Idah kurangkan garam dalam masakan, ganti dengan tabur lada hitam. Sedap. 

3. Kurangkan pengambilan kalori harian

Ini step yang paling penting ye sahabat. Berikut adalah antara cara untuk kurus melalui pengiraan pengambilan kalori harian:
1. Kira pengambilan kalori: Untuk memudahkan pengiraan kalori harian, muat turun sebarang aplikasi pengiraan kalori di telefon pintar. Dengan cara ini, kita akan dapat mengira pengambilan kalori selain jumlah nutrien daripada makanan yang kita makan. Andai sahabat ada join kelas, coach akan check menu harian kita. Cukup atau tidak. 

2. Elakkan pengambilan snek: Pengambilan snek antara waktu makan hanya akan meningkatkan jumlah kalori harian tanpa kita sedari. Oleh itu, kurangkan atau elakkan sebarang pengambilan snek antara waktu makan. Jangan sesekali makan selepas menikmati makan malam. 

Waktu snacking biasanya coach akan suggest ambil epal atau kekacang (itupun ada jumlah tertentu). Jadi selamat ambil buah. Buah yang Idah pilih dan lulus eatclean adalah buah epal samada warna hijau atau merah, lulus kedua-duanya.

3. Kurangkan sebarang sos: Salah satu cara mudah lain untuk mengurangkan kalori adalah dengan mengurangkan pengambilan sos pencicah makanan seperti sos cili, mayones dan juga kicap. Idah terus say Big NO❌❌

4. Banyakkan makan sayur: Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran dan kurangkan pengambilan karbohidrat ringkas dan makanan berkanji. Sayur pun perlu pilih. Coach kata sayur pun ada dalam kategori karbo, jadi nak selamat memang perlu ada ilmu ye sahabat. 

5. Elak minuman manis: Banyakkan pengambilan air kosong setiap hari dan sila cerai talak 3 dengan minuman 3 in1, 2 in 1, berkarbonat, minuman yang ada dipasaran. Cara terbaik baca label.

Sepanjang Idah diet eatclean perkara utama yang Idah lakukan :  
CUT GULA PUTIH, TEPUNG, BERAS PUTIH, MSG.

 4. Bersenam dan bersukan

Sifir untuk kurus ialah 80% pemakanan, 20% senaman. Senaman bukan sahaja membantu untuk membakar kalori, malah ia juga membantu untuk muscle toning. Nak buat senaman apa? Berapa kali seminggu?

Senaman kardio sangat membantu untuk kurus. Di antara jenis senaman kardio ialah berlari, mengayuh basikal, berenang, lompat tali skipping, dan kalau sahabat ada keahlian gymnasium boleh gunakan mesin-mesin kardio yang ada.

Berapa kali seminggu kena bersenam? Jawapannya bergantung kepada sahabat. Minimum ialah 20 minit 3 kali seminggu. Kalau dapat lagi kerap & lebih lama, lagi membantu untuk anda kuruskan badan. Jaga pemakanan, rajin bersenam, pasti anda akan kurus.

Cara Idah : Idah berlari atau berjalan atas treadmill sekurang-kurangnya 30-40minit setiap hari. Dan juga Idah letak target sehari 3km-6km, atau 7k -10k langkah, hanya beraktiviti dalam rumah.

5. Intermittent fasting dan berpuasa sunat

Salah satu petua kurus untuk membakar lemak badan yang tersimpan sejak sekian lama adalah melalui intermittent fasting. Kerana bila kita berpuasa, kita merangsang autophagy berlaku. Sahabat boleh baca tentangnya di link ini : Apa itu Autophagy ? 

Idah paling suka buat IF ikut sunnah Rasulullah saw dan berpuasa cara yang Islam anjurkan seperti puasa Ramadan, puasa Isnin Khamis dan puasa hari putih 13, 14, 15 hb hijrah. Insya Allah cara ni berkesan untuk kita maintainkan berat badan setelah kurus. Selain dapat pahala berpuasa dan kita dapat pahala sebab ikut sunnah. Dalam hidup kita sebagai orang mukmin, perlu jadikan sunnah sebagai amalan kehidupan kita, insya Allah hidup lebih berkat. 

Jemput juga baca artikel : Keburukan IF yang Ramai Tidak Tahu

6. Ambil TIGA makanan cepat kurus
Makanan-makanan berikut secara saintifik dapat kuruskan badan.
1. Epal dan Pear
Keduanya ada fiber yang tinggi. Punya kalori yang rendah. Sarat dengan Pectin. Pectin apabila dimakan akan membentuk seperti gel di dalam perut. Punya kuasa kecilkan rasa lapar.

2.  Cili
Pedas pada cili dapat kurangkan rasa lapar. Dalamnya ada Capsaicin. Ia tingkatkan kadar metabolisme badan. Apabila metabolisme tinggi, tahap untuk menjadi JALUR LEBAR menurun.

3. Teh hijau atau green tea 
Sememangnya membantu anda yang ingin menurunkan berat badan. Rasa lapar? Minum teh hijau. Ia bukan sahaja membantu mengisi perut yang lapar, ia juga boleh mengurangkan masalah perut masuk angin dan kembung. Paling best? Ia membantu membakar kalori. Tapi ingat, bancuh tanpa gula. Teh Hijau ada flavonoids yang bantu tingkatkan kadar metabolisme. 
7. Banyakkan Pengambilan Air Masak
Air membersihkan tubuh dari dalam. Bantu buang toksin dari makanan yang kita ambil, sumber nutrisi untuk otak, bantu untuk dapatkan tidur yang nyenyak.

 Andai kita bangun tidur dengan sakit tengkuk itu tandanya air tidak mencukupi. Andai kita bangun atau terasa kebas tangan, kaki atau bahagian tertentu tubuh, itu tandanya air kurang. Lenguh-lenguh badan adalah masalah kurangnya air.

Air kurang otak mengering. Tidak cukup air melembabkan otak. Tidak cukup air otak tidak berfungsi dengan baik. Minum air mencukupi banyak faedahnya. 

Air penting untuk otak. Air penting untuk tidur. Air penting untuk kurus.
Air nutrisi penting untuk OTAK. Apabila terasa dahaga itu tanda OTAK mula hilang nutrisi. Sebelum simptom dahaga muncul, hadirkan air.

Point 6 dan 7, Idah ambil maklumat dari blog Doktor Rizal. Sahabat boleh tambah lagi ilmu dengan membaca di blog doktor ye. Ada banyak cara Doktor Rizal tulis. Paling menarik point no 6 adalah tentang makanan. So far alhamdulillah memang Idah konsisten makan makanan tersebut sehingga sekarang. 

7 cara yang Idah kongsikan di atas adalah CARA ASAS ketika Idah buat diet cara eatclean dan resultnya baik. Tak stress, simple dan santai-santai. Boleh makan 5-6 kali sehari mengikut jadual meal plan yang disediakan oleh coach.

Kesimpulannya, 

Jangan culas, kekal disiplin jika ingin kurus!
Nak kurus dengan cepat? 👉 Tiada jalan pintas!

Jika sahabat dapat mengikuti dengan baik 7 cara ini, maka sahabat akan dapat melihat kesan seperti yang diharapkan, insya Allah. Apa-apa berguru lebih baik. Cari ilmu dan praktikkan serta bertindak. Jaga mindset sahabat. Tulis big why dan target yang jelas.

Tip kuruskan badan ini bukan sahaja berkesan untuk diamalkan, malah selamat kepada tubuh kita. Jadikan amalan gaya hidup sihat kita insya Allah. Sihat yang lebih harmoni. 


Namun begitu, sahabat nak kurus namun masih sukar nak ikut dengan cara di atas? Apa kata jom join Program Hello New You yang Shaklee sediakan. Berminat boleh terus klik gambar di atas ye. Idah sedia membantu. Sahabat boleh baca info pasal Program Hello New You itu di sini. Insya Allah semoga bermanfaat. 

"Kurus Sihat Cantik idaman setiap orang. Usahakan untuk jalani kehidupan yang lebih baik dengan mengubah gaya hidup kita ke arah yang lebih sihat, lebih harmoni dan lebih bahagia" - Zubaidah Arba'i-

Idafizart
Sihat itu Jihad. Jihad dalam membangunkan ekonomi keluarga, insya Allah semoga Allah pilih untuk kami menjadi salah seorang jutawan Shaklee. Aaamiin.

#nextlevelblogging

6 comments:

  1. Terbaik. 👍👍😍

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Haza Rahmatun min Robbi, barokallahu fik Syafa

      Delete
  3. Bestnye kalau kurus cantik menawan kan? Terima kasih perkongsian sahabat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kasih sahabat. Alhamdulillah Barokallahu fik. Pakej tu..Kurus cantik menawan..ihihi

      Delete