Tuesday 21 September 2010

Aidilfitri 1431H - Kisah 2

Sambungan Kisah Raya versi kedua pulak:-

13/09/2010- Kolam ikan milik keluarga adik-beradik mak di Batu Talam.

Aktiviti sepanjang hari ni dr pagi sampailah petang memancing ikan.Kemudian makan beramai-ramai sambil membakar.Paling seronok tengok gelagat En.Kanda dan Hanani Idah.Jom layan gambar-gambar sepanjang hari.


gambar ni hak cipta terpelihara ye..tidka dizinkan copy atau ambil..
yang ni guna kamera Idah.



Hak cipta terpelihara..tidak diizinkan ambil gmbr ini.
kamera abang ipar.

Aidilfitri 1431H - Kisah 1

Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat semua...Dah 12 Syawal baru berkesempatan Idah nak update blog.Jom ikuti kisah Raya Idah tahun ni.Alhamdulillah tahun ni, giliran beraya di sebelah Idah kat Pahang.Suka sangat2 sbb dapat jumpa sedara mara dan melakukan aktiviti bersama-sama(mcm gotong royong gitu).

8/09/2010 = Ketengah Jaya -persiapan untuk balik raya-baju raya,kuih raya,barang2 yang perlu di bawa balik.
9 - 11/9/2010 = Felda Bukit Puchong,Triang

11 - 13/9/2010 = Batu Talam, Raub
14 - 15/9/2010 = Balik Terengganu dan berehat di rumah
16/9 - 17/9 = Seberang Marang-Kuala Ibai-Gelugor Kedai-Kubu-Jerangau-Kerteh-Ketengah Jaya(balik rumah 17/9)

09.09.2010 : Khamis (Hari melemang-istilah mak idah)

Seawal jam 4pagi Idah dah bangun,Siap-siap untuk sahur dan mengemas apa yang patut sebelum bertolak balik Pahang.Kemas bahagian dapur hinggalah ke ruang depan,buang sampah dan sisa makanan.AL maklumlah nak tinggal lama rumah so semuanya perlu dibereskan.

Selepas Subuh terus siapkan beg2 dan barang yang perlukan dimasukkan dalam kereta.Sempat lagi online sebelum bertolak.Jam 8.30pagi semua sudah sedia nak bertolak. Alhamdulillah perjalanan berjalan lancar.Idah ingatkan bertolak hari ni akan berlaku kesesakan lalu lintas, namun sebaliknya.Masuk lebuhraya Pantai Timur keluar kat Srijaya, perjalanan lancar.

Dalam pukul 12 lebih sampai kat Keranyong atau nama lain dipanggil Bandar Bera.Singgah kat Tunas Manja utk membeli sedikit keperluan dapur dan barang2 lain sebelum balik rumah mak.Cuaca kat Pahang ni agak panas berbanding kat Terengganu.Panas terik betul.Tak sangka dapat jumpa kawan sekolah.

Jam 2.30petang alhamdulillah sampailah ke Teratak Bondaku di Felda Bukit Puchong.Penat?huh mmg penat..lembik rasanya.


10.09.2010 : Jumaat
Selamat Hari Raya...
Selamat Hari Raya...
Alhamdulillah bertemu juga dengan Syawal lagi pada tahun ini.Syukur padaMu Ya ALLAH.Tahun ni Idah beraya bersama keluarga Idah di Pahang.Persiapan semua dah siap.Tema baju tahun ni coklat kekuningan.Tahun ni juga idah beraya bersama keluarga Angah.Along dan Kakde giliran rumah mertua mereka.So tak delah meriah mana sbb masih ada kekurangan ahli keluarga.

Aktiviti pertama di pagi raya adalah acara bermaaf-maafan serta pemberian duit raya.Seperti tahun2 lepas acara ni kalau berlangsung mesti dalam keadaan tergesa2 sebab sibuk nak pergi masjid untuk Solat Sunat Raya.Alhamdulillah tahun Hari Raya jatuh pada hari Jumaat.Semoga keberkahan hari Jumaat itu sendiri akan membawa kepada keberkatan Hari Raya juga.

Sesi ziarah-menziarahi bermula selepas balik drpd masjid.Destinasi pertama tentulah jiran yang terdekat, kawan-kawan idah kemudian sebelah petang ke Felda sebelah ziarah kawan-kawan idah kat sana pulak.Alhamdulillah.


11.09.2010 : Sabtu
2 Syawal hari ni aktiviti kat sini adalah ziarah kubur,seawal jam 8pagi semua ahli keluarga si mati akan berkumpul beramai-ramai dikawasan perkuburan untuk membaca tahlil beramai-ramai.Memang keadaan amat sesak.Namun alhamdulillah usaha yang murni.Idah tak hadir awal2 pagi ni berikutan agak sukar nak bawa dua2 Hanani Ummi ni bersama.

Dalam jam 10pagi ketika keadaan sudah kembali ok,barulah idah dtg ziarah kubur arwah ayahanda tercinta.Cuaca ketika tu memang panas terik.Rindu pada arwah Abah.Dah 5tahun pemergian abah,rasanya baru semalam aje berlaku.Semoga ruh abah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.Ameennn....

Sesi ziarah diteruskan ke rumah sahabat baik Idah, kawan-kawan mak dan angah.Sejak dr hari pertama Hanani Ummi byk dapat kutipan duit raya.Dalam jam 4.30 bertolak balik ke Raub kampung mak untuk beraya kat sana pulak.lebih kurang jam 8.30malam sampai kat Bandar raub,stok sekejap solat dan makan-makan.Pukul 10 malam sampai rumah Mak Ngah.Semua sudah kepenatan.

12.09.2010 : Ahad
Hari ni semua pakat beraya ditepi kolam kepunyaan adik beradik mak.Sesi memancing ikan dan aktiviti makan2 ikan bakar sambil menjamu kuih raya.Memmang seronok.Paling best tgk en.Kandaku memancing.Wah hebat juga en.Kanda dapat tangkapan ikan patin.Cayalah.Hanani Ummi pun kelihatan amat2 seronok.Sibuk nak memancing juga.

Dr pagi sampailah petang berada di rumah hulu(rumah arwah Opah).

13.09.2010 : Isnin
Bersip-siap nak balik Terengganu dah.Sempat juga ziarah rumah makcik yang lain dan sesi bergambar beramai-ramai.Dalam jam 11pagi idah sekeluarga bertolak balik ke Terengganu.
Tapi tak terus balik rumah.Singgah Kuantan dulu.Sempat shopping kain tudung kat KAMDAR dan kat East Cost MALL...wah byk sungguh mall besar kat kuantan ni.Lama dah tak gi situ mcm2 pembangunan sudah ada.Tak lama lagi Kompleks Sultan Haji Ahmad Shah pulak siap.Nampaknya mcm pasaraya+pejabat kat situ.Makin sesaklah bandar Kuantan nnt.

Jam 10malam sampai kat Ketengah Jaya.Balik terus mandi dan tidur awal sbb dah tak larat sangat2...nanti idah smabung lagi ye...





-------------------------------------------------------------------------
nota:- kisah raya ni akan bersambung lagi...byk lagi nak cerita
cuma ada keje yang perlu diberesin dahulu..
mcm2 gelagat Hanani Idah ada sepanjang beraya
nak cerita pasal duit raya..
tunggu ye..

Tuesday 7 September 2010

Suasana meriah,persiapan diatur...

Tinggal lagi 2hari sahaja lagi.Minggu-minggu akhir ramadan mesti ramai dikalangan suri rumahtangga agak sibuk.Suasana semakin meriah dan sudah terdengar sana-sini bunyi dentuman bunga api.Idah doakan semoga semua anak2 yang bermain bunga api selamat hendaknya.kepada ibubapa silalah pantau anak-anak anda ketika mereka bermain.

Persiapan?Erm bagi idah tak delah sesibuk mana, kerana setiap kali hari raya akan pulang ke kampung.Alhamdulillah tahun ni turn balik kampung Idah di Pahang.Yahoo...yabeda bedu sukanya dalam hati..berbunga2 rasanya..Insya Allah tahun ini idah nak melawat sedara mara sebelah mak.Supaya en.Kanda kenal dgn sedara mara idah pulak.Sekarang dah mula siapkan list barang yang perlu di kemas dan nak dibawa pulang.

Namun idah masih menanti beberapa bungkusan barang yang idah order.Masih belum sampai.Harap2 akan sampai hari ini atau esok.Yang paling kek lapis ku....Alhamdulillah juga semua urusan pengeposan barang2 pelanggan dah siap dihantar.Bermula hari ini kedai tutup.Buka selepas raya pulak.

Salam Sayang;


Teratak 23

Wednesday 1 September 2010

Selamat Pagi semua...

Alhamdulillah awal hari ini idah bersiaran.Bangun seawal jam 3.15 pagi untuk siapkan juadah dan persiapan en.Kekanda nak outstation subuh tadi.Puteri Idah yang kedua pun turut bangun awal pagi.macam tau2 aje abahnya tak de sehari.Semoga perjalanan dan urusan suamiku dipermudahkan hendaknya.

Ayah mertua idah juga outstation juga ke KL.Namun dah bertolak lagi awal selepas solat Terawih malam tadi.Masing-masing ada agenda dan urusan penting.Idah pun ada urusan yang perlu dibereskan dalam minggu ini.Berikutan minggu hadapan Lebaran Syawal akan menjelang.So perlu uruskan penghantaran barang kepada pelanggan yang terakhir sabtu ni.

Awal-awal pagi td dah siap-siap packing order, tulis borang poslaju dan cek email.Insya ALLAH pagi ni nak gerak ke pejabat pos.Hari ini urusan pengeposan terpaksa diuruskan sendiri beriktan en.kanda ke KL.Harap-harap puteri-puteri Ummi nnt boleh ditinggalkan sekejap.


antara order customer yang perlu dipos hari ini.

Rasa bersemangat hari ni nak update blog.Syukur Alhamdulillah.Pagi ni juga sempat jenguk blog kawan-kawan.Cuma tidak berkesempatan nak tinggalkan jejak.Baca kemudian ke blog lain pulak.Oklah nanti idha sambung lagi entry lain ye.

Salam Ramadan
Teratak 23
22 Ramadan 1431H

Tuesday 31 August 2010

Salam Kemerdekaan



SELAMAT HARI MERDEKA
KE 53TAHUN
31 OGOS 2010

Alhamdulillah sudah 53tahun negara kita Malaysia sudah mencapai kemerdekaa...
Semoga negara kita terus maju,aman dan makmur..Insya ALLAH...
ameeeennnn...

Tanggal 31 bulan 8 57
MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA..




Salam Ramadan
Teratak 23
21 Ramadan 1431H

Satu perubahan...Siap Update!

Alhamdulillah akhirnya rumah siap dicat baru sempena nak sambut Aidilfitri.Biru mata hitamku.Sejuk mata memandang semoga pembaca blog juga begitu.Errmmm....jam dah menunjukkan pukul 2.35pagi.Namun Idah masih berblog lagi.Apa nak jadi daaaa...patutnya dibulan Ramadan ni kena banyakkan buat amalan yang baik-baik.Oklah esok idah akan sambung lagi ye.Insya ALLAH sebelum tidur nak solat sunat dahulu.

Sebelum idah beransur..Jom sama2 kita hayati puisi yang idah titipkan buat semua pembaca blog idah:-

WASIAT UNTUK DIAMALKAN

Wahai kekasihku…
Segeralah tunaikan solat diawal waktu
Dikala mendengar azan
Usahakanlah semampu yang terdaya
Ini membuktikan kesungguhanmu kekasihku
Di situ ada sumber kejayaan
Di situ ada sumber pertolongan
Di situ ada sumber taufiq
Perhatikanlah banyak perintah Al-Quran
Dimulakan dengan menyebut solat di awalnya
Perhatikanlah Tuhan
Mensyariatkan solat
Juga di medan perang walaupun….
Di saat genting, disaat cemas

Wahai Kekasihku…
Bacalah Al-Quran dan cuba memahami mesejnya
Selalulah berzikir dan carilah ilmu walupun sedikit
Kurangkanlah dengan masa yang tidak bertujuan
Sesungguhnya Al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu
Sumber hidayah kepadamu dan diriku
Bacalah Al-Quran, kelak ia akan memberi syafaat
Sentiasalah menghafaz dan…
Cubalah menghayati mesej arahannya
Selalulah berzikir dan sentiasa berzikir!!!!!
Di sini ada kedamaian
Di sini da kesejahteraan
Di sini ketenteraman
Jadilah hamba yang sejahtera…

Monday 30 August 2010

Nasi Arab Oh Nasi Arab...Misi mencari.

Assalamualaikum semua...Salam kasih sayang, 

Lama sungguh idah tak update blog kesayangan ni.erm hari ni nak cerita sikit pasal persiapan raya.Alhamdulillah persiapan pakaian semuanya sudah siap tinggal lagi nak belikan kasut untuk kedua2 puteri Idah ni dan nak beli juga sepasang untuk diri sendiri.

Al maklumlah kasut yang ada pun dah uzur.Tapaknya dah terkopak sikit.Idah ni kalau nak cari kasut memang cerewet dan tak tak suka nak shopping kasut.so kalau dah ada tu mmg akan pakai sampailah dah uzur sangat barulah beli yang baru. Kasut kat bawah ni mmg dah uzur.Bahagian atas kat reben tu ada permata warna putih kedua-duanya dah tercabut,talinya terkeluar dah.Tapak kat depan dan belakang pun dah terkopak...sian dah uzur kasutku.

 

 
kasut yang dah uzur...hitam itu bergaya..ihik:) 
 
Persiapan Raya 
 
Persiapan rumah pulak tak de sbbnya tahun ni turn beraya kat rumah mak di Pahang.So segala persiapan di sana adik akan siapkan.Org jauh balik utk siapkan juadah sahaja.Huh bila memikirkan nak balik tu..adoilah malas rasanya.SLebih2 lagi di bulan ramadan ni.Maybe bertolak lepas sahur.Sejuk sikit cuacanya.Kuih raya?hihihi..tradisi sekarang main tunjuk sahaja.Yang penting poket tebal.idah just beli kek lapis sahaja untuk bawa balik kat pahang.maybe nak tamabh koleksi keropok keping insya ALLAH.
 
Tema baju raya?erm...tahun ni idah dan asben pilih warna coklat kekuningan.Semuanya ala kadar sahaja.Peruntukan duit raya pun insya ALLAH ada cuma berdasarkan kepada kemampuan sahaja.Tidak berlebihan.Tak sabar pulak nak balik pahang jumpa mak.Rindu sesgt.Hati ini sudah berada di sana ni. 
 
Cerita Hujung minggu Jumaat dan Sabtu
 
Jumaat yang lalu (27/08/10), idah sekeluarga pulang ke kampung En.Kanda kat Gelugor Kedai dan tidur di rumah mak mertua di Tapu,Kuala Berang.Tujuan balik minggu ini sebab nak ziarah kubur arwah mak mertua,ziarah tok (ibu ayah) yang sudah uzur serta misi mencari dan jalan-jalan cari makan iaitu "Nasi Arab".Selepas semua urusan selesai,En.Kanda pun memulakan misi mencari kedai yang dikatakan ada jual nasi arab di daerah Bukit Payung.Serata tempat cari namun tidak ketemu.
 
Oleh kerana tekad nak makan dan merasa nasi arab juga,en.kanda bertanya pada orang.Namun tak jumpa juga.Dah lewat petang waktu nak berbuka pun dah hamir.So amik keputusan berbuka dengan nasi lemak yang popular di sekitar Chendering.Mmg kedai jual nasi lemak tu ramai orang.Namanya "Nasi Lemak KL".Banyak juga pilihan juadah lauk pauknya.Harga pun berpatutan.Namun rasanya tu pulak bergantung pada individu.Sesiapa nak try bolehlah gi Bazaar ramadan Chendering ye yang dekat dgn Noor ARfa Batek tu.Misi hari Jumaat gagal. Sabtu pulak diteruskan misi.
 
Alhamdulillah kedai yang dikatakan jual nasi arab tu dijumpai.Namun kecewa dan hampa kerana kedai tersebut tak buat nasi arab.Tak tahulah tak buat dah atau dalam bulan ramadan mereka tak buat.Adus mmg rasa kecewa.So nampaknya lepas ni kena turun Kemaman atau Kuantan lah.Jadinya hari sabtu tu berbuka kat kedai tapi makan nasi putih,ikan kerapu masak masam manis,tomyam campur dan air.Takpelah tak de rezeki idah dan suami.Jom layan gambar nasi arab. 
 
 
 
 
Kredit to http://shw.zack3004.fotopages.com/18409926/Nasi-Arab.html

Wednesday 25 August 2010

JIka isteri menangis dihadapanmu...



Jika seorang isteri menangis dihadapanmu...
"Hargailah ia sebelum terlewat..."
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi...
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...
Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu, dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai para suami, jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian...
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu
sepanjang hidupmu disaat kau terperuk terlalu dalam...

Wahai para suami, jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan mensia-siakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya...
Saat dia menangis di depanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh ke dalam matanya...
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu?
Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN dan CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak-anaknya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU.. Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang-orang yang dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN...
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana satu hal...
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia"...
Sebarkan ini ke SEMUA PARA ISTERI yang solehah dan PARA SUAMI yang kamu
kenal agar mereka tidak lupa bahawa
ISTERI mereka begitu berHARGA... Dan sangat berHARGA...

Monday 23 August 2010

Salam sayang..Salam Ramadan



BAZAAR RAMADAN DAN MENU BERBUKA

Sejak khamis lepas hinggalah sabtu, Idah sekeluarga berbuka diluar.Ye lah kekdng bila hari-hari masak sendiri jadi jemu dan sampai tak tahu nak makan apa dah.Kebetulan hari khamis(19/08/2010) tu hari istimewa buat idah dan en.kanda.Hari Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke 4tahun.Masih berusia setahun jagung lagi.Banyak lagi ranjau dan onak duri kehidupan yang bakal dilalui.Namun Idah mendoakan yang terbaik untuk keluarga idah.Berbalik semula kepada hal berbuka.En Kanda telefon ajak berbuka diluar.Wah betapa gembiranya idah masa dapat perkhabaran tersebut.Kebetulan waktu tu mmg betul2 buntu nak masak apa.Alhamdulillah.Walaupun En.Kanda tak cakap apa2 pun pasal yang istimewa tapi idah faham.ihik...:) (iye ke ni?kalau en.kanda baca entry tak tahu apa jawapan nya).





Hari Jumaat pulak patutnya hadir Program Daurah tadribiyyah kat Kerteh,namun dah terlewat terus sahaja kedestinasi asal menuju Ke MesraMall untuk berbuka di Secret Receipe.Kali ni Idah belanja en.Kanda dan puteri-puteri idah.Ya Allah mahalnya...namun pada idah oklah..biasalah kan makan kat tempat mcm tu...Sabtu pulak keluar jenjalan cari baju raya utk anak buah yang berada dijepun.Sambil jalan-jalan terus ke bazaar ramadan.Inilah kali pertama idah pergi ke bazaar ramadan PAKA tahun ni.Juadah yang jadi pilihan :- Yong tau fu,murtabak,kuih2 dan ikan talapia bakar.best juga sekali sekala ke bazaar ramadan.



BISNES DAN KERJAYAKU SOHO

Alhamdulillah sepanjang bulan ramadan ni rezeki sentiasa ada.Syukur pada Mu Ya Allah.Permintaan terhadap jualan Abaya juga meningkat.Stok lama pun sudah terjual walaupun masih berbaki 2helai lagi jenama AMEERA.Jualan Maajun Anggun Bistari juga sentiasa ada.Seperti setiap tahun apabila tiba musim ramadan ni selalu ada promosi harga murah.begitu juga dengan kedai idah.ada buat jualan murah untuk abaya dan jubah.Alhamdulillah.Dah 4tahun buat bisnes secara online 100%,kini mahu melebarkan sayap ke dunia offline pulak.Insya ALLAH semoga impian nak buka Butik fesyen muslimah akan tercapai hendaknya.Amin...

Thursday 19 August 2010

Selamat Ulangtahun PerkahwinanKu

Alhamdulillah hari ni genaplah 4tahun usia perkahwinanku...Semoga ikatan ini berkekalan hendaknya dunia akhirat....Buat Kekandaku Afizullah Abdullah terima kasih atas segalanya.Happy Anniversary Afizullah & Zubaidah.



Sempena ulangtahun perkahwinan idah ni, idah ada buat jualan murah untuk abaya.Jika berminat anda dijemput melawat page Fesyen Muslimah di FB saya..klik link di bawah ye..

FESYEN MUSLIMAH FANS

Antara abaya yang sale :-







Wednesday 11 August 2010

SIR : Sekolah Islam Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...
Dikesempatan ini Idah ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia. Di sini idah nak kongsikan artikel yang idah amik daripada blog Adik Insyirah Soleha...Semoga menjadi renungan buat kita semua... Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...



Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan ini, pendaftaran bagi Sekolah Islam Ramadhan (SIR) telah dibuka kepada semua muslim, tak kira umur, jantina, warna kulit dan taraf status !

Pengajian :

Semester 1 – mendapat rahmat

Semester 2 – menuju maghfirah

Semester 3 – mencapai pemeliharaan dari api neraka

Syarat-syarat kelayakan :

1. Persediaan mental – menahan diri dan nafsu dari kejahatan

2. Persediaan ruhi – meletakkan sepenuh jiwa untuk sukses

3. Persediaan fizikal - jasad yang mantap untuk melaksanakan tugas

4. Sesi muhasabah - terhadap puasa pada Ramadhan lepas

5. Masterplan - merancang yang lebih baik pada tahun ini

6. Menjalani persediaan di Kolej Rejab dan Syaaban

Kurikulum dan ko-kurikulum :

Puasa 30 hari + Qiyammullail + Tilawah Al-Quran + Sedekah + Terawih & Nawafil + Iktikaf + Umrah + Zikir + Amar Ma’ruf Nahi Munkar

Saham-saham yang disertakan (secara kasar) :

Purata sehari Nawafil Fardhiah* Jihad + Dakwah**
Selain Ramadhan 1 70 700
Ramadhan 70 4 900 49 000
Lailatul Qadr 50 400 35 280 000 352 800 000


*Dalil dari Hadith Rasul SAW. (maaf tak ingat matan)

**Dalil dari Al-Quran 2:261

Sijil-sijil tamat sekolah :

- Sijil penyertaan : hanya menahan makan dan minum (Soum ‘awam)

- Sijil khas : menahan makan, minum dan perkara mungkar serta memakruhkan puasa (Soum elkhusus)

- Sijil tinggi khas : menahan segala perkara yang mencacatkan puasa dan juga menambah amal-amal soleh (Soum khusus elkhusus)

Kelebihan-kelebihan berbanding sekolah lain :*

Dibuka pintu syurga. Ditutup pintu neraka. Diikat syaitan-syaitan. Dianugerahkan lailatul Qadr. Dilimpahkan rahmat. Diampunkan dosa. Dimakbulkan doa. Dikurnia haruman kasturi dari mulut.

*Akan dianugerahkan semuanya tanpa terkecuali jika segala kurikulum dan ko-kurikulum dikerjakan dengan penuh dengan keimanan dan kesungguhan (eemanan wahtisaaban)

Testimonial dari doktor pakar sakit jiwa :

“Tempoh minimum untuk mengubah tabiat manusia adalah 30 hari = tempoh Sekolah Islam Ramadhan.”

Graduan yang telah berjaya :

Ahli-ahli Badar (313) : Para mujahid yang perlu berperang walau pada asalnya tiada niat untuk menentang musuh sebegitu. Namun, akur dengan perintah Allah dan Rasul.

Tentera-tentera Khandak : bersama-sama menggali parit sepanjang 2.3km, dengan kedalaman hingga 4.5m, dan lebar lebih kurang 4.1m [Al-Quran for Life Excellence, Dr Danial Zainal Abidin]

Toriq ibn Ziyad & tentera-tentera Andalus : panglima perang, Toriq bersama tentera-tenteranya menyeberang selat di antara Afrika dan Eropah dalam usaha untuk menawan Andalus. Diwajibkan para tenteranya untuk Qiyam. Dibakar segala kapal untuk membunuh rasa rindu dan hendak pulang ke kampung halaman serta menambah fokus bagi para tentera. Akhirnya kemenangan di tangan mereka.

Abd Rahman Al-Ghofiqi – seorang syahid, seorang panglima tentera dalam siri peperangan Andalus, perang ini berlaku dalam kawasan sejauh 30km dari bandar Paris.

Ali Abi Talib – dihantar ke Yaman bersama surat baginda SAW untuk penduduk di sana dan dalam satu hari sahaja telah berjaya untuk mengimamkan solat mereka.

Perhatian !!!

Sekolah Islam Ramadhan (SIR) = Seer = dalam Arab, membawa maksud rahsia. Ganjaran puasa itu hanya terletak disisi Allah semata-mata. Maka, ambillah hatiNya untuk sejahtera diri anda. Kelebihan-kelebihan yang disenaraikan dan saham-saham yang dihuraikan secara kasar hanya sebagai penolak bukan jaminan untuk akaun peribadi.


Dan sekolah ini tidak mendidik jiwa pelajarnya untuk berbelanja berlebih-lebihan seawal mungkin seperti tidak mengalu-alukan langsung tetamu mulia ini.
Jika kalian beramal kerana Ramadhan, Ramadhan akan meninggalkan kalian. Beramallah kerana Allah, Allah tidak akan pernah meninggalkan kalian.

Salam Ramadhan;
Ummu Hanani
Teratak 23

Monday 9 August 2010

Alhamdulillah....Update 09/08/10

Entry hari ni tak de kena mengena dengan tajuk..sbbnya idah nak cerita mcm-mcm..ihihihik:) apa pun layan ajelah merapu idah ni ye...ni kes dah byk sgt nak cerita tapi tak sempat nak tulis hari-hari..so dikumpulkan menjadi satu...

Syukur alhamdulillah walaupun sudah agak lewat namun idah rasa bersyukur kerana masih ada kesempatan ALLAH SWT berikan pada idah untuk melangsaikan hutang2 puasa yang berbaki pd tahun lepas punya...Pengajaran di sini akan datang wajib puasa ganti lebih awal...Insya ALLAH azam tahun ni kalau boleh jika puasa ganti nak habiskan dalam bulan syawal juga...ameennn..

Oh ye...Jumaat dan Sabtu lepas Idah berkesempatan ke Nilai Negeri Sembilan dan ke Ipoh Perak...Perjalanan yang agak panjang dan memenatkan...Tujuan asal kami sekeluarga hanya nak hantarkan buah-buahan pada adik di USIM...dan kata ayah nak shopping kat Nilai...tapi sedikit kecewa kerana ayah rushing nak ke Ipoh(rumah adik)... sampai Nilai pun dah petang hampir nak maghrib...so waktu yang terhad sempat jugaklah membeli-belah sehelai dua baju untuk anak2...Hajat dihati nak juga jalan2 sekitar Nilai 3,Nilai Square dan kawasan2 lain.

Jom layan gambar-gambar sebelum dan selepas ye...:)



sempat lagi posing 3 beranak sebelum bertolak...yang ni kakaknya letak tgn kat mulut pulak...dah kena snap sekali lagi..


yang ni pulak adik pulak buat hal..takpelah....enjoy


perjalanan dari KL-Nilai


time ni sangkut kat kesesakan lalu lintas dari Cheras-Ampang-Sungai Besi...byk betul kereta kat KL ni..kalau hari2 alami perkara mcm ni maunya stres juga...


Hah...inilah Thsirt Labuh Muslimah buat Hanani Ummi...Harga=RM13.90


Hah...inilah Thsirt Labuh Muslimah buat Hanani Ummi...Harga dalam RM15.90 aje...





Sunday 8 August 2010

Bedah Novel "HATIKU MILIKMU" Penulis Zaharah Muhammad

Bismillahirrahmanirrahim. 

Jeng..jeng..dap dip dup..cewah tajuk..oooppss jangan salah faham ye..tak de kena mengena dengan idah..hihi..cuma idah nak kongsi sebuah novel yang amat-amat idah suka baca.Insya ALLAH idah akan cuba berikan sinopsisnya sedikit. Bukanlah sinopsis sangat cuma lebih kepada kata-kata indah yang terdapat dalam novel ni. 

Monolog penulis dalam menjayakan watak novelnya. Saja nak buat sesi bedah buku, semoga suatu hari Hanani dah besar bolah baca apa minat umminya. 

Buat Hanani-hanani ummi, ummi sangat suka membaca novel fiksyen sains, action (terutama novel tulisan Ramli Awang Murshid(RAM) motivasi, islamik. Bab cintan cintun pun suka juga tapi lebih berbentuk islamik. Macam buku yang Idah nak kongsikan ini. Alhamdulillah idah suka penceritaannya. 

 

.
Isteriku Maafkan aku kerana kelekaanku membuatkan engkau terpaksa menjalani hidupmu yang pahit sendirian. Aku leka dengan kehendak nafsuku sehingga aku tidak menyedari kewujudan cintamu. Maafkan suamimu ini.. Aku dapat rasakan engkau berkecil hati denganku. Kerana itulah engkau mahu lari daripadaku. Engkau merasakan duniamu yang sunyi terlalu indah. Engkau merasakan dunia lukamu terlalu mahal. Kerana itu engkau sehingga kini seperti mahu lari daripada cintaku. Alhamdulillah..kini engkau tidak mampu lari lagi kecuali ALLAH memutuskan nafas kita sebagai penamatnya. Aku tidak akan membiarkan waktu membawa dirimu daripadaku walau sesaat. Kerana telah terlalu banyak cinta yang engkau berikan kepadaku.. dan kini adalah masa aku pula memberikannya kepadamu. Dan janganlah rasa bersalah... kerana aku memberikan apa yang ku ada ini bukan kerana simpati, tetapi kerana hatiku ikhlas ingin memberikannya kepadamu. Isteriku... Tunggulah...engkau akan faham juga nanti..Engkau akan faham juga nanti apa yang ada di dalam hatiku. Jangan engkau cuba lari dari kenyataan ini kerana CINTA KITA BUKAN ILUSI.

 

Di atas adalah sinopsis yang terdapat di belakang novel. Sungguh indah kan. Coretan seorang insan yang telah bergelar suami..dicatatkan khas buat isterinya yang selama ini menyimpan cinta kepadanya..Sejak dari zaman belajar..cinta terpendam...akhirnya bersatu jua...Aturan ALLAH sungguh hebat..Maka nya letakkanlah yang utama CINTA KEPADA ALLAH..insya ALLAH kita akan peroleh cinta daripada manusia....dengan izinNYA.. Bawah ini pulak, monolog watak novel " Aisyah" yang sedang berperang dengan peperangan batinnya...Nak tahu lebih lanjut kena belilah novel ini ye..ihik..suspen aje..:- 

 

Page 233:- Tetapi kini aku benar2 diuji olehMU. Apakah aku benar2 mampu melaluinya tanpa cinta manusia terhadapku, tanpa cinta orang yang aku cintaimu. HambaMu ini sedar ya ALLAH. Engkau benar2 menguji hatiku! Tidak akan kutahu betapa lemahnya cintaku kepadaMU sekiranya aku tidka diuji begini. Tidak akan kutahu betapa aku lebih cintakan dunia daripada cinta kepadaMU sekiranya Engkau tidak membawanya pergi dari hidup dan mataku. Tidak akan kusedar hakikat diri ini yang sebenarnya..Ya ALLAH...

 

Sahabat nak tau keseluruhan ceritanya, boleh dapatkan Novel ni di kedai2 buku ye. Idah sangat sarankan novel ni pada gadis remaja untuk membacanya.

 Semoga bermanfaat.

 

Thursday 5 August 2010

Ruang Inspirasi untukku bernafas lega....








sumber :- kredit to google

Nota Kaki :- masih cuba mengekalkan momentum utk terus rajin menulis..namun kekdng rasa kekeringan idea seringkali membuatkan Idah membiarkan blog ini terus bersawang...mungkin juga tiada siapa pun baca..ihik:) syok sendiri...tak kisahlah kan...

Tuesday 27 July 2010

Aisyah dengan CD barunya....

Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat semua...

Sudah bersawang-sawang blog idah ni tanpa dikemaskini dengan cerita-cerita,kisah2 dan info2 terkini. Seperti biasa kengkangan masa membuatkan idah tidak menulis hampir seminggu.Insya Allah semoga malam ni idea untuk idah terus menulis akan datang.

Malam ni tetiba tercetus idea idah nak bercerita tentang CD...sesuai dengan tajuk entry idah pada malam ni..(padahal dah masuk pagi...ihik:). CD..CD...CD...apa tu CD..."compact disk" ke.... ishk...ishk...bukan ye...Hah meh Idah nak bagitahu...Almaklumlah sekarang ni penggunaan CD atau nama penuhnya "Cloth Diapers- Lampin Kain versi moden" semakin popular dikalangan para ibu di Malaysia ni. Kalau tak silap idah teknologi CD ni popular dalam tahun 2008/2009...(maybelah sbb idah tak cari pulak info yang tepat).


koleksi pertama CD Aisyah

Apa itu cloth diaper?

Dalam bahasa mudahnya cloth diaper ialah lampin kain. Dengan kata lain, CD ialah lampin kain yang telah di‘upgrade’ sesuai dgn peredaran zaman sehingga mampu berfungsi seakan-akan lampin pakai buang. Paling penting, CD boleh dibasuh dan dipakai semula. Terdapat beberapa jenis CD masa kini, antara yg banyak digunakan adalah pocket diaper, fitted, all-in-one (AIO) dan juga all-in-two (AI2).

Kelebihannya?

Penjimatan untuk jangka panjang dan kesihatan bayi lebih terjamin kerana tidak terdedah kpd bahan kimia yg terkandung dlm lampin pakai buang. CD juga mengurangkan masalah ruam lampin dan gatal di kalangan bayi.

Kelebihan yang lain?

CD adalah one-size iaitu sesuai untuk bayi baru lahir sehingga berusia 3 thn (dari 3 -13kg) ataupun saiz S, M dan L dalam satu. Jadi, beli sekali tahan 3 tahun dan boleh disimpan utk anak yg seterusnya (bergantung pada cara penjagaan dan pengendalian juga). Selain itu, bayi juga lebih cepat belajar buang air di tandas (early potty training). CD kini tampil dgn pelbagai rekaan, warna dan corak yg sangat menarik. Fitting dan cuttingnya juga cantik dan kemas serta selesa dipakai. Cara pemakaiannya juga sangat mudah, sama seperti lampin pakai buang. Juga mudah saja dibasuh dan cepat kering kerana diperbuat drpd kain yang ringan, lembut, selesa dan mempunyai pengudaraan yang baik untuk kulit bayi.
info dan artikel from :- http://happy-clothdiapering.blogspot.com/search/label/Cloth%20Diaper


So nak dipendekkan ceritanya bagaimana Idah dan En.Kanda boleh terfikir nak bertukar kepada CD ni. Panjang ceritanya.Maka nya Idah nak pendekkan sahaja. Di awal tahun 2009 Idah sudah mendengar, membaca dan diperkenalkan CD ni oleh seorang kawan dalam dunia internet ni. Namun ketika itu tidak tergerak hati langsung nak mengubah apa yang telah sekian lama terbiasa iaitu menggunakan pampers pakai buang. Pernah juga idah sarankan pada en.kanda, namun ketika itu en.kanda berkata dia lebih rela pakai pampers daripada menggunakan CD ni. Ye lah waktu tu tak terfikir dan tak terkaji pun apa sebenarnya kebaikan pakai CD ni.

Tup-tup dalam bulan May 2010, Idah berkenalan dengan seorg adik dalam FB ni. Suatu pertemuan yang seterusnya ukhwah terbina dan ikatan terjalin..(cewah ayat2 skema lak..) Alhamdulillah waktu itu Allah temukan Idah dengan insan yang bernama Siti Maisarah atau lebih dikenali dengan nama "Ummu Habib". Pertemuan terjadi kerana kami sama2 peminat abaya atau dikenali sbg jubah hitam yang tegar.Berikutan disitu terjalin sehingga pertemuan yang tidak disangka diMesra Mall kerteh di hadapan surau merapatkan ukhwah kami.(amboi panjangnya intro...padahal nak cerita bab CD aje..takpe layan..selagi idea masih byk ni.) Berkenalan dan bertukar2 link blog...Maka nya disitulah baru idah tahu yang Ummu Habib ni berniaga CD. Kebetulan En.Kanda pergi satu program...tetiba balik tu en.kanda berceritalah pasal CD yang isteri kepada sahabatnya berniaga secara online produk CD ni.

Hah! Pucuk dicita ulam mendatanglah....Nampak mcm en.kanda berminat aje.Ye lah mesti kawan2 ada bercerita pasal kebaikan CD ni. En.kanda pun mula surfing tentang web/blog isteri sahabatnya...wow boleh tahan harganya dalam RM40 ke atas. Namun sudah tersurat....baru idah teringat yang Ummu Habib ada jual CD....Hah..disitulah bermulanya sebuah pertemuan yang erat...disamping minat yang sama, kami bertukar-tukar idea dan barang dagangan(cewah dah mcm buat bisnes besar2 pulak)...Idah berniaga produk fesyen muslimah seperti abaya,jubah,busana, kelengkapan pakaian muslimah dan produk kesihatan. Ummu habib pulak lebih fokus kepada produk anakku. Maka nya belilah CD jenama QQbaby....

Bermula episod baru dalam pemakaian lampin moden dalam kehidupan anakku yang kedua :- Aisyah Hanani yang baru berusia 1tahun 8bulan...So sekarang Aisyah suka sangat kalau dipakaikan CD...Aisyah dan kakanya gelar CD ni..."ummi...ummi...pampers baru aisyah..."
Oklah nnt sambung lagi ye...layan gambar Aisyah dengan Cdnya...nnt idah upload lagi deh...



oooopppssss....agak seksi sikit....Aisyah dengan CD barunya...ngaummmmmm corak rimau pulak...

Sunday 18 July 2010

Coretan dihujung minggu...Salam Sayang!

Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat semua...

Lama sungguh idah tak update blog..seperti biasa ketandusan idea dan cerita. Ada cerita tapi kekadang hilang ayat untuk mengarang. Jika asyik cop and paste sahaja rasanya tiada kesoronokan dalam menulis. Erm banyak cerita yang nak dikongsi namun itulah masih tercari-cari dan mencari-cari ayat-ayat utk dikarang. Apa kaba agknya kawan-kawan blogger semua? Maaf lah sungguh lama Idah tiak menjengah blog kalian..jadinya blog idah juga tiada kunjungan...ihik..iye ke?kepada yang sudi berkunjung terima kasih ye..

Oh ye Khamis lepas idah puasa..Teringin sangat nak makan pizza...cewa konon-kononnya rajinlah apalagi mulalah buat blog walking ke blog2 chef-chef ni. Wah bestnya bila masuk blog chef ni..pelbagai resepi, makanan yang disajikan dengan pelbagai citarasa. Bestnya kalau ada minat memasak tu dalam diri Idah kan. Idah ni bukanlah seorang anak,adik,kakak,isteri dan ibu yang rajin masak....ihik..masak sekadarnya bolehlah..Namun begitu Idah cukup minat dalam bidang masakan yang lebih fokuskan kepada roti.


gambar ini semua kredit to google ok!


Sebabnya Idah suka sangat roti. Muka pun dah tembam mcm roti juga. Idah juga sangat2 sukakan kek. Namun Kek yang idah suka ada dalam 2-3jenis sahaja. Cheese cake dan choc cake. Dua2 ni memanglah favourite idah. wah sedapnya kalau makan kek hari-hari tapi tidak menggemukkan...




Dalam Idah berblog walking idah terjumpa satu blog yang pada idah cara penyampaian dia dalam menulis tu santai sahaja namun mmg membuatkan idah rasa terliur sahaja tgk menu2 nya. Blog Kak Yatie yang kini berada diperantauan. Suka tgk menu2 resepinya seperti pizza,roti...wah sedapnya. Ada lagi satu blog tu, idah suka juga..kemas sahaja cara penyampaiannya iaitu Blog Madihaa. Dua-dua ni Idah baru nak berkenalan.Semoga ukhwah dibina insya Allah.

Oklah nnt idah sambung lagi ye. Oh ye sebelum idah beransur jom layan beberapa keping photo bunga sakura ye...Yang ni idah amik daripada album kakak ipar idah yang berada di Jepun sekarang..Idah suka bunga sakura..











Wednesday 14 July 2010

Zuriat Berkat

Salam sayang...salam ceria di hari ini...Dimulakan dengan bismillah idah mulakan menulis...Oh ye hari ini idah nak paste artikel daripada blog isteri UZAR...idah rasa sangat-sangat bagus untuk dikongsi bersama...Jom kita baca artikel di bawah ye.Semoga dapat di manfaatkan bersama.

“Tak apa ke ni?” suami bertanya sambil merenung ke anak mata saya, meminta jawapan pasti.

“InsyaAllah, As ok..” balas saya. Si kecil Husna, terus leka bermain. Manakan dapat dia memahami resah dan debar yang sedang membelenggu jiwa ayah dan ummi.

“Rasanya, lambat lagi ni. Lagipun, tempat kuliah abang malam ni tak berapa jauh kan…abang pergilah. Kasihan pula para jemaah yang menunggu,” saran saya dengan nada memujuk bertujuan menenangkan debar dan ragu.

Sembilan bulan berlalu, dan hasil pemeriksaan doktor sewaktu rawatan antenatal petang tadi menunjukkan kemungkinan untuk saya melahirkan pada malamnya. Saya sendiri tidak menduga secepat itu, lantaran tarikh jangkaan akan tiba beberapa hari sahaja lagi. Tambahan pula, saya lansung tidak mengalami rasa sakit yang mengganggu, sama sekali tidak sama seperti pengalaman melahirkan anak pertama lebih kurang dua tahun yang lalu.

Namun, ketentuan Allah mengatasi segala andaian dan jangkaan manusia. Bermakna, dalam tempoh beberapa jam sahaja, saya dan suami bakal menimang cahaya mata kedua.

Kerana itu suami agak keberatan untuk pergi. Bimbang, saat ketiadaannya, saya akan melahirkan tanpa sesiapa di sisi. Lebih-lebih lagi, doktor yang merawat menyarankan agar saya segera masuk ke wad bersalin sebaik selesai pemeriksaan petang tadi.


PRIHATIN AURAT
“Kalau macam tu, As rehat dulu..tak payah buat kerja-kerja lain. Selesai je kuliah, abang terus balik ke rumah. As ready ya,” suami berjanji. Masih dengan debaran yang belum reda.

Saya tersenyum. Rasa kasih menjalar ke sanubari melihat belas yang ditunjukkan suami. Betapa saya bersyukur memiliki suami yang amat prihatin sepertinya. Sejak dari anak pertama lagi, beliau tidak pernah gagal menemani saya ke klinik untuk rawatan dan pemeriksaan antenatal.

Juga, seperkara yang tidak mungkin saya lupa, kesungguhan dan ketegasannya menjaga aurat seorang isteri.

Walau dalam keadaan kewangan yang begitu sederhana, dengan hanya suami seorang bekerja, sementara saya masih bergelar surirumah sepenuh masa, beliau tetap berusaha dan memastikan saya beroleh rawatan terbaik dari ‘sentuhan’ tangan seorang doktor perempuan. Doktor Muslimah, pastinya satu keutamaan.

Lantaran itu, beliau sanggup mengeluarkan peruntukan yang lebih untuk mendapatkan khidmat rawatan dari hospital swasta Islam. Padanya, biar berlebih sedikit mengeluarkan duit, asal hukum berkait aurat isteri tetap terpelihara dan terlaksana.

Dan pada kandungan kali ini, merupakan yang kedua kalinya saya akan melahirkan di Pusat Rawatan Islam Kohilal di Taman Melawati. Memandangkan jarak di antara pusat rawatan ini dengan rumah kami di Taman Sri Gombak tidak berapa jauh, hanya mengambil masa beberapa minit sahaja, juga harga bagi pakej bersalin yang ditawarkan amat berpatutan dengan mutu perkhidmatan yang baik dan meyakinkan.

MENGAMBIL MUDAH
Peristiwa di atas telah lama berlalu. Anak kedua yang dilahirkan juga telah genap berusia sembilan tahun pada 26 Jun yang lalu. Dan, dengan rezeki dan kurniaan dari Allah, cahayamata ketiga dan keempat yang menyusul selepas itu juga selamat melihat dunia dengan doktor dan jururawat Muslimah yang menyambut ‘ketibaan’ mereka.

Alhamdulillah.

Namun…

Perasaan saya berbaur. Terkilan, kesal dan sedih yang amat bila menerima dan membaca emel yang diterima dari seorang wanita. Beliau ingin meminta pendapat dan pandangan saya mengenai seorang ahli keluarganya, yang bergelar seorang ustazah, tetapi masih terus mendapatkan rawatan dan pemeriksaan bulanan kandungannya daripada doktor berlainan jantina.

Walau telah ditegur dan dinasihati memandangkan beliau dan suaminya bekerja serta mempunyai pendapatan yang agak besar, tetapi beliau tetap mempertahankan tindakannya dengan menyatakan pendapat bahawa, untuk tujuan perubatan, harus bagi seorang wanita Islam mendapatkan rawatan dari seorang doktor lelaki dan begitu juga sebaliknya. Khidmat rawatan yang diperolehi dari doktor yang sama jantina hanyalah afdal ( lebih baik ) sahaja, tidak lebih dari itu. Itu pandangannya.

Allahu Rabbi…dunia hari ini. Mereka yang ‘sepatutnya’ berilmu turut menjahilkan diri.

KERANA DARURAT
“Hari ni ustazah ada satu soalan uji minda untuk kamu semua,” saya berkata dengan wajah ceria. Para pelajar yang duduk sopan di dalam barisan, ramai yang tersenyum girang. Namun tidak kurang juga yang mengerutkan dahi tanda kurang senang. Bimbang soalan yang diberi, payah dan sukar sekali.


Ketika itu, topik yang dibincangkan ialah mengenai makanan yang halal dan haram dimakan. Ia merupakan salah satu tajuk perbincangan dari silibus Pendidikan Islam tingkatan satu.

“Baik…katakanlah suatu masa kamu sesat di dalam hutan. Dah masuk hari ketiga kamu tak makan. Dalam keadaan amat lapar itu, tiba-tiba melintas seekor anak babi. Nampak sedap. Kerana lapar, kamu tangkap anak babi tu dan kamu makan…” saya berhenti seketika memerhatikan gelagat anak murid di hadapan.

Ada yang saling berpandangan, ada yang menahan ketawa dan tersenyum-senyum sendirian. Tidak kurang juga yang mempamerkan riak muka geli geleman.

‘Eeeii…makan babi!’ mungkin itu lintasan di dalam hati.

“Ketika itu, apa agaknya hukum kamu makan babi tersebut?” saya mengajukan soalan. Ingin menguji akal dan pengetahuan para pelajar di hadapan.

“Mana boleh makan babi ustazah..haram,” getus satu suara di belakang.

“Bolehlah…kan keadaan macam tu dikira ‘darurat’. Kalau tak makan, boleh mati,” penuh yakin jawapan seorang pelajar di bahagian tengah.

BOLEHKAH?
Saya tersenyum senang. Jawapan yang diberi menandakan telah ada sedikit maklumat yang mereka fahami dan maklumi.

“Baik. Kita buat undian. Siapa yang kata hukumnya haram?” soal saya. Beberapa pelajar mengangkat tangan. Ada yang mengangkat setinggi yang boleh, menandakan keyakinan terhadap kebenaran jawapan, manakala sebahagiannya nampak malu-malu, hanya menebak dan mengikut kawan.

“Siapa pula yang bersetuju hukumnya boleh sebab darurat?” Sekali lagi saya bertanya. Soalan kali kedua ini memperlihatkan lebih ramai pelajar mengangkat tangan. Jumlah yang ada saya kira.

Hanya segelintir pelajar yang tidak mengangkat tangan pada kedua-dua soalan yang ditanya. Berkecuali. Kurang pasti barangkali.

“ Apa jawapannya ustazah?” Terdengar satu pertanyaan dari seorang pelajar di hadapan. Melihat sinar mata mereka, bagai menggambarkan rasa teruja dan tidak sabar untuk mengetahui jawapan sebenar.

“Jawapannya, mestilah haram…tak boleh..,”saya menjawab ringkas. Riuh rendah seketika suasana kelas bila mendengar jawapan yang tidak terduga itu.

Sengaja saya biarkan begitu, untuk melihat reaksi seterusnya. Kelihatan ramai yang terpinga-pinga. Tidak kurang juga yang ketawa gembira. Mungkin tak menyangka, jawapan ‘sekadar teka-teka’ mereka mengena.

BUKAN DARURAT
Senyuman di bibir melebar lagi. Saya pasti, baik yang memberikan jawapan haram atau tidak, masing-masing tidak mengetahui sebab sebenar mengapa dalam keadaan sesat di hutan seperti itu, masih juga tidak dibolehkan untuk makan babi.

“Keadaan seperti itu belum dikira darurat lagi. Ini kerana, terdapat banyak binatang lain yang masih boleh dimakan sekadar untuk menutup kelaparan. Siput babi adalah lebih baik dari babi, cacing tanah, pohon kayu, buah dan lain-lain semuanya masih perlu diutamakan dari memakan babi," saya membentangkan hujah agar mereka lebih memahami.

"Bukankah di hutan terdapat pelbagai benda yang boleh dimakan yang jauh lebih baik dari babi?" Saya menambah.

“Oleh kerana itu, tidak harus jika kamu yang sedang sesat ingin makan babi juga hanya kerana ia lebih sedap, menyelerakan dan gemuk berbanding cacing," tegas saya lagi disambut deraian ketawa semua.

Demikian juga keadaan yang perlu difahami dan disedari dalam situasi rawatan dan perubatan.

DARURAT YANG SEBENAR
Saya maklum bahawa di dalam keadaan darurat seseorang itu diharuskan melakukan sesuatu yang dilarang, sesuai dengan kaedah fiqhiyyah, ad-dharurat tubiihul mahdzurat. Contohnya, di dalam perubatan, bila berlaku hal-hal mendesak dan kecemasan, lebih-lebih lagi yang bersangkut nyawa dan kesakitan yang boleh melarat tanpa rawatan segera, dan keadaan tersebut tidak mungkin dihindari, juga tiada alternatif lain ketika itu, maka dibolehkan seorang doktor lelaki merawat pesakit perempuan, dan begitu juga sebaliknya.

Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah, bekas Mufti Besar Arab Saudi, juga pernah menegaskan :

"Doktor wanita hanya merawat wanita sahaja, dan doktor lelaki hanya merawat lelaki sahaja, melainkan di dalam kes yang darurat, jika seseorang lelaki yang menghidapi penyakit di mana pada masa itu tidak kedapatan doktor lelaki, maka di dalam kes ini adalah dibenarkan.” ( Fataawa 'Aajilah li Mansuubii al-Sihhah, m.s. 29 )

Situasi darurat yang membolehkan keadaan rawatan sedemikian juga berlaku di zaman Rasulullah SAW sendiri di mana para wanita Islam memainkan peranan sebagai jururawat di medan peperangan. Mereka ditempatkan di bahagian logistik dan juga perawatan. Mereka merawat dan mengubati anggota tentera yang luka dan parah.

Dalam kondisi sebegini, tidak dapat tidak, pasti berlaku sentuhan kulit dan anggota lainnya, namun hal ini dibolehkan ketika itu, untuk sementara waktu, kerana sifat peperangan yang darurat dan mencemaskan.

Selain itu, di dalam kitab Fathul Qadir jilid 8 halaman 98 ada menyatakan bahawa seorang sahabat Nabi SAW bernama Abdullah ibnu Az-Zubair pernah mengupah dan membayar khidmat seorang wanita tua yang merawat dirinya.

HILANG
Wajar difahami, bahawa kondisi darurat bukanlah sesuatu yang rutin dan berlaku setiap hari. Justeru, ia hanya bersifat sementara dan perlu diisi sekadarnya sahaja. Tatkala sebab yang menjadikan sesuatu itu darurat, telah luput dan hilang, maka hukum pengharamannya kembali semula.

Ini bersesuaian dengan satu lagi kaedah fiqhiyyah: ad-dharurat tuqaddar bi qadariha, iaitu sesuatu yang darurat itu harus diukur sesuai kadarnya.



Lantaran itu, bagi seorang perempuan yang mengandung, dalam situasi biasa tanpa apa-apa komplikasi, keadaan itu bukanlah sesuatu yang ‘darurat’ yang membolehkannya mendapatkan khidmat rawatan dan pemeriksaan bulanan dari seorang doktor lelaki.

Apa yang amat perlu difahami, tidak ada seorang pun yang dihalalkan untuk melihat aurat seorang wanita, kecuali suaminya. Apatah lagi, aurat ‘besar’nya. Maruah, kehormatan dan harga dirinya, semua itu terhimpun di ‘situ’.

Siapa lagi yang lebih layak dan dapat melindungi, kalau bukan seorang lelaki bernama suami?

Tambahan pula dewasa kini, sudah ramai doktor dan pakar sakit puan Muslimah, termasuk doktor wanita bukan Islam di Malaysia. Justeru, apa lagi alasan untuk tetap bermudah-mudah dalam hukum dan terus tegar menerima rawatan dari doktor berlainan jantina ?

Pada saya, hanya satu : Tepuk dada, tanyalah iman di dalamnya!

ZURIAT BERKAT
Akhirnya, marilah kita sama-sama merenungi, bahawa Rasulullah SAW telah mengajarkan kepada umatnya untuk selalu berdoa, memohon kepada Allah SWT agar diberi rezeki yang barakah.

“Ya Allah, anugerahkanlah keberkatan kepada rezeki kami, dan peliharalah diri kami dari api neraka.”

Anugerah anak dan zuriat adalah salah satu dari sekian banyak rezeki yang diberikan ILAHI. Justeru, tidak dapat dinafi, bahawa jiwa yang insaf dan sedar untuk memelihara hukum dan menjaga kadar keperluan terhadap keringanan yang ada padanya, InsyaAllah akan menjamin hadirnya keberkatan seiring dengan anugerah yang dikurniakan ini.

Moga-moga, dengan keberkatan yang dilimpahkan oleh Allah SWT sewaktu kelahiran seorang anak, akan memudahkan pula segala usaha ibu dan bapa untuk melahirkan zuriat yang soleh dan solehah. Seterusnya, berjaya pula menjelmakan generasi Rabbani yang tetap teguh berpegang kepada ajaran dan panduan ILAHI.

Sumber: http://ummuhusna99.blogspot.com/2010/07/zuriat-berkat.html

Monday 12 July 2010

Salam kasih sayang....Durian oh durian!

Banyak hari rasanya Idah tak update blog idah. Kesibukan melanda dengan urusan luar agak membataskan waktu dan masa idah menulis.Rasa sedikit cemburu dengan teman-teman blogger yang begitu rajin meupdate dan menulis blog setiap hari.Namun Idah cuba juga meluangkan masa untuk menulis.

Ok sepanjang Idah sibuk tu,Jumaat dan Sabtu pulang ke kampung menziarahi Tok sebelah En.Kanda yang uzur.Di samping ayah buat makan-makan untuk meraikan jiran-jiran sekampung.Menu nya pengat durian.Al maklumlah sekarang kan tengah musim durian dan buah-buahan. Syukur alhamdulillah rezeki lebih pada tahun ini, semua pokok durian berbuah.

Idah ni sebenarnya tak berapa suka sangat durian, namun masa balik kampung tu tgk buah durian wah rasa nak makan...so abis jugaklah beberapa biji.Mujur tak panas.Hanani-hanani Idah dua orang tu suka sangat makan. Suasana di kampung memang best.Panaromanya yang kehijauan,bunyi cengkerik dan serangga serta tidak dilupai juga sang pacat.Inilah yang membuatkan rasa damai aje duduk di kampung.Musim buah ianya satu bonus.






pic : kredit to google ye...

Alhamdulillah sekarang idah menetap di kawasan Felda, so bila tiba musim buah alhamdulillah boleh makan freash-fresh.Sebabnya di kawasan rumah terdapat pokok rambutan, manggis jambu dan pisang.Kalau kat kampung pulak ada pokok durian, langsat, rambai, rambutan of course ada dan banyak lagi.Best..best.Pendek kata jomlah bercuti di kampung...hihi dah macam iklan cuti-cuti malaysia pulak.

Oklah kawan-kawan semua...nanti idah update lagi ye..banyak cerita yang nak dikongsi ni.Insya Allah idah cuba menulis lagi ye.

Sunday 4 July 2010

Coret-Coret pasal Tudung Labuh

Ok sumber artikel ni idah petik daripada blog K.chik. Semoga apa yang idah ingin tuliskan di sini dapat dikongsi bersama hendaknya...Idah sangat-sangat suka fesyen pakaian muslimah terutama Abaya dan Jubah...namun jika fesyen tudung memamg idah tak suka...sbb tu jika ada yang bertanya tentang dunia fesyen tudung idah memang ketinggalan....

Bukan tak nak amik tahu cuma, fesyen tudung Idah pakai tidak mengikut zaman dan trend...dan idah agak cerewat dalam pemilihan tudung...En.Kanda juga tidak menggalakkan Idah berniaga tudung... Di sini Idah ingin berkongsi salinan tulisan Sdri. Fatimah Syarha, novelis Telaga Biru Sdn Bhd yang telah menghasilkan banyak novel Islami dan menarik. Ini ialah kisah beliau:

Corat-Coret Kisah Tudung Labuh…

“Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?” Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.

Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.

Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibahku menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian. Yang paling kuingati, Kak Siti Aisyah Mohd Nor (kini merupakan bidadari kepada seorang tokoh agama terkenal). Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.

Yang Tertutup Itu Indah

Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, “Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”

Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.

Istimewa Bertudung Labuh

Di sini, aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.

Dikejar Tebuan Tanah

Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan.

Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.

Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.

Terlindung daripada Mata Mat Rempit

Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah.

Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.

Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku.

Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.

Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal.

Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.

“Di mana?” Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada.

Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.

Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali!

Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!

Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut

Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.

Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.

Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, “Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak.” Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?

Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh

Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan.

Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.

Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya.

Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.

Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat

Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, “Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.” “Tudung tak labuh pun masih tutup aurat.” “Don’t judge people by its cover.” Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.



Ustaz Zahazan : Bacaan ini bukanlah menggalakkan kita menjadi judgmental. Diharap dapat baca dengan hati yang terbuka. Semoga bacaan ini dapat "put things into perspective" buat kita dalam menilai dan memahami kewajipan menutup aurat sebagaimana yang dituntut agama, insyaAllah.

Nota Kaki:-Artikel disalin dari facebook Ust. Zahazan Mohamed.