Dikesempatan ini Idah ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia. Di sini idah nak kongsikan artikel yang idah amik daripada blog Adik Insyirah Soleha...Semoga menjadi renungan buat kita semua... Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...
Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan ini, pendaftaran bagi Sekolah Islam Ramadhan (SIR) telah dibuka kepada semua muslim, tak kira umur, jantina, warna kulit dan taraf status !
Pengajian :
Semester 1 – mendapat rahmat
Semester 2 – menuju maghfirah
Semester 3 – mencapai pemeliharaan dari api neraka
Syarat-syarat kelayakan :
1. Persediaan mental – menahan diri dan nafsu dari kejahatan
2. Persediaan ruhi – meletakkan sepenuh jiwa untuk sukses
3. Persediaan fizikal - jasad yang mantap untuk melaksanakan tugas
4. Sesi muhasabah - terhadap puasa pada Ramadhan lepas
5. Masterplan - merancang yang lebih baik pada tahun ini
6. Menjalani persediaan di Kolej Rejab dan Syaaban
Kurikulum dan ko-kurikulum :
Puasa 30 hari + Qiyammullail + Tilawah Al-Quran + Sedekah + Terawih & Nawafil + Iktikaf + Umrah + Zikir + Amar Ma’ruf Nahi Munkar
Saham-saham yang disertakan (secara kasar) :
Purata sehari Nawafil Fardhiah* Jihad + Dakwah** Selain Ramadhan 1 70 700 Ramadhan 70 4 900 49 000 Lailatul Qadr 50 400 35 280 000 352 800 000
*Dalil dari Hadith Rasul SAW. (maaf tak ingat matan)
**Dalil dari Al-Quran 2:261
Sijil-sijil tamat sekolah :
- Sijil penyertaan : hanya menahan makan dan minum (Soum ‘awam)
- Sijil khas : menahan makan, minum dan perkara mungkar serta memakruhkan puasa (Soum elkhusus)
- Sijil tinggi khas : menahan segala perkara yang mencacatkan puasa dan juga menambah amal-amal soleh (Soum khusus elkhusus)
Kelebihan-kelebihan berbanding sekolah lain :*
Dibuka pintu syurga. Ditutup pintu neraka. Diikat syaitan-syaitan. Dianugerahkan lailatul Qadr. Dilimpahkan rahmat. Diampunkan dosa. Dimakbulkan doa. Dikurnia haruman kasturi dari mulut.
*Akan dianugerahkan semuanya tanpa terkecuali jika segala kurikulum dan ko-kurikulum dikerjakan dengan penuh dengan keimanan dan kesungguhan (eemanan wahtisaaban)
Testimonial dari doktor pakar sakit jiwa :“Tempoh minimum untuk mengubah tabiat manusia adalah 30 hari = tempoh Sekolah Islam Ramadhan.”
Graduan yang telah berjaya :
Ahli-ahli Badar (313) : Para mujahid yang perlu berperang walau pada asalnya tiada niat untuk menentang musuh sebegitu. Namun, akur dengan perintah Allah dan Rasul.
Tentera-tentera Khandak : bersama-sama menggali parit sepanjang 2.3km, dengan kedalaman hingga 4.5m, dan lebar lebih kurang 4.1m [Al-Quran for Life Excellence, Dr Danial Zainal Abidin]
Toriq ibn Ziyad & tentera-tentera Andalus : panglima perang, Toriq bersama tentera-tenteranya menyeberang selat di antara Afrika dan Eropah dalam usaha untuk menawan Andalus. Diwajibkan para tenteranya untuk Qiyam. Dibakar segala kapal untuk membunuh rasa rindu dan hendak pulang ke kampung halaman serta menambah fokus bagi para tentera. Akhirnya kemenangan di tangan mereka.
Abd Rahman Al-Ghofiqi – seorang syahid, seorang panglima tentera dalam siri peperangan Andalus, perang ini berlaku dalam kawasan sejauh 30km dari bandar Paris.
Ali Abi Talib – dihantar ke Yaman bersama surat baginda SAW untuk penduduk di sana dan dalam satu hari sahaja telah berjaya untuk mengimamkan solat mereka.
Perhatian !!!
Sekolah Islam Ramadhan (SIR) = Seer = dalam Arab, membawa maksud rahsia. Ganjaran puasa itu hanya terletak disisi Allah semata-mata. Maka, ambillah hatiNya untuk sejahtera diri anda. Kelebihan-kelebihan yang disenaraikan dan saham-saham yang dihuraikan secara kasar hanya sebagai penolak bukan jaminan untuk akaun peribadi.
Dan sekolah ini tidak mendidik jiwa pelajarnya untuk berbelanja berlebih-lebihan seawal mungkin seperti tidak mengalu-alukan langsung tetamu mulia ini.
Jika kalian beramal kerana Ramadhan, Ramadhan akan meninggalkan kalian. Beramallah kerana Allah, Allah tidak akan pernah meninggalkan kalian.
Salam Ramadhan;
Ummu Hanani
Teratak 23
No comments:
Post a Comment