Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts

Friday, 23 July 2021

Hidup Bermasalah? Check Connection dengan Allah SWT

BACK to BASIC, Kembali pada ALLAH Swt

Bersama kita renung ye sahabat. Semoga bermanfaat. Hidup bermasalah? Jom sahabat kita kembali kepada Allah kerana Laa haula wala quwwata illa billah (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata).

 
 

Allahu Akbar.

Hidup ini memang lelah jika niat buat sesuatu bukan kerana Allah.
Hidup ini memang sunyi jika terlalu mengejar perhatian insani.
Hidup ini memang menyedihkan jika terlalu banyak hiburan.
Hidup ini memang menakutkan jika terlalu banyak yang difikirkan.
Hidup akan jadi menagih, jika terlalu inginkan penghargaan manusia.

Hidup ini hanya sementara menunggu mati. Tidak berbaloi kita terlalu lelah mengejar dunia, sedangkan jelas akan ditinggalkan.

Betapa tenang dan bahagia hidup orang yang hubungannya dengan Allah istimewa dan telah menyiapkan bekal untuk bawa ke sana. Dia hidup dengan banyak amal soleh, matinya yang Husnul Khatimah, kuburnya seperti Taman Syurga, Mahsyarnya dibawah naungan Allah dan SyurgaNya tanpa dihisab. SubhanAllah cemburunya dengan manusia yang begini. Golongkanlah kami ya Allah 🤲😢

Allahu Akbar, namun hakikatnya, kita sekarang hidup dengan Allah dalam hati, atau selainNya yang memenuhi hati. Ketahuilah, makhluk yang berupaya Harta, Takhta, Rupa, Kuasa dan Wanita adalah ujian terberat hati manusia.

Muhasabah di malam hari.
#UAHSahabatDuniaAkhirat #dakwahitucinta

"Cukuplah Allah sebagai tempat diri bagi kami, sebaik-baiknya pelindung dan sebaik-baiknya penolong kami.”


 
Nak diskaun 20% produk Shaklee?
klik link ni => Contact Idah
 


Ada masalah? Berdoalah dengan yakin sahabat!

 

 

Hi,sahabat semua pembaca blog AFIZART. Idah doakan semoga sahabat sentiasa dalam keadaan walafiat. 

Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad. 

Subhananllah, Alhamdulillah Allahuakhbar.

Sahabat,
Ketika berdoa, yakinlah bahasa Allah ya Saami' (Maha Mendengar) dan Allah ya Mujib (Maha Mengabulkan) setiap aduan dan permohonan kita.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :

"Tidak ada yang mengubah qadha(takdir) kecuali doa." - (Riwayat at-Tarmizi)

"Berdoalah kamu sekalian dengan perasaan yakin bahawa doa itu akan dikabulkan, sesungguhnya Allah tidak akan mengabulkan doa yang timbul daripada hati yang lalai dan main². (Riwayat at-Tarmizi)

Semoga bermanfaat.

Sumber : Buku Sahabat Dunia Akhirat by Ustazah Asma' Harun.

Hidup di dunia ini satu perjalanan yang singkat. Tempat persinggahan yang penuh dengan bermacam cerita. Banyakkan menanam kebaikan. Fastabiqul Khairat. Hasilnya akan kita tuai di alam akhirat insya ALLAH. Perjalanan kita masih jauh.

 

 
Nak diskaun 20% produk Shaklee?
klik link ni => Contact Idah

Tuesday, 5 November 2019

Cabaran Berbisnes Online, Hadapilah Dengan Tenang


Assalamualaikum sahabat blog AFIZART. Selamat pagi dan senyum selalu. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah swt. 

Subhanaallah Alhamdulillah Allahuakhbar, 

Laa Haula Wala Quwwata Illa Billah.

Pagi ni skrol balik conversation dalam group #Bidadarie. Terjumpa kata2 #MuhasabahDiri daripada founder Bidadarie. MasyaaAllah Alhamdulillah Allah kurniakan sahabat yang selalu mengingatkan tentang Allah dalam apa jua perkara terutama hal berkaitan bisnes.

Sahabat,
Tak perlu takut jatuh percentage, (kes customer shopee bagi rate bintang),
Sebab Kita berniaga kerana Allah. Kita tak jual kad. Kad itu diberi sebab nak Kita sama-sama beramal dengan Sunnah.

Bila kita nak orang lain amalkan apa yang disunnahkan Rasulullah, jangan takut, Allah jaga. Allah beri ujian sikit sebab nak bagi lagi banyak ujian. Jadinya tenang. Jika rasa tak tenang buat solat sunat
Iye betul. Kuncinya adalah tenang. Insyaa'Allah semuanya akan berjalan baik.

Sahabat,
Tenang....
Jika niat kita dah betul, dah berikan yang terbaik. Rate tu jangan jadikan kudis bagi kita.
Kita kena ingat, Allah pegang hati-hati mereka yang membeli. Even orang bgi kita rate 1 🌟 je, memang Allah nak pelanggan membeli dengan kita, tetap dapat dengan kita. Itu namanya rezeki.

Janji bisnes perbetulkan niat kerana Allah. Allah tidak akan menzalimi kita. Apa ujian yang berlaku Allah nak kita kuat.

Kadang Allah jentik sikit sahaja hati kita pasal rate 🌟, Allah nak uji goyah tak IMAN kita. Percaya pada rate atau percaya pada Allah. Di mana kebergantungan kita sebenarnya.

"Habislah, rate jatuh...." Kata-kata macam ini sebenarnya kebergantungan kita mula goyah pada Allah. Mula percaya rezeki bergantung pada rate. Fikiran mula negetif.

Maka fikir itulah menjadi doa maka terjadilah apa yang kita fikirkan. Walau mulut kata tidak, cuba muhasabah diri kita. Timbang dengan iman.

"Rate jatuh, takper rezeki Allah tentukan. Kena perbaiki lagi ni". So kita kena perbaiki hubungan kita dengan Allah, dengan suami, ibu ayah, anak-anak, adik-beradik. Niat kena perbaiki lagi.
Maka ujian yang mendekatkan hati dan diri pada Allah itu hikmah. Manakala ujian yang membuatkan hati dan diri kita jauh dari Allah itu musibah.

Penting ya, jika kita doakan pelanggan atau orang lain doakan sungguh-sungguh. Jika dah kata (DOA) ucap semula dalam hati Ya Allah, aku sungguh-sungguh mendoakannya.
Kita tak mahu, kita doa tapi sebenarnya kosong. Rugi. Penat tulis, orang tak dapat apa, kita pun tak dapat apa.

Benda ini penting sebab kebanyakkan doa jika dalam hati ada rasa "tak best", tak jadi apa sebenarnya. Sebab antara doa tak makbul sebab tak benar-benar mendoakan orang lain.
Jom sahabat, kita saling doa mendoakan semoga Allah angkat doa2 kita.

Terima kasih.
Masya ALLAH terima kasih Ya ALLAH,
Kau kurniakan kepadaku sahabat yang baik-baik. 
Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,
Berkatilah ukhawah ini Ya ALLAH. 

 

 

Sunday, 27 November 2016

Keputusan Exam Akhir Tahun 2016

Alhamdulillah hari ni kakak balik sekolah dengan wajah yang ceria.
Keputusan exam akhir tahun dah keluar.

"Ummi...kakak dapat no 3".

Prestasi sedikit merosot dari exam pertengahan tahun. Apa yang buat ummi rasa hepi dah takde airmata yang menangis dan redhanya si kakak terima keputusan tu. 😊

Al kisahnya minggu lps dia kakak dapat result BI nyer "C", dia menangis dan keruh wajahnya hingga beberapa hari. Ummi dah brainwash cukup cukup dan berikan semangat baru.
Alhamdulillah hari ni rasa lega bila kakak cakap,
" Ummi...insya Allah tahun depan akk nak lebih usaha, belajar rajin dan yang penting Solat dan Doa akk nk tmbh lagi. Ummi doakan tau."

Itulah dia Afifah Hanani bt Afizullah always tau apa yang dia dan impikan.
Namun result math nyer still yg tertinggi dan result Sekolah Agama sangat baik.

Bacaan Al Quran pun dah semakin lancar.
Tahun depan ummi boleh train untuk sesi hafazan pulak. Insya Allah 😊




#idahanggun

Wednesday, 14 July 2010

Zuriat Berkat

Salam sayang...salam ceria di hari ini...Dimulakan dengan bismillah idah mulakan menulis...Oh ye hari ini idah nak paste artikel daripada blog isteri UZAR...idah rasa sangat-sangat bagus untuk dikongsi bersama...Jom kita baca artikel di bawah ye.Semoga dapat di manfaatkan bersama.

“Tak apa ke ni?” suami bertanya sambil merenung ke anak mata saya, meminta jawapan pasti.

“InsyaAllah, As ok..” balas saya. Si kecil Husna, terus leka bermain. Manakan dapat dia memahami resah dan debar yang sedang membelenggu jiwa ayah dan ummi.

“Rasanya, lambat lagi ni. Lagipun, tempat kuliah abang malam ni tak berapa jauh kan…abang pergilah. Kasihan pula para jemaah yang menunggu,” saran saya dengan nada memujuk bertujuan menenangkan debar dan ragu.

Sembilan bulan berlalu, dan hasil pemeriksaan doktor sewaktu rawatan antenatal petang tadi menunjukkan kemungkinan untuk saya melahirkan pada malamnya. Saya sendiri tidak menduga secepat itu, lantaran tarikh jangkaan akan tiba beberapa hari sahaja lagi. Tambahan pula, saya lansung tidak mengalami rasa sakit yang mengganggu, sama sekali tidak sama seperti pengalaman melahirkan anak pertama lebih kurang dua tahun yang lalu.

Namun, ketentuan Allah mengatasi segala andaian dan jangkaan manusia. Bermakna, dalam tempoh beberapa jam sahaja, saya dan suami bakal menimang cahaya mata kedua.

Kerana itu suami agak keberatan untuk pergi. Bimbang, saat ketiadaannya, saya akan melahirkan tanpa sesiapa di sisi. Lebih-lebih lagi, doktor yang merawat menyarankan agar saya segera masuk ke wad bersalin sebaik selesai pemeriksaan petang tadi.


PRIHATIN AURAT
“Kalau macam tu, As rehat dulu..tak payah buat kerja-kerja lain. Selesai je kuliah, abang terus balik ke rumah. As ready ya,” suami berjanji. Masih dengan debaran yang belum reda.

Saya tersenyum. Rasa kasih menjalar ke sanubari melihat belas yang ditunjukkan suami. Betapa saya bersyukur memiliki suami yang amat prihatin sepertinya. Sejak dari anak pertama lagi, beliau tidak pernah gagal menemani saya ke klinik untuk rawatan dan pemeriksaan antenatal.

Juga, seperkara yang tidak mungkin saya lupa, kesungguhan dan ketegasannya menjaga aurat seorang isteri.

Walau dalam keadaan kewangan yang begitu sederhana, dengan hanya suami seorang bekerja, sementara saya masih bergelar surirumah sepenuh masa, beliau tetap berusaha dan memastikan saya beroleh rawatan terbaik dari ‘sentuhan’ tangan seorang doktor perempuan. Doktor Muslimah, pastinya satu keutamaan.

Lantaran itu, beliau sanggup mengeluarkan peruntukan yang lebih untuk mendapatkan khidmat rawatan dari hospital swasta Islam. Padanya, biar berlebih sedikit mengeluarkan duit, asal hukum berkait aurat isteri tetap terpelihara dan terlaksana.

Dan pada kandungan kali ini, merupakan yang kedua kalinya saya akan melahirkan di Pusat Rawatan Islam Kohilal di Taman Melawati. Memandangkan jarak di antara pusat rawatan ini dengan rumah kami di Taman Sri Gombak tidak berapa jauh, hanya mengambil masa beberapa minit sahaja, juga harga bagi pakej bersalin yang ditawarkan amat berpatutan dengan mutu perkhidmatan yang baik dan meyakinkan.

MENGAMBIL MUDAH
Peristiwa di atas telah lama berlalu. Anak kedua yang dilahirkan juga telah genap berusia sembilan tahun pada 26 Jun yang lalu. Dan, dengan rezeki dan kurniaan dari Allah, cahayamata ketiga dan keempat yang menyusul selepas itu juga selamat melihat dunia dengan doktor dan jururawat Muslimah yang menyambut ‘ketibaan’ mereka.

Alhamdulillah.

Namun…

Perasaan saya berbaur. Terkilan, kesal dan sedih yang amat bila menerima dan membaca emel yang diterima dari seorang wanita. Beliau ingin meminta pendapat dan pandangan saya mengenai seorang ahli keluarganya, yang bergelar seorang ustazah, tetapi masih terus mendapatkan rawatan dan pemeriksaan bulanan kandungannya daripada doktor berlainan jantina.

Walau telah ditegur dan dinasihati memandangkan beliau dan suaminya bekerja serta mempunyai pendapatan yang agak besar, tetapi beliau tetap mempertahankan tindakannya dengan menyatakan pendapat bahawa, untuk tujuan perubatan, harus bagi seorang wanita Islam mendapatkan rawatan dari seorang doktor lelaki dan begitu juga sebaliknya. Khidmat rawatan yang diperolehi dari doktor yang sama jantina hanyalah afdal ( lebih baik ) sahaja, tidak lebih dari itu. Itu pandangannya.

Allahu Rabbi…dunia hari ini. Mereka yang ‘sepatutnya’ berilmu turut menjahilkan diri.

KERANA DARURAT
“Hari ni ustazah ada satu soalan uji minda untuk kamu semua,” saya berkata dengan wajah ceria. Para pelajar yang duduk sopan di dalam barisan, ramai yang tersenyum girang. Namun tidak kurang juga yang mengerutkan dahi tanda kurang senang. Bimbang soalan yang diberi, payah dan sukar sekali.


Ketika itu, topik yang dibincangkan ialah mengenai makanan yang halal dan haram dimakan. Ia merupakan salah satu tajuk perbincangan dari silibus Pendidikan Islam tingkatan satu.

“Baik…katakanlah suatu masa kamu sesat di dalam hutan. Dah masuk hari ketiga kamu tak makan. Dalam keadaan amat lapar itu, tiba-tiba melintas seekor anak babi. Nampak sedap. Kerana lapar, kamu tangkap anak babi tu dan kamu makan…” saya berhenti seketika memerhatikan gelagat anak murid di hadapan.

Ada yang saling berpandangan, ada yang menahan ketawa dan tersenyum-senyum sendirian. Tidak kurang juga yang mempamerkan riak muka geli geleman.

‘Eeeii…makan babi!’ mungkin itu lintasan di dalam hati.

“Ketika itu, apa agaknya hukum kamu makan babi tersebut?” saya mengajukan soalan. Ingin menguji akal dan pengetahuan para pelajar di hadapan.

“Mana boleh makan babi ustazah..haram,” getus satu suara di belakang.

“Bolehlah…kan keadaan macam tu dikira ‘darurat’. Kalau tak makan, boleh mati,” penuh yakin jawapan seorang pelajar di bahagian tengah.

BOLEHKAH?
Saya tersenyum senang. Jawapan yang diberi menandakan telah ada sedikit maklumat yang mereka fahami dan maklumi.

“Baik. Kita buat undian. Siapa yang kata hukumnya haram?” soal saya. Beberapa pelajar mengangkat tangan. Ada yang mengangkat setinggi yang boleh, menandakan keyakinan terhadap kebenaran jawapan, manakala sebahagiannya nampak malu-malu, hanya menebak dan mengikut kawan.

“Siapa pula yang bersetuju hukumnya boleh sebab darurat?” Sekali lagi saya bertanya. Soalan kali kedua ini memperlihatkan lebih ramai pelajar mengangkat tangan. Jumlah yang ada saya kira.

Hanya segelintir pelajar yang tidak mengangkat tangan pada kedua-dua soalan yang ditanya. Berkecuali. Kurang pasti barangkali.

“ Apa jawapannya ustazah?” Terdengar satu pertanyaan dari seorang pelajar di hadapan. Melihat sinar mata mereka, bagai menggambarkan rasa teruja dan tidak sabar untuk mengetahui jawapan sebenar.

“Jawapannya, mestilah haram…tak boleh..,”saya menjawab ringkas. Riuh rendah seketika suasana kelas bila mendengar jawapan yang tidak terduga itu.

Sengaja saya biarkan begitu, untuk melihat reaksi seterusnya. Kelihatan ramai yang terpinga-pinga. Tidak kurang juga yang ketawa gembira. Mungkin tak menyangka, jawapan ‘sekadar teka-teka’ mereka mengena.

BUKAN DARURAT
Senyuman di bibir melebar lagi. Saya pasti, baik yang memberikan jawapan haram atau tidak, masing-masing tidak mengetahui sebab sebenar mengapa dalam keadaan sesat di hutan seperti itu, masih juga tidak dibolehkan untuk makan babi.

“Keadaan seperti itu belum dikira darurat lagi. Ini kerana, terdapat banyak binatang lain yang masih boleh dimakan sekadar untuk menutup kelaparan. Siput babi adalah lebih baik dari babi, cacing tanah, pohon kayu, buah dan lain-lain semuanya masih perlu diutamakan dari memakan babi," saya membentangkan hujah agar mereka lebih memahami.

"Bukankah di hutan terdapat pelbagai benda yang boleh dimakan yang jauh lebih baik dari babi?" Saya menambah.

“Oleh kerana itu, tidak harus jika kamu yang sedang sesat ingin makan babi juga hanya kerana ia lebih sedap, menyelerakan dan gemuk berbanding cacing," tegas saya lagi disambut deraian ketawa semua.

Demikian juga keadaan yang perlu difahami dan disedari dalam situasi rawatan dan perubatan.

DARURAT YANG SEBENAR
Saya maklum bahawa di dalam keadaan darurat seseorang itu diharuskan melakukan sesuatu yang dilarang, sesuai dengan kaedah fiqhiyyah, ad-dharurat tubiihul mahdzurat. Contohnya, di dalam perubatan, bila berlaku hal-hal mendesak dan kecemasan, lebih-lebih lagi yang bersangkut nyawa dan kesakitan yang boleh melarat tanpa rawatan segera, dan keadaan tersebut tidak mungkin dihindari, juga tiada alternatif lain ketika itu, maka dibolehkan seorang doktor lelaki merawat pesakit perempuan, dan begitu juga sebaliknya.

Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah, bekas Mufti Besar Arab Saudi, juga pernah menegaskan :

"Doktor wanita hanya merawat wanita sahaja, dan doktor lelaki hanya merawat lelaki sahaja, melainkan di dalam kes yang darurat, jika seseorang lelaki yang menghidapi penyakit di mana pada masa itu tidak kedapatan doktor lelaki, maka di dalam kes ini adalah dibenarkan.” ( Fataawa 'Aajilah li Mansuubii al-Sihhah, m.s. 29 )

Situasi darurat yang membolehkan keadaan rawatan sedemikian juga berlaku di zaman Rasulullah SAW sendiri di mana para wanita Islam memainkan peranan sebagai jururawat di medan peperangan. Mereka ditempatkan di bahagian logistik dan juga perawatan. Mereka merawat dan mengubati anggota tentera yang luka dan parah.

Dalam kondisi sebegini, tidak dapat tidak, pasti berlaku sentuhan kulit dan anggota lainnya, namun hal ini dibolehkan ketika itu, untuk sementara waktu, kerana sifat peperangan yang darurat dan mencemaskan.

Selain itu, di dalam kitab Fathul Qadir jilid 8 halaman 98 ada menyatakan bahawa seorang sahabat Nabi SAW bernama Abdullah ibnu Az-Zubair pernah mengupah dan membayar khidmat seorang wanita tua yang merawat dirinya.

HILANG
Wajar difahami, bahawa kondisi darurat bukanlah sesuatu yang rutin dan berlaku setiap hari. Justeru, ia hanya bersifat sementara dan perlu diisi sekadarnya sahaja. Tatkala sebab yang menjadikan sesuatu itu darurat, telah luput dan hilang, maka hukum pengharamannya kembali semula.

Ini bersesuaian dengan satu lagi kaedah fiqhiyyah: ad-dharurat tuqaddar bi qadariha, iaitu sesuatu yang darurat itu harus diukur sesuai kadarnya.



Lantaran itu, bagi seorang perempuan yang mengandung, dalam situasi biasa tanpa apa-apa komplikasi, keadaan itu bukanlah sesuatu yang ‘darurat’ yang membolehkannya mendapatkan khidmat rawatan dan pemeriksaan bulanan dari seorang doktor lelaki.

Apa yang amat perlu difahami, tidak ada seorang pun yang dihalalkan untuk melihat aurat seorang wanita, kecuali suaminya. Apatah lagi, aurat ‘besar’nya. Maruah, kehormatan dan harga dirinya, semua itu terhimpun di ‘situ’.

Siapa lagi yang lebih layak dan dapat melindungi, kalau bukan seorang lelaki bernama suami?

Tambahan pula dewasa kini, sudah ramai doktor dan pakar sakit puan Muslimah, termasuk doktor wanita bukan Islam di Malaysia. Justeru, apa lagi alasan untuk tetap bermudah-mudah dalam hukum dan terus tegar menerima rawatan dari doktor berlainan jantina ?

Pada saya, hanya satu : Tepuk dada, tanyalah iman di dalamnya!

ZURIAT BERKAT
Akhirnya, marilah kita sama-sama merenungi, bahawa Rasulullah SAW telah mengajarkan kepada umatnya untuk selalu berdoa, memohon kepada Allah SWT agar diberi rezeki yang barakah.

“Ya Allah, anugerahkanlah keberkatan kepada rezeki kami, dan peliharalah diri kami dari api neraka.”

Anugerah anak dan zuriat adalah salah satu dari sekian banyak rezeki yang diberikan ILAHI. Justeru, tidak dapat dinafi, bahawa jiwa yang insaf dan sedar untuk memelihara hukum dan menjaga kadar keperluan terhadap keringanan yang ada padanya, InsyaAllah akan menjamin hadirnya keberkatan seiring dengan anugerah yang dikurniakan ini.

Moga-moga, dengan keberkatan yang dilimpahkan oleh Allah SWT sewaktu kelahiran seorang anak, akan memudahkan pula segala usaha ibu dan bapa untuk melahirkan zuriat yang soleh dan solehah. Seterusnya, berjaya pula menjelmakan generasi Rabbani yang tetap teguh berpegang kepada ajaran dan panduan ILAHI.

Sumber: http://ummuhusna99.blogspot.com/2010/07/zuriat-berkat.html

Friday, 2 July 2010

Suatu Perjalanan....

"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan." Teringat pesan ayah di suatu petang.

"Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.



SILAP ISTERI

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud :

Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'

Rasulullah SAW menjawab:- 'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

Yang Lebih..Yang Kurang

" Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa, " luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.

" Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata.

" Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ' memandang tinggi ' kehadiran seorang suami.


Engkau yang terbaik Untukku...

" Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."


Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.

Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.

Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, " Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini. "

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi...Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..



min Kedainiaga