Wednesday, 30 August 2023

Keperluan Wanita Mengandung

 

Sahabat sedang mengandung, sedang mencari tips dan informasi apa yang anda perlu lakukan pada waktu ini?

Dalam perkongsian kali ini, Idah akan kongsikan kepada sahabat beberapa keperluan penting yang perlu diketahui wanita mengandung.

1. Emosi Wanita Mengandung

Setelah telur yang disenyawakan tertanam di rahim anda, plasenta atau uri yang sedang berkembang akan mula mengeluarkan hormon. Hormon ini adalah penting untuk pertumbuhan bayi anda. Ironinya, hormon yang melambung tinggi adalah sahabat baik wanita hamil. Gonadotropin korionik manusia menjadikan embrio melekat kuat di dinding rahim. 

Ia juga dikenali sebagai hCG yang meningkat mendadak pada trimester pertama, kemudian turun sekitar empat bulan. Progesteron dan estrogen pula membantu mengekalkan kehamilan dan membina salur darah bernutrisi. HCG misalnya, boleh menyebabkan alahan pada waktu pagi manakala estrogen dapat menghasilkan rasa seronok atau kecelaruan emosi yang ekstrim. 



a. Rasa bahagia

Hormon estrogen menyumbang kepada rasa bahagia terutama bagi wanita yang telah lama menantikan kehadiran cahaya mata.

b. Mudah menangis dan meradang
Hormon berperanan penting dalam masalah emosi semasa kehamilan. Gejala biasa adalah mudah meradang, rasa sedih atau kerap rasa gelisah. Contohnya, tahap estrogen dan progesteron yang turun naik dalam aliran darah anda boleh membuat anda merasa murung terutamanya semasa trimester pertama.

c. Keinginan seksual meningkat
Semasa memasuki trimester kedua, saiz perut anda masih sederhana dan payudara anda mungkin menjadi lebih besar. Jadi pasangan anda mungkin mendapati anda sangat seksi. Bagi anda sendiri, peningkatan jumlah darah semasa kehamilan menyebabkan lebih banyak lagi aliran ke serata tubuh termasuklah anggota seksual. Puting dan alat kelamin anda lebih sensitif, jadi anda mungkin merasa lebih ghairah. Tambahan pula, pengecutan rahim semasa orgasma terasa lebih kuat ketika anda hamil.

d. Keletihan dan rasa kelam
Seperti progesteron, tahap HCG yang tinggi juga boleh menyebabkan keletihan yang teruk. Selain itu, alahan juga akan dialami oleh kebanyakan wanita pada trimester pertama. Keletihan boleh menyebabkan penurunan ketajaman fikiran yang dialami oleh wanita hamil.

e. Kemurungan semasa kehamilan.

Para wanita sering percaya bahawa kemurungan semasa hamil adalah disebabkan oleh perubahan hormon yang normal dan oleh itu mereka tidak berjumpa doktor. Tetapi, jika tidak dirawat, kemurungan boleh membahayakan ibu dan bayi. Hal ini kerana ia boleh menyebabkan gangguan pemakanan, pengambilan akohol dan merokok yang akan menyebabkan pelbagai komplikasi kehamilan dan kelahiran. Sekiranya anda mempunyai gejala berikut selama dua minggu atau lebih, bincangkannya dengan doktor anda dengan segera:
1. Rasa sedih dan gelisah
2. Kesukaran untuk menumpukan perhatian
3. Tidur yang terlalu sekejap atau terlalu lama
4. Perubahan tabiat makan
5. Kehilangan minat terhadap aktiviti kegemaran
6. Rasa ingin mati atau bunuh diri serta putus asa
7. Rasa bersalah atau tidak berharga
Pilihan rawatan termasuk kumpulan sokongan, terapi perilaku kognitif, terapi cahaya, atau ubat anti-depresan yang selamat untuk kehamilan.


2. Pastikan Nutrien Mencukupi

Ada kajian menunjukkan ibu yang tidak mendapat penjagaan dan rawatan sempurna ketika hamil berhadapan risiko tiga kali ganda melahirkan bayi kurang berat badan. Berikut beberapa tip yang boleh dijadikan panduan untuk bakal ibu menjalani tempoh kehamilan lebih baik.

a. Beri tumpuan trimester pertama
Ketika ini pembentukan sel dan perkembangan organ janin berlaku dengan sangat cepat. Berbanding wanita tidak hamil, setiap ibu mengandung memerlukan lebih 300 kalori sehari untuk memenuhi keperluan diri dan bayi. Dengan itu, diet mereka perlu diisi dengan makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, susu rendah lemak, telur, keju dan bijirin.

b. Pelbagaikan sumber makana
Nutrien seperti protein, asid folik dan vitamin B12 sangat diperlukan ibu dan bayi dalam kandungan. Mengikut keperluan piramid makanan, pertambahan kalori ibu hamil pada trimester pertama hanya 80 iaitu bersamaan dengan sekeping roti.

c. Elak makan untuk dua orang
Lazimnya ibu cenderung memberi alasan cepat lapar disebabkan perlu 'berkongsi makanan' dengan bayi dalam kandungan. Bagi yang tidak mengalami sebarang alahan, mereka selesa untuk makan apa saja yang terlintas di kepala tanpa mengira jumlah sebenar kalori diperlukan tubuh. Cuba elak memberi alasan sebegini dan fokus kepada keperluan diri, bukan kehendak selera.

d. Makan dengan kerap
Bukan semua ibu berpeluang bebas daripada risiko alahan. Ada yang mengalaminya sehingga fobia hendak menjamah makanan. Seelok-eloknya makan apa saja yang dirasakan sesuai dengan selera secara sedikit, tetapi kerap.

Elakkan pengambilan makanan pedas dan berminyak yang boleh menyebabkan ibu mudah muntah. Minuman berkafein juga tidak baik untuk ibu hamil. Gandakan pengambilan buah dan sayuran serta minum banyak air kosong.

e. Kawal selera makan
Trimester kedua kehamilan selalunya menjadi fasa paling menyeronokkan. Bagi ibu yang mengalami alahan teruk, biasanya tempoh ini tidak lagi memberi tekanan buat mereka. Biarpun selera semakin baik, kawal diet harian supaya tidak mengalami pertambahan berat badan secara mendadak. Pilih makanan kaya protein, zat besi, omega dan DHA yang baik untuk otak. Pertambahan kalori pada fasa ini hanyalah 200 kalori saja atau bersamaan dengan segelas susu.

6. Elak kalori tinggi
Perhatikan hidangan yang diambil setiap hari. Ibu hamil sepatutnya mengelak pengambilan makanan berkalori tinggi, berlemak, banyak gula dan garam. Tinggalkan tabiat mengunyah kerepek, snek ringan dan cuba elak makanan segera. Pilih jenis kudapan yang baik seperti kacang dan buah. Kawal kuantiti pengambilan supaya tidak berlebihan.

7. Henti bahan terlarang
Jika anda seorang perokok, berhentilah daripada terus membahayakan bayi dalam kandungan. Tinggalkan juga makanan atau minuman yang boleh memudaratkan diri dan bayi seperti minuman beralkohol atau jeruk. Ia mungkin boleh mengganggu perkembangan bayi.

8. Jalani pemeriksaan
Ini penting dan perlu dilakukan sehingga anda selamat melahirkan bayi. Anda boleh melihat perkembangan bayi menerusi pemeriksaan bulanan. Pada masa sama, doktor juga akan memantau tahap kesihatan ibu dan mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya terdapat masalah kencing manis atau darah tinggi.

 

 

klik gambar untuk paparan lebih jelas

3. Klinik Kesihatan Ibu Mengandung

Gambar asal dari blog Cari Destinasi

Perkhidmatan kesihatan ibu adalah perkhidmatan yang disediakan kepada ibu mengandung.
Ia menyasarkan ibu mengandung sebagai kumpulan sasaran utama di klinik kesihatan ibu mengandung milik kerajaan. 

Fokus perkhidmatan ini adalah kepada penjagaan pra kehamilan, penjagaan antenatal, penjagaan intrapartum dan kelahiran, penjagaan pos natal dan perancang keluarga.

Perkhidmatan ini disediakan di semua fasiliti Kementerian Kesihatan iaitu di hospital, klinik kesihatan, klinik ibu dan anak serta klinik desa. Sektor ini bertanggungjawab untuk memastikan perkhidmatan kesihatan ibu yang disediakan pada peringkat penjagaan primer.

Penjagaan ini meliputi klinik kesihatan, klinik ibu dan anak serta klinik desa adalah mencukupi, berkualiti serta memenuhi kehendak pelanggan. Teras perkhidmatan adalah berasaskan prinsip kesihatan awam iaitu promosi dan pencegahan, pengesanan dan rawatan awal menghadkan ketidakupayaan serta pemulihan.
 

3. Buku Pink Ibu Mengandung

Bagi ibu-ibu muda yang kali pertama bakal melahirkan cahaya mata, anda perlu tahu langkah-langkah yang betul untuk membuat buku pink ini. Untuk pengetahuan anda, buku pink perlu dibuat seeloknya sebelum kandungan memasuki 12 minggu.


Jika tidak ia akan dikira sebagai ‘late booking’. Dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa pertama kali ke klinik untuk membuka buku pink adalah:
  • Ic isteri
  • Ic suami 
  • Sijil nikah 
  • Bil api atau air terkini untuk mengesahkan alamat rumah anda
  • Surat rujukan daripada doktor atau klinik lain (jika ada)
Kemudian anda akan diberi buku pranatal (juga dikenali sebagai buku PINK atau buku MERAH). Ia merekodkan sejarah kehamilan anda termasuk tarikh temujanji antenatal di KKIA dan hospital kerajaan atau swasta. Jadi sahabat perlu pastikan dijaga dengan baik dan dibawa ke mana sahaja sahabat pergi sepanjang tempoh kehamilan.

KENAPA? 
Sekiranya terjadi sesuatu , doktor dapat merujuk rekod kesihatan yang tercatat didalam buku pink tersebut.

Ketika membuat buku pink, terdapat beberapa prosedur umum yang akan dilakukan terhadap ibu hamil. Antaranya termasuklah: 
a. Tinggi dan berat anda akan diukur
Jururawat akan bertanya soalan berkaitan kesihatan anda. Ini termasuk soalan rutin mengenai haid anda yang terakhir serta sejarah keluarga berkaitan penyakit-penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi.

b. Tarikh dijangka bersalin (EDD)
Tarikh dijangka bersalin (EDD) akan dikira berdasarkan tarikh haid terakhir anda (hari pertama bulan terakhir).

c. Ujian air kencing
Anda juga perlu menjalani ujian air kencing untuk memeriksa kandungan protein dan gula dalam urin dan anda mungkin diberi suntikan kancing gigi.

d. Suplemen
Sebelum pulang, anda akan dibekalkan dengan suplimen pranatal seperti vitamin C, vitamin B kompleks, asid folik dan zat besi. Sahabat boleh baca info lanjut tentang kenapa nutrisi seperti suplemen dan vitamin penting untuk wanita mengandung 
e. Temu janji seterusnya
Temu janji untuk seterusnya akan dijadualkan dan direkod dalam buku pranatal untuk rujukan anda. Pesakit bertanggungjawab untuk tetap pada satu klinik sahaja, dan mengikut temu janji dan rujukan yang diberi oleh KKIA.
Kesimpulan,

Semoga dengan perkongsian ini memberikan manfaat kepada bakal-bakal wanita mengandung terutama yang baru pertama kali hamil untuk membuat persiapan awal keperluan sepanjang tempoh kehamilan. Tambahan informasi, sahabat digalakkan mengamalkan bacaan surah-surah pilihan sewaktu mengandung.

Surah Maryam adalah antara surah pilihan yang boleh diamalkan sepanjang tempoh kehamilan.


DOA DIPERMUDAHKAN BERSALIN

Selain bacaan surah-surah pilihan ibu mengandung di atas, ibu-ibu juga boleh membaca sebarang doa dalam bahasa yang mudah difahami. Seperti jika kita orang Melayu, pastinya membaca doa dalam Bahasa Melayu adalah lebih mudah. Bacalah doa yang mudah dan ringkas seperti:

“Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan kami, permudahkanlah di saat kelahiran bayi ini.”
Mohon doa kepada Allah seperti doa dipermudahkan bersalin secara normal dan diberikan kesihatan sepanjang hamil.

Bahkan, si ibu juga boleh mendoakan kebaikan buat si bayi apabila mereka besar nanti walaupun bayi itu masih belum pun lahir lagi, seperti doa berikut: 

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”
❊ Surah Ibrahim, ayat 40 ❊

Apa yang penting buat ibu mengandung, berdoalah dengan jiwa yang penuh hadir, khusyuk, serta tunduk kepada Allah S.W.T. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

Maksudnya: Berdoalah kamu semua kepada Allah dalam keadaan kamu yakin ia akan dimustajabkan. Dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak akan memustajabkan doa dari jiwa yang lalai lagi alpa.

❊ Riwayat al-Tirmizi (3479)
Semoga bermanfaat. 

Makanan sunnah juga boleh diamalkan sepanjang tempoh kehamilan. 

Sahabat berminat nak dapatkan vitamin untuk ibu mengandung just klik link di bawah insya Allah Idah sedia membantu 👉 https://linktr.ee/idafizart

---------------------

CikIdah @ Idafizart
Daftar Ahli Shaklee hanya RM35 sahaja
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
Follow & Like FB : Pengedar Vitamin Malaysia 

No comments:

Post a Comment