Bismillah,
Friday, 24 February 2023
Projek Mega Blog 1.0 | Review dan Feedback
Monday, 20 February 2023
Hubungi Kami
Baca juga entri ;
>> Bagaimana Cara Consume Vitamin PERCUMA?
>> Kenapa Perlu Pilih Shaklee?
Saturday, 18 February 2023
Projek Blog Mega 1.0 Idah Menang Collagen Plus Powder
Bismillah,
Assalamualaikum & Salam Sejahtera sahabat AFIZART blog semua. Syukur alhamdulillah entry kali ni Idah nak kongsikan kegembiraan Idah. Tanpa disangka Idah menang dalam program Projek Mega Blog 1.0 hari tu. MasyaAllah. Best sangat rasa, sebab Collagen ni antara produk kesukaan Idah. Terima kasih Master Norita Idris dan Master Salwa Zeyn pilih Idah sebagai pemenang.
Idah start menulis blog dari tahun 2007 lagi namun disebabkan medium sosial lain yang tumbuh bagai cendawan jadi Idah tinggalkan dunia blogging. Lama sangat tak menulis. Encik suami sudah berbuih-buih mulut push isterinya update blog. Lama juga encik suami bersabar. Kadang-kadang dia tolong copy paste apa yang Idah update kat FB masuk dalam blog.
Rasa kurang bersemangat, tumpul idea, ilham dan hilang skill dalam menulis entry di blog. Selain tu rasa macam kurang sangat pengunjung blog nak membaca. Ini yang Idah fikir sedangkan hakikatnya blog ni adalah satu marketing yang evergreen dalam enjin carian Google. Syukur Alhamdulillah blog masih wujud walaupun dah lama stop menulis. Selepas join Projek Mega Blog Euphoria Shaklee, semangat, rajin, displin tu datang semula. Mungkin juga kerja berpasukan kan?
Tuesday, 14 February 2023
Intermittent Fasting dengan Set Kurus Shaklee
Hi sahabat AFIZART blog,
Semoga dalam keadaan sihat walafiat semuanya. Alhamdulillah hari ni Idah nak kongsikan pulak pengalaman Idah buat diet secara Intermittent Fasting dan dalam masa yang sama memilih untuk mengambil Set Kurus Shaklee.
Perjalanan diet IF Idah bermula pada bulan Jun 2021 kerana Idah mencari solution untuk maintainkan berat dan nak bagi badan lebih fit. Idah ada kongsikan perjalanan Idah kurus di posting ini, 'Pengalaman Sendiri Kuruskan Badan 100% Tanpa Supplements'.
Selepas dah kurus Idah jelas nampak sangat perbezaan, ada bahagian yang nampak kendur dan masih besar walaupun inchiloss memang banyak. Satu lagi sebab Idah ni sejenis manusia yang tak boleh amalkan makanan yang sama berbulan-bulan lamanya. Jadi Idah sangat memerlukan pilihan protein yang lain.