Thursday, 13 January 2011

Resepi Mi Rebus Ala Johor.. Alhamdulilah Sedap!

Malam ni Idah nak kongsikan satu resepi yang idah baru cuba-cuba2 belajar. Mee rebus Johor. Perencahnya idah beli daridapa seorang kawan (http://perencah.blogspot.com/) .Ini kes sebab teringin sangat nak makan Mee Rebus ala Johor. Jangan tak tahu ye gambar ni dah lama..hihi so saja tepek kat blog sekadar untuk review bersama. Tapi En.Kanda Idah tak suka mee rebus style johor.

Dia lebih suka kuah putih biasa mcm tumis gitu. Takpelah sekali sekala tukar selera. Jom tgk apa bahan2nya.Semuanya ikut cara idah sendiri..:) 

 Mee Rebus  

Bahan-bahan:- 

Perencah Maharani(dalam ni dah lengkap) 

bawang putih (diblend halus) Daging(hiris kecil2) Bawang Goreng(hiasan) Tauhu Goreng(hiasan) Limau Kasturi(hiasan-dipotong kecil) Garam 

Mee Kuning Sayur(idah suka letak sawi,kobis) Air 1 Jug Cara-caranya:- 

1.Tumis bawang putih dan hirisan daging sehingga naik baunya 

2.Tuangkan air dalam 6 gelas/cawan(ikut suka byk mana kuah yang nak) dan biarkan mendidih. 

3.Masukkan perencah mee rebus maharani dan kacau sehingga sebati dan masak.Isi garam sikit dan rasa. 

4.Masukkan mee kuning serta sayur2 td. 

5.Siap utk dihidang.Hiasan boleh bubuh bawang goreng+Limau Kasturi+Tauhu goreng. 

Ok siap..sedia untuk dimakan...stok masih ada lagi.Esok Jumaat,en.kanda cuti boleh buat mee bandung pulak..hihi.. 

Dari Dapur, Ummu Hanani Teratak 23( 8 Safar 1432H)

4 comments:

  1. akak belum intai2 lagi tmpt idah beli perencah tu. memang sedap betul ke ?
    perencah tu utk sekali masak @ boleh 2-3 kali

    ReplyDelete
  2. aigooo~~

    apsal mlm ni byk blog siar psl makanan? lapanyaaaaaaaaaa..hehe

    ReplyDelete
  3. kak fyda:- a'ah kak pada idah kena pada selera dan tekak idah..idah rasa sedap..cuma asben idha tak bape suka mee rebus style mcm ni..

    so tak leh buat banyak2..jdnya boleh lah masak dalam 5-6kali..

    ReplyDelete
  4. iza:- apalagi kena cari makan..baby nak makan tu..hihihi

    ReplyDelete