Thursday 16 May 2024

Anak Kita Lebih Perlukan Kita, Berbanding Kerjaya Kita

Hai sahabat. Semoga sihat walafiat di samping keluarga tersayang. Alhamdullillah hari ni masih dalam mood rajin menulis. Apa yang bermanfaat Idah nak kongsikan dengan sahabat pembaca blog. Tak semua boleh buka FB dan menerima bahan bacaan yang sama kan sahabat?

Ok hari ni Idah nak kongsikan satu lagi penulisan seorang sahabat FB Idah tentang dunia keibubapaan dalam mendidik anak-anak. Idah sendiri masih dan suka belajar tentangnya. Semoga perkongsian ilmu ini kita sama-sama dapat manfaatnya dan menjadi ladang pahala yang berterusan walaupun kita sudah tiada di dunia ini, Insya Allah. Sahabat boleh follow FB beliau.

FB beliau : Zirwah Al Idrus 

Tarikh Posting : 14 Mei 2024

========================================

Dua hari lepas ummi marah betul dengan Hud. Sebab Hud dah pandai pijak adik dan roaring macam dinosour. Kesan bukak youtube dalam kereta. Sebetulnya di rumah, dia memang dah diberi durioo, tapi, ummi terlupa betul untuk control content dalam kereta.
 
Ummi marah bebel bebel. 
 
"After this, no more youtube. No more dino. Tengok, Hud tengok dino, Hud dah jadi ganas, pijak pijak adik. Buat semua orang takut. No more dino. Kaki bukan untuk pijak. Kaki untuk jalan jalan, kaki untuk pi masjid, sepak bola."
 
Team mate ummi (walidnya) pun sokong keputusan ummi. Walidnyalah nasihat one to one. Umur dia walaupun baru 4 tahun, memang walidnya yang akan attend untuk kes kes behaviour macam ni.

Sama sama memiliki anak, sama sama attend untuk bentuk anak.
 
Walid ulang bebelan ummi, tapi, gaya ayah ayah dan lebih tersusun ayatnya. Nahh. Ma sha Allah, Hud rupanya perlu sentuhan walidnya bab ni. Harini, Hud minta screen time. Hud sendiri suruh ummi pilihkan channel selain dino. Nak little Ammar.
"Ummi, Hud tak boleh tengok dino, kan? Nanti Hud jadi ganas.." 
 
Terus ummi sentap. Cepat betul resapan nasihat walid. Betullah teknik AlQuran; bab nasihat anak, serahkan pada ayahnya. Ayah perlu ada untuk anak yang nak dididik dengan didikan yang baik. Kalau ayah tiada, di situlah fungsi walinya.. sebagai 'father figure'. Peranan ayah sama penting dengan ibu. Salah satu tempang, pincanglah anak. 
 
Banyak betul hikmah di sebalik ujian 'dino' ni. Tolong ya ibu ayah. Tolong alert setiap perlakuan anak bawah 6 tahun. Apa yang dia percaya pada usia ini, itulah yang akan membentuk dirinya hingga ke dewasa. Sebab tu, ulama sangat pentingkan keperluan ibu solehah pada usia ini. Anak kita, lebih perlukan kita, berbanding kerjaya kita. 
 
Semoga Allah jadikan dari zuriat keturunan kita, anak yang soleh solehah berbakti untuk agama Allah.

 ===================================

Insya Allah. Dan Idah juga selalu amalkan doa-doa ini untuk anak-anak. Allahuma Ya Haiz Ya Muhaimin. Allah bersamamu, Allah menjagamu, Allah melihatmu. Doa yang Rasulullah saw berikan kepada Ibnu Abbas,

Semoga bermanfaat insya Allah.


No comments:

Post a Comment