Semoga dalam keadaan sihat walafiat semuanya dan dipermudahkan urusan sahabat insya ALLAH.
Mukhtahir ni sangat popular di Facebook, Instagram, TikTok. Ramai yang berkongsi mengenai diet secara Intermittent Fasting (IF) ni. Jadi Idah nak kongsikan juga di blog agar kita sama-sama dapat ilmu, info dan manfaatnya.
Intermittent Fasting juga dikenali secara ringkasnya dengan nama IF. Ianya sejenis kaedah diet yang menyusun pemakanan mengikut jadual antara waktu makan dan waktu kita berpuasa. Dan dengan maksud yang lebih mudah adalah berpuasa secara berkala (ada time frame).
Intermittent Fasting ni kan sahabat ianya merupakan diet yang lebih menumpukan kepada bila waktu kita perlu makan. Jadinya kita akan menikmati makanan pada waktu tertentu sahaja. Diluar waktu tersebut kita akan berpuasa. Seronok sangat bila dah faham tentang IF.
Rasa seronok dan badan lebih rasa ringan Insya ALLAH. Berpuasa selama beberapa jam setiap hari dan mengurangkan kekerapan waktu makan dapat membantu tubuh kita membakar lemak dengan lebih cepat. Alhamdulilah.
1. Overnight Fasting
Kaedah berpuasa ni lebih mirip kepada kaedah yang biasa kita amalkan sewaktu berpuasa pada bulan Ramadan. Bagi kaedah ini, kita perlu berpuasa sekurang-kurangnya 12 jam sehari. Kaedah ini paling sesuai untuk mereka yang newbie dan baru berjinak-jinak dengan IF di mana kita berpuasa pada waktu malam sahaja.
2. Time – restricted Fasting
Kaedah ini mirip kepada kaedah yang pertama, cuma waktu berpuasanya lebih panjang. Tempoh berpuasa antara 14 hingga 16 jam sehari malah boleh capai 20 jam sehari.
3. Whole day Fasting
Ini bermaksud kita berpuasa seharian iaitu selama 24 jam. Contohnya jika start berpuasa jam 8 pagi hari ini, bermakna kita hanya boleh berbuka atau makan pada jam 8 pagi keesokan hari.
4. Alternate Day Fasting
Kaedah ini membenarkan kita untuk makan dan berpuasa selang sehari. Sebagai contoh, pada hari ini anda boleh makan, manakala esok kita berpuasa. Ia kemudiannya akan di selang-selikan pada hari-hari yang berikutnya.Pada hari kita berpuasa, kita hanya boleh mengambil 500-600 kalori sahaja.
5.Skipping Meals Fasting
Kaedah ini bermaksud anda berpuasa melangkau waktu makan kita. Sebagai contoh, jika sebelum ini anda mempunyai 5 kali waktu makan setia hari, maka kita akan skip beberapa waktu makan. Ini menjadikan kekerapan kita makan dalam sehari semakin berkurangan.
6. Choose-Your-Day Fasting
Kaedah ni pula kan sahabat, membolehkan kita berpuasa pada hari dan waktu yang kita mahukan. Kita tak perlu mengikut peraturan tertentu dalam kaedah ini. Mungkin lebih santai dan kurang stress. Ianya 100% mengikut kemampuan dan kehendak kita.
Kaedah begini biasa ibu-ibu gunakan untuk melatih anak-anak yang mahu belajar berpuasa kan? Seronok je. Hahaha.
7. 5:2 Fasting
Kaedah ini memerlukan kita untuk mengikuti nisbah 5:2 ketika berpuasa. Ini bermaksud, hari makan kita adalah 5 hari, manakala hari berpuasa pula ialah dua hari seminggu. Pada har kita berpuasa, kita hanya boleh mengambil makanan dan minuman dengan tidak melebihi 600 kalori setiap hari.
16 : 8 (16 jam puasa | makan 8 jam)
18 : 6 (18 jam puasa | makan 6 jam)
Semoga bermanfaat ye sahabat.
Sihat itu Jihad. Hidup untuk memberi. Perlu ada mindset beri manfaat kepada orang lain.
Wah. Terima kasih info ❤
ReplyDeleteSama2 Hana sudi datang ziarah dan komen blog Idah
Delete