Showing posts with label Set Hello. Show all posts
Showing posts with label Set Hello. Show all posts

Friday, 10 February 2023

Pengalaman Menurunkan Berat Badan Tanpa Supplements | Diet Eat Clean 100%

Bismillah, 
Hi sahabat AFIZART blog,

Semoga sahabat dalam keadaan walafiat insyaALLAH. Hari ni Idah nak share pengalaman Idah sendiri menurunkan berat badan. Bukan satu perjalanan yang mudah sahabat. Perlukan kekuatan mindset dan support dari insan di sekeliling terutamanya keluarga. Supporter paling besar adalah suami & anak-anak.

Idah bermula dengan diet secara Eat Clean pada tahun 2019, dalam bulan Syawal (rasanya  pada 16/6/2019, ingat-ingat lupa). Idah ingat lagi masa tu Idah buka FB dan ternampak newsfeed seorang sahabat ni, Liena Bunkerz. Dia tunjuk gambar dan progress sebelum dan selepas amalkan Eat Clean. Idah terus whatsapp beliau, nak join kelas. 

Alhamdulillah Idah ditemukan dengan coach Wan Haslinda atau panggil mesranya Kak Nda. Idah tertarik nak join kerana yurannya rendah iaitu RM25 dapat Meal Plan untuk 30 hari, coaching, guide daripada coach sampai bila2, ada group support yang sangat aktif dan berada dalam circle yang mempunyai misi yang sama.

Masa tu memang Idah tekad sangat nak kuruskan badan. Idah cabar diri sendiri.  Namun begitu Idah buat secara senyap-senyap sebab Idah malu sangat.  Idah takut tak dapat result. Jadi Idah tak pernah post kat mana2 media social termasuk lah whtasapp story.  Tahun 2019 tu adalah tahun yang sangat mencabar minda Idah sebagai seorang ibu dan isteri. Anak sulung nak UPSR, suami tengah sambung belajar. Banyak urusan anak-anak memang Idah yang handle. Agak penat mental dan fizikal. Dan tanpa Idah sendiri sedar, Alhamdulillah Idah berjaya turunkan berat badan. 

Jadi Idah nak kongsikan dengan sahabat perjalanan Idah sepanjang buat diet secara Eat Clean ni.

Nak Tengok  Resultnya?