Posts

Showing posts from May, 2010

Award Blogger...lama dah tak terima...

Image
Jenguk dan menulis pada waktu petang pulak... sekarang suka pulak buat blogwalking ..dalam jenjalan baca blog2 kawan...tup2 ada award...walaupun tak tertulis nama, namun kiranya tersenarai juga ni..ihik...lama sungguh dah tak terima award dr teman blogger...ni sejak aktif semula, award inilah yang pertama...Ok idah nak ucapkan terima kasih pada KAK CHIK kerna blog idah tersenarai dalam blog nya..

Idah suka ziarah blog kak chik boleh katakan setiap harilah..lagi satu yg buat idah suka baca entry2 nya byk berkisar tentang minat terutama ABAYA...idah lak mg peminat abaya...org kata hitam itu menawan bergaya....So pada K.chik terima kasih ye...

Oleh kerana idah masih baru aktif berblog...so tak tau nak tag siapa..belum ada ramai kawan2 blogger...namun sesiapa yang sudah jadi follower boleh lah terima award ini ye..yang sudah dapat award sama tak pe...


Jatuh Cinta....

Wah tajuk entry hari ni lain macam pulak kan...oooppp jangan fikir bukan2 pulak ye...Idah cuma nak kongsi bersama sekarang ni idah ada dua hobi baru dan minat...Pertama kepada Fesyen Abaya dan satu lagi....hah...hah..jeng2....JATUH CINTA LAGI...ihik....pd hubby mmg hari2 jatuh cintalah..skng bukan nak cerita pasal cinta yang itu..tapi nak cerita pasal jatuh cinta minat idah pada lagu2 MAHER ZAIN...sebelum ni ada juga kawan2 posting kat FB...tap idah ni mmg jenis tak suka mendengar atau menonton melalui laptop ni...tup2 dalam beberapa minggu lepas ada kawan posting satu dia...tajuk Barakaallah...wah terus terjatuh cinta..lagu2 dia best...sekarang ni...kalau ada masa sekejap idah mesti pasang lagu maher zain ni...Jangan mare ye...Jom kita hayati sikit lagu yang idah suka...


Pertunjukan Fesyen Abaya...

Assalamualaikum semua...Idah sekarang suka sangat dengan Fesyen Abaya...kalau tengok koleksi2 abaya ni mmg lah rasa best sesgt..cuma ada beberapa design Abaya yang Ekslusif masih belum mampu dimiliki...So hari ini idah nak kongsi bersama pertunjukan Fesyen Abaya yang idah tonton malam tadi..tgk kat you tube aje..:)


Internet Problem...

Image
Arakian nak diceritakan...lama sudah rasanya tak menulis...rindu rasanya..(cewah mcm sedang bercintan cintun pulak...) kisahnya begini sejak Rabu yang lepas line internet ada gangguan...pagi2 selalunya idah dah online dalam pukul 8pg lebih sikit2 selepas suami pergi keje...biasalah rutin keje sendiri kan..namun pada hari rabu tu online lewat sikit...sbbnya sibuk menyapu kawasan luar rumah (kes terlebih dos RAJIN...ihik)...dalam pukul 10pg...online mcm biasa...tapi pelik..power on, lampu wireless on, dsl on...internet on tapi tiada connection...so faham dah ni..off dan on semula...mslh yg sama...lepas tu ada...kejap ada kejap tak de...dah mcm biskut chipsmore pulak...Tindakan terus di ambil berikutan ada banyak menda nak kena buat ni...nak kena settle sebelum balik kampung! ye terus telefon telekom...mcm biasalah ada dengar suara 2 merdu..bertambah peratus tekanan tu...kepada 150%...lambat bebeno boleh bercakap dgn CS ni...



sekadar gambar hiasan...

dalam 2-3minit barulah dapat bercakap..…

Ruang pejabat yang selesa...

Image
perlukan perubahan begini...wah bestnya kalau ada ruang pejabat begini..tentu bersemangat dan fokus...Insya Allah semoga impian nak memilikinya tercapai...cuma kalau boleh tak nak lah ada televisyen tu...dunia IT kan semua nya boleh tgk secara online..

Hobi saya..minat saya...

Image
Entry hari ni idah nak cerita pasal hobi dan minat idah...dah lama sebenarnya nak menulis cuma belum berkesempatan nak bercerita...hari ni ada kelapangan sedikit...idah mmg suka sgt membaca samada novel atau pun buku2 motivasi,majalah dan lain2...pendek kata idah ni mmg peminat buku...kalau masuk kedai buku mmg lama...duk belek sana sini...lepas tu rasa kalau kat rumah ada library sendiri kan best..:) kat bawah ni antara koleksi buku2 kesayangan idah..banyak lagi cuma nak tunjuk yang ini shj...yg lain2 tu nnt kalau idah rajin cari dan snap idah tepek k...




2 buah novel remaja yang berbentuk islamik..best sgt jalan ceritanya..penulisnya nama "Zaharah Mohamad." ada seorg lagi penulis yang idah suka sgt tulisannya dan pola cerita nocelnya iaitu "Ramli Awang Murhsid"...ada juga koleksi novel beliau cuma ada kat rumah mak..dan ada pada kakak...




yang ini pulak koleksi buku2 Dr.HM Tuah Iskandar...idah pun suka tulisan beliau...minat ni hadir waktu idah menuntut di Kolej..sb…

Family Day at De Rhu Beach Resort...

Image
Alhamdulillah baru ada kesempatan nak menulis tentang Family Day yang dianjurkan oleh Syarikat tempat Hubby bekerja..setelah 4thn berkhidmat inilah kali pertama Family Day di adakan...Syukur alhamdulillah dapat juga kenal-kenal dengan kawan2 ofis hubby dan keluarganya...Berikut antara butir2 maklumat yang boleh diringkaskan...

Tempat : Hotel De Rhu Beach Resort Balok Kuantan
Tarikh : 21/05/2010 sehingga 23/05/2010
Dinner : tema merah hitam..(1st time hubby pakai Batik..:-) best jugaklah...tak lari dari nyanyi2 ni..dan juga beberapa games mcm lucky draw dan ucapan.
Makanan : memang best2 tau...semuanya self services...(berselera betullah...sampaikan tak igt tgh diet...)
Bilik : oklah..boleh bagi 3 bintang
Kolam Renang: part ni best...kolam renangnya besar tau...mmg seronok tgk anak2 bermandi manda.

Pada masa yang sama juga ada 3 buah lagi Badan2 kerajaan dan swasta yang buat program yang sama iaitu hari keluarga juga...hari Sabtu tu memang meriah sekali...Kat bawah ni antara gambar2 yang semp…

Alhamdulillah..1st cek usaha sebulan...

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung setia blog afiz+idah...

Harap2 semua sihat ye..(cewah mcm ayat nak menulis surat pulak...)..bukan apa hari ni rasa gembira aje...boleh tersenyum....Syukur alhamdulillah hari ini dapat berita yang menggembirakan hati...tidak dinanti dan tidak ditunggu2...

Posmen datang hantar surat yang benar2 buat kan idah tersenyum...Mesti tertanya2 apa kan...boleh tak nak kata surprise?Oklah hari ni posmen dtg bawa surat dari WWN..apa itu WWN?mesti korang nak tahu kan..

Ok WWN ni nama penuh nya "WORLD WELLNESS NETWORK" yang dimiliki oleh Dr.Nordin Darus (DND)...saya join syarikat utk produk MLM terapi diet yang tengah meletop2 skng ni...RXLITE...anda pernah dengar?

Saya baru join sebulan...join dalam awal bulan April lalu...Alhamdulillah skng bulan Mei saya dah dapat 1st cek saya hasil drpd usaha yang tak seberapa...namun syukur...semoga 1st cek ni akan jd pembakar semangat buat saya...



Walaupun hanya dapat 2 angka utk bulan pertama ni..insya …

lamanya tak berupdate...

Image
Lama nya tak menulis...21/5 sehingga 23/5 ada family day..so bercutilah daripada online...namun tetap terasa kerinduan nak menulis...insya Allah nnt idah cuba update lah blog ni ye...cari mood dan idea...


Bacalah....

Image
Sumber: artikel ini idah dapat email daripada Hubby masa idah hamil anak sulung(hihihi)....actually artikel ni tak tahu siapakah penulisnya...utk renungan bersama Idah letak kat blog Idah ..Harap Maklum!





Al Kisahnya.....
Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre',
dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja, saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi. Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,kadang-kadang tu asyik nak tidur sa…

Ciri-ciri seorang usahawan...

Image
5 Deria Ciri-Ciri Seorang Usahawan berbanding orang biasa. Seperti yang kita ketahui, manusia mempunyai 5 jenis deria iaitu deria bau, rasa, pendengaran, sentuh dan penglihatan. Usahawan juga mempunyai kelima-lima deria ini, tetapi ia berbeza sama sekali. Di bawah menceritakan bagaimana kelima-lima deria ini digunakan oleh usahawan:
BAU

Seorang usahawan boleh menghidu kejayaan daripada jauh lagi. Mereka boleh menghidu kejayaan walaupun belum pernah mengalaminya. Kemanisan menghidu kejayaan ini membolehkan mereka terus bergerak untuk mencapai matlamat mereka. Seseorang usahawan bukan sahaja boleh menghidu kejayaan malah mereka juga boleh menghidu risiko yang bakal dialami. Saya tidak mengatakan bahawa semua penyelesaian dan kejayaan berada dalam genggaman mereka, cuma apabila mereka menggunakan pengalaman-pengalaman yang mereka ada, mereka dengan pantas dapat menghidu apa yang bakal berlaku. Ini merupakan deria yang paling penting dalam keusahawanan. Jika sesuatu peluang itu tidak mendat…

MAB..khasiat dan testimoni....Mantop!

Image
ok saya sambung lagi info tentang produk MAB ni ye..kali ni saya nak cerita pasal khasiatnya dulu..ok jom baca lagi...

Khasiat Maajun Anggun Bistari ini antaranya ialah:
Sebagai perancang keluarga bagi yang ingin mejarakkan kehamilan / family planning.
Merawat masalah dalaman wanita seperti masalah keputihan, kegatalan dan bau yang tidak menyenangkan.
Dapat merapatkan faraj bagi wanita selepas bersalin
Dapat memanaskan badan terutama bagi wanita selepas bersalin.
Melancarkan peredaran haid setiap bulan
Membuang darah-darah kotor dan toksin dalam badan
Menyihatkan badan disamping menambah tenaga sepanjang hari
Dapat mencantikkan kulit selepas pengeluaran toksin di dalam badan
Mempertingkatkan kembali imum ketahanan badan, dimana badan menjadi sihat, segar dan kuat tiada lagi masalah seperti tidak bermaya atau tidak larat.
Melegakan perut kembung dan masalah angin di dalam badan
Melawaskan pembuangan air besar
Mengawal selera makan dan menurunkan berat badan
Mengurangkan kesakitan ketika h…

Aku...dan bisnesku...

Image
Assalamualaikum semua..

Setelah sekian lama saya mendiamkan diri daripada berblog..kini saya kembali aktif semula..insya Allah selepas ni pengurusan masa akan saya aturkan agar lebih fleksibel dan displin untuk saya patuhi. Sebelum ni saya ada satu blog yang menggunakan nama Ummihanani..namun atas sebab2 tertentu saya delete blog tersebut...so skng saya kongsi dengan blog kekandaku..jadinya mmg banyak perkara nak buat semula...nak kene jejak kawan2 blogger lain..insya Allah step by step...(mesti en.kanda ku jarang menulis..sbb semua geng2 blogger wanita belaka...hihihi...)

so mana2 kawan2 blogger yang tersinggah kat sini..nak exchange link di persilakan ye...

Ok topik yang saya nak bawakan pada hari ini berkaitan dengan produk yang sudah mendapat sambutan hangat daripada wanita diluar sana iaitu Maajun Anggun Bistari(MAB). Saya sudah menjual MAB ni sudah genap dua tahun. Alhamdulillah ramai sudah wanita diluar sana mengambilnya. Nanti saya akan tepek juga testimoni-testimoni drpd penggu…

~Kerjaya Wanita...dan pahala~

Image
Menjahit adalah satu kemahiran (seni) yang perlu dipelajari oleh setiap wanita kerana Rasulullah pernah menganjurkan agar anak-anak perempuan diajarkan menjahit, menenun dan membuat kerja-kerja yang dilakukan oleh kaum wanita. Kepandaian menjahit akan memudahkan mereka bagi keperluan keluarga.



Walau bagaimanapun tidak ramai wanita hari ini yang berminat untuk terlibat dalam tugas-tugas seperti ini kerana ia memerlukan tumpuan dan penelitian. Tidak ramai yang boleh bersabar untuk duduk lama menyudahkan satu-satu bahan jahitan, tambahan pula jika ia perlu dijahit dengan tangan. Maka kebanyakan wanita hari ini lebih suka membuat tempahan pakaian di kedai ataupun membeli pakaian yang telah siap. Tetapi, tahukah kita bahawa Allah swt sebenarnya telah menyediakan sebesar-besar pahala bagi mereka-mereka yang menjahit untuk keperluan keluarga sendiri untuk dirinya, suami dan anak-anak.

Pernah suatu hari Rasulullah bersabda kepada anaknya Fatimah: “Wahai Fatimah, setiap wanita yang menenun kain …

Selamat hari Lahir Hanani...(Afifah Hanani)

Image
Assalamualaikum...Alhamdulillah hari ni genaplah 3tahun umur puteriku yang sulung...AFIFAH HANANI BINTI AFIZULLAH...seperti kebiasaan setiap tahun mmg kalau birthday kakak...ummi akan belikan kek...tahun ni kelainan sikit..ummi order cupcakes...namun sedih anak ummi tak suka makan cupcakes...tak pelah yang penting ummi sentiasa ingat birthday kakak ye...Jika dipanjangkan usiamu..apabila menatap blog ummi+abah, kakak akan ingat selalu..Ummi+abah sayang kak...



bawah ni gambar2 sekitar MesraMall...bawa jenjalan kakak dan adik...tak banyak sgt gambar masa makan-makan sebabnya waktu sibuk layan kerenah dua beradik ni..so umminya hanya sempat tangkap mana yang ada aje..:) Jom layan :







Akhir sekali....Doa Anak Yang Soleh...



Piala Thomas...Tahniah Buat Malaysia

Image
Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah pasukan Badminton Negara kita (malaysia) mara ke semi final setelah menewaskan pasukan Denmark malam tadi...Tahniah buat Malaysia...(cewah mcm penulis/wartawan pulak)....Malam td berkesempatan melihat aksi mereka...Idah ni kalau tengok sukan2 begini...mulut memanglah bising...mujur tengok dengan suami...kalau dengan kawan2 mahunya idah dah terjerit2....semangat orang kata...oklah apa2 pun semoga Malaysia terus mara hendaknya ke Final...

Keratan Akhbar Utusan Malaysia Online:

Malaysia ke separuh akhir
Lee Chong Wei bersama Hafiz Hashim (kanan) meraikan kemenangan Malaysia menewaskan Denmark 3-2 pada suku akhir badminton Piala Thomas di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam tadi. – Utusan/Ahmad Zakki Jilan
SKUAD badminton Piala Thomas negara berjaya melangkah ke separuh akhir selepas mengalahkan Denmark 3-2 pada perlawanan suku akhir di Stadium Putra, Bukit Jalil, semalam. Muhammad Hafiz Hashim muncul wira negara apabila memberikan mata kemenangan selepas …