Tuesday, 11 July 2023

5 Tip Kerja Dari Rumah Lebih Produktif


Dulu bila sebut kerja bekerja dari rumah, sangat sinonim dengan suri rumahtangga dan pembantu rumah. Apabila dunila dilanda covid 19, tiba-tiba semua TERPAKSA bekerja di rumah dan kini menjadi satu trend bagi kebanyakkan orang. Sahabat pasti pernah mendengar atau membaca info di mana-mana tentang Work at Home Mom atau Work at Home Dad?

Sekarang bidang pekerjaan secara dalam talian semakin diminati dan popular bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Idah sendiri sudah menceburkan diri dalam dunia bisnes online hanya kerja dari rumah sudah 16 tahun. Lama kan? Namun belum kaya-kaya. Hahaha. Seawal 2007 lagi Idah sudah terjebak dengan bisnes dropship, affiliate dan penulisan blog. Dan sekarang Idah fokus membina rangkaian bisnes online hanya dari rumah sahaja seperti bisnes Shaklee.


Sahabat nak tau kenapa bisnes Shaklee sesuai buat dari rumah?

1. Modal rendah Rm35 atau percuma.

2. Risiko rendah.

3. Produk yang sentiasa ada permintaan bukan bermusim. Sebab suplemen setiap masa orang perlu untuk kesihatan.

4. Tak perlu ada stok.

5. Boleh buat oder online dan pihak Shaklee akan uruskan penghantaran barang.

6. Tak perlu risau packing barang.

7. Tak perlu nak sewa kedai.

8. Fokus buat marketing secara online.

9. Marketing juga percuma maksudnya boleh guna media sosial yang ada seperti facebook, instagram, tiktok atau whatsapp.

10. Boleh belajar atau ada kelas online. Tak perlu risau nak meeting keluarga

Namun memilih bekerja dari rumah ni memerlukan komitmen dan displin diri yang tinggi. Terutama bila kita memegang status suri rumah yang menguruskan rumah tangga sepenuhnya. Menjadi tukang masak, akauntan keluarga, pengurus , jururawat, kaunselor, tukang cuci, pendidik, perunding imej dan teman bicara. Banyak bukan? Tambah pula satu lagi kerja iaitu suri bisnes.

Percaya atau tidak, bila bekerja sendiri ni kita memang bebas membuat jadual kerja harian kita. Namun adakala banyak ujian dan cabaran yang perlu kita hadap kerana bekerja sendiri menjadikan kitalah bos dan kita jugalah pekerja. 

Memang ada masanya akan datang rasa malas, down dan bosan dengan apa yang kita buat seharian. Perkara yang sama berulang-ulang dan kekadang mendatangkan rasa ingin ‘mutekan’ diri daripada semua media social. Inilah yang Idah pernah rasai dan lalui. Apabila Idah berada dalam fasa 'rehat & rawat', Idah akan 'restart' muhasabah diri dan berikan ‘me time' melakukan apa yang Idah suka dan minat. 

Antaranya menonton tv channel dan cerita yang santai-santai, tonton video youtube orang masak-memasak, tonton video ceramah tentang sejarah nabi-nabi, ulama dan toko-tokoh terkenal, membaca bacaan yang ringan, santai dan mendengar serta mengalunkan zikir. Paling best Idah akan banyakkan ‘me time’ dengan berselawat, istighfar dan membaca Quran. Recharge energy yang baru! Jiwa tenang, emosi stabil dan insya Allah semangat kembali 'on track'.

'Switch' semula mindset. Bisnes tak boleh terus stop hanya kerana kita rasa semua tu. Idah akan cakap dengan diri sendiri dengan kata –kata positif, kata-kata semangat dan membaca semula apa yang ditulis tentang impian dan harapan. 

Tidak dinafikan, buat kerja dari rumah ni perlukan semangat dan jiwa yang kental. Kita kena letakkan sepenuh pergantungan pada Allah yang Maha Esa. 

Jadi Idah nak kongsikan dengan sahabat 5 TIPS KERJA DARI RUMAH supaya lebih berkesan dan efektif. 

1.Seronok dan teratur

Perlu pastikan sahabat ada matlamat dan sasaran yang ingin dicapai. Rancang aktiviti dan buat jadual harian ikut keperluan sahabat bukan tiru orang lain. NO. Dan pastikan juga kita ada peruntukan masa buat aktiviti bersama keluarga pada hujung minggu. Ini penting untuk diri kita dan keluarga. Rasa bahagia , seronok dan mengeratkan silaturrahim adalah cara untuk kita menjemput rezeki. Ibu bahagia sudah pasti keluarga juga merasainya.

2. Rancang kegiatan harian

Kreatifkan dalam membuat perancangan harian. Contoh boleh bersarapan di halaman rumah atau waktu petang membawa anak-anak ke taman permainan di samping kita juga boleh bersenam. Dari sini juga kita boleh berukhuwah dengan ibu-ibu lain yang berada di taman.

3. Lakukan sesuatu untuk diri sendiri

Rancang aktiviti harian untuk diri sendiri atau istilah sekarang ‘me time’. Masa keemasan itu masa hanya untuk diri sendiri. Mungkin luangkan masa 15 minit menikmati kopi brew kesukaan sahabat sambil lepak-lepak diberanda, dihalaman rumah tanpa sebarang gangguan. Atau boleh juga melayan pokok-pokok bunga di taman sendiri. Masya Allah syoknya.

4. Elakkan urusan rumah tangga mendominasi urusan harian

Sangat penting untuk menguasai pengurusan masa 24 jam bagi membahagikan urusan kerja, rumah tangga, anak-anak dan urusan diri sendiri. Agihan tugas perlu jelas dan teratur.

Walau sesibuk mana sekalipun menguruskan  rumah tangga waktu pagi, sahabat perlu cari ruang terbaik menguruskan karier, bisnes online. Biasanya orang bisnes mereka sudah ada jadual harian dan senarai apa yang perlu dibuat. Hidup perlu teratur. Elakkan kita terlalu penat. 

Jadi di sini Idah suka cadangkan sahabat tetap memilih mengambil makanan tambahan sebagai sokongan untuk sahabat lebih bertenaga, cergas dan sihat. Ceria penuh dengan senyuman. Insya Allah rezeki pun murah dan mudah.

5. Hormati masa yang telah ditetapkan

Pastikan 24 jam diisi penuh dengan displin dan berkualiti. Hormati apa yang sudah kita rancangkan dan tetapkan. Matlamat seharian pastikan tercapai contohnya kerja sekolah anak-anak berjaya diselesaikan, suami terpesona dengan keenakan masakan malam dan bisnes online berjaya mencapai sasaran harian. 

Pastikan malam kita dapat tidur yang berkualiti. Suplemen magnesium sangat mebantu kita dapat kualiti tidur yang baik. Suka Idah cadangkan sahabat mengamalkan vitamin Shaklee. Insya Allah sangat membantu mengisi kelopongan nutrisi yang kurang dalam diet harian kita.

Alhamdulillah.

Fokus kepada kejayaan pada masa hadapan dengan memiliki senarai matlamat jangka pendek dan panjang untuk diri sendiri. Tulis matlamat dan selalu menjadikannya sebagai bacaan perangsang kepada diri setiap hari.

Semoga penulisan Idah tentang kerja dari rumah ini memberi manfaat kepada sahabat pembaca. 

Nak lagi tahu apakah tip, petua, jenis-jenis kerjaya boleh terus klik di sini >> KERJA DARI RUMAH <<


Sahabat nak buat bisnes dan nak beli vitamin-vitamin Shaklee boleh terus hubungi Idah melalui link di bawah ye. Insya Allah Idah bersedia membantu sahabat.

Jom hubungi Idah sekarang!
https://linktr.ee/idafizart

CikIdah @ Idafizart
Whatsapp : www.wasap.my/60139097825/blogBisnesShaklee
Daftar Ahli Shaklee hanya RM35 sahaja
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.

2 comments:

  1. Tips yang amat membantu kami para peniaga online. Terima kasih sahabat atas perkongsian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masya Allah Alhamdulillah barokallahu fik sahabat. Terima kasih datang ziarah blog kami. Sama2 sahabat dan kita ambil manfaatnya bersama.

      Delete