Di bawah menceritakan bagaimana kelima-lima deria ini digunakan oleh usahawan:
Seseorang usahawan dapat merasai kejayaan dalam setiap apa yang mereka lakukan. Mereka tidak peduli akan kepahitan yang sedang dialami sekarang kerana mereka tahu akan rasa kemanisan kejayaan yang bakal diperolehi di kemudian hari. Walaupun mereka rasa ada sesuatu yang tidak betul, sama ada mereka tersalah dalam membuat keputusan ataupun perbincangan tidak berjalan lancar, mereka tidak akan cepat berputus asa malah akan terus berjuang sehingga berjaya. Sama seperti kita di waktu kecil dahulu, kita dipaksa untuk memakan sayur-sayuran walaupun kita tidak suka memakannya.Setelah kita meningkat dewasa, kita boleh memilih apa yang kita mahukan di pinggan kita, betul tak? Begitu juga seorang usahawan. Mereka mesti melalui saat-saat getir dan kepayahan seperti orang lain sebelum mereka berjaya.
PENDENGARAN
Melalui telinga, ia menerima banyak gelombang bunyi dan memproses isyarat tersebut kepada sesuatu yang boleh difahami oleh akal kita. Kita semua mendengar pelbagai maklumbalas yang berbeza, pelbagai peluang perniagaan dan potensi urusniaga dalam kehidupan kita. Apa yang membezakan diantara usahawan dengan yang lain ialah mereka akan mentafsir informasi yang diperolehi dan bertindak. Usahawan juga memiliki kemampuan untuk menghalang informasi negatif daripada didengari oleh telinga mereka. Usahawan bukanlah mereka yang membiarkan perkara atau informasi yang negatif menguasai diri dan seterusnya tindakan mereka. Mereka lebih suka untuk memilih apa yang mereka mahu dengar. Mereka tahu apa yang mereka hendak dengar dan mereka tahu bagaimana bunyinya sesuatu kejayaan.
SENTUHAN
Sebagai seorang usahawan, mereka tidak akan mudah berputus asa sehingga berjaya menggapai apa yang mereka mahukan. Pada satu ketika, ia memakan masa yang agak lama dan ada yang mengambil masa yang singkat sahaja. Tidak semua yang usahawan lakukan akan mendatangkan hasil. Apa yang ingin diperkatakan disini ialah mereka tahu akan perasaan yang mereka mahukan selepas beroleh kejayaan. Mereka juga tahu bila dan tahap mana mereka perlu bekerja keras.PENGLIHATAN
Seperti yang anda dapat lihat di atas, terdapat banyak faktor yang membezakan di antara seorang usahawan dengan peniaga biasa. Jadi, adakah anda tergolong didalam golongan usahawan atau pemilik perniagaan biasa?
Renung-renungkan!
No comments:
Post a Comment