Sunday, 16 May 2010

~Kerjaya Wanita...dan pahala~

Menjahit adalah satu kemahiran (seni) yang perlu dipelajari oleh setiap wanita kerana Rasulullah pernah menganjurkan agar anak-anak perempuan diajarkan menjahit, menenun dan membuat kerja-kerja yang dilakukan oleh kaum wanita. Kepandaian menjahit akan memudahkan mereka bagi keperluan keluarga.



Walau bagaimanapun tidak ramai wanita hari ini yang berminat untuk terlibat dalam tugas-tugas seperti ini kerana ia memerlukan tumpuan dan penelitian. Tidak ramai yang boleh bersabar untuk duduk lama menyudahkan satu-satu bahan jahitan, tambahan pula jika ia perlu dijahit dengan tangan. Maka kebanyakan wanita hari ini lebih suka membuat tempahan pakaian di kedai ataupun membeli pakaian yang telah siap. Tetapi, tahukah kita bahawa Allah swt sebenarnya telah menyediakan sebesar-besar pahala bagi mereka-mereka yang menjahit untuk keperluan keluarga sendiri untuk dirinya, suami dan anak-anak.

Pernah suatu hari Rasulullah bersabda kepada anaknya Fatimah: “Wahai Fatimah, setiap wanita yang menenun kain dan dibuatkan pakaian (untuk ahli rumahnya: suami dan anak-anak) Allah telah menetapkannya di tempat khas di atas takhta di akhirat.”

Dalam satu riwayat lain disebutkan bahawa ganjaran pahalanya sama seperti pahala memberi makan kepada 1000 orang yang sedang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian. Dalam satu riwayat lain disebutkan bahawa ganjaran pahalanya sama seperti pahala memberi makan kepada 1000 orang yang sedang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian. Begitulah, betapa besarnya kurniaan yang Allah sediakan buat para wanita. Bukanlah mudah untuk memberi makanan dan pakaian kepada 1000 orang yang sedang kelaparan dan tidak berpakaian! Tetapi dengan melakukan tugas-tugas yang kecil seperti ini, yang mana ramai wanita yang tidak endah kerana agak merumitkan itu, Allah membalasnya dengan balasan yang luar biasa pada logik akal kita.

Rasulullah juga pernah memberi jaminan dalam hadisnya yang bermaksud: “Wahai Fatimah, setiap wanita yang memintal benang (menenun kain untuk pakaian keluarganya), Allah akan mencatatkan kebajikan terhadap perbuatan kebajikannya itu sebanyak jumlah benang yang ditenunnya dan Allah menghapuskan pula 100 perbuatan jahatnya (dosa-dosanya).” Begitulah ganjaran pahala yang Allah swt sediakan buat wanita. Jika seorang wanita ketahui dengan hanya menjahit pakaian untuk keluarga, Allah ampunkan segala perbuatan jahat kita yang lalu, nescaya seorang isteri itu tidak akan sibuk ‘merengek’ pada suami untuk pergi shopping setiap bulan.



Seorang isteri hendaklah, rajin-rajin memeriksa pakaian suami dan anak-anak. Butang-butang yang tanggal diganti, jahitan yang teretas, dijahit semula. InsyaAllah, seorang suami akan merasa bangga bila pakaian dia dijahit oleh isteri. Anak-anak juga akan merasa senang bila ibunya menjahit pakaiannya. Seorang isteri perlulah kreatif dalam menjahit sama ada menjahit alas meja, kusyen, lansir, tabir dan sebagainya.

Menjahit, menyulam atau pun mangait bagi segala keperluan hiasan rumah sendiri tentu lebih menarik dan menyejukkan mata memandangnya. Memang tidak ramai wanita atau isteri-isteri yang mengambil berat tentang perkara-perkara kecil seperti ini. Sedikit sangat yang mengambil perhatian dan yang sedikit itulah yang dilihat oleh Rasulullah ketika baginda di Israk Mikraj. Baginda dapati paling ramai wanita menghuni neraka dan sedikit sahaja yang menghuni syurga. Ini semua disebabkan para wanita atau isteri-isteri tidak mahu kembali kepada tugas sebenar mereka yang telah Allah swt tetapkan bersesuaian dengan fitrah sebenar.

Oleh itu para wanita ataupun yang telah bergelar isteri-isteri, marilah sama-sama menjadikan rumah sebagai tempat untuk mencari syurga dan sebagai tempat untuk mencapai darjat yang tinggi di akhirat kelak. Jadikanlah rumah sebagai medan jihad buat isteri atau kaum wanita semua mencari keredhaan Allah swt.

1 comment:

  1. Sangat2 setuju dengan artikel ini.. =) menjahit, menyulam, mengait, menenun dan lain2 yang berkaitan adalah kerja yang sangat mulia dan dapat mempamerkan kasih-sayang kepada semua..

    ReplyDelete