Showing posts with label Video. Show all posts
Showing posts with label Video. Show all posts

Sunday, 30 May 2010

Jatuh Cinta....

Wah tajuk entry hari ni lain macam pulak kan...oooppp jangan fikir bukan2 pulak ye...Idah cuma nak kongsi bersama sekarang ni idah ada dua hobi baru dan minat...Pertama kepada Fesyen Abaya dan satu lagi....hah...hah..jeng2....JATUH CINTA LAGI...ihik....pd hubby mmg hari2 jatuh cintalah..skng bukan nak cerita pasal cinta yang itu..tapi nak cerita pasal jatuh cinta minat idah pada lagu2 MAHER ZAIN...sebelum ni ada juga kawan2 posting kat FB...tap idah ni mmg jenis tak suka mendengar atau menonton melalui laptop ni...tup2 dalam beberapa minggu lepas ada kawan posting satu dia...tajuk Barakaallah...wah terus terjatuh cinta..lagu2 dia best...sekarang ni...kalau ada masa sekejap idah mesti pasang lagu maher zain ni...Jangan mare ye...Jom kita hayati sikit lagu yang idah suka...


Pertunjukan Fesyen Abaya...

Assalamualaikum semua...Idah sekarang suka sangat dengan Fesyen Abaya...kalau tengok koleksi2 abaya ni mmg lah rasa best sesgt..cuma ada beberapa design Abaya yang Ekslusif masih belum mampu dimiliki...So hari ini idah nak kongsi bersama pertunjukan Fesyen Abaya yang idah tonton malam tadi..tgk kat you tube aje..:)


Wednesday, 12 May 2010

Mujahidah...Teruskan Mujahadah Mu



Wahai mujahidah,
Bila ku melihat semangatmu yang berkobar-kobar
Hatiku pun ikut tercabar
Tercabar kerna ingin menjadi sepertimu

Kental semangatmu tidak disangsi
Tidak mengenal apa erti putus asa
Setiap kekurangan cuba kau perbaiki
Setiap kelemahan cuba kau atasi
Setiap kesilapan cuba kau hadapi

Aku bangga melihatmu
Seorang mujahidah yang berjuang
Demi untuk menolong Tuhanmu
Dan menjunjung sunnah nabimu

Halangan, cabaran, tohmahan kau tolak ke tepi
Semakin dicaci semakin teguh kau berdiri
Usahkan mundur
Setapak pun tak mungkin berundur
Sucinya hatimu wahai mujahidah

Seluruh masa, harta, tenaga dan usahamu
Ikhlas kau salurkan untuk-Nya
Keyakinanmu untuk mengembalikan
Islam kembali Pasti menjadi realiti
Hakikat itu pasti terjadi

Walaupun mungkin hayatmu tak kesampaian
Untuk menatap saat-saat kegemilangan
Namun itu bukan penghalang bagimu
Perananmu sudah kau laksanakan
Terserah kepada yang Esa untuk menentukannya
Berusahalah dan teruslah berusaha
Serahkan hasilnya kerana ia milik-Nya

Usah disesali harta yang telah kau infakkan
Usah ditangisi masa yang telah kau sumbangkan
Keyakinan terhadap janji Tuhanmu
Penawar bagi segala kedukaanmu

Syurgalah tempatmu
Istanamu teguh berdiri di sana
Para anbiya dan sahabat teman bicaramu
Pakaian indah pembalut tubuhmu
Makanlah dan minumlah semahumu
Semua untukmu Hanya untukmu
Yakinlah wahai mujahidah tercinta

Sunday, 9 May 2010

Lafaz Yang Tersimpan...Selamat Hari Ibu...

Assalamualaikum...

Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan dan memandikan kita. Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam.

Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita. Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai.

Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon. Kita membalas budinya dengan menconteng dinding di rumah.

Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya. Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak.

Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah. Kita membalas budinya dengan menjerit, "SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH."

Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dan sebagainya. Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih, setiap kali Ibu menghantar kita.

Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bola sepak. Kita membalas budi Ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita.

Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV. Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja Ibu keluar dari rumah.

Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan. Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada "TASTE."

Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk. Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik.

Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira. Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan.

Apabila kita berumur 19 tahun Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang, sampai ke hostel kita. Kita membalas budi Ibu, dengan bersalaman dengan Ibu di luar dorm, takut malu dilihat kawan-kawan.

Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin kita ada boyfriend/girlfriend ke? Kita membalas budi Ibu dengan berkata --- " Ibu ni kepohlah!!"

Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, "saya tak mahu jadi macam ibu!!"

Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal dirumah sendiri - Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru. Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana Ibu yang belikan.

Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga - Ibu menangis gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita. Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometer jauh dari Ibu.

Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menelefon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi, anak kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, "Zaman sekarang lain Ibu..!!!!"

Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menelefon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung. Kita membalas budi Ibu, dengan berkata - "saya sibuk!!!!"

Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang. Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa sedikit buah apple dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera.

Dan kemudian, pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu. Ingat, selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu dan jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu.


Tuesday, 11 December 2007

Afifah Hanani Permata Pertamaku

Tanggal 14/05/2007 anakku dilahirkan di hospital Dungun,Terengganu tepat jam 5.35pagi waktu Malaysia. Alhamdulillah anakku dilahirkan dalam keadaan yang sihat walafiat dengan beratnya 2.87kg.

Aku panjatkan kesyukuran dengan kelahiran cahaya mataku ini..yang paling menyayat hatiku sebagai isteri dan ibu apabila melihat airmata mengalir diwajah suamiku tatkala menatap wajah cahaya mata kami.Di saat suamiku melaungkan azan dan iqamat ditelinga cahaya mata kami,airmataku mengalir kegembiraan.

Kami berikan nama cahaya mata kami Afifah Hanani Binti Afizullah.

Afifah yang bermaksud suci, terpelihara semoga anakku akan mewarisi sifat-sifat yang dimiliki oleh srikandi Islam yang terbilang.

Hanani membawa maksud kesayanganku yang akan menjadi buah hati dan permata hati Ummi & Abah.

Disaat aku menyiapkan blog ni anakku sudah pun menjangkau 7bulan. Mari kita lihat aksinya sejak dari lahir hinggalah dah besor ni...hihi..

Catatan : Idah update post ni semula pada 20/01/2023 namun video2 dah missing and action. Hilang dah. hanya ada catatan sahaja. 

Idafizart
Sihat itu jihad
Pengedar Sah Shaklee 
Master Stokis MAB