Assalamualaikum dan Salam Manis buat sahabat AFIZART
blog,
Semoga dalam keadaan sihat walafiat semuanya.
Alhamdulillah untuk entry kali ni insya Allah Idah nak bantu sahabat kurus
sebelum raya. Kurus ni selalu menjadi topik hangat bila kita berjumpa dengan
kawan-kawan kan? Idaman dan impian semua.
Setiap kali tahun baru, antara wishlist kita
mesti ada salah satunya kita tulis, “aku nak kurus tahun ni”, “aku nak dapat
berat idaman aku tahun ni”. Percayalah, bukan sahabat sahaja termasuk Idah
sendiri. Kita ada impian, insya Allah jom sama-sama kita realisasikan impian kita.
Insya Allah Idah akan bantu sahabat sebab Idah sendiri
sudah melalui proses dan perjalanan menurunkan berat badan Idah bermula pada
Syawal 2019. Idah akan kongsikan juga tip untuk sahabat jadi lebih kuat semangat
untuk meneruskan usaha dapatkan berat idaman dan juga mempunya mindset yang
kuat. Alhamdulillah memang berkesan.
Idah Berjaya turunkan berat dari 73.4 kg hingga dapat
berat 55 kg dalam tempoh 3 bulan. Idah ada kongsikan gambar dan perjalanan Idah
kurus di posting, “Pengalaman Sendiri Kurus Tanpa Supplements”.
Kenapa Perlu Kurus?