Friday, 10 March 2023

Bisnes Shaklee | Dapat Duit Raya Awal dari Shaklee


Bismillah, 
Hi sahabat AFIZART blog. Semoga sahabat sentiasa dalam keadaan sihat walafiat. Baca tajuk dah best kan?  
 
Dapat Duit Raya Awal dari Shaklee
 
Alhamdulillah Raya tahun ni nampaknya pengedar-pengedar akan tersenyum kegembiraan sebab tarikh bonus Shaklee jatuh pada tengah bulan iaitu pada 14 April, iaitu sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri 1444h. Alhamdulillah banyak perkara kita boleh bahagikan untuk keperluan dan persiapan raya.

Sepanjang menjalankan bisnes Shaklee dan pengalaman bersama dengan komuniti Shaklee, so far belum pernah lewat menerima bonus Shaklee. Geng duit raya awal itulah team dan organisasi kami, pengedar-pengedar Shaklee Malaysia. Dan kebiasaannya, bonus akan masuk lebih awal dalam dua ke tiga hari macam tu. Namun tetap on time, Alhamdulillah. 
 
Sudah 9 tahun Idah join ahli, pernah aktif berbisnes Shaklee dan juga pernah " merehatkan diri" selama 6 tahun, namun syukur Alhamdulillah Idah tetap menerima bonus dari Shaklee. Kadang 2 angka, kadang 3 angka, walaupun hanya makan sendiri kerana setiap bulan Idah akan kumpul point secukupnya. Ahli makan sendiri berkongsi ID dengan orang lain, ada manfaatnya juga kan? Best tau, sambil makan, dapat cash bonus dan part paling best macam bulan hadapan bonus jatuh sebelum raya Syoknya Raya. 

Alhamdulillah, Haza Rahmatun Min Robbi

Team Idah masih ramai yang mengamalkan sendiri tanpa berbisnes, namun Idah rasa seronok dan gembira dapat membantu sahabat-sahabat lain melalui Shaklee, samada dengan kesihatan mahupun menikmati cash bonus. Rasa happy dan seronok dapat membantu anak-anak team dapat bonus walaupun baru dua angka, tiga angka sebulan. Nikmat perasaan menggembirakan orang lain itu memang luar biasa. 

Yes! amazing dan sukar digambarkan dengan kata-kata. Haza Rahmatun Min Robbi.

No wonder lah para upline yang sudah memiliki income bonus jauh lebih besar, mereka suka memberi. Sungguh memberikan inspirasi pada Idah untuk mengikuti jejak langkah mereka. Jutawan Shaklee yang kaya jiwanya, mengumpul ladang pahala melalui bisnes Shaklee. 

MasyaAllah Tabarokallah


Tawaran best untuk sahabat, ada plan nak cari duit raya? Jom jadi dropship untuk Projek Raya. Kita buat sama-sama dan Idah guide sahabat. Boleh klik di sini.

Duit Raya Awal Dari Shaklee Tahun Ini

Apa perancangan sahabat? Bonus banyak, enjoy ke?
 
Sabar sahabat. Tarik nafas lepas. Jom kita senaraikan apa yang kita boleh buat apabila terima Duit Raya Awal Dari Shaklee ini. Kenapa perlu senaraikan? Ini untuk mengelakkan diri kita lalai dengan dunia dan terlalu memandang kepada “benda” iaitu DUIT semata-mata. Dalam rezeki ada tercatat rezeki untuk orang lain. Setuju ke setuju?

Allah berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 254 dan maksudnya ;
"Wahai orang-orang yang beriman! Infakkanlah sebagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari ketika tidak ada lagi jual beli, tidak ada lagi persahabatan, dan tidak ada lagi syafaat. Orang-orang kafir itulah orang yang zalim."
Dan sambung lagi Al Baqarah ayat 270 -271, maksudnya ;
" Apa saja yang kalian nafkahkan atau apa saja yang kalian nazarkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang berbuat zalim, tidak ada seorang pelindung pun baginya. Jika kalian menampakkan sedekah (kalian), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kalian menyembunyikannya dan kalian berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagi kalian. Dan Allah akan menghapuskan dari kalian sebagian kesalahan-kesalahan kalian; dan Allah mengetahui apa yang kalian kerjakan."

Apalagi sahabat?  Jom kongsikan. 
 
Ini hanyalah sebagai satu senarai semak yang Idah cadangkan. Sahabat boleh buat target ikut apa yang sahabat perlukan ye. Macam Idah sendiri, Insya Allah perancangan belanja duit raya dari Shaklee, Idah nak gunakan untuk seperti yang Idah senaraikan di atas. Insya Allah. Semoga Allah pilih Idah menerima bonus yang lebih banyak bulan ni. Aamiin.

Bestnya dapat banyak bonus Shaklee, lagi banyak dapat, lagi banyak boleh memberi kepada orang lain. Perasaan dapat memberi ni sangat luar biasa, boleh membuatkan hari yang kita lalui rasa tenang dan indah. Satu kegembiraan, ketenangan dan kesronokan apabila melihat orang yang menerimanya dengan wajah ceria, gembira, rasa syukur dan mendoakan kita, itu satu kepuasan pada Idah. Terutama sedekah Ramadan dan duit raya. 
Ya Allah pilihlah aku menjadi di kalangan orang-orang yang berjaya , menjadi salah seorang Jutawan Shaklee, Master Coordinator Shaklee Malaysia dengan bonus yang menjangkau akal fikiranku, rezeki yang tak di sangka-sangka, rezeki yang mengalir seperti air zam-zam yang memberi kebaikan kepada ummah. Peliharalah hati kami Ya Allah agar tetap pada agama-Mu. Cukupkan rezeki ku dan jauhkan hatiku daripada berasa riak dan ujub, jauhkanlah. Allahumma Ya Razzaq, Ya Hafiz Ya Muhaimin. Aamiin. 
Idah sebagai surirumah, apabila ada income sendiri hasil daripada berbisnes, Alhamdulillah dapat Idah gunakan untuk keperluan dan impian  sendiri, belanja keluarga makan-makan, memberi hadiah dan insya Allah nak membantu mencukupkan keperluan keluarga, membeli impian anak-anak dan suami. Impian ni tak tertakluk kepada material yang boleh nampak sahaja kan sahabat, malah boleh meliputi impian yang sukar untuk dicapai namun ditulis, disebut setiap hari sebagai satu jurnal kesyukuran dan doa. 

Bersama Shaklee, Genggam Impian 

Idah pernah ditanya oleh anak kedua ketika itu usianya 12 tahun, pertanyaannya membuatkan Idah terkedu dan merenung ke dalam diri ; 

"Ummi nanti Angah dah 15 tahun, umm kaya tak?” 

Lalu Idah menjawab kenapa dia bertanyakan soalan begitu. Dan di jawabnya spontan, 

“Angah nak beli impian Angah. Itupun kalau ummi dah kayalah, andainya belum kaya juga Angah tak bagtaulah impian Angah tu.”

Terkedu dengan soalan tersebut, Idah biarkan ianya tanpa jawapan namun ianya membakar semangat dalaman Idah untuk jadikannya sebagai BIG WHY dan PUSH FACTOR untuk Idah keluar dari comfort zone. Baru Idah tersedar, semakin anak-anak membesar sebenarnya lagi banyak amanah, tanggungjawab, impian dan harapan mereka malah diri sendiri yang perlu dicapai. Hidup bukan di dunia sahaja kerna kita bakal pulang ke kampung akhirat satu saat nanti. 

Dan Idah nampak impian dan hala tuju dalam bisnes Shaklee. Upline-upline adalah contoh terbaik. Mereka semuanya adalah proven result bagaimana mereka merealisasikan impian mereka dengan bisnes Shaklee. Jadinya tidak mustahil bagi seketul insan bernama Zubaidah binti Arba’I, insya Allah boleh merealisasikan impian-impiannya dengan bisnes Shaklee. Follow apa yang mereka buat tanpa banyak alasan dan teruskan perjuangan hingga ke saat akhirnya. 

Ada di kalangan upline-upline membongkarkan rahsia bagaimana mereka menguruskan bonus yang mereka perolehi daripada bisnes Shaklee.
  • Ada yang buka sekolah Tahfiz, Madrasah
  • Ada yang menaja pakej umrah
  • Ada yang berinfaq bersedekah dengan jumlah yang luar biasa
  • Ada yang buat surau, sekolah Pasti, masjid
  • Ada yang mengeluarkan modal yang besar untuk menaja organisasi dan team untuk melihat kejayaan bersama. Nak lihat orang lain menikmati bonus seperti yang mereka miliki. MasyaAllah.
  • Ada yang sudah pun travel satu dunia
  • Ada yang sudah mewariskan bisnes Shaklee kepada anak-anak dan mereka menikmati bonus Shaklee

MasyaAllah bestnya kan jadi orang kaya yang berjiwa akhirat ini?

Cara mereka berfikir, bertindak, cara pandang yang berbeza dan jauh ke hadapan kerana mereka sedar dan sedia tahu dalam rezeki mereka ada hak orang lain. Sedekah mereka luar biasa. Boleh terbeliak juga mata bila sesekali mereka kongsikan. Terdetik dihati, “aku pun nak begini, bersedekah tanpa syarat.”

Idah nak rebut peluang yang Shaklee tawarkan terutama pakej Umrah VIP dan melancong ke seluruh dunia bersama Shaklee. Idah suka travel. Idah mempunyai impian untuk mengembara ke seluruh pelusuk dunia kerana Idah ingin melihat sendiri kesan-kesan sejarah tamadun awal para anbiya’ disamping menikmati keagungan, kecantikan dan keindahan alam ciptaan Allah ini.  

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran dan menggalakkan umat manusia supaya berkelana ke setiap pelusuk dunia. Malah ada lebih daripada satu ayat di dalam Al-Quran yang menyebut perkataan "berjalanlah" atau "mengembaralah" di muka bumi.

Surah Al Mulk ayat 15, bermaksud ;
“Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula.”

Jadi mengembaralah. Itu salah satu tanggungjawab kita sebagai Muslim. Kembara dengan hati, kembara dengan iman. Insya Allah semoga Allah pilih Idah agar dapat merealisasikan impian Idah ini, Aamiin. Tahun ini, insya Allah Shaklee akan membawa semua pengedar-pengedar yang layak ke sini ๐Ÿ‘‡. Segalanya Shaklee sediakan termasuklah duit poket untuk shopping. Masya Allah, best ke best? Duit bonus boleh simpan atau plan untuk lain-lain tujuan. Best kan komuniti Shaklee ni?

Amalan Kekal Selepas kematian
Maksudnya: Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.
Muslim, Sahih Muslim bi sharh al-Imam Muhyiddin al-Nawawi, Kitab wasiyyah, jld. 11, hlm.87.

Idah musahabah diri bila baca hadis ni. Sahabat nak tahu salah satu sebab Idah memilih untuk fokus menulis dan berkongsi di blog adalah untuk menyampaikan ilmu. Semoga dengan penulisan Idah, harapan dan doa Idah agar ianya menjadi sedekah jariah seperti yang disebut dalam hadis di atas. Idah nak memanfaatkan ilmu kesihatan, nutrisi dan juga berkongsi tentang #dakwahitucinta kepada para pembaca blog AFIZART. Insya Allah blog ini Idah akan wariskan kepada anak-anak untuk mereka meneruskan menulis. Alhamdulillah, Allahumma Ya Baarik.

Semoga setiap pengunjung blog AFIZART dapat sesuatu yang bermanfaat bila membaca bait-bait tulisan di sini dan semoga pahalanya terus mengalir ketika kami suami isteri sudah tiada lagi di dunia ini, seperti para ulama dan ilmuan Islam terdahulu.

Bersama Shaklee, Realisasikan Impian
 
Alhamdulillah, tahukah sahabat ada banyak ganjaran besar yang boleh dinikmati daripada bisnes Shaklee. Antaranya adalah 3 perkara di bawah ;
  • Peluang Bisnes Shaklee semudah 3C
  • Unlimited Bonus
  • Trip Mewah Shaklee
Dan Idah ada menulis tentang 9 perkara Kenapa Komuniti Shaklee Best. Sahabat boleh baca ye. Mana tahu Allah jentik hati sahabat untuk join ahli dan berbisnes Shaklee. Ada banyak peluang menarik dan Idah rasa seronok dapat bantu lebih ramai orang menikmati peluang dapatkan duit raya awal atau duit bonus Shaklee setiap bulan melalui bisnes Shaklee. Mahu ke mahu? Besar atau kecik bonus itu, bergantung pulak pada usaha kita ye sahabat. Nak RM200, RM500, RM1000 malah RM10,000 sebulan pun boleh. 

Apa yang lagi menarik ialah modal pun rendah sahaja, tak perlu buat loan/ pinjaman sampai beribu-ribu namun kejayaan dalam bisnes Shaklee pasti membuatkan sahabat mendapat duit raya awal dari Shaklee atau duit bonus Shaklee bulanan mencapai 3- 4-5-6 angka daripada Shaklee! Tidak mustahil sahabat!

Bonus Shaklee adalah tak terhad!

Sahabat nak tahu berkenaan pay to infinity ni, dari tahun 2020 hingga tahun 2022, untuk tempoh 3 tahun itu Shaklee telah membayar sebanyak RM372 juta bonus Shaklee kepada semua pengedar dan ahli Shaklee yang layak. 

Masya Allah banyakkan? 

Dalam Shaklee takde limit bonus yang kita boleh dapat, pastikan kita layak dapat, insyaAllah Shaklee akan bayar kepada kita duit raya awal atau bonus Shaklee setiap bulan. Idah pernah lihat income bonus master-master Shaklee Malaysia, Haza Rahmatun min Robbi RM50k, RM80k, RM95k, RM100k, RM200k dan RM750k. Jenuh nak kira kosong. ๐Ÿ˜„

 

๐Ÿ‘‰Jom Buat Duit Raya, Dapat Bonus 14hb April 2023

Insya Allah bulan ni apa yang kita tuai, hasilnya kita bakal nikmati bulan hadapan yang sudah hampir dengan Raya Aidilfitri. Jom sahabat join team dropship Duit Raya dengan Idah. Insya Allah Idah guide sahabat untuk capai impian sahabat. Apa paling penting sahabat mahu dan bersungguh-sungguh buat, fast action fast result.


Syaratnya, pertama sekali sahabat mesti join ahli, yuran serendah RM35 sahaja. 
Nak percuma keahlian? Insya Allah boleh dan ada cara, boleh terus klik di sini.  

๐Ÿ‘‰Siapa yang boleh buat duit raya awal dari Shaklee ini?
  1. Sahabatlah. Iye betul. Terbuka kepada semua.
  2. Surirumah yang ingin menjana pendapatan sendiri
  3. Orang yang bekerja
  4. Pelajar
  5. Lelaki atau wanita
  6. Tidak Kenal Usia
  7. Berpengalaman atau tiada pengalaman
Ayuh mulakan langkah kita sahabat. Mulakan dengan langkah kanan. Mulakan langkah dengan berani. Kalau berani tak usahlah takut-takut lagi. Jika takut jangan berani-berani. Boleh ke boleh?
Sv Zubaidah Arba'i
Sahabat nak capai impian bersama Shaklee, Idah mengalu-alukan kehadiaran sahabat dalam team Idah iaitu AFIZART GROUP, jom kita bina impian, realisasikannya dan jana pendapatan tanpa had. Jadikan Shaklee sebagai bisnes sahabat, sertai komuniti Shaklee kami.

We’re together!
Allah bersamamu, Allah menjagamu, Allah melihatmu.

Idafizart
Sihat itu Jihad. Hidup untuk memberi. Perlu ada mindset beri manfaat kepada orang lain.
Sahabat nak order SHAKLEE, boleh klik ni ye : SAYA NAK SHAKLEE



2 comments:

  1. Seronoknya, duit yang banyak sebagai jambatan dan bekalan akhirat untuk di sana Insyaa Allah

    ReplyDelete