Monday 9 August 2010

Alhamdulillah....Update 09/08/10

Entry hari ni tak de kena mengena dengan tajuk..sbbnya idah nak cerita mcm-mcm..ihihihik:) apa pun layan ajelah merapu idah ni ye...ni kes dah byk sgt nak cerita tapi tak sempat nak tulis hari-hari..so dikumpulkan menjadi satu...

Syukur alhamdulillah walaupun sudah agak lewat namun idah rasa bersyukur kerana masih ada kesempatan ALLAH SWT berikan pada idah untuk melangsaikan hutang2 puasa yang berbaki pd tahun lepas punya...Pengajaran di sini akan datang wajib puasa ganti lebih awal...Insya ALLAH azam tahun ni kalau boleh jika puasa ganti nak habiskan dalam bulan syawal juga...ameennn..

Oh ye...Jumaat dan Sabtu lepas Idah berkesempatan ke Nilai Negeri Sembilan dan ke Ipoh Perak...Perjalanan yang agak panjang dan memenatkan...Tujuan asal kami sekeluarga hanya nak hantarkan buah-buahan pada adik di USIM...dan kata ayah nak shopping kat Nilai...tapi sedikit kecewa kerana ayah rushing nak ke Ipoh(rumah adik)... sampai Nilai pun dah petang hampir nak maghrib...so waktu yang terhad sempat jugaklah membeli-belah sehelai dua baju untuk anak2...Hajat dihati nak juga jalan2 sekitar Nilai 3,Nilai Square dan kawasan2 lain.

Jom layan gambar-gambar sebelum dan selepas ye...:)



sempat lagi posing 3 beranak sebelum bertolak...yang ni kakaknya letak tgn kat mulut pulak...dah kena snap sekali lagi..


yang ni pulak adik pulak buat hal..takpelah....enjoy


perjalanan dari KL-Nilai


time ni sangkut kat kesesakan lalu lintas dari Cheras-Ampang-Sungai Besi...byk betul kereta kat KL ni..kalau hari2 alami perkara mcm ni maunya stres juga...


Hah...inilah Thsirt Labuh Muslimah buat Hanani Ummi...Harga=RM13.90


Hah...inilah Thsirt Labuh Muslimah buat Hanani Ummi...Harga dalam RM15.90 aje...





Sunday 8 August 2010

Bedah Novel "HATIKU MILIKMU" Penulis Zaharah Muhammad

Bismillahirrahmanirrahim. 

Jeng..jeng..dap dip dup..cewah tajuk..oooppss jangan salah faham ye..tak de kena mengena dengan idah..hihi..cuma idah nak kongsi sebuah novel yang amat-amat idah suka baca.Insya ALLAH idah akan cuba berikan sinopsisnya sedikit. Bukanlah sinopsis sangat cuma lebih kepada kata-kata indah yang terdapat dalam novel ni. 

Monolog penulis dalam menjayakan watak novelnya. Saja nak buat sesi bedah buku, semoga suatu hari Hanani dah besar bolah baca apa minat umminya. 

Buat Hanani-hanani ummi, ummi sangat suka membaca novel fiksyen sains, action (terutama novel tulisan Ramli Awang Murshid(RAM) motivasi, islamik. Bab cintan cintun pun suka juga tapi lebih berbentuk islamik. Macam buku yang Idah nak kongsikan ini. Alhamdulillah idah suka penceritaannya. 

 

.
Isteriku Maafkan aku kerana kelekaanku membuatkan engkau terpaksa menjalani hidupmu yang pahit sendirian. Aku leka dengan kehendak nafsuku sehingga aku tidak menyedari kewujudan cintamu. Maafkan suamimu ini.. Aku dapat rasakan engkau berkecil hati denganku. Kerana itulah engkau mahu lari daripadaku. Engkau merasakan duniamu yang sunyi terlalu indah. Engkau merasakan dunia lukamu terlalu mahal. Kerana itu engkau sehingga kini seperti mahu lari daripada cintaku. Alhamdulillah..kini engkau tidak mampu lari lagi kecuali ALLAH memutuskan nafas kita sebagai penamatnya. Aku tidak akan membiarkan waktu membawa dirimu daripadaku walau sesaat. Kerana telah terlalu banyak cinta yang engkau berikan kepadaku.. dan kini adalah masa aku pula memberikannya kepadamu. Dan janganlah rasa bersalah... kerana aku memberikan apa yang ku ada ini bukan kerana simpati, tetapi kerana hatiku ikhlas ingin memberikannya kepadamu. Isteriku... Tunggulah...engkau akan faham juga nanti..Engkau akan faham juga nanti apa yang ada di dalam hatiku. Jangan engkau cuba lari dari kenyataan ini kerana CINTA KITA BUKAN ILUSI.

 

Di atas adalah sinopsis yang terdapat di belakang novel. Sungguh indah kan. Coretan seorang insan yang telah bergelar suami..dicatatkan khas buat isterinya yang selama ini menyimpan cinta kepadanya..Sejak dari zaman belajar..cinta terpendam...akhirnya bersatu jua...Aturan ALLAH sungguh hebat..Maka nya letakkanlah yang utama CINTA KEPADA ALLAH..insya ALLAH kita akan peroleh cinta daripada manusia....dengan izinNYA.. Bawah ini pulak, monolog watak novel " Aisyah" yang sedang berperang dengan peperangan batinnya...Nak tahu lebih lanjut kena belilah novel ini ye..ihik..suspen aje..:- 

 

Page 233:- Tetapi kini aku benar2 diuji olehMU. Apakah aku benar2 mampu melaluinya tanpa cinta manusia terhadapku, tanpa cinta orang yang aku cintaimu. HambaMu ini sedar ya ALLAH. Engkau benar2 menguji hatiku! Tidak akan kutahu betapa lemahnya cintaku kepadaMU sekiranya aku tidka diuji begini. Tidak akan kutahu betapa aku lebih cintakan dunia daripada cinta kepadaMU sekiranya Engkau tidak membawanya pergi dari hidup dan mataku. Tidak akan kusedar hakikat diri ini yang sebenarnya..Ya ALLAH...

 

Sahabat nak tau keseluruhan ceritanya, boleh dapatkan Novel ni di kedai2 buku ye. Idah sangat sarankan novel ni pada gadis remaja untuk membacanya.

 Semoga bermanfaat.

 

Thursday 5 August 2010

Ruang Inspirasi untukku bernafas lega....








sumber :- kredit to google

Nota Kaki :- masih cuba mengekalkan momentum utk terus rajin menulis..namun kekdng rasa kekeringan idea seringkali membuatkan Idah membiarkan blog ini terus bersawang...mungkin juga tiada siapa pun baca..ihik:) syok sendiri...tak kisahlah kan...

Tuesday 27 July 2010

Aisyah dengan CD barunya....

Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat semua...

Sudah bersawang-sawang blog idah ni tanpa dikemaskini dengan cerita-cerita,kisah2 dan info2 terkini. Seperti biasa kengkangan masa membuatkan idah tidak menulis hampir seminggu.Insya Allah semoga malam ni idea untuk idah terus menulis akan datang.

Malam ni tetiba tercetus idea idah nak bercerita tentang CD...sesuai dengan tajuk entry idah pada malam ni..(padahal dah masuk pagi...ihik:). CD..CD...CD...apa tu CD..."compact disk" ke.... ishk...ishk...bukan ye...Hah meh Idah nak bagitahu...Almaklumlah sekarang ni penggunaan CD atau nama penuhnya "Cloth Diapers- Lampin Kain versi moden" semakin popular dikalangan para ibu di Malaysia ni. Kalau tak silap idah teknologi CD ni popular dalam tahun 2008/2009...(maybelah sbb idah tak cari pulak info yang tepat).


koleksi pertama CD Aisyah

Apa itu cloth diaper?

Dalam bahasa mudahnya cloth diaper ialah lampin kain. Dengan kata lain, CD ialah lampin kain yang telah di‘upgrade’ sesuai dgn peredaran zaman sehingga mampu berfungsi seakan-akan lampin pakai buang. Paling penting, CD boleh dibasuh dan dipakai semula. Terdapat beberapa jenis CD masa kini, antara yg banyak digunakan adalah pocket diaper, fitted, all-in-one (AIO) dan juga all-in-two (AI2).

Kelebihannya?

Penjimatan untuk jangka panjang dan kesihatan bayi lebih terjamin kerana tidak terdedah kpd bahan kimia yg terkandung dlm lampin pakai buang. CD juga mengurangkan masalah ruam lampin dan gatal di kalangan bayi.

Kelebihan yang lain?

CD adalah one-size iaitu sesuai untuk bayi baru lahir sehingga berusia 3 thn (dari 3 -13kg) ataupun saiz S, M dan L dalam satu. Jadi, beli sekali tahan 3 tahun dan boleh disimpan utk anak yg seterusnya (bergantung pada cara penjagaan dan pengendalian juga). Selain itu, bayi juga lebih cepat belajar buang air di tandas (early potty training). CD kini tampil dgn pelbagai rekaan, warna dan corak yg sangat menarik. Fitting dan cuttingnya juga cantik dan kemas serta selesa dipakai. Cara pemakaiannya juga sangat mudah, sama seperti lampin pakai buang. Juga mudah saja dibasuh dan cepat kering kerana diperbuat drpd kain yang ringan, lembut, selesa dan mempunyai pengudaraan yang baik untuk kulit bayi.
info dan artikel from :- http://happy-clothdiapering.blogspot.com/search/label/Cloth%20Diaper


So nak dipendekkan ceritanya bagaimana Idah dan En.Kanda boleh terfikir nak bertukar kepada CD ni. Panjang ceritanya.Maka nya Idah nak pendekkan sahaja. Di awal tahun 2009 Idah sudah mendengar, membaca dan diperkenalkan CD ni oleh seorang kawan dalam dunia internet ni. Namun ketika itu tidak tergerak hati langsung nak mengubah apa yang telah sekian lama terbiasa iaitu menggunakan pampers pakai buang. Pernah juga idah sarankan pada en.kanda, namun ketika itu en.kanda berkata dia lebih rela pakai pampers daripada menggunakan CD ni. Ye lah waktu tu tak terfikir dan tak terkaji pun apa sebenarnya kebaikan pakai CD ni.

Tup-tup dalam bulan May 2010, Idah berkenalan dengan seorg adik dalam FB ni. Suatu pertemuan yang seterusnya ukhwah terbina dan ikatan terjalin..(cewah ayat2 skema lak..) Alhamdulillah waktu itu Allah temukan Idah dengan insan yang bernama Siti Maisarah atau lebih dikenali dengan nama "Ummu Habib". Pertemuan terjadi kerana kami sama2 peminat abaya atau dikenali sbg jubah hitam yang tegar.Berikutan disitu terjalin sehingga pertemuan yang tidak disangka diMesra Mall kerteh di hadapan surau merapatkan ukhwah kami.(amboi panjangnya intro...padahal nak cerita bab CD aje..takpe layan..selagi idea masih byk ni.) Berkenalan dan bertukar2 link blog...Maka nya disitulah baru idah tahu yang Ummu Habib ni berniaga CD. Kebetulan En.Kanda pergi satu program...tetiba balik tu en.kanda berceritalah pasal CD yang isteri kepada sahabatnya berniaga secara online produk CD ni.

Hah! Pucuk dicita ulam mendatanglah....Nampak mcm en.kanda berminat aje.Ye lah mesti kawan2 ada bercerita pasal kebaikan CD ni. En.kanda pun mula surfing tentang web/blog isteri sahabatnya...wow boleh tahan harganya dalam RM40 ke atas. Namun sudah tersurat....baru idah teringat yang Ummu Habib ada jual CD....Hah..disitulah bermulanya sebuah pertemuan yang erat...disamping minat yang sama, kami bertukar-tukar idea dan barang dagangan(cewah dah mcm buat bisnes besar2 pulak)...Idah berniaga produk fesyen muslimah seperti abaya,jubah,busana, kelengkapan pakaian muslimah dan produk kesihatan. Ummu habib pulak lebih fokus kepada produk anakku. Maka nya belilah CD jenama QQbaby....

Bermula episod baru dalam pemakaian lampin moden dalam kehidupan anakku yang kedua :- Aisyah Hanani yang baru berusia 1tahun 8bulan...So sekarang Aisyah suka sangat kalau dipakaikan CD...Aisyah dan kakanya gelar CD ni..."ummi...ummi...pampers baru aisyah..."
Oklah nnt sambung lagi ye...layan gambar Aisyah dengan Cdnya...nnt idah upload lagi deh...



oooopppssss....agak seksi sikit....Aisyah dengan CD barunya...ngaummmmmm corak rimau pulak...

Sunday 18 July 2010

Coretan dihujung minggu...Salam Sayang!

Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat semua...

Lama sungguh idah tak update blog..seperti biasa ketandusan idea dan cerita. Ada cerita tapi kekadang hilang ayat untuk mengarang. Jika asyik cop and paste sahaja rasanya tiada kesoronokan dalam menulis. Erm banyak cerita yang nak dikongsi namun itulah masih tercari-cari dan mencari-cari ayat-ayat utk dikarang. Apa kaba agknya kawan-kawan blogger semua? Maaf lah sungguh lama Idah tiak menjengah blog kalian..jadinya blog idah juga tiada kunjungan...ihik..iye ke?kepada yang sudi berkunjung terima kasih ye..

Oh ye Khamis lepas idah puasa..Teringin sangat nak makan pizza...cewa konon-kononnya rajinlah apalagi mulalah buat blog walking ke blog2 chef-chef ni. Wah bestnya bila masuk blog chef ni..pelbagai resepi, makanan yang disajikan dengan pelbagai citarasa. Bestnya kalau ada minat memasak tu dalam diri Idah kan. Idah ni bukanlah seorang anak,adik,kakak,isteri dan ibu yang rajin masak....ihik..masak sekadarnya bolehlah..Namun begitu Idah cukup minat dalam bidang masakan yang lebih fokuskan kepada roti.


gambar ini semua kredit to google ok!


Sebabnya Idah suka sangat roti. Muka pun dah tembam mcm roti juga. Idah juga sangat2 sukakan kek. Namun Kek yang idah suka ada dalam 2-3jenis sahaja. Cheese cake dan choc cake. Dua2 ni memanglah favourite idah. wah sedapnya kalau makan kek hari-hari tapi tidak menggemukkan...




Dalam Idah berblog walking idah terjumpa satu blog yang pada idah cara penyampaian dia dalam menulis tu santai sahaja namun mmg membuatkan idah rasa terliur sahaja tgk menu2 nya. Blog Kak Yatie yang kini berada diperantauan. Suka tgk menu2 resepinya seperti pizza,roti...wah sedapnya. Ada lagi satu blog tu, idah suka juga..kemas sahaja cara penyampaiannya iaitu Blog Madihaa. Dua-dua ni Idah baru nak berkenalan.Semoga ukhwah dibina insya Allah.

Oklah nnt idah sambung lagi ye. Oh ye sebelum idah beransur jom layan beberapa keping photo bunga sakura ye...Yang ni idah amik daripada album kakak ipar idah yang berada di Jepun sekarang..Idah suka bunga sakura..











Wednesday 14 July 2010

Zuriat Berkat

Salam sayang...salam ceria di hari ini...Dimulakan dengan bismillah idah mulakan menulis...Oh ye hari ini idah nak paste artikel daripada blog isteri UZAR...idah rasa sangat-sangat bagus untuk dikongsi bersama...Jom kita baca artikel di bawah ye.Semoga dapat di manfaatkan bersama.

“Tak apa ke ni?” suami bertanya sambil merenung ke anak mata saya, meminta jawapan pasti.

“InsyaAllah, As ok..” balas saya. Si kecil Husna, terus leka bermain. Manakan dapat dia memahami resah dan debar yang sedang membelenggu jiwa ayah dan ummi.

“Rasanya, lambat lagi ni. Lagipun, tempat kuliah abang malam ni tak berapa jauh kan…abang pergilah. Kasihan pula para jemaah yang menunggu,” saran saya dengan nada memujuk bertujuan menenangkan debar dan ragu.

Sembilan bulan berlalu, dan hasil pemeriksaan doktor sewaktu rawatan antenatal petang tadi menunjukkan kemungkinan untuk saya melahirkan pada malamnya. Saya sendiri tidak menduga secepat itu, lantaran tarikh jangkaan akan tiba beberapa hari sahaja lagi. Tambahan pula, saya lansung tidak mengalami rasa sakit yang mengganggu, sama sekali tidak sama seperti pengalaman melahirkan anak pertama lebih kurang dua tahun yang lalu.

Namun, ketentuan Allah mengatasi segala andaian dan jangkaan manusia. Bermakna, dalam tempoh beberapa jam sahaja, saya dan suami bakal menimang cahaya mata kedua.

Kerana itu suami agak keberatan untuk pergi. Bimbang, saat ketiadaannya, saya akan melahirkan tanpa sesiapa di sisi. Lebih-lebih lagi, doktor yang merawat menyarankan agar saya segera masuk ke wad bersalin sebaik selesai pemeriksaan petang tadi.


PRIHATIN AURAT
“Kalau macam tu, As rehat dulu..tak payah buat kerja-kerja lain. Selesai je kuliah, abang terus balik ke rumah. As ready ya,” suami berjanji. Masih dengan debaran yang belum reda.

Saya tersenyum. Rasa kasih menjalar ke sanubari melihat belas yang ditunjukkan suami. Betapa saya bersyukur memiliki suami yang amat prihatin sepertinya. Sejak dari anak pertama lagi, beliau tidak pernah gagal menemani saya ke klinik untuk rawatan dan pemeriksaan antenatal.

Juga, seperkara yang tidak mungkin saya lupa, kesungguhan dan ketegasannya menjaga aurat seorang isteri.

Walau dalam keadaan kewangan yang begitu sederhana, dengan hanya suami seorang bekerja, sementara saya masih bergelar surirumah sepenuh masa, beliau tetap berusaha dan memastikan saya beroleh rawatan terbaik dari ‘sentuhan’ tangan seorang doktor perempuan. Doktor Muslimah, pastinya satu keutamaan.

Lantaran itu, beliau sanggup mengeluarkan peruntukan yang lebih untuk mendapatkan khidmat rawatan dari hospital swasta Islam. Padanya, biar berlebih sedikit mengeluarkan duit, asal hukum berkait aurat isteri tetap terpelihara dan terlaksana.

Dan pada kandungan kali ini, merupakan yang kedua kalinya saya akan melahirkan di Pusat Rawatan Islam Kohilal di Taman Melawati. Memandangkan jarak di antara pusat rawatan ini dengan rumah kami di Taman Sri Gombak tidak berapa jauh, hanya mengambil masa beberapa minit sahaja, juga harga bagi pakej bersalin yang ditawarkan amat berpatutan dengan mutu perkhidmatan yang baik dan meyakinkan.

MENGAMBIL MUDAH
Peristiwa di atas telah lama berlalu. Anak kedua yang dilahirkan juga telah genap berusia sembilan tahun pada 26 Jun yang lalu. Dan, dengan rezeki dan kurniaan dari Allah, cahayamata ketiga dan keempat yang menyusul selepas itu juga selamat melihat dunia dengan doktor dan jururawat Muslimah yang menyambut ‘ketibaan’ mereka.

Alhamdulillah.

Namun…

Perasaan saya berbaur. Terkilan, kesal dan sedih yang amat bila menerima dan membaca emel yang diterima dari seorang wanita. Beliau ingin meminta pendapat dan pandangan saya mengenai seorang ahli keluarganya, yang bergelar seorang ustazah, tetapi masih terus mendapatkan rawatan dan pemeriksaan bulanan kandungannya daripada doktor berlainan jantina.

Walau telah ditegur dan dinasihati memandangkan beliau dan suaminya bekerja serta mempunyai pendapatan yang agak besar, tetapi beliau tetap mempertahankan tindakannya dengan menyatakan pendapat bahawa, untuk tujuan perubatan, harus bagi seorang wanita Islam mendapatkan rawatan dari seorang doktor lelaki dan begitu juga sebaliknya. Khidmat rawatan yang diperolehi dari doktor yang sama jantina hanyalah afdal ( lebih baik ) sahaja, tidak lebih dari itu. Itu pandangannya.

Allahu Rabbi…dunia hari ini. Mereka yang ‘sepatutnya’ berilmu turut menjahilkan diri.

KERANA DARURAT
“Hari ni ustazah ada satu soalan uji minda untuk kamu semua,” saya berkata dengan wajah ceria. Para pelajar yang duduk sopan di dalam barisan, ramai yang tersenyum girang. Namun tidak kurang juga yang mengerutkan dahi tanda kurang senang. Bimbang soalan yang diberi, payah dan sukar sekali.


Ketika itu, topik yang dibincangkan ialah mengenai makanan yang halal dan haram dimakan. Ia merupakan salah satu tajuk perbincangan dari silibus Pendidikan Islam tingkatan satu.

“Baik…katakanlah suatu masa kamu sesat di dalam hutan. Dah masuk hari ketiga kamu tak makan. Dalam keadaan amat lapar itu, tiba-tiba melintas seekor anak babi. Nampak sedap. Kerana lapar, kamu tangkap anak babi tu dan kamu makan…” saya berhenti seketika memerhatikan gelagat anak murid di hadapan.

Ada yang saling berpandangan, ada yang menahan ketawa dan tersenyum-senyum sendirian. Tidak kurang juga yang mempamerkan riak muka geli geleman.

‘Eeeii…makan babi!’ mungkin itu lintasan di dalam hati.

“Ketika itu, apa agaknya hukum kamu makan babi tersebut?” saya mengajukan soalan. Ingin menguji akal dan pengetahuan para pelajar di hadapan.

“Mana boleh makan babi ustazah..haram,” getus satu suara di belakang.

“Bolehlah…kan keadaan macam tu dikira ‘darurat’. Kalau tak makan, boleh mati,” penuh yakin jawapan seorang pelajar di bahagian tengah.

BOLEHKAH?
Saya tersenyum senang. Jawapan yang diberi menandakan telah ada sedikit maklumat yang mereka fahami dan maklumi.

“Baik. Kita buat undian. Siapa yang kata hukumnya haram?” soal saya. Beberapa pelajar mengangkat tangan. Ada yang mengangkat setinggi yang boleh, menandakan keyakinan terhadap kebenaran jawapan, manakala sebahagiannya nampak malu-malu, hanya menebak dan mengikut kawan.

“Siapa pula yang bersetuju hukumnya boleh sebab darurat?” Sekali lagi saya bertanya. Soalan kali kedua ini memperlihatkan lebih ramai pelajar mengangkat tangan. Jumlah yang ada saya kira.

Hanya segelintir pelajar yang tidak mengangkat tangan pada kedua-dua soalan yang ditanya. Berkecuali. Kurang pasti barangkali.

“ Apa jawapannya ustazah?” Terdengar satu pertanyaan dari seorang pelajar di hadapan. Melihat sinar mata mereka, bagai menggambarkan rasa teruja dan tidak sabar untuk mengetahui jawapan sebenar.

“Jawapannya, mestilah haram…tak boleh..,”saya menjawab ringkas. Riuh rendah seketika suasana kelas bila mendengar jawapan yang tidak terduga itu.

Sengaja saya biarkan begitu, untuk melihat reaksi seterusnya. Kelihatan ramai yang terpinga-pinga. Tidak kurang juga yang ketawa gembira. Mungkin tak menyangka, jawapan ‘sekadar teka-teka’ mereka mengena.

BUKAN DARURAT
Senyuman di bibir melebar lagi. Saya pasti, baik yang memberikan jawapan haram atau tidak, masing-masing tidak mengetahui sebab sebenar mengapa dalam keadaan sesat di hutan seperti itu, masih juga tidak dibolehkan untuk makan babi.

“Keadaan seperti itu belum dikira darurat lagi. Ini kerana, terdapat banyak binatang lain yang masih boleh dimakan sekadar untuk menutup kelaparan. Siput babi adalah lebih baik dari babi, cacing tanah, pohon kayu, buah dan lain-lain semuanya masih perlu diutamakan dari memakan babi," saya membentangkan hujah agar mereka lebih memahami.

"Bukankah di hutan terdapat pelbagai benda yang boleh dimakan yang jauh lebih baik dari babi?" Saya menambah.

“Oleh kerana itu, tidak harus jika kamu yang sedang sesat ingin makan babi juga hanya kerana ia lebih sedap, menyelerakan dan gemuk berbanding cacing," tegas saya lagi disambut deraian ketawa semua.

Demikian juga keadaan yang perlu difahami dan disedari dalam situasi rawatan dan perubatan.

DARURAT YANG SEBENAR
Saya maklum bahawa di dalam keadaan darurat seseorang itu diharuskan melakukan sesuatu yang dilarang, sesuai dengan kaedah fiqhiyyah, ad-dharurat tubiihul mahdzurat. Contohnya, di dalam perubatan, bila berlaku hal-hal mendesak dan kecemasan, lebih-lebih lagi yang bersangkut nyawa dan kesakitan yang boleh melarat tanpa rawatan segera, dan keadaan tersebut tidak mungkin dihindari, juga tiada alternatif lain ketika itu, maka dibolehkan seorang doktor lelaki merawat pesakit perempuan, dan begitu juga sebaliknya.

Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah, bekas Mufti Besar Arab Saudi, juga pernah menegaskan :

"Doktor wanita hanya merawat wanita sahaja, dan doktor lelaki hanya merawat lelaki sahaja, melainkan di dalam kes yang darurat, jika seseorang lelaki yang menghidapi penyakit di mana pada masa itu tidak kedapatan doktor lelaki, maka di dalam kes ini adalah dibenarkan.” ( Fataawa 'Aajilah li Mansuubii al-Sihhah, m.s. 29 )

Situasi darurat yang membolehkan keadaan rawatan sedemikian juga berlaku di zaman Rasulullah SAW sendiri di mana para wanita Islam memainkan peranan sebagai jururawat di medan peperangan. Mereka ditempatkan di bahagian logistik dan juga perawatan. Mereka merawat dan mengubati anggota tentera yang luka dan parah.

Dalam kondisi sebegini, tidak dapat tidak, pasti berlaku sentuhan kulit dan anggota lainnya, namun hal ini dibolehkan ketika itu, untuk sementara waktu, kerana sifat peperangan yang darurat dan mencemaskan.

Selain itu, di dalam kitab Fathul Qadir jilid 8 halaman 98 ada menyatakan bahawa seorang sahabat Nabi SAW bernama Abdullah ibnu Az-Zubair pernah mengupah dan membayar khidmat seorang wanita tua yang merawat dirinya.

HILANG
Wajar difahami, bahawa kondisi darurat bukanlah sesuatu yang rutin dan berlaku setiap hari. Justeru, ia hanya bersifat sementara dan perlu diisi sekadarnya sahaja. Tatkala sebab yang menjadikan sesuatu itu darurat, telah luput dan hilang, maka hukum pengharamannya kembali semula.

Ini bersesuaian dengan satu lagi kaedah fiqhiyyah: ad-dharurat tuqaddar bi qadariha, iaitu sesuatu yang darurat itu harus diukur sesuai kadarnya.



Lantaran itu, bagi seorang perempuan yang mengandung, dalam situasi biasa tanpa apa-apa komplikasi, keadaan itu bukanlah sesuatu yang ‘darurat’ yang membolehkannya mendapatkan khidmat rawatan dan pemeriksaan bulanan dari seorang doktor lelaki.

Apa yang amat perlu difahami, tidak ada seorang pun yang dihalalkan untuk melihat aurat seorang wanita, kecuali suaminya. Apatah lagi, aurat ‘besar’nya. Maruah, kehormatan dan harga dirinya, semua itu terhimpun di ‘situ’.

Siapa lagi yang lebih layak dan dapat melindungi, kalau bukan seorang lelaki bernama suami?

Tambahan pula dewasa kini, sudah ramai doktor dan pakar sakit puan Muslimah, termasuk doktor wanita bukan Islam di Malaysia. Justeru, apa lagi alasan untuk tetap bermudah-mudah dalam hukum dan terus tegar menerima rawatan dari doktor berlainan jantina ?

Pada saya, hanya satu : Tepuk dada, tanyalah iman di dalamnya!

ZURIAT BERKAT
Akhirnya, marilah kita sama-sama merenungi, bahawa Rasulullah SAW telah mengajarkan kepada umatnya untuk selalu berdoa, memohon kepada Allah SWT agar diberi rezeki yang barakah.

“Ya Allah, anugerahkanlah keberkatan kepada rezeki kami, dan peliharalah diri kami dari api neraka.”

Anugerah anak dan zuriat adalah salah satu dari sekian banyak rezeki yang diberikan ILAHI. Justeru, tidak dapat dinafi, bahawa jiwa yang insaf dan sedar untuk memelihara hukum dan menjaga kadar keperluan terhadap keringanan yang ada padanya, InsyaAllah akan menjamin hadirnya keberkatan seiring dengan anugerah yang dikurniakan ini.

Moga-moga, dengan keberkatan yang dilimpahkan oleh Allah SWT sewaktu kelahiran seorang anak, akan memudahkan pula segala usaha ibu dan bapa untuk melahirkan zuriat yang soleh dan solehah. Seterusnya, berjaya pula menjelmakan generasi Rabbani yang tetap teguh berpegang kepada ajaran dan panduan ILAHI.

Sumber: http://ummuhusna99.blogspot.com/2010/07/zuriat-berkat.html

Monday 12 July 2010

Salam kasih sayang....Durian oh durian!

Banyak hari rasanya Idah tak update blog idah. Kesibukan melanda dengan urusan luar agak membataskan waktu dan masa idah menulis.Rasa sedikit cemburu dengan teman-teman blogger yang begitu rajin meupdate dan menulis blog setiap hari.Namun Idah cuba juga meluangkan masa untuk menulis.

Ok sepanjang Idah sibuk tu,Jumaat dan Sabtu pulang ke kampung menziarahi Tok sebelah En.Kanda yang uzur.Di samping ayah buat makan-makan untuk meraikan jiran-jiran sekampung.Menu nya pengat durian.Al maklumlah sekarang kan tengah musim durian dan buah-buahan. Syukur alhamdulillah rezeki lebih pada tahun ini, semua pokok durian berbuah.

Idah ni sebenarnya tak berapa suka sangat durian, namun masa balik kampung tu tgk buah durian wah rasa nak makan...so abis jugaklah beberapa biji.Mujur tak panas.Hanani-hanani Idah dua orang tu suka sangat makan. Suasana di kampung memang best.Panaromanya yang kehijauan,bunyi cengkerik dan serangga serta tidak dilupai juga sang pacat.Inilah yang membuatkan rasa damai aje duduk di kampung.Musim buah ianya satu bonus.






pic : kredit to google ye...

Alhamdulillah sekarang idah menetap di kawasan Felda, so bila tiba musim buah alhamdulillah boleh makan freash-fresh.Sebabnya di kawasan rumah terdapat pokok rambutan, manggis jambu dan pisang.Kalau kat kampung pulak ada pokok durian, langsat, rambai, rambutan of course ada dan banyak lagi.Best..best.Pendek kata jomlah bercuti di kampung...hihi dah macam iklan cuti-cuti malaysia pulak.

Oklah kawan-kawan semua...nanti idah update lagi ye..banyak cerita yang nak dikongsi ni.Insya Allah idah cuba menulis lagi ye.