Saturday, 13 July 2019

Perkampungan FELDA Kerteh 6, Ketengah Jaya.


Pintu Gerbang Perkampungan FELDA Kerteh 6

SEJARAH KAMPUNG

Kampung FELDA Kerteh 6 terletak dalam kawasan Ketengah Jaya. Jalan masuk ke Kampung FELDA kerteh 6 ialah bertentangan dengan bangunan Koperasi FELDA Kerteh 6 dan berdekatan Dewan Orang Ramai. Sekarang kampung ini mempunyai penduduk seramai 820 orang dari 208 keluarga dengan bilangan rumah sebanyak 176 buah.
Pada awal tahun 1980 seramai 99 keluarga peneroka telah memasuki FELDA Kerteh 6. Pada awalnya penduduk ini telah ditempatkan di FELDA Kerteh 1, Ketengah Jaya kerana kemudahan asas seperti rumah belum dapat disiapkan lagi. Pentadbiran FELDA dan KETENGAH telah berjaya mengurus sebaik mungkin kawasan perkampungan sehingga mendapat kemudahan asas seperti air dan elektrrik.
Setelah lebih 38 tahun perkampungan ini dibina, pada hari ini sebahagian besar kemudahan asas telah diperolehi. Hari ini Kampung FELDA Kerteh 6 telah berubah wajah dengan rumah-rumah Peneroka tersergam indah dan mempunyai kenderaan selesa disamping ramai anak-anak Peneroka telah berjaya menjawat pelbagai jawatan disektor kerajaan dan swasta.

Maklumat Tambahan:
Terdapat tiga Kampung dalam FELDA Kerteh 6. Maklumat diatas adalah untuk sebuah Kampung sahaja iaitu Kg FELDA Kerteh 6. Dua kampung lagi ialah Kg. Baru FELDA Kerteh 6 dan Kg. Semai Bakti FELDA Kerteh 6. 
 
Penafian:
            Maklumat diatas dikemaskini sehingga Bulan Mei 2019.
 
 

No comments:

Post a Comment

Perkampungan FELDA Kerteh 6, Ketengah Jaya.

Pintu Gerbang Perkampungan FELDA Kerteh 6 SEJARAH KAMPUNG Kampung FELDA Kerteh 6 terletak dalam kawasan Ketengah Jaya. Jalan m...