Wednesday, 1 November 2023

Alhamdulillah, Semoga Kakak Terus Istiqomah dengan Al-Quran Insya ALLAH

Haza Rahmatun Min Robbi 🤲

Barokallahu fik untuk sahabat²semua yang komen, like posting Idah. Maafkan Idah tak dapat nak reply satu persatu. Idah ucapkan terima kasih atas ucapan dan doa2 sahabat buat kami sekeluarga dan anakanda Afifah khususnya. 

Buat anakandaku Afifah Hanani, 

Syukur Alhamdulillah kehadrat Ilahi atas anugerah ini. Barokallahu fik buat anakanda tersayang. Semoga Allah merahmatimu di dunia dan di akhirat. Doa ummi semoga Along terus istiqomah dalam perjalanan ini dan genggam sekuat-kuatnya Al Quran dalam hidupmu. Ummi redhamu anak, InsyaAllah. Semoga Allah permudahkan segala urusanmu di dunia dan di akhirat. 

Alhamdulillah ummi kongsikan di sini terus direct dari maktab Along. Sahabat mohon doakan yang baik² buat anakanda Afifah ye. Tahun depan fokus SPM. 

Huffaz kedua ummi ❤️


Murid bertanya :
'Ustazah, sebab apa kita baca Al-Quran?'.
 
Guru menjawab :
'Ini cara paling mudah dan senang untuk kita pimpin tangan kedua ibubapa kita masuk ke syurga'. Bukan ustazah yang kata.Ustazah copy paste dari kalam Nabi Muhammad saw 1400 tahun yang lalu. Sabda baginda saw yang bermaksud : 
 
"Barangsiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengannya, Allah akan memakaikan kedua ibubapanya mahkota pada hari kiamat, cahayanya lebih terang dari cahaya matahari yang menerangi rumah-rumah manusia di dunia. Apakah anggapanmu terhadap orang yang sebegini?". ~hadith riwayat Abu Daud. 
 
Sebut je pasal ibu ayah, terus terkedu.Menyimpan pelbagai rasa hingga ada yang menitiskan airmata. Ustazah sambung lagi nasihat, padahal sebenarnya ditujukan pada diri sendiri.
 
Anak didikku,
Berusahalah demi Al-Quran.
 
Jangan pernah merasa puas dan pandai.Peruntukkan masa untuk bersibuk-sibuk dgn Al-Quran.Betulkan bacaan, cantikkan sebutan.Belajar menguasai bab demi bab dalam ilmu tajwid.Masa belia remaja kalau tak mujahadah dan disiplin untuk baca Quran, sangatlah perit bila antunna dewasa, bekerja, berkahwin dan berkeluarga.Lagi banyak tanggungjawab yang akan dipikul. Takpelah...tua-tua nanti aku bacalah Al-Quran.Masa tu dah pencen.Anak-anak dah besar dan berdikari.Barulah tenang aku nak mengaji. 
 
Bolehkah kita jamin waktu kita lapang?
Bolehkan kita jamin kesihatan kita berkekalan?
Bolehkah kita jamin umur kita panjang?
 
Aturan alam bila usia semakin senja, kudrat jasad semakin terbatas, ingatan semakin tumpul.Sesal sudah tak berguna lagi.Rugi..rugi...rugi..dek kerana tak memanfaatkan waktu lapang dan waktu muda bersahabat dengan mukjizat yang paling agung. 
 
Cerita dua hari lepas abadikan di sini buat pedoman di masa mendatang.
 
~ Majlis Khatam Al-Quran Perdana warga pendidik dan pelajar banat Maahad Darul Quran.Semoga ruh Al-Quran terus subur dalam sanubari lalu terhias indah pada budi pekerti.Amin. Ke arah melahirkan generasi Al-Quran yang unggul.
 
Kredit penulisan dari FB : Ustazah Masyita Ghazali

========================================

Ucapan daripada MRSM KOTA PUTRA di laman FB Rasmi maktab 

Tahniah!

Encik Afizullah bin Abdullah dan Puan Zubaidah binti Arba’i serta keluarga atas kejayaan anakanda berjaya khatam hafazan al-Quran.

Rabu 10 Rabiulakhir 1445 bersamaan 25 Oktober 2023,
 
Afifah Hanani binti Afizullah, pelajar Tingkatan 4 daripada halaqah bimbingan Ustazah Mysharah telah berjaya mencipta sejarah baharu dengan berjaya khatam hafazan al-Quran. Semoga terus istiqamah bersama al-Quran.

Kejayaan anda menjadi sumber inspirasi pelajar-pelajar MRSM Kota Putra Ulul Albab.

Ø£َÙ…َّÙ†ۡ Ù‡ُÙˆَ Ù‚َٰÙ†ِتٌ Ø¡َانَآØ¡َ ٱلَّÙŠۡÙ„ِ سَاجِدٗا ÙˆَÙ‚َآئِÙ…ٗا ÙŠَØ­ۡØ°َرُ ٱلۡØ£ٓØ®ِرَØ©َ ÙˆَÙŠَرۡجُواْ رَØ­ۡÙ…َØ©َ رَبِّÙ‡ِÛ¦ۗ Ù‚ُÙ„ۡ Ù‡َÙ„ۡ ÙŠَسۡتَÙˆِÙŠ ٱلَّØ°ِينَ ÙŠَعۡÙ„َÙ…ُونَ ÙˆَٱلَّØ°ِينَ Ù„َا ÙŠَعۡÙ„َÙ…ُونَۗ Ø¥ِÙ†َّÙ…َا ÙŠَتَØ°َÙƒَّرُ Ø£ُÙˆْÙ„ُواْ ٱلۡØ£َÙ„ۡبَٰبِ

“(Apakah kamu wahai orang musyrik yang lebih beruntung) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri, sambil takut (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah, "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya hanya orang-orang yang berakal dapat mengambil pengajaran.” (Al-Zumar : 9)

#extraordinaryexcellence
#sasaran100huffaz2023

Video-video ucapan daripada sahabat sahabat FB ummi




Jemput baca : Kejayaan huffaz ummi yang pertama 

Coretan ni untuk kenangan dan tanda ingatan ummi buat ana-anak.

No comments:

Post a Comment