Wednesday 10 May 2023
Hari Raya Open House 2023
Tuesday 9 May 2023
Doa Memohon Ilmu yang Bermanfaat, Rezeki yang Baik dan Diterimanya Amal Ibadah
Bismillah,
Setiap hari seorang Muslim harus berupaya mendapatkan tambahan ilmu. Namun bukan sembarang ilmu. Yang dicarinya adalah ilmu yang bermanfaat, yakni ilmu yang benar dan yang diamalkan. Sehingga semakin mendekatkan dirinya kepada Allah SWT.Ilmu ini ada tiga macam iaitu pertama, ilmu tentang Allah, nama-nama-Nya dan sifat-sifat-Nya, kedua Ilmu tentang jalan yang mendekatkan kepada Allah, iaitu syariat-Nya, ketiga, Ilmu tentang akhirat, syurga dan neraka.
Rezeki yang baik adalah yang halal. Sebab rezeki yang halal akan mendatangkan ketenangan, memberikan kekuatan untuk beribadah, menyebabkan amalan diterima, serta menjadi sebab keberkatan. Sebaliknya, rezeki yang haram akan mengakibatkan kegelisahan, malas beribadah, mendorong tertolaknya amalan, serta mengundang bencana.
"Seorang tidak mungkin bisa membezakan antara yang halal dengan yang haram, kecuali bila berbekal ilmu agama. Karena itulah di dalam doa ini dididahulukan permintaan ilmu sebelum rezeki," kata Ustaz.
Ketiga, amalan yang diterima
Seorang Muslim bukan hanya bersemangat untuk beramal. Namun dia juga harus bersungguh-sungguh agar amalannya diterima, dengan cara memenuhi kriteria-kriteria diterimanya suatu amal, yang telah digariskan agama.
"Kriteria tersebut adalah ikhlas karena Allah SWT, sesuai tuntunan Rasulullah ﷺ serta menghindari hal-hal yang bisa mengakibatkan tertolaknya amal. Seperti memakan makanan-minuman haram, bertengkar dan saling memutuskan silaturrahim sesama muslim, serta pergi ke dukun atau tukang sihir," ucap Ustaz Abdullah.
"Rasulullah ﷺ yang mengajari kita doa di atas, tentu beliau telah dikurniai oleh Allah tiga hal di atas, iaitu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima. Namun demikian, ternyata beliau tetap rutin membaca doa ini setiap hari. Kita yang tidak memiliki jaminan tiga hal ini, tentu lebih pantas untuk rajin membacanya agar dikurniakan Allah hal-hal tersebut," lanjut Ustaz.
Sumber artikel asal di sini 👉 REPUBLIKA
Alhamdulillah. Semoga bermanfaat. Sama-sama kita beramal insya Allah.
Saturday 6 May 2023
IKLAN
Post ni khas untuk affiliates dan iklan-iklan yang lain :
1) Nak Buat Presentation Slides yang AWESOME (klik sini)
2) 33 Resipi Buat Baja #Organic Sendiri
3) KLIKJER (banyak e-book kat sini)
4) Online Store dengan Zero Monthly Payment
5) Buka Akaun #Emas dan boleh membeli serendah 0.25gram (#UncangEmas)
Dunia Cripto Patuh Shariah
2) Daftar Akaun #TokenizeMalaysia (kita sama2 akan dapat RM15 in Tokenize Point selepas anda daftar)
Panduan Beli Rumah/Hartanah
Tuesday 2 May 2023
Promosi Shaklee Mei 2023
Assalamualaikum sahabat, pengunjung setia blog AFIZART. Semoga sahabat dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Cuaca sangat panas sekarang ni dan tak menentu. Info-info tentang stroke haba pun dah banyak disiarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Malah sudah ada yang menjadi mangsa. Semoga Allah melindungi kita semua insya Allah.
Kat tempat Idah ni, sejak Ramadan lagi cuaca sangat panas. Jemur baju dalam 2 jam dah kering sepenuhnya. Ambil anak-anak sekolah waktu tengahari kemuncak antara jam 1.15 pm- 2.30 pm, memang berasa bahang, kadang-kadang rasa perit kulit. Ujian Ramadan hingga Syawal.
Sahabat masih dalam mood beraya? Idah sejak dar awal raya, tak berasa mana nak menjamah juadah raya. Abang sulung siap tanya kenapa tak makan, diet lagi ke? Susah juga nak menjawab. Bukannya diet cuma sejak akhir Ramadan perut rasa kurang selesa, muntah-muntah, rasa sebu dan sekali dengan pakej cirit-birit, itu yang berhati-hati memilih makan. Alhamdulillah asbab kurang sihat, banyak kilo juga hilang.
5 Kelebihan Puasa 6 Syawal
Assalamualaikum dan salam Aidilfitri kepada semua pengunjung blog AFIZART. Macamana sahabat semua? Masih lagi dalam bulan Syawal, sudah pasti kita semua masih dalam mood berhari raya kan? Sahabat dah berpuasa sunat 6 Syawal? Idah belum lagi, insya Allah minggu ni nak pulun kasi perabih. Ramadan cepat sangat berlalu.
Puasa sunat 6 Syawal ni banyak kelebihannya. Jom sama-sama laksanakannya ye sahabat, insya Allah! Dibawah adalah artikel yang Idah copy paste daripada posting FB Ustazah Asma' Harun. Semoga bermanfaat.
5 KELEBIHAN BAGI MEREKA YANG BERPUASA 6 SYAWAL
Sahabat, dalam kita menyambut Aidilfitri dengan penuh kegembiraan, rebut juga peluang untuk meraih satu amalan sunat setelah tibanya Syawal iaitu dengan berpuasa enam. Meski puasa ini bukan amalan ibadah wajib seperti puasa Ramadan, namun kelebihan puasa ini dianggap sebagai puasa setahun penuh.
Mazhab Syafie menyatakan bahawa puasa enam merupakan ibadah SUNAT sepanjang Syawal tidak kira sama ada dilakukan secara berturut-turut atau berpisah.
Thursday 27 April 2023
Hari Raya dengan Shaklee dan 5 Tip Kekal Kurus Semasa Raya
“Ummi betul ke, raya rumah Opah tahun ni?”“Sungguh ke ummi?”"Tak sabarnya nak raya kat rumah opah.”“Nanti kat rumah opah Adik dan Bangchik nak pergi beraya tau ummi.”