Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Sunday, 20 August 2023

Amalan Doa Mustajab Untuk Wanita

Orang yang paling rapat dengan Allah ialah orang yang paling banyak berdoa.
Tapi kenapa kita malas nak berdoa? Sedangkan Allah dah bagi jaminan yang DIA confirm makbulkan doa kita! Kalau tak sekarang, mungkin di syurga!


Sahabat ada doa 'favorite'?

Alhamdulillah Idah ada sahabat dan sukacitanya ingin berkongsi dengan sahabat. Doa yang memang menjadi amalan Idah. Dalam kita menjalani urusan seharian, ada kalanya kita diuji dengan kesulitan. Kita juga sudah pasti sudah mengetahui kehebatan dan keajaiban doa seorang wanita bergelar ibu, isteri dan anak perempuan.

Oleh itu, kita ambillah peluang ini sahabat, untuk menghafal dan membaca doa-doa hebat yang tertulis dalam al-Quran dan juga yang diajar oleh Rasulullah saw.

Friday, 4 August 2023

Apabila Hati Cinta Dunia Lebih dari Akhirat

 

Dunia adalah alat. Akhirat adalah matlamat. Dunia adalah jalan. Akhirat adalah tujuan. Maksudnya perlu bersederhana. Dan tahu tanggungjawab kita.

Doa Abu Bakar ra: “Jadikanlah kami kaum yang memegang dunia dengan tangan kami, bukan hati kami.”
Dan doa sahabat Umar bin Khattab: “Ya Allah, tempatkanlah dunia dalam genggaman tangan kami dan jangan kau tempatkan dia di lubuk hati kami.”

“Zuhud itu adalah menjadikan dunia di tangan, bukan di hati.” (Ali bin Abi Thalib)

Baca lagi 👇

Tuesday, 9 May 2023

Doa Memohon Ilmu yang Bermanfaat, Rezeki yang Baik dan Diterimanya Amal Ibadah

Bismillah,

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
Dalil landasannya, Ummu Salamah RA bertutur, "Bahwasanya Rasulullah ﷺ rutin membaca doa di atas setiap selesai solat Subuh." HR Ahmad dan dinilai hasan Ibn Hajar Al Asqalaniy. 
Pertama, ilmu yang bermanfaat ;
Setiap hari seorang Muslim harus berupaya mendapatkan tambahan ilmu. Namun bukan sembarang ilmu. Yang dicarinya adalah ilmu yang bermanfaat, yakni ilmu yang benar dan yang diamalkan. Sehingga semakin mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. 
Ilmu ini ada tiga macam iaitu pertama, ilmu tentang Allah, nama-nama-Nya dan sifat-sifat-Nya, kedua Ilmu tentang jalan yang mendekatkan kepada Allah, iaitu syariat-Nya, ketiga, Ilmu tentang akhirat, syurga dan neraka. 
Kedua, rezeki yang baik 

Rezeki yang baik adalah yang halal. Sebab rezeki yang halal akan mendatangkan ketenangan, memberikan kekuatan untuk beribadah, menyebabkan amalan diterima, serta menjadi sebab keberkatan. Sebaliknya, rezeki yang haram akan mengakibatkan kegelisahan, malas beribadah, mendorong tertolaknya amalan, serta mengundang bencana. 

"Seorang tidak mungkin bisa membezakan antara yang halal dengan yang haram, kecuali bila berbekal ilmu agama. Karena itulah di dalam doa ini dididahulukan permintaan ilmu sebelum rezeki," kata Ustaz.

 Ketiga, amalan yang diterima 

Seorang Muslim bukan hanya bersemangat untuk beramal. Namun dia juga harus bersungguh-sungguh agar amalannya diterima, dengan cara memenuhi kriteria-kriteria diterimanya suatu amal, yang telah digariskan agama. 

"Kriteria tersebut adalah ikhlas karena Allah SWT, sesuai tuntunan Rasulullah ﷺ serta menghindari hal-hal yang bisa mengakibatkan tertolaknya amal. Seperti memakan makanan-minuman haram, bertengkar dan saling memutuskan silaturrahim sesama muslim, serta pergi ke dukun atau tukang sihir," ucap Ustaz Abdullah.   

"Rasulullah ﷺ yang mengajari kita doa di atas, tentu beliau telah dikurniai oleh Allah tiga hal di atas, iaitu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima. Namun demikian, ternyata beliau tetap rutin membaca doa ini setiap hari. Kita yang tidak memiliki jaminan tiga hal ini, tentu lebih pantas untuk rajin membacanya agar dikurniakan Allah hal-hal tersebut," lanjut Ustaz.

Sumber artikel asal di sini 👉 REPUBLIKA

Alhamdulillah. Semoga bermanfaat. Sama-sama kita beramal insya Allah.

Madinah, gambar dari team #bijaksihat yang dapat join trip Umrah VIP tajaan sepenuhnya oleh Shaklee. Masya Allah Alhamdulillah. Best baca update upline di fb beliau.

Tuesday, 2 May 2023

5 Kelebihan Puasa 6 Syawal

 Assalamualaikum dan salam Aidilfitri kepada semua pengunjung blog AFIZART. Macamana sahabat semua? Masih lagi dalam bulan Syawal, sudah pasti kita semua masih dalam mood berhari raya kan? Sahabat dah berpuasa sunat 6 Syawal? Idah belum lagi, insya Allah minggu ni nak pulun kasi perabih. Ramadan cepat sangat berlalu. 

Puasa sunat 6 Syawal ni banyak kelebihannya. Jom sama-sama laksanakannya ye sahabat, insya Allah! Dibawah adalah artikel yang Idah copy paste daripada posting FB Ustazah Asma' Harun. Semoga bermanfaat.

5 KELEBIHAN BAGI MEREKA YANG BERPUASA 6 SYAWAL 

Sahabat, dalam kita menyambut Aidilfitri dengan penuh kegembiraan, rebut juga peluang untuk meraih satu amalan sunat setelah tibanya Syawal iaitu dengan berpuasa enam. Meski puasa ini bukan amalan ibadah wajib seperti puasa Ramadan, namun kelebihan puasa ini dianggap sebagai puasa setahun penuh.

Mazhab Syafie menyatakan bahawa puasa enam merupakan ibadah SUNAT sepanjang Syawal tidak kira sama ada dilakukan secara berturut-turut atau berpisah.

Wednesday, 1 March 2023

Agar Selamat Pergi & Balik, Ini Doa Keluar Rumah & Amalan Dibuat Pada Anak-anak

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ

Assalamualaikum dan Hi sahabat AFIZART blog,
Semoga sahabat dalam keadaan sihat walafat, dirahmati dan diberkati ALLAH SWT.


Sahabat, InsyaAllah entry kali ini Idah nak kongsikan amalan yang mesti Idah buat setiap pagi pada anak-anak sebelum mereka keluar dari rumah terutama ke sekolah ;

Tuesday, 28 February 2023

Sahabat...Hidayah itu Dikejar Bukan Ditunggu

Assalamualaikum & Hi sahabat AFIZART blog,
Semoga sahabat sentiasa mendapat rahmat Allah SWT, aamiin.

Buat sahabatku,


Mungkin ramai dari kita yang sekarang sedang berproses menuju hijrah, memperbaiki diri dan berusaha sekuat tenaga untuk lebih dekat kepada Allah SWT.

Sunday, 26 February 2023

Mintalah Pertolongan dengan Solat dan Sabar

"Alah, dia boleh lah berjaya, dah dia pandai niaga."
"Tak heran la dia boleh buat s4les banyak, kawan dia kan ramai. "

Tidak sahabat. Tak seindah apa yang kita nampak. Seseorang nak sampai ke tahap yang kita nampak sekarang bukanlah mudah. Dia bermula pun dengan apa yang ada. Cabaran dan halangan dia je yang hadap. Kita tak pernah pun ambil tahu perkara tu. Jadi berbaloi lah kerja keras yang dia buat dengan apa yang dia dapat hari ini. Nak senang, bukanlah senang. Nak 1000 daya, tak nak 1000 alasan.

Begitulah juga nak Syurga bukanlah mudah hidup ini untuk dijalani. Perlu lalui ujian dan dugaan yang Allah dah aturkan untuk kita. Mintalah pertolongan dengan solat dan sabar.  Kehidupan dunia tidak akan pernah sunyi daripada ujian dan dugaan. Ia adalah warna–warni kehidupan yang pasti dilalui oleh setiap insan. Allah telah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 155 yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami akan mengujimu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan berita gembira kepada mereka yang sabar."

Walau sebesar dan seberat mana sekalipun ujian permasalahan hidup kita, usah kita terburu-buru. Kita belajar menjadi hamba Allah yang bertenang. Orang tenang insya Allah berjaya. Jadi formula pertama ialah sabar dan solat.

Friday, 13 August 2021

Rezeki Tak Pernah Salah Alamat. Percaya Rezeki itu Jaminan ALLAH


 Yang menjadikan pelanggan itu membeli dengan kita ialah kerana rezekinya sudah ditulis untuk kita.

Yang mengekalkan pelanggan itu dengan kita juga tertulis kerana rezekinya dengan kita.

Kejayaan bukan milik orang pandai atau kaya, ia milik orang yang komited, serius, fokus, rajin dan konsisten.

Dan yang paling penting, dia yakin rezeki dari Allahumma Ya Razzaq Ya Malik. 




Sihat itu Jihad!
Idah Afizart
Founder of AFIZART GROUP
Leader Bisnes Shaklee

Friday, 9 July 2021

Kelas PDPR Google Meets 1st Abang Fateh

 

Alhamdulillah semalam Kelas Tasmik Abang Fateh berlangsung secara Google Meets. Punyalah lama Abang Fateh tak jumpa sahabat-sahabatnya. Bila Ommi cakap kita leave awal nak, dia cakap tunggu sampai habis lah Ommi. Dah lama tak jumpa kawan-kawan. Dapat tengok macam ni pun dah okay sangat katanya. Part yang kelakar bila Ommi tanya siapa nama Ustazah ni, dia boleh jawab ala tak ingatlah Ommi. Adoilah anak Ommi.
 

 
Kakak on PDPR
Angah on PDPR
Adik on PDPR

Abah pun on kelas Online
Ommi? 

hahaha lagi banyak kerja Ommi. Berganda-ganda dan semakin bertambah kerja Ommi. Alhamdulillah Ommi punya bisnes secara online. Available dan fleksibel. Nak order melalui website guna phone jer, coaching anak-anak team pun sekarang dah ada Telegram Voice Chat. Syukur alhamdulillah. 

Semua ni kenangan. PKP membawa 1001 cerita dan kisah kan sahabat? Ujian dan dugaan buat hamba ALLAH yang beriman dengan NYA. Kita sebagai hamba perlu kembali kepadaNYA. Back to Basic. Allah rindukan munajat hambaNYA, rindukan rintihan doa para hambaNYA. 

Sahabat, 
Di kala ujian sedang melanda ni, bersama-sama kita kuatkaan jiwa dan rohani kita ye. Semakin diasak semakin kita perlu kuat menghadapinya. Sesukar mana pun perjalanan kita di atas muka bumi ALLAH, satu yang perlu kita ingat selalu...iaitu kita ada ALLAH yang Maha Mendengar, Maha Melihat. KepadaNYA jua kita kembali.

Bersama lah kita berdoa,

Bismillah,

Ya Allah,
Berilah kepada kami kekuatan dan kesabaran untuk menakluki setiap ujian yang mendatangi kami. Angkatkatlah Covid-19 dari negara kami. Aamiin Ya Mujib. 🤲
 
 
 
 
 
Nak diskaun 20% produk Shaklee?
klik link ni => Contact Idah

Friday, 8 November 2019

Doa yang baik-baik, Berkata yang baik-baik

Assalamualaikum Sahabat Blog Afizart,

Semoga sahabat dalam lindungan Allah swt. Insya ALLAH hari ni Idah nak berkongsi sesuatu semoga ianya bermanfaat buat semua yang membaca. Dan boleh juga amalkan.

Variasi ucapan penghargaan :

1. Terima kasih
2. Terima kasih banyak-banyak
3. Jazakallah/Jazakillah - Semoga Allah membalasmu
4. Jazakallah khairan kathira - Semoga Allah memberi kebaikan yang banyak kepadamu
5. Jazakallahu Khair - Semoga Allah memberi kebaikan kepadamu
6. Syukran
7. Thank you
8. Barakallahu fik - Semoga Allah memberkatimu

Sama-sama kita amalkan ye sahabat. Ucapan yang baik juga DOA. 

 

Idah Afizart-
11 Safar 1441h

Friday, 25 January 2008

DOA ISTERI SOLEHAH


Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yangterbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusanBimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu

Aku buta tanpa bimbingan MuAku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,


Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….