Dulu, aku pernah rasa macam useless bila setiap kali tengok result ni. Kau bayangkan, aku seorang yang suka belajar dan membaca, tapi tiba tiba orang kata aku bodoh.Apa perasaan aku?Bodoh?Ya manusia kata aku bodoh sebab ambik jurusan agama. Aku dikata bodoh sebab ambik aliran Tahfiz, tapi menolak tawaran MARA, tolak tawaran Medic, tolak full biasiswa Telekom bahagian finance.
Dan yang paling sakit, disebabkan sijil ni, orang cakap baba dan Mommy tak pandai didik anak hanya disebabkan aku tak sambung Medic. Tapi, semakin aku belajar agama, walaupun dah ada sijil Tahfiz, dah degree Usuluddin, dah dapat sanad qiraat Hafs, ada syahadah Tafsir sampai sekarang aku masih lagi bodoh rupanya.
Rupanya bukan aku saja rasa macam tu. Syeikh aku di Jordan yang ada 3 Master dan 3 PHD pun mengaku yang dia juga masih jahil😣ðŸ˜. Ada lagi dakatir yang tengah ambik 2nd PHD sebab juga masih terasa jahil.
Tapi, hari ini, baru aku boleh tersenyum dengan Sijil ni. Sijil yang membodohkan aku🤣.
Sebab...
1. Bila aku mula hafaz AlQuran, itulah detik pertama aku rasa kebodohan luar biasa. Kenapa takde siapa yang bagitau aku yang hafaz alQuran ni lagi susah dari Addmath dan Physics😣?Whyy whyyy..addmath, physics dan subjek subjek lain tu, just need extra latihan dan tahu fungsi formula saja. Then, soalan yang keluar hanya berbeza angka dan digit. Tahu fungsi formula saja, then match makerkan formula dengan soalan, then, dapatlah jawapan. Tapi, Hifz AlQuran ni, kalau kau tak bersungguh untuk dia, kaurekalah sejuta formula pun, kau tetap takkan dapat ingat.
2. Segala subjek yang aku belajar, tak perlukan disiplin setinggi dan sebanyak Hafaz AlQuran.Nak jadi penghafaz AlQuran yang baik, kau kena ada rutin sendiri. AlQuran perlukan waktu dia sendiri. Setiap hari. Berjam jam. Better sebelum subuh, waktu yang super fresh.3. Once kau nak alQuran kau kena perbaiki 100% kehidupan. Terutama dari segi pemakanan. Sebab proses menghafaz ni meletihkan. Dia proses yang kaukena perah otak kau 24 jam setiap hari. Subjek lain ada ke?Nak taknak, kena amalkan pemakanan sihat dan seimbang supaya fungsi otak dapat dimaksimakan penggunaannya.4. Bila kau nak AlQuran, paling penting, kaukena jaga akhlak. Terutama dengan keluarga dan orang terdekat. Kena selalu get rid punca yang boleh menyebabkan kau tak tenang.AlQuran dan ketenangan adalah dua benda yang bertaut rapat. Bila salah satunya hilang, mesti ada something fishy. Mesti ada something yang tak kena.5. Sepanjang hidup aku yang sentiasa straight A untuk Exam besar memang dari kecik, aku tak pernah lagi rasa looser nak jawab exam. Pokoknya, aku memang akan masuk dewan exam dengan super confident hahaha.Tapi, for the first time in my life, I feel a REAL LOOSER sebab banyak aku yang hafaz, dan BANYAAKK lagiiii aku tak ingat. Dan keadaan tak ingat tu, ada certain situation yang aku rasa asal macam tak pernah hafaz eh ayat ni? Haaa time tu memang rasa looser gila.😣😠dan first time juga aku menangis sebab susah nak belajar untuk hafazan.FIRST TIME EVER.Aku tak pernah nangis, tak reti nangis dan tangisan ni memang tak ditakdirkan untuk aku sampailah aku jumpa AlQuran hahaha. Haa time tu, aku dan air mata dah jadi BFF. Sampailah sekarang🤣🤣6. Menyesal ke hafaz AlQuran?Nopee.Hafazan AlQuran baru permulaan langkah nak kenal AlQuran. Its not the end of the journey. Langkah baru bermula. Perjalanan dengan AlQuran ni PANJANGGGGGGG. Hafaz ni baru first step.Bak kata Dr Tafsir aku, "Kamu nak belajar tafsir tapi tak hafaz AlQuran? Ini Musibahhh ya Jama'ah! Ini musibah!"Yaa.. musibah besar kalau kau nak kuasai tafsir tapi AlQuran sendiri belum ada dalam dada. Sungguh, aku rasa musibah itu.7. Menyesal ke ambik subjek sains study separuh nyawa then end up hafaz AlQuran?NOPEEEEE.Never.Teori Old Physics, concept biology, dengan segala mak nenek theory scientific tu kau akan jumpa secara berperingkat dalam kajian kajian bidang AlQuran on your next journey.Its never a loose when you have Kalam Allah 'The Allah's Word'.Alhamdulillah mujur aku ambik subjek science dulu, my journey become easier. Ingat senang ke nak faham tafsir Ibnu Asyur dan Arrazi tanpa ada asas ilmu Bio Physics and Chemist?Susah.Sungguh tak tipu. Next entry nanti aku cerita pulak perjalanan untold story about usuluddin. Satu bidang yang majority 90% rakyat Malaysia masih tiada klu apa itu usuluddin.Stay tune. Harap tak bosan la baca confession aku hahahahaha.8. Di zaman kegemilangan Islam, hafaz AlQuran ni level level budak tadika ja time tu. Hahaha. Kata Imam Malik: di zaman kami, tak diajarkan ilmu kecuali kepada penghafaz AlQuran. Tak kisah lah sains ka matematik ka feqh ka apa ka, hanya selepas selesai tadika hafazan AlQuran.Sebab tu, ulama besar dalam bidang sains atau medic macam Arrazi, Ibnu Sina, depa masing masing ada kitab tafsir sendiri.Haaa siap menulis tafsir lagi.Cuma, kita muslim tak baca kitab depa, omputih yang baca. Pastu depa buat kajian, kita pun puji la depa kata power la superb la omputih tu, tapi ilmu asas tu ambik dari kitab ulama Islam yang orang islam taknak baca.Sebab?AlQuran pun tak baca, tetiba nak baca tafsir?Jauhhhhh.9. Kalau orang kata, tak penting pun hafaz AlQuran ni. Macam gagak patuk patuk. Mai ni nak cakap. Kata Sayyidah Aisyah: ilmu tu terdiri dari dua perkara.1) Hafaz2) faham.Tanpa keduanya, itu bukanlah ilmu.. boleh check dalam kitab Attibyan karya imam nawawi. Jadi, sesiapa cerdik pandai yang claim hafaz AlQuran tak penting, sebenarnya word dia sendiri yang mendowngrade kan dia huhuhuhuhu.Sebab, perkataan dia sendiri bertentangan dengan ulama wanita paling besar dalam sejarah tamadun umat Islam.Jadi, harini aku senyum tengok result ni. Setelah hampir 10tahun, baru aku nampak hikmah betapa besarnya nilai sebuah SPM, nilai sebuah struggle dan betapa pentingnya ilmu ini dalam hidup aku.Itulah aku. Alhamdulillah. Moga Allah izinkan aku menapak jauh lagi.. Ilmu AlQuran ni takkan pernah habis. Menghafaz AlQuran ni baru first attempt huhuhu.Jadi, untuk mak mak yang ada anak dalam bidang tahfiz, tolong ya. Janganlah berhenti bagi semangat dekat anak. Bidang ni susah. Seriusly.Untuk pelajar pelajar agama, tolong ya, jangan ambik mudah hafazan AlQuran.Kalau betul nak kuasai agama, mulakanlah menghafaz AlQuran. Mulakanlah journey menghafaz, baru hampa akan rasa, betapa beratnya nak pegang agama ni.Jangan main main.Nak ingat kalam Allah pun susah, apatah lagi nak buat agama ikut kepala sendiri, mampukah nak bertanggungjawab?(Nasihat untuk aku jugak sebenarnya huhuhu)Aku beruntung dan bertuah sebab baba aku memang tok guru AlQuran, penghafaz AlQuran, jadi aku bertuah sebab ada baba yang sealiran dan faham my struggle.Dia tak pernah lagi la mendosakan kelupaan aku atau menerakakan kemalasan aku. Sebab, masing masing faham, bahawa.THE STRUGGLE IS REAL and THE STRUGGLE NEVER END!Sehingga hujung nafas!Penghafaz AlQuran ni takdak pencen. Gajinya di syurga. Usahanya tak boleh berhenti, tapi, dia yang paling dekat dengan Allah SELAGIMANA dia menjaga hak hak AlQuran.اللهم زينا بزينة القران وأكرمنا يا الله بكرامة القران
Ya Allah hiasilah kami dengan perhiasan AlQuran, dan muliakanlah kami ya Allah dengan kemuliaan AlQuran.
"Semua ni Allah yang pilih. Bukan ommi. Masa kakak dapat tawaran dulu, ommi bersungguh-sungguh doa pada Allah minta Allah tempatkan kakak di sekolah yang terbaik untuk kakak. Dan ini jawapannya. Sabar ye. InsyaAllah ada hikmahnya. Ommi okay sahaja kakak tak jadi hafizah sekalipun (namun dalam doa ommi selalu titipkan untuk Allah kekalkan Quran dihatinya). Apa yang ommi mahukan anak-anak ommi sentiasa bersama Quran. Bangun Quran, tidur Quran, study pun still dengan Quran. InsyaAllah. "
'Apabila Quran sentiasa dihati, dibaca, dilihat, mujaraah setiap hari, InsyaAllah hok dunia dalam tangan. Sabarlah wahai anak.'
CikIdah @ Idafizart
Whatsapp : www.wasap.my/60139097825/blogBisnesShaklee
Daftar Ahli Shaklee hanya RM35 sahaja
Hubungi kami untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.
No comments:
Post a Comment